KOTA KINABALU 26 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Jimmy Wong Tze Phin bakal berhadapan tindakan Mahkamah Anak Negeri selepas sijil anak negerinya didapati mempunyai keraguan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, siasatan panel khas sijil Anak Negeri mendapati wakil rakyat pembangkang dari DAP itu tidak layak memiliki status berkenaan.
"Ia terserahlah kepada Mahkamah Anak Negeri untuk melakukan tindakan seterusnya," katanya dalam ucapan penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini hari ini.
Sijil Anak Negeri yang merupakan status bumiputera Sabah diberikan oleh Mahkamah Anak Negeri kepada anak keluarga kahwin campur khususnya antara Cina dan Kadazandusun.
Bagaimanapun pemberian sijil berkenaan dihentikan pada sekitar tahun 1980-an selepas banyak kes salah guna direkodkan.
Menurut Hajiji, pihaknya sentiasa memandang serius penyalahgunaan sijil berkenaan oleh mana-mana pihak.
Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya akan terus berusaha memartabat dan memperkasakan institusi Mahkamah Anak Negeri.
Katanya, untuk tujuan itu sebanyak RM17.68 juta diperuntukkan kepada institusi itu pada tahun hadapan.
Tambahnya, usaha juga sedang giat dilakukan bagi mentransformasikan Mahkamah Anak Negeri supaya ia setaraf dengan Mahkamah Syariah.
"Sejajar dengan usaha mentransformasi dan merealisasikan usaha memartabatkan Mahkamah Anak Negeri, usaha juga sedang giat dibuat untuk merealisasikan penubuhan sebuah Jabatan Kehakiman Anak Negeri Sabah," ujarnya.
1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.
BalasPadam2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM - SABAH & SARAWAK blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.
3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.
4. Jika tuan menggunakan 'Free Feedjit Live Traffic Feed' di blog tuan sila klik "Show where visitors came from:" pada settingnya bagi mengetahui dari blog mana pelawat itu datang ke blog tuan. Sila rujuk "Feedjit" di mulutmelayu-REALITI
Sekian, semoga tuan sudi menyenaraikan blog ini di dalam blog tuan.
Terima kasih.