Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

14 September 2012

Sarawak Sumbang RM50 Billion Pelaburan KDNK!

Sarawak sudah menyumbang RM50 Billion dan akan menyumbang lebih lagi sehingga 2030.  Ini hasil daripada kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri dengan mempelbagaikan sektor untuk diceburi demi meninggikan taraf hidup rakyat. 

Sarawak akan jadi penyumbang utama KDNK

Utusan Borneo on  14 September 2012, Jumaat

KUCHING: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melihat Sarawak sebagai negeri terpenting di Malaysia yang dijangka menjadi penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurutnya, Sarawak kini adalah penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara dengan nilai pelaburan RM50 bilion, dan beliau percaya ia akan meningkat hasil daripada unjuran yang dibuat kerajaan negeri sehingga tahun 2030.

“Sarawak nampak pesat membangun, ada kemungkinan dengan kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri ini, mungkin ia akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi negara pada keseluruhannya.

“Saya juga mendapati program pembangunan yang dirancang dan rancak dilaksanakan akan membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi dan menjadi antara negeri termaju dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Ali menambah, tiga perkara utama dalam fokus dari segi pembangunan yang diberikan penekanan oleh kerajaan nege-ri dengan sokongan penuh kerajaan persekutuan ialah pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak SCORE, penyediaan infrastruktur asas serta pembinaan empangan.

“Beberapa program berkaitan SCORE sedang berjalan lancar dan kerajaan persekutuan sejak RMK10 menerusi ‘Rolling Plan’ pertama, kedua dan ketiga pada tahun depan terus memberi tekanan terhadap peruntukan bagi pembangunan SCORE,” katanya.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, kerajaan persekutuan akan meneruskan dasar-dasar sedia ada dan memperkenalkan beberapa perkara baharu untuk mencari jalan menggalakkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

“Kita boleh melaksanakan program yang bermanfaat kepada rakyat dengan mengamalkan strategi ‘Blue Ocean’,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Ketua Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Ketua Menteri Datuk Othman Mahmood.

11 September 2012

Semangat Positif Patut Diterap Dari Kecil: Nancy Shukrie


Ibu bapa digesa untuk menerapkan semangat positif ke dalam diri anak mereka sejak kecil lagi. Mereka digalakkan untuk mencontohi atlet terjun Olimpik negara, Pandelela Rinong yang mampu bersaing dan cekal apabila berhadapan dengan peserta lain dari negara luar.

Ibu bapa juga disuruh untuk menyerap nilai-nilai murni agar anak mereka menghormati pemimpin negara dan tidak berkelakuan tidak senonoh seperti melondehkan seluar di khalayak umum. Sikap seperti ini harus dikikis demi menjamin masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin.

Ibu bapa dinasihati terap semangat positif dalam diri anak-anak

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


BUAT KENANGAN: Nancy (empat kanan) bersama pihak penganjur Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya di Simunjan kelmarin.

SIMUNJAN: Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukrie menasihati golongan ibu bapa agar menerapkan semangat positif dalam diri anak-anak ketika masih muda supaya mampu bersaing serta berdaya maju pada masa akan datang.

Menurutnya, sebagai contoh semangat positif ini boleh dilihat pada diri Pandelela Rinong yang telah mempamerkan semangat juang tinggi ketika temasya Sukan Olimpik 2012 di London, baru-baru ini.

Ibu bapa boleh menjadikan Pandelela sebagai salah satu contoh untuk mendidik anak masing-masing agar sentiasa bersemangat positif dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang, ujarnya.

“Saya yakin semangat positif yang diterap dalam diri anak-anak sejak dari kecil akan membolehkan mereka muncul sebagai individu berkebolehan dan berdaya saing pada suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Batang Sadong di Simunjan kelmarin.

Selain itu Nancy juga berharap ibu bapa mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang tahu menghargai jasa pemimpin dan kerajaan dalam memajukan hidup mereka suatu nanti.

“Saya berharap ibu bapa dan KEMAS dapat melahirkan generasi muda yang berhemah tinggi serta berbudi bahasa demi kebaikan pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Tetap Tabika KEMAS Simunjan Hamlet Jolly dan 200 tetamu yang terdiri daripada para ketua kaum sekitar Simunjan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

11 Mac 2012

Aktivis Bershit Kantoi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching!!??

Maria Chin Abdullah memang tidak tahu dan tidak pernah sedar bahawa Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia berada dalam Ordnan atau Akta yang berbeza?!!!  Kelebihan Sarawak adalah untuk menghalang individu daripada memasuki Sarawak yang dipercayai boleh mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan antara penduduk Sarawak?!!

Jelaslah Bersih tidak dibenarkan masuk ke Sarawak kerana ia membawa perpecahan!!??  Lebih baik Maria Chin pergi ke Selangor dan bawa penyapu untuk bersihkan kawasan kotor di situ sebelum membuat aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara dan kesejahteraan kaum!!??

Lagi aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak

Nigel Aw
12:00PM Mac 10, 2012

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

 
"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika d this morning. saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan untuk melancarkankempen jom 100 untuk mencapai 100 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Maria menganggap larangan ke atasnya itu sebagai satu percubaan untuk menghalang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Sarawak bagi memantau pilihan raya umum ke-13.

"Jika kerajaan negeri tidak menyembunyikan apa-apa, mengapa larang anggota kami?" soalnya, sambil menambah ianya juga melanggar haknya untuk berpesatuan.

April tahun lalu, pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandunya, Whong Chin Huat serta bekas ahli jawatankuasa tersebut, Harris Ibrahim juga dilarang memasuki Sarawak.

