Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Free Malaysia Today. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Free Malaysia Today. Papar semua catatan

24 November 2010

PKR, PAS, dan DAP - Parti Pakatan Rakyat belum lulus?

Mungkin ramai yang telah sedar hal ini.  Tidak perlu kita minta pengesahan daripada pihak Pakatan Rakyat sendiri.  Parti tersebut cuma hanya pada nama tetapi apabila menjelang pilihanraya pasti keluar roket, bulan dan lubang dubur juga. 

Ingin MP kongsi bersama perbualan bersama Ketua Pemuda DAP.  

"Kalau ikutkan hati ketua (orang DAP) mereka kenapa mahu tolong PKR atau PAS?  DAP sudah lama bertapak dan tiba-tiba pula datang parti baru yang sangat sombong dan tidak merendah diri. Semua nak tunjuk hero sehingga sanggup bertelagah sesama sendiri." menerangkan rasa hati beliau. 

"Nasib baik perjuangan PKR hanya mahukan Anwar ke Putrajaya. Kalau iya pun naik teksi dah boleh sampai, harta sudah cukup duit sudah banyak.  Ini tidak, heboh satu negara dia mahu ke Putrajaya?" tambah ketua pemuda DAP yang namanya tidak mahu disiarkan.  

Begitulah senario hubungan PKR dan DAP.  Apabila ditanya mengenai PAS pula, inilah jawapan beliau. 

"Semua orang tahu, PAS mahu Kelantan jadi unik.  Boleh keluar pitis emas sendiri dan boleh amalkan hukum hudud.  Jika mereka dapat funding memang mereka happy."

Untuk bawa Anwar ke Putrajaya dan bagi Kelantan full autonomi itulah kosmetik asal perjuangan Parti Pakatan Rakyat.  Tetapi apa yang DAP dapat?

"DAP ingin mencabar Singapura dan menunjukkan orang yang ditinggalkan mendapat habuan yang lebih besar daripada pulau sebesar Singapura? Bayangkanlah kalau DAP dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu itu pun sudah cukup? Tetapi Sabah dan Sarawak adalah bonus memandangkan tahap ekonomi dan pembangunan di seberang Laut China Selatan agak berbeza?"

Orang DAP suka kalau orang BN pergi ke ceramah mereka.  Kalau dapat merubah pegangan politik mereka lagi bagus.  Ini berbeza dengan orang PAS dan PKR.  Kalau mereka tahu you BN memang mereka pulaukan atau halau keluar dewan ceramah.  Kita tidak boleh begitu kalau seorang orang BN datang kita boleh bawa jadi orang DAP kita patut bersyukur!  Bagaimana nak bawa satu negeri jadi DAP atau PKR atau PAS kalau seorang pun tidak boleh ubah? Bagaimana mereka ini menghadapi arus perubahan?


Beginilah hasil kerja risikan di sekitar MP untuk renungan bersama.



Hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu Kosmetik

KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.

"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.

"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.

Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.

-- BERNAMA

21 November 2010

Gaya 15 kali ganda kertas undi Jurus PKR Sri Aman

Orang ramai berduyun-duyun ke pawagam untuk menyaksikan magik yang terkini, hasil olahan efek teknologi tercanggih perfileman.  Filem yang dimaksudkan adalah Harry Potter 7. 

Walaupun demikian, magik di Malaysia pun tidak kurang hebatnya.  Dalam pemilihan MPP PKR Sri Aman,  Jimmy Donald berjaya menguasai cabang tersebut, dengan 450 undi? Walaupun kehadiran segelintir ahli yang seramai 30 orang.  Kalau mengikut perhitungan secara logik cuma terdapat 30 jumlah undi.  Bagaimana pula Jimmy Donald mendapat undian melebihi tahap manusia biasa?  

Aduan telah dibuat kepada Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR untuk menyatakan tidak puas hati dengan keputusan pemilihan cabang PKR Sri Aman di mana Jimmy Donald telah mendapat undian sebanyak 450???  Ini memang magik yang tidak dapat dilawan walaupun dengan efek Harry Potter 7.  

Patutlah Pehin Sri Taib Mahmud tidak mengumumkan pembubaran DUN Sarawak dalam masa yang singkat.  Mungkin bila tiba hujung tahun magik Jimmy Donald menjadi begitu susah untuk dilawan sehingga berjaya memperoleh undi sebanyak 15 kali ganda jumlah kehadiran? 

Kalau pilihanraya diteruskan nanti mungkin kertas undi yang dikira melebihi tahap dewa memandangkan PKR akan menggunakan teknik 'Gaya 15 kali ganda kertas undi PKR Jurus Sri Aman' kelak?
FreeMalaysiaToday
19 Nov 2010

Oleh Fazy Sahir


PETALING JAYA: Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR Radin Shamsul Kamar berkata pihaknya memandang berat aduan wujudnya "politik wang dan penipuan" ketika berlangsungnya pemilihan di cabang Sri Aman Ahad lalu.

"Siasatan masih dijalankan dan jika aduan itu benar, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan keputusan di cabang tersebut," kata beliau kepada FMT hari ini.


Beliau tidak menolak kemungkinan akan membatalkan kelayakan calon yang bertanding dalam mana-mana jawatan.

"Selain daripada calon-calon yang bertanding, para pegawai dan pengawas pemilihan juga akan diambil tindakan jika terbukti mereka terlibat," ujar beliau.

FMT pada Selasa lalu, melaporkan pemilihan pusat telah dijalankan dirumah pengerusi Jimmy Donald dan 30 anggota hadir untuk mengundi.

