Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label PRS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRS. Papar semua catatan

09 Oktober 2012

Maklumat Yang Betul Dan Terkini Amat Penting Untuk Menghapuskan Persepsi Negatif

Baru-baru ini Majlis Dialog Media Sarawak 2012 telah diadakan untuk menerangkan pelbagai isu dan menghapus persepsi negatif terhadap kerajaan.  Antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu tanah adat (NCR), isu keselamatan dan pelbagai lagi maklumat mengenai pilihan raya yang akan menjelang.  

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching ini turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Majlis Dialog seperti ini diharap dapat membantu mengikis persepsi negatif terhadap kerajaan.  Pengamal media sosial perlu mendapat maklumat yang betul dan terkini dan majlis seperti ini amat dialu-alukan.  Semoga usaha sedemikian akan diteruskan agar dapat memberi penerangan kepada semua pengamal media sosial di seluruh negeri Sarawak. 

Maklumat umpama peluru paling bisa di alam siber, maklumat yang betul akan membawa cahaya kebenaran yang akan menyinari alam siber. 

Pengamal Media Perlu Bantu Memerangi Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan, Kata Salang

KUCHING, 6 Okt (Bernama) -- Pengamal media di Sarawak, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab perlu turut terlibat memainkan peranan aktif memerangi persepsi negatif terhadap kerajaan khasnya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Dalam menghadapi peperangan persepsi yang merupakan salah satu daripada perkembangan semasa politik tanah air yang berubah mengikut masa dan keadaan, beliau berkata pemikiran rakyat telah diracun dengan pelbagai maklumat yang tidak benar terutama di media siber.

"Semuanya memerlukan penjelasan dan pembetulan persepsi yang berkesan kerana jika keadaan ini tidak ditangani sebaik mungkin, yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar," katanya ketika berucap pada majlis Dialog Media Sarawak 2012 anjuran kementeriannya dan Jabatan Penerangan Sarawak, di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) kementerian berkenaan Datuk Dr Rothiah Omar, Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Penerangan Negeri Resat Salleh.

Salang mengingatkan bahawa banyak laporan dan penulisan yang tidak bertanggunjawab dan mengelirukan telah berjaya meracuni pemikiran dan persepsi sebahagian masyarakat sehingga mereka "sanggup menghina pihak yang berjasa dan sebaliknya pula memuja kepada yang berdusta".

-- BERNAMA

17 Februari 2011

PAS Mengemis Kerusi Daripada PR di Sarawak?!!!

Pengemis Cinta
Setakat nak ambil 8 kerusi sahaja buat apa? Baik ambik 71 kawasan sekaligus kalau nak tunjuk hebat?!!  Kalau dah tahu kalah di Beting Maro carilah tempat lain?

Inilah PAS! Mereka ibarat perumpamaan kalau mata kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga! 
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan?   Kalau setakat nak bertanding satu kawasan kenapa perlu tubuh Dewan Pemuda PAS hingga ke semua bahagian di Sarawak?  Satu kawasan pun tak larat nak menang inikan pula menyibuk di kawasan lain?  Buktikanlah PAS di terima di satu kawasan terlebih dahulu sebelum memohon untuk bertanding di kawasan lain.  

Kalaulah PAS dibenarkan oleh Pakatan Rakyat untuk mencalonkan 8 kerusi kelak nescaya terlingkuplah Pakatan Rakyat!??  Kredibiliti PAS mulai kecundang setelah kalah pada PRK  Galas dan Tenang!  Kalau di Sarawak memang tidak ada harapanlah PAS!!!??? 

Golongan PAS dilihat begitu kuat sebelum Pilihan Raya memandangkan banyak guru dari Kelantan yang mengajar di Sarawak cuba meraih undi dari kalangan pelajar mereka?!!  Apabila tiba musim pilihan raya, jentera pilihan raya mereka memang kelas gitu!! 