21 November 2011

Lagi usaha tarik ramai pelancong

KETIBAAN: Gramong tiba di Redeems Centre bagi acara Festival Gong Sarawak 2011 diiringi oleh Salang dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli


BAU: Festival Gong Sarawak merupakan satu lagi produk seni dan budaya yang diyakini dapat membantu usaha ke arah menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri.

Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, jika dijadikan sebagai program tahunan yang berterusan, ia mampu mempertingkatkan sektor pelancongan ke tahap lebih tinggi.

Katanya, ibarat aur dengan tebing, pelancongan dan seni budaya tempatan haruslah seiring apatah lagi bumi Sarawak paling banyak mempunyai suku kaum dan etnik yang kaya dengan kepelbagaian seni budaya.

“Kita berharap Festival Gong Sarawak ini akan menjadi landasan untuk memperkenalkan Redeems Centre, Kampung Apar Singai, Bau sebagai salah satu pusat pelancongan selain Kampung Budaya Sarawak.

“Bagi maksud ini, hala tuju pembangunan memajukan sektor kebudayaan memerlukan kesedaran serta kerjasama dari pelbagai pihak.

“Masyarakat setempat juga harus berperanan membantu usaha untuk menjadikan ‘Redeems Centre’ ini sebagai pusat kebudayaan yang lebi efisien sekali gus meningkatkan produktiviti kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Muda Pelancongan (Acara Tempatan dan Produk) Datuk Gramong Juna sempena perasmian Festival Gong Sarawak 2011, semalam.

Festival julung kalinya itu merupakan anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.

Sebanyak 13 buah kumpulan dengan peserta seramai 150 orang mengambil bahagian dalam festival tiga hari ini bermula 18 hingga 20 November bertempat di Redeems Centre, Kampung Apar, Singai di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang dalam ucapannya berkata penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap seni budaya.

Melalui festival ini, katanya, rakyat mahupun pelancong asing akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kepelbagaian jenis alatan muzik gong yang digunakan oleh masyarakat etnik di negeri ini, Sabah, Semenanjung Malaysia termasuk Brunei dan Indonesia.

“Ini merupakan sesuatu yang amat menarik dalam usaha kita menyemarakkan seni dan budaya negara tanpa mengira kaum dan sempadan geografi,” ujarnya.

Melihat daripada aspek pemeliharaan khazanah warisan negara, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tiga hari berlangsungnya festival ini.

Selain daripada persembahan kumpulan-kumpulan jemputan dan demonstrasi permainan tradisional, orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi kepelbagaian bentuk-bentuk gong yang dipamerkan.

04 November 2011

Jerip Dakwa Peter Chin Guna Agenda 'Recycle'?!!!

Dr Jerip mendakwa Chin guna bahan kitar semula?  Ini sudah pasti kerana di Miri mengamalkan kitar semula bahan yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran!!!  Apalah salahnya untuk menggunakan pelan pembaharuan CWC yang sedia ada sekiranya cara ini dapat mendekatkan para delegasi yang hadir  kepada naluri pemimpin mereka!??!

Sekiranya para delegasi mahukan calon yang suka mengitar semula kerana rata-rata kedai di Miri banyak tidak menggunakan plastik untuk mengelakkan pembaziran dan boleh mengutip 20 sen daripada setiap pembeli yang malas membawa beg kitar semula sendiri atau yang suka membeli beg plastik untuk dijadikan alas tong sampah, maka Peter Chin lah calon mereka!!???

Sebaliknya jika mereka tidak suka mengitar semula dan masih mahu menggunakan beg plastik untuk membeli barang maka Wong Soon Koh adalah calon presiden mereka!??  
Adakah para delegasi mudah dipengaruhi dengan Plan Transformasi SUPP semata-mata atau mereka mahukan lebih dari itu?!!!  Mampukah Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP meraih sokongan penyokong kuat mereka suatu ketika dahulu untuk kembali memberikan perwakilan kepada SUPP?

Chin tidak membawa agenda perubahan: Dr Jerip
by Saibi Gi. Posted on November 4, 2011, Friday

Rancangan transformasinya didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ pelan pembaharuan CWC pada 2008

KUCHING: Rancangan Transformasi SUPP yang dilancarkan kumpulan Datuk Seri Peter Chin didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ daripada pelan pembaharuan parti yang dilakukan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 2008.

Ketua SUPP Bengoh Dr Jerip Susil yang bersama dalam kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh berkata tidak ada agenda baru yang ditawarkan oleh Chin dan rakan-rakanya.

“Misalnya syor untuk meminda perlembagaan parti mengenai perkara had memegang jawatan dalam parti, ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat CWC dan semua kita bersetuju,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chin, setiausaha kerja dan Wong, timbalan setiausaha agung, dijangka akan bertembung dalam perebutan jawatan presiden SUPP berikutan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memutuskan mengosongkannya susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri pada 16 April lepas.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti tertua dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak itu dijadualkan diadakan pada Disember depan dengan membabitkan kira-kira 600 perwakilan.

Dr Jerip yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi syor-syor dalam Rancangan Transformasi SUPP tersebut turut memperlihatkan kumpulan Chin gagal memahami makna sebenar perubahan.

Transformasi menurut beliau harus membabitkan pertukaran pucuk pimpinan daripada yang lama kepada kumpulan baru. Malah perubahan cuba dibawa Chin tidak relevan dengan akar umbi, justeru ia tidak menyeluruh.

Sambil kecewa dengan sikap Chin yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik sebagai permulaan pelan persaraan, Dr Jerip menyifatkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu sebagai tidak relevan dengan makna sebenar transformasi.

