Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Pengerusi Belia 4 B Gua Musang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengerusi Belia 4 B Gua Musang. Papar semua catatan

26 Oktober 2010

Calon Galas BN lulusan SPM vs DR. Pas dan Bukit Sapi...


TPM: Harapkan PAS macam tunggu bulan jatuh ke riba .

Timbalan pengerusi BN Tan Sri
Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan SPM.

Katanya, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan.

Jelasnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan.

Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti.

Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu, katanya yang merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya hari in
I.
sumber dari : E-info (KBS) SHahnor Samsudin@Jasin,Melaka


AZIZ VS DR ZULKIFLI DI GALAS

Rasmi spekulasi kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri jadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang Kelantan meleset.

Sebaliknya orang kepercayaan beliau yakni Setiausaha UMNO Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 47,diumumkan sebagai calon.


Pengumuman calon itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu majlis di Gua Musang.

Hadir sama Tengku Razaleigh dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad.


PAS sebelum ini menamakan Dr Zulkifli Mohamad,44 sebagai calon parti itu dalam pihanraya kecil ini.

Aziz merupakan anak kelahiran Kampong Bertam Gua Musang dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Operasi KESEDAR.

Beliau merupakan Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan PPRT Limau Kasturi. Aziz juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Belia 4 B Gua Musang dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sehingga tahun 2005.

Ayah kepada empat org anak ini berkahwin dengan Roshana Hashim.-

24/10/2010



ISTERI MENDIANG MP BN CALON DI BATU SAPI vs PR vs SAPP

Barisan Nasional telah memilih isteri kepada mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi,Datuk Edmund Chong - Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 – sebagai calon untuk pilihanraya kecil Parlimen kawasan itu.


Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman di Sandakan Ahad.

Linda ialah Timbalan Ketua Wanita Parti bersatu Sabah (PBS) bahagian Elopura yang diketuai oleh Edmund. sumber Agendadaily

Pakatan Rakyat memilih Ansari Abdullah seorang peguam sebagai calon.

Manakala Datuk Yong Teck Lee dari parti SAPP.Di jangka akan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Edward memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing.

Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.


Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus). sumber the star.

NABI saw adalah pemimpin yang agung.Baginda seorang 'ummi' iaitu buta huruf.

Baginda digeruni oleh musuh beliau kerana AHLAK beliau yang mulia.

PHD , DR , Master , Degree , Diploma atupun Ostaz tidak menjamin kemenangan di Galas apatah lagi kemenangan Akhirat.

RENUNGAN BERSAMA -


Kejayaan yang hakiki adalah apabila seseorang itu dapat melafazkan kalimah ALLAH di akhir kalamnya dan mendapat catatan amalannya pada tangan kanannya di akhirat kelak...wallahualam.















.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...