Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label kisah pra Sahabat 11. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah pra Sahabat 11. Papar semua catatan

08 September 2010

Penghijrahaan Umar Al-Khatab ke Munawarah

gambar hiasan

Adapun Umar Al-Khatab r.a seorang pemuda memang dikenali ramai oleh setiap penduduk-penduduk Makkah kerana kegigihanhya sifat keberaniaan dan keperwiraannya yang luar biasanya.
Takkala tentera islam menjadi lemah disaat mulanya , Baginda Rasulullah s.a.w memohon doa kepada Allah s.w.t supaya Umar r.a yang memeluk islam .Asbabnya akan mendatangkan semangat kekuatan yang baru terhadap tentera-tentera islam.
Maka Allah s.w.t telah mengkabulkan doa dari seorang kekasihNya.

Abdullah bin masood r.a berkata ,

"Kami tidak dapat mengerjakan solat di Haram(masjidil Haram) sehingga Umar r.a memeluk islam".

Ali r.a pula menerangkan

Segolongan penduduk-penduduk islam yang pada mulanya berhijrah ke Madinah meninggalkan Makkah secara diam-diam dan secara rahsia kerana takut pihak-pihak Qurias .Tetapi apabila beliau dipilih untuk berhijrah ,beliau telah menggantungkan pedang-pedangnya di sekeliling lehernya , memegang busar di tangannya dan mengambil beberapa jumlah anak panah bersamanya.Beliau mula melangkahi ke Haram(masjidil haram) ,
seraya mengerjakan Tawaf ,solat dengan penuh ketenangan dan kemudian beliau terus menemui golongan yang bersubahat dengan pihak Qurais masa itu seraya berkata ,


"Sesiapa diantara kamu yang tidak terasa apa-apa sekiranya ibunya menangis meratapinya ,isteri-isterinya menjadi balu dan anak-anaknya bergelar yatim-piatu , maka bolehlah dia keluar dari kota Mekah ini untuk menghalang dan menghadapi daku ".

Akhirnya tiada seorang pun dikalangan mereka ini berani menyahut cabaran Umar r.a.

Ada riwayat menceritakan jangan kata manusia, iblis sendiri dan Mahluk-mahluk lain takut akan Syaidina Umar r.a kerana ketinggian tingkatan ketakwaannya kepada Allah.

Nabi s.a.w juga pernah bersabda lebih kurang berbunyi "Jika adanya seorang Nabi selepasku maka Umar lah orang itu.".Wallah hu Alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...