Nuff Head

07 November 2010

Banjir Kedah TERKINI : Catatan 4 - 6 Nov 2010

Pesta Cahaya 2010 begitu meriah di sambut di Ibukota.  Ada juga yang masih teringat akan saudara di Kedah.  Cahaya mereka tidak seperti cahaya di tempat lain.  Muka yang suram ditambah dengan cuaca yang tidak mengizinkan untuk berehat dan beriadah.   Jiran-jiran turun bergotong-royong menolong sesama sendiri untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda dari korban banjir.  

Setakat ini 4 nyawa telah tewas seperti yang dilaporlan oleh akhbar SIB.  http://hariansib.com/?p=149950

". Dua korban tewas pertama adalah seorang anak laki-laki berumur 13 tahun dan seorang wanita Jerman berumur 64 tahun. Keduanya di Kedah. Dua korban tewas lainnya adalah dua anak perempuan yang jatuh ke saluran irigasi dan terseret arus deras di Kedah. Jasad mereka ditemukan Kamis, 4 November kemarin. Dua anak lainnya hingga kini belum ditemukan. Mereka hilang saat sedang bermain-main di areal sawah yang terendam banjir. Mereka dikhawatirkan terjatuh dan tenggelam."

Banjir yang melibatkan 3 negeri dan paling teruk dicatatkan sejak 5 tahun lalu.  Negeri yang terbabit adalah Kelantan. Perlis dan Kedah.  Kelantan yang sering dikaitkan dengan banjir dan PAS pun tewas apabila berdepan dengan banjir di Kedah.  PAS Kedah pun tidak dapat bertindak atau meminta nasihat daripada PAS Pusat di Kota Bharu dalam menangani masalah banjir.  Khabarnya juga mereka terpaksa pilih bulu disebabkan tidak cekap menangani isu bencana alam sehinggakan Kelantan tidak cukup bekalan akibat habis berlenggang semasa pilihan raya kecil di Galas.  Hadi Awang pun telah jauh diri kerana Nik Aziz telah menggunakan tabung banjir untuk memberi rasuah kepada penduduk orang Asli? 

Semoga rakyat sekalian membuka mata sebelah mereka lagi melihat kepincangan sistem pemerintahan pembangkang.  Kembalilah lah ke pangkal jalan dan jangan bagi muka kepada pembangkang lagi untuk menang di mana-mana kawasan pilihanraya kerana mereka pandai bersuara tetapi tidak pandai bekerja!!!




Bagi yang ingin membantu mangsa banjir, sila hubungi Persatuan Bulan Sabit Merah Bukit Damansara, Kak Rahmah yang sedang membuat kutipan untuk dibawa ke kawasan banjir di Kedah.  Nombor telefon +60123062105 atau berkunjung ke N0 36 Jalan Setiabistari Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Berikut saya sertakan pengalaman dalam komentar yang telah saya pautkan daripada laman blog sahabat perjuangan saya melayuraya

Akum kepada semua beragama islam dan Salam Satu Malaysia serta Salam Persahabatan kepada semua warga Negara Malaysia. Salam kisah banjir kat Kedah ini banyak putar belik fakta PAS bagi menutup kelemahan pemimpin mereka.

Bagi saya yang terlibat dengan banjir di Kawasan Alor Setar menghadapi suasana yang agak teruja dan menyedihkan kerana kami masih menentap kat rumah. Mula kesan kami menerima banjir pada Hari Rabu 4 Nov hingga 6 November 2010 (Sabtu). Bekalan air putus mendadak bermula Hari Selasa. Kami talipon memeinta bantuan bekalan air nermula pada Hari Rabu 3 November tetapi hampa, alasan diberi lori tunggu giliran isi air nak hantar dah lagi 1 jam sampai, talipon lagi jawapan terlewat sikit tunggu 1 jam lagi begitulah jawapannya. Talipon lagi maaf Encik saya baru ganti tadi orang lain En. Kena bagi nama, alamat nombor talipon sekali lagi dan seterusnya tetapi air tak kunjung tiba.

Kelibat Pemimpin Negeri tiada langsung, cuma yang datang kenderaan pancuan 4 roda dan bila minta bantuan depa sengeh ronda mundar mandir. Banyak salah gunakan kenderaan jabatan meronda makan angin kerana free. Ada setengah kakitangan awam guna kenderaan Jabatan angkut keluarga pagi bawa pergi mandi dan ambil air, tengahari, petang dan malam. Bila kami minta tolong kami tak boleh kami banyak kerja. Itulah alasannya, begitu juga pernah minta bantuan sebuah kereta pancuan 4 roda pihak polis cuma senyum saja tiada bantuan diterima.

Macam-macam jabatan termasuk JKR, Pejabat Tanah, daerah, wisma negeri dan sebagai. Jawapannya guna kenderaan ini meronda dan makan angin, bila minta bantuan tak boleh alasan itu dan ini. Tetapi hakikatnya sama syok-syok dan ronda. Malanglah kiranya puak ini bukan saja makan angin bahkan dibayar elaun lebih masa san lain-lain elaun. Duit siapa? dan harta siapa?.

Memang tepatlah apa yang saudara terdahulu menulis, memang pemimpin bergelar ustaz ini tak boleh dipercayaai. Hanya megah pembohong dan pendusta serta modal untuk kaut untung dunia dan paling ketara kita lihat MB Kedah berpura-pura dan kaki tidur.

Kami terpaksa guna air bendang dan air hadapan rumah untuk kegunaan harian. Nikmatnya hanya orang yang alami saja yang tahu. Itu cuma kami minta air sahaja dan kalau kena bayarpun kami sanggup bayar asalkan dibekalkan itulah lauahan sahabat saya. Malangnya semasa kempen bukan sahaja air bahkan api didepanpun mereka boleh sampai?. Bila kami susah, batang hidung pun tak nampak. Jelas ini pemimpin harga tak ternilai seduit pun cakap orang kedah.

Apapun kami berharap agar Tuhan tunjukkan kekalahan memalukan pada PRU13 kepada Pemimpin PAS Kedah sebagai mereka memalukan dan membohongi kami semua. Amin Ya Robbal Alamin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...