Timbul tanda tanya

Setelah selesai pengundian dijalankan, Jimmy yang juga calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperoleh 450 undi, sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota yang hadir.

Anggota PKR di cabang itu mendakwa wujud ‘politik wang dan penipuan’ ketika pemilihan berlangsung dan mereka mempersoalkan kesahihan pemilihan pada Ahad lalu.

"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Kami mahu ibu pejabat segera menyiasat hal ini tanpa melengah-lengahkan lagi, kerana ia akan mencemar imej parti," kata anggota parti itu.

Ini bukan pertama kali laporan dibuat berikutan terdapat lapan pengundi dikesan dari kalangan ahli DAP yang turut mengundi ketika Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.

Dalam pemilihan itu, Jimmy Donald berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Cabang Sri Aman selepas memperolehi 84 undi dengan menewaskan pesaingnya, Ibi Uding yang mendapat 76 undi dan seorang lagi calon mendapat 10 undi.

Uding yang juga Ketua Wanita PKR negeri berkata, beliau mempertikaikan kesahihan mereka sebagai ahli PKR untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Menurutnya, lapan ahli DAP itu dipercayai mengundi untuk Jimmy dan dibawa oleh anaknya Leon Jinat Donald, yang juga ahli DAP Sri Aman.

07 November 2010

Banjir Kedah TERKINI : Catatan 7 Nov 2010

Gambar terkini Banjir di Kedah

Beginilah keadaan setelah banjir di Taman Melur.  Gambar ini diperolehi daripada Planet Hamradio kelab radio amatur di Utara.  Mereka ini mempunyai rangkaian yang teratur dalam usaha menyelamat dan menghubungi pasukan penyelamat.  


Sunday, November 07, 2010

Kesan Banjir, Laluan Air di hadapan Tmn Melur






Dahsyat juga kesan air banir/bah yang laju/deras .... hinggakan melimpahi jalan, 2/3 ban,, menghasilkan lubang besar akibatnya, lebuhraya belum surut hingga saat cerita ini ditulis

Di Perlis, Pasukan Petugas Ham turut beroperasi dalam usaha menghubungi dan membantu PBSM yang beroperasi di Mini Putrajaya (Bangunan DUN).  Syabas kepada mereka, Wira Bencana Alam Negara.

 Pusat Gerakan Banjir PERLIS

kelihatan 9W2DBT sedang menghantar berita melalui radio rasmi PBSM sambil diperhatikan oleh rakan-rakan ham Perlis yang bertugas di bilik gerakan.


9W2DBT....
bravo sierra nipah..bravo sierra kangar...terima dulu...ganti...

Banjir Kedah TERKINI : Catatan 4 - 6 Nov 2010

Pesta Cahaya 2010 begitu meriah di sambut di Ibukota.  Ada juga yang masih teringat akan saudara di Kedah.  Cahaya mereka tidak seperti cahaya di tempat lain.  Muka yang suram ditambah dengan cuaca yang tidak mengizinkan untuk berehat dan beriadah.   Jiran-jiran turun bergotong-royong menolong sesama sendiri untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda dari korban banjir.  

Setakat ini 4 nyawa telah tewas seperti yang dilaporlan oleh akhbar SIB.  http://hariansib.com/?p=149950

". Dua korban tewas pertama adalah seorang anak laki-laki berumur 13 tahun dan seorang wanita Jerman berumur 64 tahun. Keduanya di Kedah. Dua korban tewas lainnya adalah dua anak perempuan yang jatuh ke saluran irigasi dan terseret arus deras di Kedah. Jasad mereka ditemukan Kamis, 4 November kemarin. Dua anak lainnya hingga kini belum ditemukan. Mereka hilang saat sedang bermain-main di areal sawah yang terendam banjir. Mereka dikhawatirkan terjatuh dan tenggelam."

Banjir yang melibatkan 3 negeri dan paling teruk dicatatkan sejak 5 tahun lalu.  Negeri yang terbabit adalah Kelantan. Perlis dan Kedah.  Kelantan yang sering dikaitkan dengan banjir dan PAS pun tewas apabila berdepan dengan banjir di Kedah.  PAS Kedah pun tidak dapat bertindak atau meminta nasihat daripada PAS Pusat di Kota Bharu dalam menangani masalah banjir.  Khabarnya juga mereka terpaksa pilih bulu disebabkan tidak cekap menangani isu bencana alam sehinggakan Kelantan tidak cukup bekalan akibat habis berlenggang semasa pilihan raya kecil di Galas.  Hadi Awang pun telah jauh diri kerana Nik Aziz telah menggunakan tabung banjir untuk memberi rasuah kepada penduduk orang Asli? 

Semoga rakyat sekalian membuka mata sebelah mereka lagi melihat kepincangan sistem pemerintahan pembangkang.  Kembalilah lah ke pangkal jalan dan jangan bagi muka kepada pembangkang lagi untuk menang di mana-mana kawasan pilihanraya kerana mereka pandai bersuara tetapi tidak pandai bekerja!!!




Bagi yang ingin membantu mangsa banjir, sila hubungi Persatuan Bulan Sabit Merah Bukit Damansara, Kak Rahmah yang sedang membuat kutipan untuk dibawa ke kawasan banjir di Kedah.  Nombor telefon +60123062105 atau berkunjung ke N0 36 Jalan Setiabistari Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Berikut saya sertakan pengalaman dalam komentar yang telah saya pautkan daripada laman blog sahabat perjuangan saya melayuraya

Akum kepada semua beragama islam dan Salam Satu Malaysia serta Salam Persahabatan kepada semua warga Negara Malaysia. Salam kisah banjir kat Kedah ini banyak putar belik fakta PAS bagi menutup kelemahan pemimpin mereka.

