Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Bunuh diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunuh diri. Papar semua catatan

10 November 2010

HINDRAF KENA KENCING!!!!








Menurut sumber Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi memberitahu tiada sebarang tangkapan dilakukan.


Seperti Zahid dan yang lain-lain nampaknya pertubuhan haram hindraf telah sedar juga mereka telah 'dikencing' .

Dianggarkan dalam 20 ORANG ahli mengadakan upacara menyalakan lilin di hadapan rumah Ketua Pembangkang, DSAI bagi menuntut pakatan pembangkang menunaikan janji terhadap kaum India ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

DENGAN membawa poster tertera 'YB Anwar, Guan Eng, Hadi Awang beri geran tanah untuk semua kuil-kuil, kubur, sekolah tamil dan setinggan India di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah'.

"Sejak pakatan pembangkang menang pilihan raya, nasib kaum India masih tidak dibela," kata jurucakap mereka , ketika ditemui di hadapan kediaman Anwar.

Tambah beliau lagi, tragedi seorang India bertindak membakar diri di Puchong, Selangor, semalam berikutan isu merobohkan setor sebuah kuil di Subang Jaya menunjukkan perkembangan yang tidak baik dan diharap tidak berulang.

kalau tidak dibendung mereka akan kekurangan ahli.



Di Sarawak setakat ni tak ada hindraf .




untuk lanjut layari rajahmas

17 Oktober 2010

PROPAGANDA : PKR giat kaitkan Ketua Menteri dengan pembunuhan?


Jika sebelum ini, Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh mengaitkan Datuk Seri Najib dengan pembunuhan Altantuya. Walaupun pihak mahkamah tidak pernah membabit atau membuktikan tuduhan tersebut.

Gelombang propaganda baru dari PKR sedang bergerak ke Sarawak!

Sasaran terkini adalah ketua menteri, beberapa pihak atau ajen dari Pakatan Rakyat sedang bergerak aktif menyebarkan propaganda menghasut rakyat serta penduduk tertentu agar mempercayai ketua menteri adalah pembunuh. 

Percubaan mengaitkan ketua menteri dengan kematian seorang warga Amerika, Sebenarnya mengharap propaganda serta tuduhan tersebut akan memancing undi protes terhadap ketua menteri dan BN  menjelang pilihanraya negeri.

Fitnah tersebut akan lebih lantang menjelang pilihanraya negeri, dikabarkan Anwar Ibrahim akan menyentuh butirannya sewaktu perjumpaan di Miri pada 23 Oktober nanti. 

Seperti kebiasaannya, penyokong kuat PKR mengatakan Anwar mempunyai bukti. Kita tunggu 23 Oktober?


p/s: anwar memang gudang segala bukti?

20 September 2010

Kes Sosilawati : Apa kaitan Sarina?

BUKIT MERTAJAM 19 Sept. – Ahli keluarga pengasas kosmetik Aveer, Sarina Jaafar yang ditemui mati tergantung di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, percaya kematian usahawan wanita itu berpunca daripada masalah keluarga.

Anak saudaranya, Naimah Sahid, 32, memberitahu, ibu saudaranya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mak Anjang sering mengadu mengalami tekanan perasaan, malah pernah cuba membunuh diri sebelum ini dengan mengelar pergelangan tangannya.

Sehubungan itu, katanya, desas-desus mengatakan kematian Sarina mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya baru-baru ini, adalah tidak berasas.

‘‘Mereka (Sarina dan Sosilawati) memang mengenali antara satu sama lain kerana Sarina pernah mengedarkan produk keluaran syarikat milik Sosilawati beberapa tahun lalu, tetapi sekarang dia hanya menguruskan produk perniagaannya sendiri.

‘‘Arwah sering meluahkan rasa sedih dengan masalah keluarga yang dihadapinya. Dia tidak mengalami masalah dengan perniagaannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Sarina di sini hari ini.

Sarina, 45, yang juga pemilik syarikat SBJ Aveer (M) Sdn. Bhd. ditemui tergantung di bilik utama rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Naimah memberitahu, Sarina juga ada mengadu mengenai masalah keluarga yang dihadapinya ketika berhari raya di rumahnya di Padang Serai, Kedah baru-baru ini dan sempat menasihatkannya supaya bersabar.