“Peter Chin dan orang yang bersama dengannya merupakan kumpulan yang enggan melepaskan jawatan dan tidak mahu melihat pelantikan orang muda,” katanya.

Pada majlis pelancaran buku Rancangan Transformasi SUPP di ibu pejabat parti kelmarin, Peter Chin disertai oleh para pemimpin antaranya Bendahari Datuk David Teng, Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui, Ketua Pemuda Sih Hua Tong, Ketua SUPP Kuching Datuk Lily Yong dan Ketua SUPP Kota Sentosa Datuk Alfred Yap.

Buku tersebut menampilkan tujuh agenda, terdiri daripada keutamaan terhadap kepentingan parti, pindaan perlembagaan parti, bercakap tanpa bimbang dan takut, melatih barisan pemimpin baru, membasmi amalan tidak sihat, mengukuhkan kedudukan kewangan parti dan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Selain Dr Jerip, Wong disokong oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

26 Oktober 2011

Hanya David Teng Serahkan Kepada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan SUPP!!??

600 delegasi akan menentukan nasib SUPP pada persidangna perwakilan tiga tahunnanya pada 8 Disember 2011.   Jawatan Presiden akan ditanding oleh Wong Soon Koh dan Peter Chin.  Mungkin calon yang kalah pada PRN Ke - 10 Sarawak yang lepas diminta untuk mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada muka baru?!!  Mungkin calon yang kalah ini tidak mampu lagi memimpin orang Tiong Hua di kawasan mereka yang ketagihan darah muda dan angin politik yang berbeza....  mungkin inilah transformasi dalam SUPP sebelum menghadapi PRU-13 kelak!!

Bendahari SUPP Nafi Jadi Calon Regu Chin Yang Bertanding Rebut Jawatan Presiden 

26 Oktober, 2011 19:51 PM
KUCHING, 26 Okt (Bernama) -- Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk David Teng hari ini menafikan yang beliau adalah calon regu setiausaha pengelola Datuk Seri Peter Chin dalam pertandingan merebut jawatan utama parti itu pada persidangan perwakilan tiga tahunannya pada 8-11 Dis depan.

Bertentangan dengan spekulasi bahawa bekas Adun Repok itu dijangka bertanding untuk jawatan timbalan presiden atau setiausaha agung dengan Chin bertanding jawatan presiden, Teng berkata, beliau tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan utama parti, sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.

"Saya tak fikir beliau (Chin) mempunyai regu...Kami hanya percaya dengan ideologi. Jika kami memegang ideologi yang sama dan cara sama menyusun semula parti, maka kami dalam satu pasukan," kata beliau ketika ditemui pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran Pengerusi Biro Hal Ehwal India SUPP Batu Lintang Lucy Lingam di sini.

Dua tokoh itu dijangka menentang timbalan setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri dan regunya, pengerusi cawangan Senadin Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Sosial (Sukan) dan Komunikasi Negeri.

Pada 16 Okt Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga anggota Parlimen Miri, mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden seminggu selepas Wong membuat pengumuman serupa di Sibu.

Sejumlah 600 perwakilan akan menghadiri persidangan itu.

-- BERNAMA

25 Oktober 2011

Sim Poh Giap Lawan Andy Chia Untuk Ketua Cawangan SUPP Pujut?!!

Beberapa mingu yang lepas, isu Peter Chin dan Wong Soon Koh hangat dimainkan untuk merebut kerusi Presiden SUPP.  Minggu ini pula isu kerusi Ketua Cawangan Pujut pula dibuka di mana Andy Chia akan ditandingi oleh muka baru iaitu Sim Poh Giap.

Sim Poh Giap yang merupakan bekas Pegawai JASA kini berkhidmat sebagai agen insurans sepenuh masa.  Walaupun usia beliau masih muda namun aspirasi untuk membawa transformasi di dalam Cawangan Pujut terutama dalam bahagian pemuda dan wanita.  Mungkin SUPP memerlukan transformasi yang jelas agar mendapat sambutan golongan Tiong Hua terutamanya dan menyatukan semua kaum di bawah SUPP.

Berikut adalah rekayasa untuk menghadapi pemilihan Ketua Cawangan Pujut.





Sim Poh Giap to challenge former boss for SUPP Pujut top post

Posted on October 19, 2011, Wednesday


MIRI: A former JASA staff attached to Pujut assemblyman’s office, Sim Poh Giap, is expected to challenge his former boss Andy Chia Chu Fatt in the SUPP Pujut branch election for the chairman post.

Sim, 31, now with an insurance company, was a JASA staff from 2007 until early this year.

An electronic engineer by training from UNITEM, Sim assisted Chia in his work to serve Pujut constituency since the later was elected in 2006. But his entry into the fray came as a surprise to many.

Sim is expected to make an official announcement soon. Chia, meanwhile, is reported to be ready to face his challenger in the branch election for the main committee although the former is eligible to be in the Youth Section.

The nomination and polling for the Youth and Women sections would be held on Oct 30, polling on Nov 6, while the central committee election would be on Nov 13.

The sub-branches will hold their meeting on Nov 13 after nomination is concluded on Nov 13, en route to the branch elections.

Nomination for branch election of office-bearers would open on Nov 14 (from 10am to 5pm) while polling would be on Nov 20.

There are currently five (SUPP) branches in Miri – Senadin, Pujut, Piasau, Bekenu and Lambir – which will elect nearly 100 delegates for the party’s central election in December.

The party, which is in the midst of a leadership transitional process will see the organising secretary Datuk Seri Peter Chin Fah Kui taking on deputy sec-gen Dato Sri Wong Soon Koh in the contest for the president post, a post currently held by former deputy chief minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam who lost the Piasau seat in the last state election.

