Nuff Head

24 November 2010

TERKINI: PKR dan DAP Hilang Ahli Lagi di Sarawak


Baru tadi keluar berita terkini dari Serian.  Dikhabarkan ahli PKR dan DAP tidak ingin lagi menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang kononnya menggunakan Sarawak sebagai batu loncatan ke Putrajaya.  Mereka pun memiliki pendapat yang sama seperti Ketua Pemuda DAP yang diminta nama beliau jangan disiarkan tadi.  



Sokongan penduduk Sarawak terhadap PAS dan DAP mulai terkubur.  Disiplin pemimpin parti dan Majlis Tertinggi mereka yang porak-peranda mula tidak disenangi oleh penduduk Sarawak yang pada umumnya gemar kepada kasih sayang dan kejujuran.  Mereka tidak menyenangi sama sekali penyelewengan serta kekasaran yang berlaku semasa pemilihan cabang PKR di seluruh Sarawak.   

Berikut adalah berita terkini yang disampaikan dalam blog Melanau Blogger dan Wira Kenyalang

Menurut Wira Kenyalang, ahli-ahli ini mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim tetapi sebenarnya mereka ini telah mendapat kesedaran melihat  parti-parti pembangkang tidak ada hala tuju di Sarawak dan cuma pandai menyalak.


Semoga lebih ramai lagi yang sedar bahwa mereka semua sedang diperalatkan oleh parti pembangkang yang hanya mahukan keuntungan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.  Perjuangan kita hendaklah diteruskan ke segenap pelusuk Sarawak.


Radio yang dilancarkan tidak berupaya untuk mengukuhkan lagi cengkaman politik pembangkang di Sarawak malah rakyat semakin sedar dan masih inginkan pembangunan dan masih mahukan Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, bukan Baru Bian dan bukan Chong Chieng Jen. 




  
PKR dan DAP disingkir dari Kampung Koran Empaneg

SERIAN - Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.

Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.

Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Apakah tindakan ini suatu yang dirancang atau kebetulan? Walau apapun, keputusan bekas ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak ini pastinya memberikan tamparan kepada kedua-dua parti itu. Nescaya, tindakan keluar parti tidak akan berhenti di sini dan pasti selepas ini ramai lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang akan keluar parti. Yang pasti perjuangan Pakatan Pembangkang di Sarawak semakin melencong dan terkeluar daripada landasan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...