Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Jabatan Ketua Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Ketua Menteri. Papar semua catatan

05 Januari 2011

Parti Kelentong Rakyat Bikin Lawak? Kecoh Satu Sarawak!

Sarawak kecoh lagi apabila Parti Kelentong Rakyat terkantoi.  PKR yang terkenal dengan angan-angan dan visi yang tak masuk akal kini kelam-kabut apabila penulisan hasil pengendali Sarawak Report yang mereka banggakan menjadi fitnah semata-mata. 

Bakal Ketua Menteri Pengganti Taib Bujang
 Semua fitnahnya telah terbongkar satu-persatu akibat kecuaian dan kelalaian mereka sendiri.  Melanau Blogger mendedahkan harta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak adalah penipuan PKR dan golongan pembangkang di Sarawak khususnya.  Bagaimanakah Malaysiakini dan blogger pro-PKR hendak menutup muka? Itulah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. 

Dalam thesis Melanau Blogger, beliau berjaya menangkis pertalian saudara di antara Zaleha Bujang dan Ketua Menteri Sarawak. Komen menarik juga dapat dilihat dari pengunjung blog yang melacurkan kes ini dan berjaya menyingkap hubung-kait Zaleha Bujang dengan Taib Bujang Ketua Menteri kepada negeri entah di mana.  Begitu berseloroh sekali blog pro PKR, bak kata komen Wanredone di blog Malaysians Must Know the Truth

Berkat kesabaran Ketua Menteri Sarawak yang difitnah setelah sekian lama, akhirnya terbongkarlah cerita bohong yang dijaja oleh Sarawak Report dan dilaungkan oleh blog Baru Bian dan bloggers pro PKR.   Ikutilah kisah hebat ini di pautan seterusnya. Syabas Melanau Blogger !

Pendedahan terbaru Rajahmas juga begitu sukar untuk disangkal oleh ahli PKR mahupun Baru Bian yang mempercayai Sarawak Report dengan sepenuhnya.  Rajahmas telah membuktikan kononnya Ketua Menteri Sarawak begitu hebat sehingga Amerika Syarikat terpaksa tunduk di bawah kemahuan beliau.  Mana tidaknya apabila rangkaian pengintipan dan perisikan Amerika Syarikat ditempatkan di dalam bangunan yang kononnya milik Ketua Menteri Sarawak? Inikah Amerika Syarikat yang kita kenal?  Tentulah semua ini pembohongan yang tidak berasas lagi?

Dalam genggaman Ketua Menteri Sarawak?

Inilah penipuan yang paling hebat tiada tandingannya lagi pada tahun lepas 2010.  Memang sahlah Sarawak Report yang sekongkol dengan PKR sudah pandai menggunakan teknik lidah bercabang.  Kepala angin ini memang sudah berpusing sehingga tidak ingat kepada dunia lagi.  Begitu lantang menyuarakan fitnah demi kepentingan politik mereka.

Semoga rakyat Sarawak sedar akan permainan politik PKR ini!  Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan lawan demi kepentingan sendiri?  Inilah golongan yang akan dipersendakan kelak. Tunggu dan lihat! Sebelum itu silalah ke pautan berikut untuk mengetahui hal sebenar yang ditulis oleh Rajahmas .

Sebelum mengundur diri marilah ikuti pembohongan PKR lagi tentang kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum kelak di blog Kuchingitam .  Pastinya tidak kering gusi melihat penipuan PKR di Sarawak!!!

25 November 2010

Adenan : Amalkan Budaya Hormat Menghormati

MP ingin memperkenalkan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem.  Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an.

Seorang yang cukup arif dengan politik dan juga Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri. Beliau juga seorang wakil rakyat di kawasan DUN Tanjung Datu.  Berikut adalah keputusan Pilihanraya 2006.

Keputusan Pilihanraya 2006 Tanjung Datu

1. ADENAN BIN SATEM BN 4,545 MNG
2. SOBEY BIN DAUD KEADILAN 409 HD
3. LARRY DOMINIC LINANG BEBAS 357 HD

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 7,973
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 66
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 5,377
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 5,381
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 4 PERATUS
PENGUNDIAN : 67.49% MAJORITI : 4,136


Semoga Tan Sri meneruskan lagi perjuangan untuk negeri yang tercinta.

Saya lebih suka ahli akademik daripada ahli politik: Adenan

Posted on November 25, 2010, Thursday
Beliau akui ada kala politik boleh membuat seseorang cukup tertekan.
KUCHING: Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata beliau lebih suka untuk mendekati dan berbicara dengan pelajar dan ahli akademik daripada ahli politik.

Adenan yang juga pengerusi Yayasan Sarawak berkata dengan nada berseloroh, selepas bertahun-tahun lamanya berkecimpung dalam dunia politik semenjak berusia 32 tahun, banyak pengalaman pahit manis dilaluinya.

Beliau menjelaskan ada kalanya politik boleh membuat seseorang cukup tertekan.

“Mendengar dan berbual dengan pelajar dan ahli akademik adalah suatu yang sentiasa menyegarkan berbanding mendengar kata-kata ahli politik setiap masa. Saya mempunyai banyak pengalaman dalam dunia ini (politik).

“Ada kalanya ia boleh menyebabkan anda tertekan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Minoriti dan Majoriti Bahasa, Budaya dan Identiti di Hotel Hilton, semalam.

Majlis itu dianjurkan Persatuan Bahasa Moden Malaysia (MAML) dan Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu berkata walaupun terlibat dalam dunia politik semenjak berusia 32 tahun, beliau mendapati ada sesuatu yang tersirat di sebalik kehidupan politik dan retoriknya.

Adenan bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kerjaya politiknya.

Menyentuh mengenai persidangan itu Adenan yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Sarawak berjaya menyatupadukan kira-kira 40 etnik kerana amalan saling hormat-menghormati budaya, dialek dan bahasa antara satu sama lain cukup menebal di kalangan rakyat negeri ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...