Both sides have been working on the ground to shore up support from the delegates of the respective branches.

In Piasau, entrepreneur Hii King Chiong has earlier declared his intention to vie for the Piasau branch chairmanship. If there is to be a contest he (Hii) would likely fight the battle against Chin or his political secretary Datuk Sebastian Ting.

At stake are the delegates to the party’s central election in the Chin-Wong battle, with the organising secretary claiming that the majority of branches
were behind him to contest the post.

Wong had earlier stated that Senadin assemblyman Datuk Lee Kim Shin would be his running mate (secretary general) in the party election but Chin is keeping his card closed to his chest despite rumours that he would team up with Datuk David Teng Lung Chi.

Both Senadin and Pujut are votes-rich with the maximum 28 delegates for the central election, while Piasau has about 20. The biggest block, however, is the southern branches.

24 Mac 2011

Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

Menjelang Pilihan Raya Sarawak ini ramai yang tertanya-tanya adakah pengganti Ketua Menteri Sarawak sudah muncul.  Pilihan raya yang menjanjikan persaingan sengit dalam peralihan kuasa untuk jawatan Ketua Menteri Sarawak kelak.

Adakah bilangan majoriti pengundi yang menjadi penentu KPI wakil rakyat yang bakal menjadi Ketua Menteri atau sebaliknya.  Difahamkan bahawa Taib Mahmud sudah mahu menyerahkan kuasa Ketua Menteri kepada penggantinya yang layak namun belum lagi ada desas-desus yang menjaminkan senarai calon yang bakal menerajui Sarawak?  

Dalam PBB sudah ada tiga nama calon yang bakal memberi saingan sengit untuk kerusi Ketua Menteri? Siapakah mereka ikutilah lakaran dalam laluan perubahan kepimpinan Sarawak dalam laporan Bernama dibawah
Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

Oleh Alan Ting

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Buat pertama kalinya selepas sekian lama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.

Tampaknya beliau mungkin akan berbuat demikian dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas mengumumkan semalam yang beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali terakhir.

Taib pertama kali melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 2006 tetapi ia tidak direalisasikan dan beliau terpaksa menangguhkannya.

Beliau tidak menjelaskan secara panjang lebar akan sebabnya ketika itu tetapi pemerhati politik mendapati Taib secara tidak langsung memberikan sedikit gambaran mengenai perkara itu dalam ucapannya pada program "Senada Sejiwa" di Serian semalam.

Taib berkata beliau akan terus menerajui negeri bagi memastikan "pemimpin baru" boleh dikenal pasti dan beliau akan berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana penganti yang berpotensi.

"Saya fikr beliau mahu memastikan penggantinya dan orang di sekeliling pemimpin terpilih itu tidak bercakaran antara satu sama lain; bahawa mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan dan menjaga kedudukan BN di negeri ini," menurut seorang pemerhati politik.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya Taib akan melepaskan jawatannya dalam satu atau dua tahun akan datang.

"Jika beliau berundur sekarang, ia mungkin mencetuskan perebutan kuasa dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunggak gabungan parti pemerintah negeri.

"Beliau perlu membimbing seseorang untuk mengambil alih. Beliau mungkin telahpun membimbing orang berkenaan tetapi atas sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendir, beliau telah menangguhkan (peralihan)," katanya.

Daripada perspektif strategi politik, Dr Sivamurugan berkata adalah tidak bijak untuk Taib berundur sebelum pilihan raya atau sejurus selepasnya kerana persoalan siapa bakal menjadi ketua menteri akan menjadi tumpuan berbanding usaha memenangi dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya.

"Isu ini lebih rumit. Ia bukan mengenai siapa yang patut jadi ketua menteri.

Di Sarawak, ia lebih kepada siapa yang akan menggantikan beliau sebagai presiden PBB dan sebab itu kenapa ia tidak boleh dilakukan dalam waktu singkat," katanya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya proses peralihan itu akan mengambil masa lebih lama, kemungkinan sehingga pertengahan penggal akan datang bagi membolehkan pengganti berpotensi dipilih daripada kalangan pemimpin kanan parti.

Taib, 75, yang berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.

Taib telah menjadi presiden PBB dan ketua menteri sejak 26 Mac, 1981.

Sebelum ini, Taib menamakan tiga pengganti berpotensi -- Tan Sri Adenan Satem, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg dan Datuk Seri Effendi Norwawi.

Namun keadaan berubah mengikut peredaran masa.

Tumpuan sekarang ialah kepada barisan pemimpin kanan masa kini -- Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Orang dalam parti menyatakan oleh kerana Taib sering menyatakan yang beliau dan Jabu sudah "tua", fokus kini terarah kepada Abang Johari dan Awang Tengah.

Mereka berkata pada mesyuarat parti enam bulan lepas, Taib melahirkan harapannya untuk melihat Abang Johari dan Awang Tengah saling bekerjasama.

"Saya fikir Taib perlukan lebih banyak masa kerana beliau mahu kedua-dua pemimpin ini membuktikan yang mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan sebelum seorang daripada mereka dipilih sebagai pengganti, memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar," menurut seorang lagi orang dalam parti.

Dalam sejarah PBB, tiada siapa pernah mencabar presiden parti.

Pada 1998, Adenan dan Abang Johari saling bersaing bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan untuk kaum Melayu/Melanau.

Abang Johari menang berikutan mendapat sokongan padu daripada anggota Dayak disebalik hakikat Adenan mendapat sokongan Taib pada waktu itu.

Adenan, yang tewas, kemudiannya dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti.

Tujuh tahun kemudian, Adenan sekali lagi mencabar Abang Johari, tetapi persidangan perwakilan ditangguhkan apabila dilaporkan ada penyokong Adenan didakwa dikesan mempunyai dua cawangan di kira-kira 40 kawasan.