Bagi saya yang terlibat dengan banjir di Kawasan Alor Setar menghadapi suasana yang agak teruja dan menyedihkan kerana kami masih menentap kat rumah. Mula kesan kami menerima banjir pada Hari Rabu 4 Nov hingga 6 November 2010 (Sabtu). Bekalan air putus mendadak bermula Hari Selasa. Kami talipon memeinta bantuan bekalan air nermula pada Hari Rabu 3 November tetapi hampa, alasan diberi lori tunggu giliran isi air nak hantar dah lagi 1 jam sampai, talipon lagi jawapan terlewat sikit tunggu 1 jam lagi begitulah jawapannya. Talipon lagi maaf Encik saya baru ganti tadi orang lain En. Kena bagi nama, alamat nombor talipon sekali lagi dan seterusnya tetapi air tak kunjung tiba.

Kelibat Pemimpin Negeri tiada langsung, cuma yang datang kenderaan pancuan 4 roda dan bila minta bantuan depa sengeh ronda mundar mandir. Banyak salah gunakan kenderaan jabatan meronda makan angin kerana free. Ada setengah kakitangan awam guna kenderaan Jabatan angkut keluarga pagi bawa pergi mandi dan ambil air, tengahari, petang dan malam. Bila kami minta tolong kami tak boleh kami banyak kerja. Itulah alasannya, begitu juga pernah minta bantuan sebuah kereta pancuan 4 roda pihak polis cuma senyum saja tiada bantuan diterima.

Macam-macam jabatan termasuk JKR, Pejabat Tanah, daerah, wisma negeri dan sebagai. Jawapannya guna kenderaan ini meronda dan makan angin, bila minta bantuan tak boleh alasan itu dan ini. Tetapi hakikatnya sama syok-syok dan ronda. Malanglah kiranya puak ini bukan saja makan angin bahkan dibayar elaun lebih masa san lain-lain elaun. Duit siapa? dan harta siapa?.

Memang tepatlah apa yang saudara terdahulu menulis, memang pemimpin bergelar ustaz ini tak boleh dipercayaai. Hanya megah pembohong dan pendusta serta modal untuk kaut untung dunia dan paling ketara kita lihat MB Kedah berpura-pura dan kaki tidur.

Kami terpaksa guna air bendang dan air hadapan rumah untuk kegunaan harian. Nikmatnya hanya orang yang alami saja yang tahu. Itu cuma kami minta air sahaja dan kalau kena bayarpun kami sanggup bayar asalkan dibekalkan itulah lauahan sahabat saya. Malangnya semasa kempen bukan sahaja air bahkan api didepanpun mereka boleh sampai?. Bila kami susah, batang hidung pun tak nampak. Jelas ini pemimpin harga tak ternilai seduit pun cakap orang kedah.

Apapun kami berharap agar Tuhan tunjukkan kekalahan memalukan pada PRU13 kepada Pemimpin PAS Kedah sebagai mereka memalukan dan membohongi kami semua. Amin Ya Robbal Alamin.

05 November 2010

Mukapetang: Ini Tidak Perlu Spin!!!

Ada Tanda Kaum Cina Dan Golongan Muda Kembali Sokong BN

SEREMBAN, 5 Nov (Bernama) -- Kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas memberi petanda bahawa golongan muda dan kaum Cina sudah mula memberikan sokongan semula kepada kerajaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak pernah percaya isu sentimen walaupun semasa pilihan raya umum ke-12, kaum Cina sudah tidak lagi menyokong kerajaan.

"Di Batu Sapi yang mempunyai majoriti Cina, kita telah 'double up' kita punya majoriti dan ini adalah satu yang di luar dugaan. Kita nampak jelas sekali manifestasi pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina telah memberikan kemenangan yang amat besar di Batu Sapi dan juga di Galas," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Deepavali Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang Datuk V.S. Mogan di Rantau.

Kemenangan ini juga membuktikan pengundi muda sudah kembali kepada kerajaan kerana mereka ini hanya akan menyokong pihak yang benar dan yang mampu membela nasib mereka.

Beliau juga melihat rakyat sudah mula menolak politik ekstrem dan ganas yang sering dimainkan oleh parti pembangkang.

Di TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya itu semalam menunjukkan kematangan rakyat dalam membuat pilihan.

Ahmad berkata walaupun mempunyai pilihan, nyata rakyat khususnya pengundi di situ tidak terpengaruh dengan hasutan dan permainan politik sempit bersifat peribadi yang boleh menghancurkan negara, yang diamalkan sesetengah pihak.

"Ia membuktikan mereka (rakyat) ingin bersama-sama nikmati kemajuan dalam suasana aman dan harmoni yang telah dikecapi selama ini," katanya dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata kemenangan itu juga sebagai tanda sokongan rakyat di kedua-dua kawasan itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu di SARAWAK, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kemenangan berganda itu membuktikan lebih ramai rakyat kini memberi sokongan terhadap kepimpinan Najib.

Abdul Taib berkata berdasarkan keputusan itu juga menunjukkan kredibiliti pembangkang kini kian merudum.

Sejak mengambil alih kepimpinan negara, katanya Najib telah menunjukkan kebolehannya untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan yang sekali gus membantu meningkatkan keyakinan rakyat.