Jentera pilihan raya mereka kelak nampak mantap tetapi apabila tiba di hari pengundian, maka jatuhlah PAS yang tidak pandai membahagi tugas untuk menggerakkan jentera mereka.  Kalau dilihat  memang PAS akan kalah  sebelum bertanding?!! Dinasihatkan agar Pakatan Rakyat tidak perlu membuang masa mereka untuk memberi ruang kepada PAS di Sarawak nescaya rugi sekali lagi semasa Pilihan R kelak!!?? PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan DAP dan PKR di Sarawak!
Kredit Kepada Reformasin

PAS Tanding Di Sarawak, Mahu Lebih Kerusi
Posted BERNAMA , 16 Februari, 2011 15:57 PM
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

"PAS bertanding (2006), sekarang dalam proses rundingan dan perbincangan untuk tentukan jumlah kerusi. Kita harap dapat bertanding lebih dari satu (kerusi), paling tidak mempertahankan status quo kerusi yang kita tandingi," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata Pakatan Pembangkang Sarawak masih dalam perbincangan untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di setiap kerusi dan sekiranya tidak selesai Pakatan Pembangkang pusat akan berbincang dan memutuskannya.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata Pakatan Pembangkang juga akan berbincang dengan parti pembangkang di Sarawak bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

"Kita harap mereka lebih terbuka kerana apa yang lebih penting ialah kemenangan. Kalau ada keperluan kita akan bincang dengan mereka," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP enam, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Pakatan Pembangkang terutamanya PAS akan membawa isu-isu mengenai integriti kerajaan yang memerintah, seperti fenomena yang berlaku di beberapa negara Asia Barat dan Timur Tengah pada masa ini.

Katanya, walaupun mengakui agak sukar untuk menang di kerusi majoriti Melayu berkenaan, apa yang penting ialah menyampaikan maklumat kepada rakyat di kawasan itu supaya dapat membentuk minda untuk kepentingan umum.

"Tak semestinya kita mesti menang untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan tak semestinya pada pilihan raya sahaja. Kita juga masuk di lain-lain kawasan walaupun tak ada pilihan raya," katanya.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac dan ia diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54 akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

-- BERNAMA

22 Januari 2011

PKR Baru Bian Tidak Suka Iban??

Kenapa Baru Bian benci orang Iban?  Padahal Baru Bian kononnya ingin memperjuangkan nasib orang Iban Sarawak?  Memperjuangkan tanah NCR dan tanah adat?
Iban Are Not Good Leaders - Baru Bian
Setelah melawat blog Change We Must, barulah saya faham kenapa Baru Bian tidak suka orang Iban menjadi ketua.

Menurut temubual Change We Must dengan saudara John, Baru bian merupakan salah seorang ahli parti PBDS dan juga parti MDC suatu ketika dulu.  Pada masa itu PBDS dipimpin oleh Datuk Leo Moggie dan berjaya membawa komuniti Dayak ke peringkat nasional.  Apabila Leo Moggie meninggalkan PBDS, maka terjadilah krisis kepincangan dalam parti komuniti Dayak.  

PRS muncul daripada PBDS dan diketuai oleh Dr James Jemut Masing.  PBDS yang dalam pergolakan kepimpinan akhirnya terus dibubarkan oleh R.O.S.   Baru Bian yang merupakan Orang Ulu, terus kecewa dan menanamkan hasrat agar tidak mempercayai orang Iban lagi untuk menjadi ketua.

Pernah Baru Bian menyatakan bahawa

"..Iban tidak boleh dipertanggunjawabkan lagi sebagai ketua kerana mereka tidak pandai membuat benda yang berfaedah.  Mereka hanya tahu untuk menyelamatkan bulu mereka sendiri, seperti yang telah Leo Moggie buat kepada ketika dalam PBDS.  Leo Moggie kini sudah senang- lenang menjadi Chairman syarikat luar negara!  Apa yang kita semua dapat setelah menyokong Leo Moggie? PBDS?

Baru Bian rupanya kecewa terhadap kepimpinan orang Iban dan tidak akan mempercayai mereka lagi kerana pada pendapat beliau bahawa Iban adalah bangsa yang tidak bertanggungjawab untuk memegang pangkat dan menjadi ketua.