Orang dalam parti itu berkata Taib, sebagai ahli politik veteran, diketahui tidak suka kepada sesiapa yang cuba mendesak beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan peralihan kepimpinan negeri.

Beliau akhirnya pasti akan berundur tetapi beliau mahu melakukannya mengikut rentaknya sendiri, katanya. "Anda tidak boleh paksa beliau kerana beliau tahu bagaimana untuk membalas balik, sepertimana yang beliau telah lakukan di masa lalu. Beberapa pemimpin politik yang bercita-cita tinggi cuba memaksanya berundur tetapi akhirnya mereka sendiri yang dipinggirkan dalam politik."

-- BERNAMA

16 Mac 2011

Buku Jingga bukan untuk orang Sarawak.



 Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.
(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
 – Kos kepada kerajaan RM50 billion.

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

Sarawak mana ada lebuh raya.Yang ada pun lingkaran Pan Borneo.Itu pun masih lagi dalam pembinaan.Tak dikenakan tol.
(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000sebulan
Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).
Jika melihat taraf hidup di Sarawak orang-orang di hulu lebih tinggi taraf hidup.Untuk membeli setong gas di Bario adalah di atas harga biasa.

(3) Pemberian RM500 kepada guru-guru
Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).

Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)
 (4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
Kos kepada kerajaan RM1.2 billion


Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.
Lagi sekali pembangunan hanya untuk penduduk bandar.Sedangkan kerajaan sekarang telah membelanjakan 3 billion untuk pembangunan infrastruktur ke pedalaman Sarawak.
(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.
Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.
Credits and link to Ahli Parlimen Kota Belud http://www.mpkotabelud.blogspot.com




Sudah terang lagi bersuluh,Buku jingga merupakan janji-janji PR yang sememangnya sukar di penuhi.Adakah rakyat di hulu -hulu sarawak mendapat impak dari janji ini secara khususnya.Adakah di sentuk berkenaan pembangunan untuk rumah panjang di pendalaman Sarawak?Malah tidak di sentuh pun isu berkenaan tanah NCR di Sarawak.


Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?


15 Mac 2011

Alkitab dalam Bahasa Melayu untuk siapa?????


Kenapakah penahanan Alkitab menjadi satu isu hangat kepada Paderi di Sarawak.Dan baru baru ini pihak PR juga telah menyerang KDN berikutan penahanan tersebut. Baru Bian dengan mulut lancang juga telah melabelkan PM sebagai tidak menghormati hak kebebasan beragama.Malahan puak-pauk dari PAS juga tumpang sekaki mendesak kerajaan supaya lepaskan alkitab.

sila lihat sini

kita ada undang-undang, ikutlah undang-undang, jangan jadi seperti ayam dan itik bercakap. ini bab agama, silap haribulan boleh terkeluar aqidah dibuatnya. orang yang tinggi ilmu agamanya malah tak tinggal sembahyang pun belum tentu matinya akan masuk ke syurga. sudahlah kehidupan seharian kita didunia dipenuhi dosa dan noda.Janganlah nanti sampai di yau mil-masyar kita muflis dengan pahala. Nauuzubillah.. ingat-ingatlah akhirat...macam senikata lagu taubat..tu?.

Kalau ia pun nak alkitab di lepaskan biar lah KDN siapkan siasatan.Dimanakah letaknya sifat kesabaran yang diajar…..

Persoalan yang berlalu di fikiran ki

Apakah agenda disebalik penulisan alkitab dalam bahasa Melayu? Apakah ia akan diedarkan dikalangan orang Cina, India dan lain-lain bangsa kecuali orang Melayu? Adakah bangsa-bangsa asing yang beragama Kristian akan membaca alkitab dalam bahasa melayu? Sedangkan akhbar dan buku novel melayu berapa ramai dari puak ini yang baca?Manakala berapa ramaikah di kalangan mereka ini yang menonton drama melayu?

21 Februari 2011

Gempar!!! Tiada Protes Buat Taib Mahmud

Pehin Sri membelek kicap untuk dibaling kepada para pemrotes???
Protes! Protes! Protes!  Kalau nak sangat berprotes dan berdemonstrasi ala Mesir, Thailand dan Filipina pergilah ke negeri pembangkang!!  Kelantan, Selangor mahupun Penang!!

Kalau nak protest turunlah ke Pejabat Majlis Tertinggi PKR yang MEMILIH ahli tertinggi melalui SMS.  Inilah yang patut diprotes.  Bayangkan kalau ahli tertinggi dilantik ikut suka hati mereka?  Bagaimanakah tampuk kepimpinan kelak?  Bila-bila masa sahaja boleh tukar pucuk pimpinan.  Mereka ini lebih teruk daripada Akademi Fantasia mahupun Mentor.  Jelas- jelas ini adalah hiburan tetapi kini PKR mula menjadikan politik sebagai hiburan mereka!!

Apakah tujuan perjuangan mereka dalam parti?  Rata-rata semuanya terkedu cuma dapat menjawab nak bawa Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan kalau boleh Presiden macam Hosni Mubarrak. 

Menurut sumber daripada akar umbi, calon PKR sudah berjumpa dengan akar umbi PBB untuk bertanya berapakah belanjawan PBB menjelang Pilihan Raya Sarawak kelak?  

