Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Jutawan Kosmetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jutawan Kosmetik. Papar semua catatan

26 September 2010

Kes Bunuh Sosilawati: Lokasi mayat ditanam ditemui

 25/9/2010
KUALA LANGAT: Dua lokasi baru dipercayai adalah tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam, manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira jam 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes tersebut yang juga seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lalu.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. - Bernama

24 September 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Suara pembunuh dirakam

KLANG - Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki memasuki episod baru apabila polis dijangka menerima dua fail rakaman perbualan yang boleh dijadikan bahan bukti susulan kes itu.

Salah satu rakaman itu ialah perbualan seorang lelaki yang mengaku dirinya pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dari Bukit Aman yang meminta wang 10 lakhs (RM1 juta) dari S. Usharani iaitu isteri ahli perniagaan India, Allal Khatan Muturaja, 34, yang dilaporkan hilang ketika datang ke negara ini Januari lalu.

Satu lagi ialah rakaman perbualan antara Usharani dengan seorang lelaki yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan yang berkisar mengenai kehilangan Allal Khatan.

Kedua-dua perbualan yang dirakam menggunakan telefon bimbit selama dua minit itu akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Menurut Usharani, perbualan dengan salah seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut dirakam pada 28 Januari lalu.

"Dalam perbualan itu, lelaki tersebut tidak memberitahu saya di mana Allal Khatan berada kerana ketika itu dia mendakwa berada di Thailand," ceritanya pada sidang akhbar di sini semalam.

credit: kosmo

22 September 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Penyelam temui gelang emas di kunci air

BANTING: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, hari ini.

Empat penyelam memulakan operasi pada jam 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan berkenaan dan operasi ditamatkan jam 5.05 petang tadi.

Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suspek, seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada jam 3 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar.

Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan berkenaan ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi. Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi berkenaan ketika diminta pihak media.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu.- Bernama

credit: metro

21 September 2010

Kes Sosilawati : Keluarga pemandu masih berharap

KUANTAN - Keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin masih berharap keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi, bukan milik mangsa.

Kakak mangsa, Ramlah Shansuddin, 49, berkata, anggota keluarga Kamaruddin kini menanti penuh debaran akan keputusan laporan DNA berkenaan.

"Tak tahu nak cakap sebab kita pun berdebar juga, harap-harap bukan dia tetapi kalau sekiranya dia (Kamaruddin) yang dimaksudkan, kami sekeluarga kenalah reda," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di kediamannya di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Sosilawati dan Kamaruddin, 44, bersama pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lepas.

Sementara itu, Tengku Abdullah berharap mangsa terlibat dalam kes pembunuhan sangat kejam dan dahsyat itu mendapat pengadilan sewajarnya.

Tengku Abdullah bertitah, baginda sebelum ini tidak mengetahui Kamaruddin menetap di Pahang manakala ibu Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, pernah bekerja dengan keluarga baginda.

Baginda turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Sosilawati yang pernah dianugerahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. - Bernama

17 September 2010

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah. "SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri. "Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu. Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi. "SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat
oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam. -- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...