Beliau berkata Najib menggunakan cara imaginatif untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan ia menjadi salah satu faktor mengapa semakin ramai rakyat kini memberi undian kepada BN.

Pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi Khamis, calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi setelah meraih 9,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat Ansari Abdullah yang memperoleh 2,919 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee mendapat 1,750 undi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperoleh 4,134 undi.

02 November 2010

Penyokong Politik Pembangkang Seumpama Musang Berbulu Ayam

PRK Galas / Batu Sapi: Undilah Barisan Nasional untuk Pembangunan yang Berterusan


Mana Pakatan Rakyat nak lari kalau pelabur dah tak yakin nak menanam pelaburan di negeri yang dikuasai oleh pembangkang!!?  Bukan sahaja pelabur lari, tikus pun lari sebab sudah nak makan di Pulau Pinang.  

Inilah yang cuba diterangkan kepada orang ramai.  Pembangkang ini mentalitinya masih kebudak-budakkan.  Mereka seumpama kanak-kanak kecil yang diberikan kereta Ferrari.  Membahayakan diri-sendiri dan juga ekonomi dan pelaburan di negeri mereka.  

Kita sudah melihat bagaimana nasib negeri-negeri diperintah oleh pembangkang.  Memang tidak sampai ke mana.  Mereka pandai berkokok seumpama bertelur sebiji riuh sekampung.  Namun hasil kerja tidak ada.  Pembangkang cukup ditempatkan di suatu kawasan yang tugasnya untuk membangkang dan membidas tapi awas sekiranya mereka dipilih nescaya buruk padahnya.  Kerja mereka hanya membangkang dan bukan untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan.  Habislah hasil bumi yang dikaut tanpa pentadbiran yang bijak dan terurus.  

Marilah rakyat sekalian yang cerdik pandai, usahlah terpedaya oleh politik kotor tipu helah pembangkang.  Kembalilah ke arah kemajuan dan pembangunan. Undilah Barisan Nasional untuk kemajuan nescaya generasi akan datang akan bertambah makmur dan sejahtera.  Sesungguhnya kita tidak rugi sekiranya memilih Barisan Nasional tetapi kita akan rugi dan daif sekiranya mengundi pembangkang.

Berikut diselitkan kajian kenapa para pelabur lari dari Pulau Pinang. Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Lim Guan Eng gagal menunjukkan kepada rakan-rakan pembangkangnya yang dirinya (Guan Eng) mampu mentadbir negeri seperti Pulau Pinang. Bayangkan kalau Malaysia dipegang pembangkang alamatnya kera di hutan lari lintang pukang masuk bandar!!!  

Minyak pastinya naik berpuluh-puluh ringgit dan bukannya bersen-sen disebabkan mereka begitu tamak untuk mengaut keuntungan.  Tapi ini jangan salahkan kerajaan. Dalam Petronas memang banyak talibarut pembangkang dan ini cara mereka untuk sabotajkan kerajaan supaya tidak mendapat sokongan rakyat.  

Namun rakyat Malaysia sudah lali dengan perbuatan mereka yang bertopengkan takaful atau badan kerajaan.  Kalau ditanya kenapa sokong pembangkang tetapi bekerja dengan kerajaan?  Jawapan mereka, kerajaan yang hendakkah aku! Bukannya aku hendak sangat kerja dengan kerajaan ini.  Bayangkan orang sebegini yang tidak memiliki prinsip untuk memerintah memang habis porak peranda ekonomi Malaysia oleh mereka. 

Kerajaan memberi mereka peluang untuk bersama menjana pendapatan negara, diharap mereka sedar dan berubah sedangkan di alam nyata mereka mengikut kerajaan.  Kenapa tidak ikut pembangkang?  Inilah dinamakan hangat-hangat tahi ayam.  Perjuangan sedemikian tidak digalakkan yang sekadar melepaskan batuk di tangga.  Malulah sikit kalau nak jadi manusia serupa jangan jadi musang berbulu ayam!!


P. Pinang hilang seri, pelabur tidak yakin kepimpinan Guan Eng

PULAU PINANG 28 Okt. - Kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik pelabur dipercayai kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan negeri itu sekarang.

Pakar ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Hussin Baharuddin berkata, ia berlaku disebabkan ketidaktentuan politik serta senario dan corak pemerintahan Guan Eng yang masih mempunyai mentaliti pembangkang.

Ekoran itu, katanya, pelabur melihat Pulau Pinang seolah-olah tidak stabil, tidak tentu arah dan lebih parah lagi apabila pemimpinnya mengguna pakai konsep 'ikut suka aku,' sekali gus tidak mengikut acuan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sebagai contoh, Kerajaan DAP Pulau Pinang kini dilihat merancang projek yang bukan-bukan dan tidak sesuai di negeri ini, selain kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tertentu juga tidak lagi menarik menyebabkan ia hilang seri.

"Apabila kita lihat keadaan macam ini sudah tentu kita tidak ada keyakinan dan disebabkan itu tidak ada pelabur mahu melabur wang yang banyak di sini, mereka pasti takut dan tidak mahu mengambil risiko sebegitu.

"Orang luar nampak tindakan seumpama itu keterlaluan dan khuatir kesuraman berterusan, maka mereka memilih untuk tidak melabur di sini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membidas Guan Eng kerana terus gagal menarik pelabur ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir.

