Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Artis Bercerai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Bercerai. Papar semua catatan

17 September 2010

Abby tuntut hutang kahwin

KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

"Norman memang ada beberapa hutang yang dia belum jelaskan kepada saya selain wang hantaran itu," ujar Abby ketika dihubungi semalam.

credit: kosmo

06 September 2010

Krisdayanti bersedia tinggalkan dunia hiburan

JAKARTA: Jatuh cinta dengan Raul Lemos dan mengambil keputusan untuk menikah dengan ahli perniagaan itu membuatkan Krisdayanti (KD) bersedia untuk menghadapi risiko apa pun.
Malah, KD juga dikatakan bersedia untuk meninggalkan dunia hiburan yang sudah banyak mempopularkan namanya. Hal itu diberitahu teman rapat KD, Elsie Lontoh, baru-baru ini.

“KD sudah bersedia meninggalkan kariernya. Dia sedia untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan melupakan gelaran diva yang pernah dipegangnya,” ujar Elsie. “Kita lihat saja bagaimana perkembangannya nanti. Dia kan belum mencuba untuk menjadi suri rumah. Pasti ada tawaran persembahan menyanyi yang akan diterimanya kelak. “Berundur diri daripada bidang hiburan tidak semestinya berhenti menyanyi terus kan,” kata Elsie.

Bagaimanapun, Elsie tidak dapat menjawab apabila ditanya bilakah KD akan menikah dengan Raul. Elsie memberitahu saat ini KD amat percaya Raul mampu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Hanya KD yang boleh menjawab tarikh sebenar dia akan menikah dengan Raul. Saat ini dia lagi jatuh cinta dengan Raul dan dia yakin akan mengahwini Raul tidak lama lagi. “Sama keadaannya ketika dengan Anang. Dulu KD pernah berkata, dia yakin dengan Anang dan ternyata mereka berkahwin. Dan kini KD jatuh cinta dengan Raul dan dia yakin akan menikahi Raul,” kata Elsie lagi. - Agensi 

source: metro

Datuk Sosilawati Hilang bersama RM4 juta

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.

source: kosmo

03 September 2010

Krisdayanti berteka-teki

JAKARTA: Walaupun sering muncul sebagai pasangan serasi di khalayak ramai, Krisdayanti belum lagi bercerita mengenai rancangan pernikahannya dengan Raul Lemos kepada keluarganya.

Kakak Krisdayanti, Yuni Shara, berkata penyanyi Pilihlah Aku itu belum bertemu dengan ahli keluarga bagi merencanakan masa depannya.

Malah, Yuni enggan memberi komen sama ada Raul adalah pasangan sesuai untuk Krisdayanti.

“Sama ada mereka sesuai atau tidak, itu hanya mereka yang tahu,” katanya.

Di sebalik pelbagai liputan mengenai Krisdayanti dan Raul, Yuni mengakui pengetahuannya mengenai mereka masih terbatas.

Kata Yuni, Krisdayanti juga jarang menceritakan kehidupan peribadinya kepadanya.

“Jangan anggap Krisdayanti akan menceritakan segala-galanya kepada saya,” katanya. - Agensi 

source: metro

26 Ogos 2010

Tiger Woods bercerai

PANAMA CITY, Amerika Syarikat (AS) - Bintang golf, Tiger Woods dan isterinya, Elin Nordegren telah bercerai secara rasmi.

Pengumuman itu dibuat setelah perkahwinan mereka runtuh disebabkan siri- siri skandal seks melibatkan Woods.

Pada tahun lalu, media membongkar kecurangan Woods yang menjalin hubungan dengan sejumlah wanita termasuk pelakon filem lucah.

Woods, 34, dan isterinya yang berusia 30 tahun dari Sweden itu dalam satu kenyataan bersama kelmarin memberitahu, mereka sedih kerana perkahwinan enam tahun mereka berakhir dengan perceraian.

Namun, tambah kenyataan sama, mereka mengharapkan masing-masing memperoleh masa depan yang cerah dan berjanji akan tetap bekerjasama demi kegembiraan anak-anak.

"Walaupun kami bukan lagi suami isteri, kami adalah ibu bapa kepada dua anak yang baik dan kegembiraan mereka sentiasa menjadi kepentingan kami," kata kenyataan tersebut.

Dalam petisyen perceraian Nordegren yang difailkan pada awal Julai lalu, dia mendakwa perkahwinannya tidak dapat diselamatkan lagi.

Dia turut meminta untuk kembali menggunakan nama asalnya semasa dia belum berkahwin.

Woods dan Nordegren menghadiri proses perceraian mereka di sebuah mahkamah di sini.

Dokumen mahkamah mendedahkan Nordegren berpindah dari kediaman mereka pada November lalu dan menetap di sebuah kediaman berhampiran yang lain.

Woods mengahwini Nordegren, seorang bekas model, pada Oktober 2004 di Barbados dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun, Sam dan Charlie yang berumur 19 bulan. - Agensi

source: kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...