Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Mukah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mukah. Papar semua catatan

06 Disember 2012

Masyarakat Belia Mukah Diseru Beri Sokongan Padu Kepada Kerajaan.

Ahli Parlimen Mukah menyeru rakyat khususnya kaum belia memberi sokongan padu kepada kerajaan.  Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Kepimpinan Belia/Remaja di Dalat yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Dalat.

Sokongan yang tidak berbelah bagi amat perlu untuk rakyat bagi menjayakan program transformasi kerajaan untuk  meningkatkan lagi pendapatan.

Persatuan Melanau Dalat juga harus dipuji kerana menganjurkan banyak seminar pada tahun ini dan seminar terakhir mereka adalah untuk membantu golongan ibu tunggal yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Syabas di atas usaha Persatuan Melanau dalam meningkatkan kesedaran rakyat di atas usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.
Beri sokongan padu kepada kerajaan

Posted on December 6, 2012, Thursday
ALBUM: (Duduk dari kiri) Kenil, Ibrahim, Toyad dan Fairol bersama peserta Seminar Kepimpinan Belia/Remaja di Dalat baru-baru ini.
KUCHING: Rakyat perlu terus bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam usaha memastikan program transformasi dilaksanakan mencapai objektif.

Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad berkata sokongan padu rakyat berbilang kaum dalam usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat amat mustahak bagi memastikan usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjadi kenyataan,” katanya ketika merasmikan Seminar Kepimpinan Belia/Remaja anjuran Persatuan Melanau Dalat, baru-baru ini.

Mengenai seminar itu, Toyad berkata ia bukan sahaja memberi kepentingan kepada masyarakat Melanau tetapi menyatupadukan kaum-kaum lain dalam usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, usaha persatuan itu menganjurkan beberapa siri seminar keibubapaan selama ini dan seminar kepimpinan belia/remaja merupakan suatu yang amat dialu-alukan serta mendapat sokongan penuh daripada beliau.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Melanau Dalat untuk membolehkan persatuan itu menjalankan program-program kemasyarakatan yang telah dan akan dirancangkan.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim M. Mekir memberitahu seminar kepimpinan itu dihadiri seramai 30 peserta yang dipilih dari daerah Dalat dan merupakan siri keempat dianjurkan persatuan itu tahun ini.

Sementara itu, katanya, persatuan itu akan menganjurkan seminar khas untuk seramai 40 ibu tunggal selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Disember ini dan merupakan seminar terakhir dianjurkan tahun ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jeraie, Pegawai Penerangan LPPK Negeri Sarawak Fairul Desa, Ibrahim M. Mekir dan timbalannya, Benedick Pon Akei serta ketua-ketua masyarakat

11 September 2012

Kemerdekaan Umpama Mendapat Tempayan Besar: Abu Seman


Apakah maksud kemerdekaan umpama mendapat tempayan yang besar? Marilah ikuti kupasan ADUN Jemoreng mengenai pengisian erti kemerdekaan ke dalam tempayan ini.

Rakyat harus hargai kemerdekaan dan mengisi dengan pembangunan

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


PERLU DILINDUNGI: Inilah antara rumah-rumah di kawasan perumahan Taman Permai di Sibu.

MUKAH: Semua rakyat harus menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan tugas kita sekarang adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut dengan apa yang kita ada sekarang kata ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi harus dihargai sebaik mungkin dan harus diisi dengan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Bagi saya kemerdekaan ini ibarat kita mendapat sebuah tempayan yang besar, tempayan itu perlu diisi jadi kemerdekaan itu perlu diisi melalui pembangunan yang kita rancang seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Kemerdekaan juga umpama intan yang kita miliki dan perlu dijaga dengan baik, jangan sampai ia hilang kalau hilang kita semua akan menangis untuk mencari intan yang begitu berharga.

“Orang yang hidup lama sudah merasa betapa peritnya hidup semasa dijajah oleh Jepun dahulu, di kampung saya banyak cerita yang mendukacitakan di mana orang-orang kita diseksa semasa kita dalam pemerintahan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Kelab Basikal Mukah (KBM) baru-baru ini.