Beliau berkata, keadaan tersebut adalah petunjuk jelas tentang keadaan ekonomi di Pulau Pinang yang tidak berkembang dipercayai akibat gagal ditadbir dengan baik.

Selain itu, tambah Amir, kata-kata, ucapan serta tindakan yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu juga menjadi perhatian dan menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada pelaburan di negeri ini.

Justeru, beliau menasihatkan Guan Eng supaya tidak cuba untuk mencari perubahan semata-mata mahukan perbezaan daripada pemerintahan sebelum ini dan sebaik-baiknya menerima pakai apa yang baik dan telah dilakukan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang dibuat pimpinan sebelum ini terutama di segi menarik pelabur dan memastikan ekonomi negeri ini sentiasa berkembang masih mantap dan legasi yang ditinggalkan itu sepatutnya diteruskan.

"Ikut sahajalah benda yang baik, janganlah cuba buat sesuatu untuk meraih populariti jangka pendek dan yang paling penting kebajikan rakyat perlu diutamakan, ikutlah kiblat itu, ia pasti yang terbaik," katanya.

01 November 2010

PKR, PAS, SNAP dan DAP : Kalau Kita Kaya Kita Jawab Begini?

Saya pernah bertanya dengan seorang tokoh pejuang parti tempatan.  Kalau pakcik tahu Ketua Menteri kita kaya? Pakcik nak undi dia lagi tak? 

Jawapan beliau sungguh memeranjatkan.  Iya saya pasti akan mengundi Ketua Menteri Sarawak sekarang sebab dia sudah kaya-raya.  Dia tidak perlu lagi untuk mengaut keuntungan daripada hasil bumi Sarawak seperti yang berlaku di Selangor sekarang ini.  Dia akan fokus untuk pembangunan Sarawak dan tidak untuk kekayaan sendiri.

KUCHING - Dalam keghairahan pihak DAP khususnya mengagungkan Sarawakreport.org mengenai kononnya Taib memiliki harta dan aset diseluruh dunia!  Sehinggakan mereka sanggup mengedarkan risalah mengenai kekayaan dan kemasyhuran Ketua Menteri Sarawak.  Berikut adalah senarai harta atau perusahaan kononnya milik Ketua Menteri Sarawak. 

Antara aset yang dimilikinya

1) Sakto Development Corporation di Ottawa Canada
2) Sakti International Coorporation di Seattle, San Francisco, USA.
3) Ridgeford Properties Limited di London, UK
4) Sitehost Pty Ltd di Australia

Bayangkanlah sebegitu kayanya KM kita? Orang yang waras memang tahu politik kotor memang demikian.  Baru sebentar tadi MP mengeluarkan thesis mengenai politik kotor tidak akan menapak di Sarawak.  Kini DAP begitu sibuk mengedarkan risalah di atas.  Untuk membongkar kekayaan Ketua Menteri Sarawak?  

Kenapakah DAP dengki melihat ada bangsa yang lebih kaya dan lebih bijak mengendalikan kewangan sehingga dapat memiliki kekayaan di negara yang pesat membangun di dunia.  Mungkin ini satu tamparan bagi mereka yang sekian lama mengagungkan bahawa orang Cina sahaja yang mampu mengendalikan ekonomi  Mereka yang meraih kekayaan tidak mampu mengekalkan kekayaan mereka dan masih lagi bermain politik.  Sekiranya mereka kaya seperti Ketua Menteri memang mereka akan berhenti bermain politik dan meneruskan bisnes mereka tanpa perlu mencium bontot Anwar!!!
Mereka pastinya tidak tahu bahawa rakyat Sarawak sudah lama sedar akan kekayaan dan kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak.  Bahkan mereka pastinya tidak tahu bahawa rakyat Sarawak merasa bangga apabila mengetahui Ketua Menteri mereka cukup kaya dan mampu memiliki harta dan kekayaan di seluruh dunia?  Bukankah ini yang dimahukan?  Sekiranya Ketua Menteri kaya maka rakyatnya juga kaya.  Bukannya Ketua Menteri seorang sahaja yang kaya?  Sedangkan Korea Selatan pun melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkenal untuk menjadi presiden mereka?  Inikan Sarawak? 

Kalaulah kita kaya? Kalaulah kita terkaya di Canada? Kalau kita dapat berjabat tangan dengan Rokefeller di USA?  Mestilah kita bangga dengan reputasi yang dimiliki oleh Ketua Menteri Sarawak kini?  Bukannya senang untuk memiliki kemewahan dan kekayaan di seluruh dunia? Sudah ternyata Ketua Menteri layak untuk memerintah dan membangunkan Sarawak dengan jayanya ke arah negeri yang mampu bersaing di Malaysia?  Ketua Menteri pun menjanjikan yang terbaik untuk rakyat biar apa yang pihak pebangkang nak katakan.

Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri pun boleh tahan kayanya.  Kalau kita pergi ke Betong, tunjuklah ke mana-mana tanah di sana sehingga ke Sri Aman,  Tanyalah kepada penduduk di sekitar sana milik siapa tanah ini?  Pastinya orang yang menjawabnya akan berkata ini tanah Jabu.  

Wahai DAP sedarlah orang Sarawak memang kaya-raya.  Bukan Ketua Menteri sahaja malah orang biasa pun kaya.  Tidak payah jadi kroni pun kaya. Yang penting kerja keras dan jangan main politik kotor.  

Nak tahu kenapa Ketua Menteri lebih kaya daripada DAP? Sebab DAP banyak habis duit tanya bomoh untuk main nombor ekor untuk main politik.  Ketua Menteri cuma jaga Sarawak. Bagaimana dia jaga Sarawak? Itulah soalan yang patut ditanya!!!