Bagaimanapun, menurutnya, pada pukul 8.03 pagi hari kejadian, Sarina menelefonnya buat kali terakhir dan memberitahu bahawa dia sudah tidak mampu menanggung tekanan yang dialaminya dan nekad untuk menggantung diri.

Malah, katanya, sepanjang perbualan telefon selama beberapa minit itu, arwah yang teresak-esak sempat berpesan supaya menjaga keempat-empat anaknya dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Jakaria, 24, Januari depan.

‘‘Masa itu saya menasihatkannya agar tidak melakukannya (menggantung diri) serta minta dia mengucap dan ingat pada Allah, tetapi dia terus memutuskan talian telefon dan apabila saya cuba menghubunginya semula, panggilan telefon tidak dijawab,” tambahnya.

Dalam pada itu, Naimah berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk pergi ke kediaman Sosilawati di Gombak bersama rakan-rakannya yang bergiat dalam perniagaan yang sama sebaik sahaja mendapat berita kematian jutawan kosmetik itu menerusi media.

‘‘Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk rakannya itu dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakan lain, tetapi arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badaryah, 23, ketika ditemui berkata, keluarganya masih bersedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya.

“Ibu memang jarang bercerita mengenai masalahnya kepada anak- anak dan dia kerap mengadu masalahnya kepada sepupu kami (Naimah) kerana mereka memang akrab sejak dahulu lagi.

‘‘Apa yang diberitahu kepada saya, ibu bertindak demikian kerana masalah keluarga tetapi saya tidak pasti apa sebenarnya yang mendorongnya berbuat demikian,” katanya.

19 Ogos 2010

Teoh tak diseksa, dipukul sebelum ditemui mati

SHAH ALAM: Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, setiausaha politik, Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.

Beliau berpendapat selepas meneliti autopsi kedua mayat Teoh. selain tidak membunuh diri, bedah siasat juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum ditemui mati.

Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa), katanya ketika menyambung semula keterangannya semalam selepas ditangguhkan hujung tahun lalu kerana gagal hadir selepas mendakwa menerima ancaman keselamatan.

Dalam keterangannya tahun lalu, Pornthip berkata, beliau berpendapat 80 peratus punca kematian akibat dicekik dan didera, manakala 20 peratus lagi bunuh diri sehingga mahkamah membenarkan mayat Teoh digali untuk dibedah siasat kali kedua.

Disoal peguam pemerhati Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berhubung anggaran peratusan itu, Dr Pornthip menukar pandangannya dengan tidak mengekalkan pendapat Teoh mati akibat dibunuh.

Selepas bedah siasat kedua, saya tidak dapat mengekalkan peratusan itu. Lebih-lebih lagi, saya sendiri tidak berada di tempat kejadian (ketika penemuan mayat Teoh) dan hanya menganggarkannya berdasarkan penemuan pakar patologi forensik serta gambar yang dirakam.

Ketika membuat anggaran itu sebelum ini, saya perlu meyakinkan Koroner untuk membenarkan bedah siasat kedua dijalankan. Bagaimanapun, saya masih mengekalkan pendapat si mati mengalami kecederaan sebelum jatuh dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika jatuh, katanya.
Dr Pornthip juga berkata, kesan lebam pada leher Teoh bukan akibat dijerut atau dicekik, sebaliknya berlaku sebelum dia jatuh yang mungkin disebabkan hentakan kuat objek tumpul.

Katanya, ia juga mungkin disebabkan seseorang meletakkan sesuatu pada leher Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu.

Disoal peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, Dr Pornthip berkata berdasarkan pengalaman siasatan di lokasi kejadian jenayah dan ahli sains forensik, sebarang nota yang ditemui mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cap telapak tangan dengan segera dan dihantar untuk ujian analisis tulisan kerana ia adalah protokol.

Katanya, nota sedemikian tidak memberi kesan terhadap siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi dan beliau lebih gemar bergantung kepada bukti lebih saintifik. Dr Pornthip selesai memberikan keterangannya semalam dan terus kembali ke negaranya selepas itu.

Inkues di hadapan Koroner Azmil Munthapa bersambung 1 September ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...