Ketika mengakhiri temu bual, John memberitahu Change We Must bahawa, mereka akan menentang PKR habis-habisan.  Iban tidak akan meyerah kalah dengan mudah! Agi Idup Agi Nelaban!

30 November 2010

Pilihan Raya Negeri Sarawak Akan Berlaku Serentak

Kemungkinan Sarawak akan menghadapi dua pilihan raya iaitu Umum dan Negeri pada masa yang sama. Ini telah dinyatakan agar Barisan Nasional negeri mempertimbangkan hal ini seperti yang akan disarankan kepada Perdana Menteri.  

Mungkinkah terdapat begitu banyak perubahan dari segi bilangan kerusi dan juga wakil rakyat yang bertanding?  Adakah muka baru akan ditampilkan manakala muka lama akan diturunkan dan ini semua kini menjadi persoalan di sekitar kawasan.

Sama-samalah kita nantikan keputusan pengumuman pembubaran Kabinet kelak!!!

Pilihan raya serentak?

Posted on November 30, 2010, Tuesday

KUCHING: Barisan Nasio-nal (BN) Negeri sedia mempertimbangkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta untuk mengadakan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum secara serentak. 
 
BERI IDEA: Taib bertukar pendapat dengan Shafie dan Wahab selepas bermesyuarat di kediaman rasminya, semalam.

Semalam, Pengerusi BN Ne-geri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri memberitahu, beliau akan mempertimbangkan sekiranya permintaan sedemikian dibuat.

“Jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, saya boleh mempertimbangkannya.

“Tidak menjadi masalah (untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya secara serentak),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di ke-diamannya di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.

Taib, bagaimanapun pantas menjelaskan bahawa kenyataannya tidak harus disalah anggap bahawa pilihan raya sedemikian sememangnya akan terjadi.

Ini kerana tarikh pilihan raya ditentukan oleh Najib.

“Saya tidak menentukan tarikh pilihan raya umum untuk negara kerana ia (keputusan) dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, jika Najib bercadang untuk mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi, adalah wajar untuk kedua-dua pihak untuk sama-sama berbincang terlebih dahulu.

“Jika beliau (Najib) mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya (umum) tidak lama lagi, lebih baik (kedua-dua parti) menyelaraskannya (dengan pilihan raya negeri)… dan mungkin (mengadakan) pilihan raya se-rentak,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata tujuan utama beliau berjumpa dengan Taib adalah untuk membincangkan cara memperbaiki kerjasama antara negeri ini dan kementeriannya bagi memastikan masalah-masalah kecil dapat diselesaikan.

Beliau berkata, mungkin ada yang tidak menyedari banyak projek pembangunan sudah berjalan di negeri ini seperti rumah-rumah yang dibina di bawah program kementeriannya.

Shafie turut memberitahu perjumpaan itu turut membincangkan cara untuk membantu penduduk luar bandar mencapai pendapatan lebih tinggi.

“Kami turut membincangkan cara atau kaedah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan lain untuk memastikan penduduk luar bandar dapat meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Hadir sama, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Abdul Wahab Aziz.

29 September 2010

Formula BN dijangka mengugat Pilihan Raya Negeri Sarawak

BN Guna Strategi Baru Bagi Hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak

BERNAMA

MIRI, 28 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kaedah dan strategi baru bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan pada Selasa.

Katanya semua yang terbabit dalam jentera BN telah diperlengakpi sepenuhnya bagi melaksanakan strategi dan menangkis taktik pembangkang pada pilihan raya negeri kali ini.


Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada Julai tahun depan dan pembubarannya bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dijangka berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.


"Strategi kali ini adalah amat berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini. Jentera pilihan raya negeri cukup bersedia kali ini," kata Dr Chan kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup bersama 300 anggota parti komponen BN negeri di sini.


Selain SUPP, parti komponen BN negeri yang ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).


Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 35 kerusi daripada 71 kerusi negeri diikuti SUPP (11) serta lapan kerusi masing-masing oleh PRS dan SPDP.


Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, menjangkakan parti pembangkang akan menggunakan taktik memburuk-burukkan pemimpin negeri dalam usaha meraih undi pada pilihan raya negeri itu.