Jelas-jelas orang PKR  yang bakal dicalonkan memang tidak pernah memgang apa-apa jawatan dalam Barisan Nasional tetapi disms terus untuk bertanding di kawasan tersebut.  Semua pengalaman berkempen memang tidak ada dan cuma mengharapkan bantuan daripada PKR semenanjung untuk memberi arah pandu tuju.  Mereka semua kecewa apabila berada di dalam BN, mana tidaknya masuk parti politik untuk dapat kontrak dan lesen sahaja atau mengembangkan bisnes???  Tidak ada sorang pun ahli PKR yang masuk parti untuk memperjuangkan politik?  Mereka cuma hendak cepat dan short cut?!!  Semua ini cuma dapat dipraktikkan dalam PKR?!!

Rata-rata beginilah dilema calon PKR yang bakal bertanding kelak!  Kalau yang pernah bertanding itupun melalui tiket pembangkang dan tidak pernah menang sedikitpun biar di peringkat akar umbi??!!!

Sekiranya hal ini berterusan nescaya kalahlah pihak pembangkang setiap kali cuba bertanding di Sarawak.  Mana tidaknya calon semua bidan terjun, setakat ada telefon bimbit yang canggih boleh menerima arahan melalui sms sudah cukup untuk bertanding!!! Kalau ada hobi diluar tabii maka lebih senang untuk menjadi jambu Anwar Ibrahim seperti Ahmad Nazib???

Memang patutpun ADUN BN Sarawak semua over confident bila berdepan dengan calon PKR?!!  Mereka cuma khuatir jika berdepan dengan calon PAS dan DAP!  PAS penuh dengan masalah maksiat dan DAP dengan judi dan arak???   Namun kedua-dua parti ini ada peringkat akar umbi dan struktur parti yang bercorak demokrasi iaitu pemilihan daripada ahli dan rakyat dan tidak melalui sms semata-mata.

Untuk mengikuti kesudahan kisah protes di Padang Merdeka dengan lebih lanjut  silalah berkunjung ke laman Rajahmas dan Muda Tengah.

20 Februari 2011

Happening! Program Karnival Mesra Belia Negeri Sarawak 2011 Peringkat DUN N.5, Demak Laut

Ceria 1Belia 1Malaysia
KUCHING - Program Karnival Mesra Belia Negeri Sarawak 2011 Peringkat N4 Demak Laut telah berlangsung pada pagi semalam. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan belia dengan Jabatan Kerajaan di samping memberi maklumat untuk meningkatkan taraf hidup dengan aktiviti yang berfaedah.

Bertemakan 1Belia 1Malaysia, karnival itu bertujuan memperkasakan belia setempat menerusi penglibatan golongan tersebut dalam beberapa program khas berorientasikan mesra belia. Program julung-julung kali diadakan itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Gerai Institusi Pengajian Tinggi
Pihak kami sempat meninjau tapak karnival yang bertempat di Pusat Komersil Demak Laut, Jalan Bako. Kami berpeluang berkenalan dengan pihak urusetia Karnival Mesra Belia. Sungguhpun cuaca agak mendung namun bilangan pengunjung yang tiba amat memberangsangkan. Seramai 3,000 orang telah berada di tapak pesta pada sebelah pagi dan nilai itu bertambah kepada dua kali ganda pada sebelah tengah harinya.

Pemenang

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut membuka gerai untuk memberi peluang pendidikan kepada belia. Selain daripada itu, pihak pengajian tinggi di Sarawak tuga turut serta untuk mempromosikan peluang pendidikan yang terdapat di institusi mereka. Pihak kami tertarik dengan acara melakar potret di mana ADUN N5 Demak Laut berpeluang untuk dilakar oleh penuntut tersebut.

Tekun dan teliti

Selain daripada itu terdapat juga gerai yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, RELA dan yang paling menarik adalah CERT iaitu Community Emergency Response Team untuk bertindak apabila berlaku kecemasan di kawasan komuniti masing-masing.

Pandu Uji

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah permainan sepak raga bulatan, street soccer dan acara memancing. Bilangan penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dan acara itu diwarnai lagi dengan pertandingan auto-show. Turut diadakan adalah acara pertandingan mewarna, memasak, mengukir buah, membaca Al-Quran, sukan rakyat dan acara karaoke terbuka.

Memeriksa nadi


Menang dan kalah memang adat permainan namun semangat suka bersaing yang ditunjukkan sungguh menarik dan ini amat sesuai untuk diteruskan dikalangan belia agar sentiasa bersaing ke arah kemajuan negara.
Pasar Tani

Pasar tani juga berlangsung di perimeter tapak karnival yang turut menghidangkan hasil tempatan. Semua pengunjung gerai pasar tani berpeluang membeli sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan pada harga yang berpatutan.

Tendangan Gol

Menurut urusetia karnival acara kemuncak akan berlangsung pada sebelah malamnya di mana Majlis Perasmian akan berlangsung. Selepas itu pengunjung akan dihidangkan dengan Konsert Karnival Mesra Belia di mana akan menyaksikan persembahan percuma daripada artis dan kumpulan seperti XPDC, Jay-Jay, Adi Mentor, Siti Nordiana dan beberapa orang artis tempatan seperti Stanley AF.

Karaoke Terbuka
Pihak kami amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oelh pihak urusetia dan berharap acara seperti ini akan diteruskan ke semua kawasan di Sarawak. Tahniah Demak Laut kerana berjaya memperkasakan belia mereka.

YB Datuk Abg Draup Turun Padang

Malam Perasmiananta


Bujang Taha - Mantan Mr Asia

Menerima sumbangan daripada ADUN N5 Demak Laut
Syabas

18 Februari 2011

Orang terkaya di Malaysia yang sebenarnya....

Selalu kita dengar tomahan dari blog pembangkang kononnya Pehin Seri merupakan orang yang terkaya di malaysia.Punyai harta berbilion-bilion di dalam dan di luar negara.Tetapi apabila keluar senarai nama orang terkaya di Malaysia nama Pehin Seri tidak tersenarai bahkan nak mengungguli carta 40 orang tekaya pun tiada.