Sementara itu, Abu Seman yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata kebebasan atau demokrasi yang kita amalkan pada hari ini mempunyai had.

“Demokrasi yang kita amalkan ada hadnya,bukanya demokrasi ini suka hati kita, kita tengok baru-baru ini memijak gambar pemimpin, Adakah itu demokrasi?

“Kita tidak mahu demokrasi jenis itu, demokrasi kita ialah demokrasi yang terpimpin. Pendek kata demokrasi kita ialah untuk membela rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menilai bagaimana cara kehidupan kita pada masa ini hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Wali Kota Bahagian Mukah Ali Suhaili.

- Posted using BlogPress from my New iPad

26 November 2010

DARI MUKAH : "Penyakit misteri" yang pertama dalam sejarah?


  seksi dan misteri (sekadar gambar hiasan)

Dikabarkan sejak September 2009, seramai 27 keluarga di Mukah mengalami  'penyakit misteri' yang serius. Menurut laporan media pro Pakatan di Sarawak, semua penduduk yang tinggal 300 meter dari tempat Aluminium Smelting Plant di Mukah telah dijangkiti penyakit misteri tersebut.

Laporan tersebut turut menjelaskan, penyakit misteri telah menyerang penduduk sekitar sejak sebelum Aluminium Smelting Plant beroperasi. Iaitu semasa kilang aluminium tersebut baru dalam pembinaan.

Difahamkan ramai penduduk mengalami batuk-batuk, pening kepala, masalah kulit mengelupas dan kesukaran bernafas. inilah yang mengundang simpati penyokong Anwar Ibrahim.

Lebih misteri, bila penyakit yang dimaksudkan cuma menyerang masyarakat Iban, meskipun di kawasan sekitar terdapat penduduk kaum melanau dan cina. Jelas sekali penyakit misteri bukan sekadar misteri, malah sangat rasis?

Ternyata penyakit tersebut memiliki agen-agen rasis yang akan menyerang dan menjangkiti satu kaum saja. ini bukan lagi masalah genetic, tapi jelas satu epedemik yang amat luar biasa.


Kenyataan ini dapat dibuktikan bila beberapa pakar pro 'Pakatan' mengatakan penyakit tersebut boleh merebak melalui air hujan. Namun misteri tetap terjadi, air hujan yang mengandungi virus penyakit misteri tidak mencurah keatas penduduk kaum lain. Sedangkan di kawasan Mukah dan Balingian, kaum melanau adalah penduduk majority.

Ini mungkin 'penyakit misteri' yang pertama seumpamanya di Malaysia, mungkin juga di dunia?

Mungkin juga penyakit ini ada kaitan dengan pilihanraya?

Misteriiiii….

15 November 2010

MUKAH : ‘penyakit misteri’ sandiwara pelacur politik

Isu penyakit misteri yang cuba digemparkan di Mukah, hanyalah sekadar angkara pelacur politik murahan, yang berhasrat menarik perhatian penduduk Mukah agar menerima kehadiran dan doktrin mereka.

sekadar gambar hiasan

Pelacur-pelacur politik ini menganggap orang Mukah terlalu tolol. hingga sanggup 'berjual diri' dengan propaganda kononnya Zon Perindustrian SCORE di Mukah telah melepaskan bahan radioaktif berbahaya. dan menyebabkan penduduk Mukah diserang ‘penyakit misteri’

Menariknya berita tersebut cuba digemparkan di Miri dan Bintulu, untuk menghasut rakyat Sarawak agar menentang pembangunan yang bawa oleh kerajaan. Mungkin pelacur-pelacur politik tersebut sudah tidak sabar untuk menjadi menteri?

Sebelum ini pernah ada propaganda di Daerah Oya mengatakan penduduk disana akan 'mandul' jika membiarkan kerajaan membina menara telekomunikasi. Kononnya kesan radiasi dari menara tersebut sangat kuat, sehingga boleh memandul seluruh penduduk.

Inilah masalah Pakatan Rakyat, semuanya merujuk pada Anwar Ibrahim dalam apa saja bidang ilmu. Anwar cuma ada ijazah sarjana muda pengajian melayu, tapi disuruh mengkaji tentang radiasi, perubatan, ekonomi dan undang-undang.

