sekadar gambar hiasan, boleh kan...
Dalam satu risalah DAP yang diedarkan hari ini, Wong Ho Leng mengutuk tindakan kerajaan kerana mengurangkan subsidi yang menyebabkan kenaikan barang keperluan. bunyi macam cerita lama
Menurut Wong Ho Leng, negeri Sarawak sangat kaya. Suatu yang tidak masuk akal jika rakyat Sarawak terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi, dan tidak wajar alasan kerajaan pusat untuk mengurangkan subsidi terhadap barang keperluan.
DAP Sarawak turut mengesa agar rakyat Sarawak bersuara dengan lebih lantang untuk menentang kerajaan Barisan Nasional menjelang pilihanraya negeri.
Dari kenyataan tersebut, boleh dibayangkan jika DAP berjaya memerintah Sarawak. Subsidi penuh untuk rakyat Sarawak akan menjadi keutamaan mereka, mungkin juga banyak barang keperluan yang akan menjadi percuma atau setidaknya dijual dengan separuh harga.
Apa yang DAP janjikan untuk rakyat Sarawak, pasti tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional. Hanya DAP dan Pakatan Rakyat yang mampu memberi kemewahan untuk rakyat Sarawak.
Bukan itu saja, DAP dan Pakatan Rakyat pernah berjanji untuk mengagih tanah-tanah yang ada di negeri Sarawak secara adil dan saksama. Dijangka cara pembahagian tanah akan mengikut prinsip komunisme yang mementingkan kesamarataan.
Agak mengecewakan, risalah yang diedar hari ini banyak berkisar tentang isu-isu semenanjung. Apakah rakyat Sarawak tidak masalah untuk diutarakan DAP?
Dimana suara Chong Chieng Jen, bakal ketua menteri Sarawak yang menjadi idola golongan muda? Mengapa terlalu banyak bercakap tentang isu di semenanjung sedangkan di Sarawak masih banyak masalah yang butuhkan perhatian.
Jangan fikir dengan mempersoal kekayaan ketua menteri dan berbahas tentang isu di semenanjung, maka selesailah jutaan masalah rakyat Sarawak..
Apakah Chong Chieng Jen mahu menang sorak kampung tergadai...
p/s: Agaknya Chong mulai meniru blogger PBB Sarawak..
p/s: Agaknya Chong mulai meniru blogger PBB Sarawak..
0 ulasan:
Catat Ulasan