Katanya BN negeri bersedia menghadapi situasi itu dan telah mempersiapkan jentera BN bagi menangkis segala dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan oleh pembangkang.


"Mereka (pembangkang) tidak boleh mengambil alih pentadbiran kerajaan kerana kerajaan Sarawak adalah antara kerajaan terbaik diuruskan," katanya.


Mengenai mesyuarat tertutup itu, Dr Chan berkata mereka yang menghadiri mesyuarat itu akan memainkan peranan penting dalam mengurus jentera pilihan raya negeri.


"Saya memberitahu mereka bahawa kita tidak mampu kalah pada pilihan raya negeri ini hanya kerana jentera kita tidak cukup baik dan tidak mampu menangkis apa jua yang dilemparkan oleh pembangkang," katanya.


-- BERNAMA

mukapetang: Betul tu Tan Sri, walaupun kita sudah lama bertahan, sekarang kita perlu menangkis segala tohmahan dan serangan pembangkang.  Kita masih mempunyai banyak sumber yang belum lagi digunakan.  Kita akan tunjukkan kepada mereka Sarawak untuk orang Sarawak!!! 

26 September 2010

Taib Meneruskan Sumpah Perjuangan Membawa Sarawak Terus Maju ke Depan dalam Barisan Nasional

25 Sept 2010, Saturday 

Kuching - Semua rakyat dari segenap pelusuk telah turun ke Hornbill Skyways untuk menyambut kepulangan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.  Walaupun keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan namun ia dianggap sebagai rahmat demi untuk bersama dengan pemimpin kesayangan mereka.  


Antara parti komponen Barisan Nasional adalah dari PRS dan PBB dibawah kepimpinan wakil rakyat masing-masing yang turut sama mengibarkan kain rentang dan juga bendera parti untuk menyambut kepulangan Pehin Sri yang disayangi. 

Tidak lupa juga para wakil rakyat yang berkumpul sejak pukul 2 petang lagi untuk bersama-sama menyambut Pehin Sri. Antara yang dapat dilihat adalah YB Dr Abang Rauf dan YAB Datuk Amar Abg Johari.  


Tidak lama kemudian pesawat yang membawa Pehin Sri selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan membawa beliau ke Hornbill Skyways Hangar.  Pehin Sri terlihat begitu terharu dan teruja apabila melihat rakyatnya yang sanggup berdiri dalam hujan untuk menyambut kepulangannya.  Sememangnya beliau sendiri tidak mengetahui mengenai acara yang dianjurkan secara mengejut oleh Pejabat Ketua Menteri bersama dengan komponen parti Barisan Nasional yang lain.  

Sebaik sahaja mendarat beliau terus dipeluk oleh para kabinet menteri yang hadir yang diketuai oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu. Pehin Sri kemudiannya diarak ke atas pentas diiringi dengan laungan "Hidup Pehin Sri".  


Selepas selesai bacaan doa oleh Imam Masjid Jamek.  Pehin Sri pun dipersilakan untuk memberi sepatah dua kata.  Antara amanat yang disampaikan dan dipetik di bawah. 


"Hari ini sudah kita sudah susunkan segala rancangan untuk dapat membawa Sarawak supaya menjelang tahun 2020 pendapatan purata penduduk Sarawak akan menjadi 3 kali ganda daripada sekarang ini. 

"Insya Allah, We can achieved our target to be a developed country.  SCORE will make all these things achievable, but it is only achievable by Barisan Nasional."  

"..saya akan terus memimpin Barisan Nasional sehinggalah saya dapat membawa theme yang boleh menggunakan semua strategi pembangunan.  Saya telah atur strategi saya sehingga satu generasi. tapi perjuangan kita akan terus sampai satu generasi lagi.  Kita dalam Barisan Nasional ada satu cogankata "Patah Tumbuh Hilang Berganti". Kita akan terus memperjuangkan hasrat rakyat Sarawak bukan dengan mulut sahaja tapi dengan tenaga dan usaha.  ..."