29 Oktober 2010

Galas TERKINI: Orang Asli Boikot PAS

GALAS - Ketika rancak sambutan untuk mendengar ceramah 'Galas Untuk Kito' terdapat desas-desus yang menyatakan rata-rata hadirin yang hadir adalah orang luar.  Di mana perginya penyokong PAS Gua Musang?  Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kempen pilihanraya Galas telah diboikot oleh Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Ustaz Lah.

Beliau tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih untuk mewakili PAS di Galas atas alasan Dr Zulkefli bukan anak jati Galas.  Apakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin kelak?  Beginikah sikap Ketua Pemuda sendiri yang tidak mahu mengikut telunjuk TG Nik Aziz? Adakah ini yang dimahukan oleh Galas melihatkan kepimpinan yang kucar- kacir?  Tidak ada sefahaman di dalam pentadbiran politik bagaimana pula untuk memerintah kawasan. 

Terkini maklumat yang didapati daripada MELANAU BLOGGER™ terdapat sedikit atau besar kemungkinan akan menjadi titik penting dalam pilihanraya Galas ini.  MB melaporkan terdapat sekatan ke atas jentera pilihanraya PAS apabila cuba memasuki kawasan Orang Asli di Galas.  Memang patut pun disekat disebabkan Orang Asli seperti di anak tirikan setelah sekian lama PAS memerintah Kelate.  Sudahlah mereka tidak dilayan dengan istimewa, sewaktu merasuah pun hanya mendapat 2 bungkus keropok!  Lain pula halnya dengan sogokan untuk kaum Cina yang mendapat lebih banyak habuan!

Mungkinkah mereka akan disumpit!  Apakah PAS akan menerima sumpitan asli di Galas?


Sekadar hiasan thesis

Sila ikuti laporan secara live dari pisau.net dan suaragalas



14 Oktober 2010

DAP Pulau Pinang Abai Kebajikan Tikus Rumah Urut!!!

Inilah akibatnya akibat tamak!!  Disebabkan terlalu khusyuk untuk mengaut keuntungan, kebajikan tikus di George Town, Pulau Pinang semakin tidak terurus.  Ini mengakibatkan banyak tikus telah terbunuh dan menganggur.  Tikus ini pada mulanya dijaga dengan baik telah  menjadi kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.  
 
Khabarnya tikus ini didapati daripada luar negara untuk menggalakkan sektor rumah urut. Hingga kini jumlah tikus di George Town dianggarkan sebanyak 2 juta.  Nafsu binatang bagaimana nak disekat inikan pula nafsu manusia.  Anak-anak tikus yang tidak dapat dijaga akan mati dimakan kucing dan anjing di George Town yang didapati berkeliaran di sekitar George Town.  
 
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang aduan yang diterima oleh pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, mungkin surat aduan sudah dilarikan tikus atau dikencing tikus.  Tikus sekarang sudah bijak, mahir dan tahu memilih sarang di mana ia lebih gemar di kawasan yang bernajis dan kotor.   
 
"Pejabat Ketua Menteri diminta untuk memantau tikus-tikus di sekitar George Town. Cuma yang berkelakuan elok dan bebas dari wabak penyakit sahaja dibenarkan untuk membiak dan meneruskan kehidupan di George Town.
 
Demikianlah ulasan penduduk tempatan yang terpaksa bersaing dan berebut dengan tikus-tikus untuk menikmati hidup yang rukun damai.  
 
Tikus di sana juga di anggap membawa tuah kepada pejabat Ketua Menteri dan bau kencing tikus-tikus ini umpama minyak wangi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang.  Itulah rahsia di sebalik kewujudan tikus di George Town.  Mungkin Ketua Menteri tidak suka benda yang bersih tapi suka benda yang busuk dan mudarat?? Inilah pilihan rakyat, tepuk dada tanyalah selera!!!
 
Dua juta tikus di George Town
14 October 2010,Khamis
Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my
 

SM MOHAMED menunjukkan tikus bersaiz besar yang ditangkap serta gambar-gambar tikus yang pernah dimusnahkan di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.

Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.

Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.

Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan. 
--Kosmo!

08 Oktober 2010

Kickdefella Calon BN N45 Galas?

BN Pecah Tradisi N45 Galas dengan Sheikh Kickdefella
October 8 2010

KUCHING - Hari ini bloggers dikejutkan oleh blog Audie61 yang mengumumkan nama Calon BN N45 Galas.  Beliau mendapat maklumat melalui malaysiakini.  Dimaklumkan bahawa Calon BN N45 Galas merupakan orang yang paling tidak menyukai PAS iaitu Nik Aziz.  Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Syed Azidi atau blogger kickdefella.  
Sheikh Kickdefella
Mukapetang mula mencari maklumat mengenai kickdefella sumber pertama adalah outsyedthebox.  Menurut outsyedthebox
"....Syed Azidi atau Sheikh Kickdefella dikenali melalui grafik di dalam blog. Saya percaya dia mengajar komputer graphics.  Melalui cara ejaan blog iaitu "Kickdefella" menarik minat saya. Saya percaya misi blog beliau adalah untuk mengeluarkan seseorang - 'to kick the fellow out'. Memandangkan misi utamanya telah selesai, sekarang Sheikh telah mendapat sasaran baru mungkinkah Tok Garu? "



Sheikh juga merupakan pencipta logo "Bloggers United".  Bloggers United pada masa itu dianggotai oleh Rocky, Raja Petra Kamaruddin serta isteri BigDog, Another Brick in the Wall, Shar 101, Sang Kelembai ( yang kemudiannya dibuang oleh UMNO, Kuda Kepang dan saya sendiri.  Kami pernah berjumpa untuk mengeluarkan the Darkside. 

