Kemajuan yang dicapai sekarang adalah hasil kerjasama di antara kerajaan dan syarikat yang banyak melabur dalam ekonomi negeri Sarawak. Adalah wajar bagi Ketua Menteri untuk mempertahankan perusahaan yang terdapat di Sarawak pada masa ini. Golongan inilah yang sanggup menghadapi risiko untuk membangunkan ekonomi Sarawak.
Kita juga harus ingat jasa-jasa mereka yang sanggup melabur dalam ekonomi negeri Sarawak, walaupun sedar akan pulangan yang dijanjikan agak begitu lama. Golongan ini juga yang membolehkan kita menikmati keselesaan yang ada.
Ketua Menteri yang bijak dan pandai menguruskan pentadbiran dan kewangan negeri sahaja yang dapat mengendali isu-isu sedemikian. Kalau dibiarkan alamatnya defisitlah kewangan negeri seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Kerajaan negeri yang tidak selari dengan pembangunan kerajaan pusat juga akan menghadapi risiko seperti pelabur lari yang berlaku di Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng. Dasar pemerintahan LGE yang tidak mengikut kerajaan pusat dan menukar sistem ikut sesuka hati DAP menyebabkan pelabur kurang yakin dengan pemerintahan kanak-kanak berhingus itu.
Tidak kurang juga negeri Selangor, kononnya penasihat kewangan yang berjaya membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi global nampaknya tewas apabila disuruh mentadbir negeri. Defisit yang beratus juta dan tidak dapat menandingi negeri Sarawak yang mengaut keuntungan hampir 3 bilion. Apa rahsianya? Sila ikuti petikan di bawah...
05 November, 2010 14:44 PM
Politik 'Antikemewahan' Perlu Ditolak - Taib Mahmud
MIRI, 5 Nov (Bernama) -- Rakyat Sarawak perlu menolak ahli politik yang menyemai sentimen antiorang kaya kerana ia hanya akan menghalang usaha kerajaan negeri mencapai lebih banyak kemajuan, kata Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata ketika ini, terdapat sebilangan ahli politik yang cuba menyuntik idea antikemewahan serta lantang mengkritik kejayaan perusahaan di Sarawak semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat.
"Tidak ada perkara seperti ekonomi yang berkembang pesat tanpa ahli perniagaan dan usahawan," katanya sebelum menyempurnakan upacara pecah tanah projek jalan raya empat lorong yang menghubungkan kawasan kediaman Taman Tunku dan Taman Jelita, kira-kira 12 kilometer dari sini, pada hari Jumaat.
Taib berkata pembangunan yang telah dinikmati hampir 30 tahun tidak akan berlaku tanpa sokongan pemimpin korporat yang bertanggungjawab serta sanggup melabur dalam projek yang membawa pulangan lewat.
"Malah ada sebahagian daripada mereka (ahli perniagaan dan usahawan) terpaksa membayar pinjaman bagi pelaburan yang belum mendapat sebarang pulangan," katanya.
Taib berkata ahli perniagaan dan usahawan berkenaan telah berjaya mempelbagaikan aktiviti ekonomi Sarawak, yang sebelum ini hanya bergantung kepada sumber asli seperti minyak, gas dan balak.
Beliau berkata perusahaan besar juga telah membabitkan diri dengan industri baru seperti perladangan berskala besar dan perkhidmatan, yang membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta perniagaan sokongan lain.
Katanya dasar kerajaan negeri Sarawak yang memberi panduan serta galakan bagi keusahawanan dalam bidang perniagaan, adalah seiring dengan langkah kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menekankan lebih banyak penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara.
"Hasrat kerajaan negeri yang saya pimpin, seperti kerajaan pimpinan Perdana Menteri, ialah untuk membangunkan dan memberi kehidupan lebih selesa kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Adakah kemajuan yang dicanang-canangkan ini dilakukan dengan merampas tanah tanah NCR dan menindas rakyat. Politik of development yang dilakukan selama 47 tahun yang hanya mengkayakan golongan tertentu sahaja terutamanya keluarga2 Taib Sendiri. Adakah Rakyat Buta dan Bodoh??? Taib tidak mahu kemajuan kerana kemajuan akan menyebabkan wujudnya golongan bijak pandai yang akan menentangnya. Ini hanya alasan untuk merompak rakyat sarawak.
BalasPadam