Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Gossip Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gossip Artis. Papar semua catatan

17 September 2010

Gambar: Lady Gaga - Edison Chen hanya kawan


SEJAK foto peribadi Edison Chen dan Lady Gaga tersebar di Internet, spekulasi timbul kononnya dua penyanyi itu bakal berkoloborasi.

Namun, Edison tampil menafikan mengenai gosip tersebut. "Saya dan Lady Gaga tiada perancangan untuk mengadakan sebarang kolaborasi. Kami hanya kawan," katanya yang muncul dalam satu acara di Shanghai, China baru-baru ini.

Sejak terbabit dengan skandal foto-foto bogel bersama selebriti-selebriti wanita terkenal Hong Kong, sudah dua tahun Edison tidak berkolaborasi dengan sebarang artis lain.

Ujarnya: "Ia (skandal) sudah lama berlalu, dan sekarang saya kembali dengan semangat baru serta jelas tentang masa depan saya.

"Apabila orang lain tidak memberi perhatian kepada anda, barulah kamu akan menjadi berani dan bersemangat untuk meneruskan hidup. Sekarang saya sudah bertambah matang dan mengenali siapa rakan sejati saya."

Abby tuntut hutang kahwin

KUALA LUMPUR - Pelakon Abby Abadi menyifatkan dirinya mangsa yang teraniaya dan dianiayai selepas berkahwin dan kemudian bercerai dengan pelakon Norman Hakim yang baru melangsungkan pertunangan dengan pelakon Memey Suhaiza Suhaimi Isnin lepas.

Abby, 32, yang mengahwini Norman, 34, pada 8 Januari 2002 mendakwa bekas suaminya itu belum menjelaskan hutang wang hantaran perkahwinan mereka sebanyak RM11,111.11.

Malah Abby juga mendedahkan Norman masih ada beberapa hutang tertunggak dengannya.

"Norman memang ada beberapa hutang yang dia belum jelaskan kepada saya selain wang hantaran itu," ujar Abby ketika dihubungi semalam.

credit: kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...