Adakah pihak yang berwajib salah membuat perkiraan.Tetapi yang nyata pembohongan yang amat dahsyat!!!!!

Hanya 3 Melayu Antara Yang Terkaya di Malaysia

Posted malaysiakini Feb 16, 11 2:43pm

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilai RM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

 nak lebih lagi sila ke blog rajahmas , melanaublogger , mukapetang

17 Februari 2011

PAS Mengemis Kerusi Daripada PR di Sarawak?!!!

Pengemis Cinta
Setakat nak ambil 8 kerusi sahaja buat apa? Baik ambik 71 kawasan sekaligus kalau nak tunjuk hebat?!!  Kalau dah tahu kalah di Beting Maro carilah tempat lain?

Inilah PAS! Mereka ibarat perumpamaan kalau mata kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga! 
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan?   Kalau setakat nak bertanding satu kawasan kenapa perlu tubuh Dewan Pemuda PAS hingga ke semua bahagian di Sarawak?  Satu kawasan pun tak larat nak menang inikan pula menyibuk di kawasan lain?  Buktikanlah PAS di terima di satu kawasan terlebih dahulu sebelum memohon untuk bertanding di kawasan lain.  

Kalaulah PAS dibenarkan oleh Pakatan Rakyat untuk mencalonkan 8 kerusi kelak nescaya terlingkuplah Pakatan Rakyat!??  Kredibiliti PAS mulai kecundang setelah kalah pada PRK  Galas dan Tenang!  Kalau di Sarawak memang tidak ada harapanlah PAS!!!??? 

Golongan PAS dilihat begitu kuat sebelum Pilihan Raya memandangkan banyak guru dari Kelantan yang mengajar di Sarawak cuba meraih undi dari kalangan pelajar mereka?!!  Apabila tiba musim pilihan raya, jentera pilihan raya mereka memang kelas gitu!! 

Jentera pilihan raya mereka kelak nampak mantap tetapi apabila tiba di hari pengundian, maka jatuhlah PAS yang tidak pandai membahagi tugas untuk menggerakkan jentera mereka.  Kalau dilihat  memang PAS akan kalah  sebelum bertanding?!! Dinasihatkan agar Pakatan Rakyat tidak perlu membuang masa mereka untuk memberi ruang kepada PAS di Sarawak nescaya rugi sekali lagi semasa Pilihan R kelak!!?? PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan DAP dan PKR di Sarawak!
Kredit Kepada Reformasin

PAS Tanding Di Sarawak, Mahu Lebih Kerusi
Posted BERNAMA , 16 Februari, 2011 15:57 PM
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

"PAS bertanding (2006), sekarang dalam proses rundingan dan perbincangan untuk tentukan jumlah kerusi. Kita harap dapat bertanding lebih dari satu (kerusi), paling tidak mempertahankan status quo kerusi yang kita tandingi," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata Pakatan Pembangkang Sarawak masih dalam perbincangan untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di setiap kerusi dan sekiranya tidak selesai Pakatan Pembangkang pusat akan berbincang dan memutuskannya.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata Pakatan Pembangkang juga akan berbincang dengan parti pembangkang di Sarawak bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

"Kita harap mereka lebih terbuka kerana apa yang lebih penting ialah kemenangan. Kalau ada keperluan kita akan bincang dengan mereka," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP enam, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Pakatan Pembangkang terutamanya PAS akan membawa isu-isu mengenai integriti kerajaan yang memerintah, seperti fenomena yang berlaku di beberapa negara Asia Barat dan Timur Tengah pada masa ini.

Katanya, walaupun mengakui agak sukar untuk menang di kerusi majoriti Melayu berkenaan, apa yang penting ialah menyampaikan maklumat kepada rakyat di kawasan itu supaya dapat membentuk minda untuk kepentingan umum.

"Tak semestinya kita mesti menang untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan tak semestinya pada pilihan raya sahaja. Kita juga masuk di lain-lain kawasan walaupun tak ada pilihan raya," katanya.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac dan ia diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54 akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

-- BERNAMA

16 Februari 2011

Lucu!! DUN Sarawak Bubar Gara-gara SMS???

Lucu

DUN Sarawak tidak mungkin dibubarkan dalam masa yang singkat.  Ini kerana Program Sejiwa Senada masih belum tamat!!!  Program ini akan dijangka tamat pada penghujung bulan Mac 2011 tetapi bukan minggu ini.  Program ini merupakan pendekatan kerajaan selaras dengan Gagasan 1Malaysia untuk membuktikan bahawa Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Begitulah jawapan yang diterima ketika menghubungi akar umbi parti peringkat cawangan .  Ini berikutan daripada bicara kedai kopi yang menjangkakan pembubaran DUN Sarawak pada  hujung minggu ini.  Terdapat banyak desas-desus yang keluar berikutan dengan SMS yang telah diagihkan pada awal minggu ini.

Kononnya DUN Sarawak akan dibubar untuk mengelak protes beramai-ramai yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 20 Feb 2011 ini.?? Protes ini mungkin juga didalangi oleh kumpulan anti-CM yang menjangkakan pihak pembangkang daripada Sebuyau dan Sebagan, seperti yang dilaporkan dalam Melanau Blogger dan Rajahmas.???  Menurut audie61 dan sebanaku-sarawak pula, perkara ini disokong oleh JPUNS yang ditugaskan untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli-ahlinya untuk melakukan demonstrasi di Padang Merdeka kelak!!!??

