Nuff Head

03 November 2010

AWAS !!! Pas keluarkan ‘fatwa baru’

KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.

“Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.

“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lebih 50 pelajar madrasah berkenaan.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika berucap juga cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan langkah Kerajaan Pusat memberi bantuan RM95 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2011 adalah usaha pakatan pembangkang yang memperjuangkan isu berkenaan selama ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga terpaksa mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM500 kepada RM800 sebulan termasuk elaun imam kepada RM750 sebulan.

“Kita sudah memberi banyak bantuan kepada SAR sebelum ini, dahulu peruntukan untuk SAR tidak pernah disebut dalam bajet Kerajaan Persekutuan, sekarang mereka sebut.

“Boleh jadi mereka sebut kerana malu, segan atau rasa takut kedudukan mereka tergugat,” ujarnya.

sumber: utusan malaysia
Justify Full

13 ulasan:

  1. Tahniah kerajaan Selangor, kerana perihatin kepada rakyat selangor atas bantuannya pada SAR dan Bukit Botak.Kalu sebelum PRU 12, jangan harap la.
    Tahniah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

    BalasPadam
  2. SALAM, BIAR LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-2 NYA

    BalasPadam
  3. pulak...kalau dulu duk kata rasuah rakyat...herm....

    BalasPadam
  4. Apa PAS ingat dia pemegang cop mohor halal dan haram ke? Untuk orang lain semuanya haram, utk PAS semuanya halal. Rasuah dia halal, tipu dia halal, fitnah dia halal. segalanya halaL bagi dia. BERTAUBATLAH PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS SEMENTARA JANTUNG MASIH BERDETIK.

    BalasPadam
  5. dikatakan ada beberapa AMALAN BAGI MENARIK BALA KE SESEBUAH KAMPUNG,DAERAH,NEGERI , NEGARA MAUPUN DUNIA INI ,

    DIANTARANYA ADALAH AMALAN LUAR TABIEE ATAU JUBURMENJUBUR(HUBUNGAN SEJENIS) DAN ULAMA MENGUNAKAN HUKUM-HAKAM DEMI KEPENTINGAN DIRINYA .WALLAHUALAM.

    RENUNG2LAH.

    BalasPadam
  6. SEMOGA ALLAH BERI KEFAHAMAN KEPADA KITA SEMUA , YANG KITA HIDUP DIDUNIA NI SEMENTARA SAJA....JANGANLAH SEMATA-MATA UNTUK MENDAPAT KEDUDUKAN DI DUNIA YANG SEMENTARA INI , AKHIRAT YANG KEKAL ABADI DIKORBANKAN..NAUZUBILLAH MIN ZALIK.

    BalasPadam
  7. Di minta kaji dahulu tentang apa yg diperkatakan..
    jgn cpt menuduh dan memaki..diorang org agama..kita yg xtahu senyap dlu..klu tbukti diorng salah blh laa nk bangkit isu...sbb kita just tgk penyataan begitu,kita xmenghalusi lagi penyataan tu..sy pon bukanlah pandai sgt agama tp sy ambil pendekatan utk mendengar pandangan drpd kedua2 belah pihak supaya mslh blh slesai. jgn kita trus mencetuskn isu kerana ni sume permainan setan.klu kita duk maki hamun kat sini maknanya kita pon dah terpedaya dgn syaitan.jd sape yg menang??setan yg menang..setan duk gelak je kt kita tu disebabkn kejahilan kita..jd cara yg btolnya kita ambil detail2 drpd penyataan itu.

    BalasPadam
  8. bg sesiapa yg boleh tolong mungkin lagi bgus..kita same2 dpt ilmu..

    BalasPadam
  9. sy bkn lah nk menyokong mane2 pihak..tp ini hal yg berkaitan soal agama. hukum bg org yg menafikan sesuatu hukum anda mungkin tahu sndri kn..ap akibatnya.Allah kurniakn akal kpd kita utk kita bfikir.jd kita fikir dlu apa kaitannya

    BalasPadam
  10. jangan menilai orang dari luaran maupun percakapan memang tiada siapa dapat menentukan ketakwaan seseorang melainkan Allah,sekurang-kurangnya kita boleh menilai diri kita dari niat kita ,percakapan dan amalan kita iaitu cara pergaulan kita dengan orang sekeliling kita tanpa cerca mencerca , saya setuju dengan penulis kehidupan sangatlah sementara.

    BalasPadam
  11. Halal Haram bukan manusia yang tetapkan, sepatutnya PAS merujuk terlebih dahulu kepada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

    Kita tak usah heran kalau PAS berbuat demikian karena Parti PAS itu bikinan manusia. Sedangkan Dinul Islam adalah datangnya dari Allah SWT.

    Itu sebabnya fatwa orang PAS itu ikut kepentingan PARTI,
    boleh berubah ikut nafsu, meskipun bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

    BalasPadam
  12. Apa pon yg berlaku,sbenarnya kita xboleh menuduh org secara semberono atau tanpa kajian. media pon kadang2 bknnya betol sgt. media memainkn peranan penting dlm menyampaikan maklumat kepada rakyat. media spatutnya bebas drpd mana2 parti politik. kdg2 maklumat yg disampaikan bukannya betol. bnyk perkara dah edit blk dan diubah drpd cerita asal. bukti kejadian ini berlaku ialah bnyk kes pihak media sperti akhbar disaman oleh pihak tertentu.

    BalasPadam
  13. betol2..ada akhbar BN contoh :utusan...ada akhbar PAS contoh :harakah...semuanya masing2 menghentam parti2 yg bertentangan...spatutnya perlu di neutralkn akhbar ini..mksdnye bebas dr mana2 parti. dan perlu menyampaikan mklumat yg benar..last2 bc metro,sinar harian jela..hahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...