Faktor utama yang mengabungkan mereka adalah Tun Mahathir, yang begitu hebat berjuang bersendirian untuk menentang rejim 'jahat'.  Kami mengikut semua ucapan Tun Mahathir dari Johor Bahru hinggalah ke Kota Bharu (Insiden Di Sembur Lada), Kedah, Negeri Sembilan dan juga di sekitar Selangor.  Setiap kali muka yang sama akan muncul dan mereka terdiri daripada nama yang telah disebut di atas. 

Sheikh Kickdefella merupakan peminat Dr Mahathir dan juga Husam Musa yang merupakan Timbalan MB Kelantan.  Kombinasi yang pelik kalau dilihat tetapi sama pintar dan bijak.  


Sheikh Kickdefella kini merupakan Blogger popular.  Ia memerlukan kecekalan dalam melakukan apa yang dibuat oleh beliau sekarang.  Kelantan boleh menjadi musuh yang sengit sekiranya kita di sebelah pihak lawan. Namun demikian kami masih Band of Bloggers.  



mukapetang: Semua grafik di atas adalah hasil Sheikh Kickdefella.  Sekiranya benar N45 Galas merupakan kubu pertama buat Calon Blogger yang pertama daripada BN.  Mungkinkah BN sudah menukar tradisi lama dan menyambut era cyberwarfare? Sebelum ini mereka hanya bertahan dan sekarang kita saksikan bagaimana Band of Bloggers bertempur untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional di Galas

04 Oktober 2010

Pelan Pembangunan Sarawak untuk Generasi Masa Depan


Pemimpin akan datang perlu fahami politik pembangunan dan bekerja bersama rakyat  

October 2, 2010, Saturday
by Wan Ali Amit

MAKANAN TRADISI: Taib memotong ketupat sambil dibantu oleh Mohd Naroden dan disaksikan Asfia (kanan), Julaihi (dua kanan), Mohammad Ali (tiga kanan), Abdul Karim (kiri) pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Asajaya, semalam.
ASAJAYA: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berharap pemimpin-pemimpin generasi akan datang memahami perjuangan politik dan berusaha lebih gigih untuk mencapai kemajuan lebih pesat di negeri ini.

Menurutnya, landasan politik pembangunan yang telah beliau ilhamkan sejak memimpin negeri ini kini telah dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat.

Justeru, kejayaan dan kemajuan yang dicapai pada masa sekarang perlu dipertingkatkan untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri.

“Saya sudah tua dan sebelum saya berundur saya berharap para pemimpin generasi sekarang memahami perjuangan politik dan berusaha lebih keras untuk memantapkan kemajuan yang telah kita kecapi,” katanya.  

Berucap pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Peringkat Bahagian Samarahan di Kompleks Sukan Asajaya di sini semalam, Taib percaya perjuangan para pemimpin yang ikhlas kepada rakyat akan membawa kejayaan lebih besar.  Beliau menarik perhatian pemimpin-pemimpin terutamanya peringkat akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus berusaha membina kejayaan yang lebih baik kepada rakyat.

Taib yang juga presiden PBB berkata kejayaan besar yang dikecapi sekarang adalah hasil corak pemikiran yang dinamik pemimpin dan rakyat yang mahukan perubahan dan pembangunan.

“Saya telah meletakkan asas kukuh dalam perjuangan politik pembangunan untuk rakyat, justeru saya yakin para pemimpin sekarang akan meneruskan kesinambungan perjuangan itu untuk kita mencapai negeri maju,” katanya.

Turut hadir bersama adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Sadong Jaya Datuk Wan Wahab Wan Sanusi dan ADUN Sebuyau Julaihi Narawi.

Majlis anjuran bersama cawangan PBB Bahagian Samarahan itu dihadiri lebih 2,000 penduduk pelbagai kaum dari sekitar bahagian terbabit.

Taib menegaskan corak pemikiran rakyat yang bersikap mahu mencapai kemajuan adalah rahsia kepada kemajuan yang dicapai rakyat negeri ini.

“Kita akui rakyat negeri ini terutama masyarakat Melayu ternyata mengalami kemiskinan suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang pemikiran mereka telah berubah dan melangkah berani untuk maju ke hadapan."

“Dahulu sekitar 60-an pendapatan perkapita negeri kita cuma RM660 setahun, tetapi sekarang telah menjangkau RM270,000 setahun. Ini membuktikan kita telah mencapai kemajuan yang amat pesat,” katanya.

Ketua Menteri berkata miskin bukan kerana kita tidak mempunyai wang ringgit dan kaya bukan disebabkan ada wang.  Tetapi, punca masyarakat kita menjadi kaya adalah mereka (rakyat) sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan, tegas beliau.

mukapetang: Benar kata CM!  Esok Sarawak akan mendapat anugerah lagi.  Kali ini merupakan pelan yang telah disusunatur oleh kerajaan.  Ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri YB Fadillah Yusoff berkata 4 Oktober 2010 merupakan hari yang bersejarah dalam Sarawak.  Ia merupakan hari di mana ETP atau Economic Transformation Plan (Pelan Transformasi Ekonomi) akan dibentangkan.  Ia akan berlangsung selama 2 hari bermula 4 Oktober 2010 di Hotel Fourpoints Kuching.  Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.pemandu.gov.my 


29 September 2010

Namewee is at it again. This time he is "Nah!"