Bagi MP mustahil untuk mereka melakukan protes memandangkan Akta ISA masih ada untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku.  Akta Hasutan juga masih berkuatkuasa untuk menangkis dakyah pembangkang yang bebal mengenai undang-undang.   Diharap penasihat undang-undang parti pembangkang dari Malaya  boleh merujuk kepada Baru Bian dan See Chee How sebelum melakukan apa-apa tindakan yang kurang sesuai untuk masyarakat Sarawak.  Beringatlah sebelum padah, anak masih bersekolah dan periuk nasi perlu diisi dahlah harga barang semakin meningkat!!! 


Kalau betul nak berdemonstrasi silalah ke Kelantan!!! Betapa teruknya pemerintahan Nik Aziz, sebelah pejabat terdapat sarang pelacuran!!! Kalau di Sarawak mustahil untuk melihat keadaan sedemikian!!!  Janganlah dengar dakyah pembangkang yang tidak mempunyai bukti kukuh.  Setakat video dan kes Zaleha Bin Bujang tempoh hari semua pakar grafik boleh buat!!!  Kalau sahih bukti tentulah laporan sudah dibuat ke SPRM?!! Ini memandangkan semua tuduhan adalah fakta yang diolah sepertimana kes Zaleha Bin Bujang yang menonjolkan kedunguan pihak pembangkang yang buta IT??!!!

DUN Sarawak Tidak Akan Dibubarkan Minggu Ini, Kata Taib
posted BERNAMA 15 Februari, 2011 15:00 PM

KOTA SAMARAHAN, 15 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Selasa berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini.

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Feb sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu.

"Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin semalam kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.

Sementara itu, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Menteri pada 26 Mac, dijadual menyampaikan ucaptama di Konvensyen BN Sarawak di sini pada 5 Mac yang akan dihadiri 5,000 perwakilan dari semua parti komponen BN negeri.

BN kini menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib mempunyai 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 12 dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi baki kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), melalui wakil rakyat Bebas, masing-masing satu kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

-- BERNAMA

12 Februari 2011

Mariam Mokhtar Meroyan Lagi!!!

Perangai Mariam Mokhtar ni kalau dekat Sarawak kita dah panggil meruyan atau setengah tiang! Tak habis-habis nak hentam Ketua Menteri Sarawak!
Dahla cerita yang sama dia ulang dan ulang macam takde modal untuk posting? Mehla telinga kita nak bisik sikit cerita hangat!

>
Mariam ni bukannya ape dahla frusta menonggeng dibuat Ketua Menteri awal tahun, sekarang pula takde date untuk keluar berpacaran di Hari Kasih Sayang! Mungkin dia masih kesal dengan cintanya yang tak terbalas? Rupa-rupanya selama ini dia cuma bertepuk sebelah tangan!???

Patutlah isu frust menonggeng diluahkan dalam postingnya kebelakangan ini!!! Kalau tidak pun minta simpati Menteri Besar di Kelantan untuk mengisi kekosongan dal am hatinya!??

Kalau nak tahu Mariam ni suka cari boyfriend dari kalangan Tan Sri dan Tun! Puan Sri dan Toh Puan semua kena berhati-hati kalau Marina selalu mendekati suami anda! Mesti ada udang disebalik batu.

Kalau nak baca lebih lanjut silalah ke laman blog Muda Tengah untuk mengetahui agenda Mariam Mokhtar dalam Malaysia Kroninya.

07 Februari 2011

Gempar!!! Anwar Ibrahim Simpan Jambu Baru di Sarawak?

Adakah Anwar Ibrahim sudah tiba di PJ?  Rupa-rupanya dia cuma sampai ke Petra Jaya Kuching sahaja.  Kali ini dia turun untuk bertemu dengan jambu baru di Sarawak!!
Lagi pertemuan hebat ini dalam link alehkayong, rajahmas & kuchingitam

Dari jambul turun ke hati
Orangnya memang taste Anwar Ibrahim, tidak lari daripada perwatakan Rafizi cuma dahi orang ini lagi lebar dan memang menyilaukan.  Memang kerap kali berulang alik dari Kuching ke KL maklumlah peguam yang memiliki 5 firma guaman dan banyak rumah banglo dan juga kereta mewah.  Inilah juga ciri-ciri yang dicari oleh Anwar Ibrahim untuk menyenangkan proses perbelanjaan dalam parti senang minta sponsor.

Jambu Simpanan Anwar
Menurut Melanau Blogger,  jambu anwar sekarang nak tunjuk hebat.  Dia yang  pegang kunci AMK Sarawak sudah mula berkokok.  Dulu anak Anwar ajak Tun Mahathir berdebat!! Kini jambu anwar pula ajak orang BN berdebat.   Baru jadi peguam berapa tahun dan berani ajak peguam senior berdebat? 

Kononnya jambu anwar masuk politik sebab pendapatan sebulan dia dah cecah RM20k!  Itulah sebab politik jadi bidang untuk dia bersara.  Kalau betul nak perjuangkan rakyat buatlah betul-betul!??   Daripada kecil dah makan duit kerajaan bapa dia pun makan pencen kerajaan, tapi bila ada ilmu sikit dan rezeki murah sikit dah nak jadi riak dan lawan kerajaan?  Setakat jadi imam Kampung dah nak riak dan bongkak boleh jadi imam negeri? Setakat dapat pendapatan RM20k sebulan dan nak kempen jadi pembangkang?

Beginikah murid bekas sekolah agama?  Inikah didikan dan teladan yang hendak ditunjuk?  Orang lain belajar tinggi-tinggi tapi masih ikut macam resmi padi. Semakin berisi semakin tunduk!!! 

Ikuti dengan lebih lanjut dalam Melanau Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...