Begitulah amanat pemimpin yang telah menerajui Sarawak dengan penuh kepakaran.  Beliau juga telah bergiat dalam politik Sarawak selama 29 tahun.  Alangkah bertuahnya Sarawak mendapat seorang anak jati yang begitu cekal menghadapi arus pembangunan serta membawa rakyat untuk bersama-sama mengecapi keharmonian dan kesejahteraan. 

Tidak hairanlah rakyat Sarawak begitu marah sekiranya pemimpin mereka dikecam atau dihina tidak kira oleh pemimpin luar negara mahupun oleh pemimpin pembangkang.  Rakyat Sarawak yang bersatu padu akan bangkit berjuang demi mengekalkan serta meneruskan amanat perjuangan pemimpin mereka pada tahun 1963 untuk sentiasa merdeka dalam Malaysia.  

Sumpah perjuangan datuk nenek mereka untuk membawa Sarawak dalam kemajuan dan kemakmuran tidak akan dipersiakan oleh pemimpin Sarawak yang sedia ada dan ini akan diteruskan lagi oleh pemimpin Sarawak yang baru yang sentiasa mengambil kira perjuangan datuk nenek mereka agar Sarawak sentiasa maju dan bertambah makmur. 

posted using Blackberry mobile


19 September 2010

Masing: Isu Tanah NCR Tak Perlu Campur Tangan Pembangkang

Utusan Malaysia

KUCHING 17 Sept. 2010 - Kerajaan negeri tidak memerlukan campur tangan pihak luar terutamanya pembangkang mengenai bagaimana untuk menguruskan tanah hak adat bumiputera (NCR) di negeri ini.

Datuk Seri James Jemut Masing, Menteri Kemajuan Tanah


Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Seri James Jemut Masing berkata, kanun tanah negeri berhubung pemerolehan tanah NCR adalah jelas dan tidak memerlukan sebarang campur tangan ataupun pandangan orang luar.

"Ada dua sebab mengapa tanah NCR perlu diambil iaitu pertamanya untuk dijadikan taman negara dan keduanya untuk dimajukan. Bagi tujuan itu, pemilik tanah NCR akan dibawa berunding dan dibayar pampasan sewajarnya," kata beliau di sini semalam.  


Beliau memberitahu, untuk memperolehi tanah NCR bagi dijadikan taman negara, kerajaan biasanya mengadakan dialog dengan pemilik tanah sebelum persetujuan dicapai.  

Perkara yang sama berlaku apabila kerajaan mengambil tanah untuk dimajukan di mana urusan tersebut adalah tertakluk di bawah Seksyen 47 dan pemilik diberi pampasan penuh," jelas beliau lagi.  

Masing mengulas lagi bahawa masih terdapat pertikaian yang timbul akibat kekeliruan  mengenai pemilikan tanah sama ada milik kerajaan atau di bawah NCR.  Katanya lagi, jika terdapat pertikaian kerajaan tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya dan rakyat boleh membawa pertikaian itu ke mahkamah untuk mencari kebenaran.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berhubung pengambilan tanah di Ulu Sebuyau baru-baru ini.  Tanah tersebut bagaimanapun diberikan semula kepada pemiliknya biarpun telah diwartakan sebagai taman negara setelah diselesaikan di luar mahkamah.  

Masing menjelaskan, kes itu merupakan kes yang terpencil.  Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.  Ini kerana katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira ia kumpulan majoriti atau minoriti.

"Sistem kerajaan BN tidak dapat dinafikan telah mewakili semua kaum di negara ini," katanya lagi. 

mukapetang:  Masing begitu lantas menjawab kenyataan Zaid.  Tindakan seperti ini adalah wajar bagi mengelak kekeliruan dalam kes NCR yang sensitif ini.  Pihak pembangkang akan menggunakan isu sedemikian bagi meraih undi simpati rakyat.  Ini adalah strategi lama pembangkang yang hanya memerlukan simpati daripada rakyat.  Apabila tamat pilihanraya kelak sekiranya mereka ini terpilih nescaya jawapan yang sama akan diberikan iaitu tidak memiliki masa yang cukup untuk mengkaji isu tanah NCR. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...