50 protest against Namewee

Sep 29, 2010 Straits Times

KUALA LUMPUR - ABOUT 50 people, including members of Perkasa, turned up at the Chinese Assembly Hall in Jalan Maharajalela here to stage a protest against controversial rapper Wee Meng Chee or better known as Namewee. 


The group were seen gathering at the vicinity of the hall at 8.45pm yesterday, carrying Perkasa banners and Namewee's pictures that were later set on fire, while some hurled abusive words against the rapper who was launching his album in the hall.

About 100 policemen, including the Federal Reserve Unit (FRU) from Dang Wangi arrived to ensure peace and safety at 8pm. 

Wira Perkasa Malaysia head Arman Azha Abu Hanifah who headed the gathering was seen trying to make his way into the hall by negotiating with the police but he was prevented from entering.

The group later wanted the police to call Namewee out of the hall but police did not heed their request. 

Arman Azhar later told reporters that the gathering was to protest against Namewee who he claimed had disgraced the nation. -- THE STAR/ANN

mukapetang: He is at it again!!! I bet he will not sleep until there is a riot! What is your "Nah!" Why don't you just shut up. We do not tolerate racist, please do not start the fire because the fire has been burning inside everyone. Do not be surprise if Namewee is burnt down by his arrogant gesture "Nah!"

27 September 2010

Branson says Anwar trial ‘damages’ Malaysia

By Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.

“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.

“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”

While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.

He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.

Branson was speaking at the “Dawn of the New Decade - Alternative Investments in Asia” forum in the capital hosted by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA). He went on after MIDA Director-general Datuk Jalilah Baba gave her address.

Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as “evil, frivolous lies by those in power” when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years’ jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.

Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.

He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.

He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.

Anwar’s Sodomy II trial will resume on October 14.


The Malaysian Insider
 
mukapetang: Richard Branson is in Malaysia!!! Hopefully there will be another major partnership between Malaysia and Virgin brand.  We understand your concern Sir, our bold leaders are really looking into this matter.  If you have more reports from your side please do not hesitate to share them with us.

Pemilihan PKR : Raja Petra Dicalonkan Tanding MPP

Free Malaysia Today
Oleh Qayum Rahman
Mon, Sep 27, 2010

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah dicalonkan untuk bertanding jawatan majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti pembangkang itu yang akan berjalan dari penghujung Oktober sehingga pertengahan November ini.


Raja Petra, yang kini bermastautin di London, England dicalonkan cabang Kangar, pada mesyuarat bahagian itu 18 September lepas.


Ketua Cabang Kangar Ko Chu Liang ketika dihubungi hari ini berkata, Raja Petra menjadi calon pilihan cabang Kangar kerana beliau mempunyai kepimpinan yang baik seperti penasihat PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun Raja Petra kini bermastautin diluar negara, pemilihan PKR boleh menggunakan sistem teknologi terkini untuk merealisasikan pencalonan dari luar negara.


"Calon yang ditahan dibawah ISA pernah dapat bertanding dalam pilihan raya Umum hingga memperolehi kemenangan, ini bermakna Raja Petra juga boleh bertanding walaupun tidak berada di Malaysia.


"Cabang Kangar menyatakan pendirian menyokong Raja Petra setelah mengadakan mesyuarat cabang dengan membuat 20 pencalonan tetapi undian tertinggi menyebelahi Raja Petra," katanya.

Raja Petra Layak Bertanding

"Seramai 1000 ahli Cabang Kangar menyokong penuh pencalonan Raja Petra untuk bertanding MPP kerana beliau layak untuk menjawat jawatan tertinggi bagi mengukuhkan lagi parti dimasa akan datang.


"Saya berharap cabang lain juga akan memberi sokongan penuh terhadap Raja Petra untuk menjadi ahli MPP kali ini, katanya lagi.


Timbalan Ketua Cabang Kangar Asrul Nizam Abd Jalil, yang turut dihubungi berkata, ahli AMK dan wanita Kangar juga memberi sokongan penuh untuk membantu kemenangan Raja Petra menjelang pemilihan pusat nanti.


"Cabang Kangar memberi harapan tinggi terhadap pencalonan Raja Petra berikutan dasar perjuangan beliau mampu membawa perubahan kepada negara ini.


"Pemimpin tertinggi PKR perlu memandang serius cadangan dari cabang Kangar kerana sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada bakal pemimpin berkebolehan seperti Raja Petra," katanya.

Beliau Masih Ahli PKR

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Radin Shamsul hari ini mengesahkan bahawa Raja Petra masih lagi ahli PKR yang sah sehingga hari ini.


"Setakat ini beliau (Raja Petra) masih ahli PKR yang sah sekaligus beliau boleh dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan di dalam parti," katanya.


Raja Petra pernah ditangkap pada 12 September 2008 kerana menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan diperintah untuk ditahan bawah ISA.


Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.


Raja Petra juga menghilangkan diri selepas dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today.


Free Malaysia Today



mukapetang: Memang tidak hairan dalam budaya PKR mengambil bloggers sebagai ketua cabang malah menjadi pemimpin cawangan.  Mungkin ahli PKR lain tidak layak eh bukan apa dia? Oh mereka banyak dah keluar parti sebab tak tahan tengok penyelewengan mengalahkan Cuba dan Taiwan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...