Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Hari Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Malaysia. Papar semua catatan

12 September 2012

Mari Raikan Hari Malaysia Bersama Warga Desa Senadin 15 September Ini!

Penduduk Desa Senadin akan menyambut Hari Malaysia bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.  Pelbagai acara menarik disediakan untuk merancakkan lagi sambutan yang dipengerusikan oleh ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.  

Program ini akan menghimpunkan warga Desa Senadin untuk bersama-sama menghayati dan menyambut Hari Malaysia. 

Orang ramai juga dijemput hadir untuk beramai-ramai menyambut Hari Malaysia bersama warga Desa Senadin kelak!
Jayakan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September

Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu

MIRI: Jawatankuasa Penduduk Desa Senadin dan Rukun Tetangga (KRT2) Desa Senadin Miri akan mengadakan program sambutan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Pelbagai acara disediakan untuk para pengunjung, antaranya memancing berkumpulan, menangkap itik, memanjat pokok pinang, pertandingan bot kawalan jauh, tarik tali, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan melukis, hiasan muka 1Malaysia, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun serta pelbagai gerai jualan makanan, bank dan promosi kereta serta banyak lagi.

Pengerusi program merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, peserta yang ingin menyertai mana-mana acara boleh mendaftar pada hari yang sama.

“Program ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin warga Desa Senadin bagi sama-sama meraikan Hari Malaysia,” katanya.

Perasmian dijangka akan disempurnakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada jam 2 petang dengan melepaskan sekumpulan pejalan kaki dan yang berbasikal di Taman Bulatan Dan Kolam BSTS Desa Senadin.

Acara sambutan berterusan ke sebelah malam, yang akan dihadiri Menteri Muda Komunikasi dan Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Orang ramai diminta sama-sama hadir bagi meraikan sambutan tersebut. Untuk pertanyaan boleh menghubungi Alice Jeleni menerusi talian 013-8092894, Jeffery Alferida (019-8554505) dan Richard Lejau (019-8562735).

17 September 2010

Empat Terima Anugerah Tokoh Malaysia Sempena Hari Malaysia

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) -- Anak kelahiran Sabah yang berasal dari Ranau, Tan Sri Abdul Ghani Gilong yang pernah memegang beberapa jawatan menteri kabinet, merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Negarawan yang berumur 78 tahun itu diberi penghargaan tersebut kerana sumbangan besar beliau dalam sejarah pembentukan negara, terutama dalam usaha menyuntik semangat rakyat Sabah supaya menyokong pembentukan Malaysia.

Abdul Ghani bersama-sama dengan Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama, membantu Suruhanjaya Cobbold menjelajah daerah pedalaman khususnya Ranau, Kundasang, Tambunan, Keningau, Kudat, Sandakan dan Kinabatangan untuk memberi penerangan mengenai kebaikan dan kelebihan bagi Sabah sekiranya bersama-sama membentuk sebuah negara baru, Malaysia.

Beliau turut terlibat dalam politik Sabah selepas pembentukan Malaysia apabila turut terbabit dalam penubuhan Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) yang bertanding dalam pilihan raya umum negeri Sabah yang pertama pada April, 1967.

Beliau pernah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah, Menteri Pertahanan, Menteri Kehakiman, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan antara 1968 dan 1978.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah itu dalam majlis khas sambutan Hari Malaysia 2010 di Padang Merdeka di sini malam Khamis, di mana selain sijil penghargaan penerima juga menerima RM50,000 serta Persalinan Khas.

Seorang lagi penerima anugerah itu ialah anak kelahiran Kelantan Tan Sri Zainal Abidin Sulong, 77, yang pernah menjadi duta besar Malaysia di beberapa negara dan setiausaha ketiga Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dua lagi penerima anugerah itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Perak Datuk Seri Yuen Yuet Leng, 83, yang tersohor sebagai wira dalam menggerakkan operasi-operasi menentang pengganas komunis, dan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub, 82, yang berusaha meyakinkan rakyat Sarawak, seterusnya mendapat sokongan padu rakyat Sarawak dalam soal pembentukan Malaysia.

Kecuali Zainal, tiga lagi tokoh hadir untuk menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...