Maka tidak hairan, kajian pakar-pakar yang dilantik oleh kerajaan negeri sangat bercanggah dengan kajian yang di buat Anwar dan penyokong Pakatan. Kerana Anwar mengkaji semua bidang menggunakan teori sastera dan berdasarkan tips and trick ke Putrajaya.

Baca kutipan ini
MUKAH: Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie ketika menjelaskan perkara itu berkata, sebelum Zon Perindustrian SCORE di Jalan Balingian-Mukah, di sini dibuka pelbagai kajian mengenai kesan-kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar dilakukan dengan pemantauan rapi kerajaan.


“Tiada pelepasan gas, toksik mahupun radioaktif berbahaya di Zon Perindustrian SCORE, di sini.

selanjutnya disini: KLIK




p/s: memang aneh bila semua otak dijeruk dalam kerandut Anwar...

27 Oktober 2010

Taib : Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan





Melentur buluh hendaklah dari rebungnya biar senang diajar dan dibimbing sebelum menempuh dunia yang penuh ranjau.  Orang tua dihormati dan orang muda dikongsi tunjuk ajar.  Demikianlah cara didikan awal di Sarawak. 

Semasa PRK di Sibu tempoh hari, penduduk Sarawak telah dikejutkan oleh budaya yang begitu liar dan sungguh tidak berperikemanusiaan.  Yang perempuan berlagu-lagu dan menjerit-jerit tanpa ada tahap keimanan di dalam dada.  Yang muda juga turut sama memburukkan namapemimpin sambil melaungkan perjuangan yang tidak pernah dituntut dalam agama. 

Nama pemimpin tidak dihormati malah dipersenda-sendakan seumpama tiada makna dalam arus pemodenan. Beginikah budaya timur yang telah diserap di dalam jiwa dan sebati dengan naluri orang timur?  

Wajarkah budaya sedemikian diteruskan? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan untuk membetulkan semua ini?  Adakah tugas kerajaan sahaja atau tugas individu yang membentuk keluarga asas? Tepuk dada tanyalah selera..


Memandangkan perlunya ada kesedaran sedemikian. Maka kepimpinan di peringkat akar umbi  hendaklah bekerjasama dengan pemimpin untuk mendidik nilai-nilai murni dan sahsiah diri yang terpuji di dalam setiap anak watan.  Ini agar mereka tidak lupa akan asl usul perjuangan demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

Sarawak sangat beruntung kerana mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat.  Walaupun kadang-kadang dia tidak dapat berlaku saksama ke atas semua.  Seperti cerita di bawah

Anak yang sulung apabila tamat pelajaran diberi sebuah kereta mewah.  Anak bongsu yang baru mendapat keputusan cemerlang dalam PMR pula diberi 5 buah basikal.    Si abang tidak puas hati kerana adik mendapat 5 benda. Si adik pula tidak puas hati kerana tidak dapat  kereta.  Sekiranya kereta diberi kepada adik sempena keputusannya, mungkinkah si adik akan meneruskan hayatnya sehingga ke menara gading?  Sudah tentu si adik akan mendapat kemalangan memandangkan pengalaman memandunya belum cukup dan sentiasa mengikut gerak hati muda. Beginilah refleks keadaan semasa yang dapat diperhatikan.  Semoga kita merenung dan mengambil iktibar di samping itu marilah kita mengikuti kisah di bawah..

Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak : Taib

by Awangku Khaider. Posted on October 27, 2010, Wednesday
MUKAH: “Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak dan hanya melakukan yang terbaik untuk mereka walaupun terpaksa berhadapan kritikan pedas pembangkang,” demikian tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

KERAJAAN BANTU: Taib bertemu dengan mangsa tragedi bot karam di Pejabat Daerah Tatau, semalam.
Menurut beliau, perjuangan politik pembangkang tiada definisi jika sekadar melalak yang kononnya menghujahkan isu-isu semasa serta mempromosikan propaganda, tanpa bertindak untuk mensejahterakan rakyat.
“Andai terpaksa berdepan kritikan hebat pembangkang sekali pun, saya rela. Saya hanya melakukan yang terbaik untuk rakyat. Marahlah macam-macam, saya tidak peduli. Kesejahte-raan rakyat lebih penting daripada melayan kerenah pembangkang.
“Dua cuping telinga saya bersedia mendengar segala masalah rakyat. Walaupun begitu, permasalahan rakyat yang saya dengar akan diperhalusi. Permohonan-permohonan untuk pembangunan akan dinilai berpandukan keuta-maan serta kewajaran,” jelas beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menyatakan demikian semasa beliau berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Peringkat Negeri (Bahagian Mukah) di The Grand Kingwood Resort, di sini semalam.
Seminar dua hari itu bertemakan ‘Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan’ yang disertai oleh 284 ketua kaum di Bahagian Mukah dan dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM).
Menekankan disiplin sebagai penanda aras kredibiliti seseorang pemimpin akar umbi, Taib mengingatkan bahawa pembangunan tidak mampu berjalan lancar tanpa kerjasama erat para pentadbir dengan masyarakat setempat.
“Jatuh bangun negeri ini di tangan kita sendiri. Kemajuan pesat sekarang tidak harus berhenti sekerat jalan. Jangan biarkan generasi masa hadapan menikmati pembangunan yang alang-alang. Pastikan taraf hidup mereka lebih baik berbanding kita pada hari ini.
“Justeru, pemimpin akar umbi perlu sealiran dengan kerajaan. Kejujuran, keikhlasan dan sikap yang betul akan memastikan masyarakat pimpinan maju dari segi fikiran serta tidak terpinggir daripada arus perdana pembangunan,” tambahnya.
Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie serta ADUN Daro Murni Suhaili juga turut hadir di majlis tersebut.

TAIB : Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak !!!

Credit source: The Borneo Post

MUKAH: “Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak dan hanya melakukan yang terbaik untuk mereka walaupun terpaksa berhadapan kritikan pedas pembangkang,” demikian tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut beliau, perjuangan politik pembangkang tiada definisi jika sekadar melalak yang kononnya menghujahkan isu-isu semasa serta mempromosikan propaganda, tanpa bertindak untuk mensejahterakan rakyat.

Taib bertemu dengan mangsa tragedi bot karam di Pejabat Daerah Tatau, semalam.

“Andai terpaksa berdepan kritikan hebat pembangkang sekali pun, saya rela. Saya hanya melakukan yang terbaik untuk rakyat. Marahlah macam-macam, saya tidak peduli. Kesejahteraan rakyat lebih penting daripada melayan kerenah pembangkang.

“Dua cuping telinga saya bersedia mendengar segala masalah rakyat. Walaupun begitu, permasalahan rakyat yang saya dengar akan diperhalusi. Permohonan-permohonan untuk pembangunan akan dinilai berpandukan keuta-maan serta kewajaran,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menyatakan demikian semasa beliau berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Peringkat Negeri (Bahagian Mukah) di The Grand Kingwood Resort, di sini semalam.


Seminar dua hari itu bertemakan ‘Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan’ yang disertai oleh 284 ketua kaum di Bahagian Mukah dan dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM).

Menekankan disiplin sebagai penanda aras kredibiliti seseorang pemimpin akar umbi, Taib mengingatkan bahawa pembangunan tidak mampu berjalan lancar tanpa kerjasama erat para pentadbir dengan masyarakat setempat.

“Jatuh bangun negeri ini di tangan kita sendiri. Kemajuan pesat sekarang tidak harus berhenti sekerat jalan. Jangan biarkan generasi masa hadapan menikmati pembangunan yang alang-alang. Pastikan taraf hidup mereka lebih baik berbanding kita pada hari ini.

“Justeru, pemimpin akar umbi perlu sealiran dengan kerajaan. Kejujuran, keikhlasan dan sikap yang betul akan memastikan masyarakat pimpinan maju dari segi fikiran serta tidak terpinggir daripada arus perdana pembangunan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie serta ADUN Daro Murni Suhaili juga turut hadir di majlis tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...