Nuff Head

16 November 2010

TERKINI: ‘Radio Free Sarawak’ satu propaganda politik?

Ketika jentera BN Sarawak masih terkial-kial dengan formaliti serta berkira-kira tentang strategi untuk memenangi hati rakyat. Sekali lagi, Pakatan Rakyat mendahului beberapa langkah dihadapan dalam usaha penyebaran maklumat maupun propaganda politik mereka.

'Radio Free Sarawak' yang diuji siaran mulai kelmarin (Isnin), menjadi alternatif baru bagi penduduk pendalaman Sarawak untuk mendapatkan maklumat atau agenda politik Pakatan Rakyat. Beberapa kawasan pendalaman, khususnya di penempatan masyarakat Iban dan Orang Ulu adalah sasaran utama penyebaran maklumat radio tersebut.

‘Radio Free Sarawak’ dipancarkan dari London, dengan gelombang pendek pada frekuensi 7590 kHz. Bersiaran selama satu jam mulai 6.30 pagi hingga 7.30 pagi.  Radio tersebut turut memuatkan Berita, Ehwal Semasa dan Komentar, disiarkan pada pukul 6 petang hingga 7 petang waktu Sarawak dengan frenkuensi 15869 kHz.

Difahamkan, NGO yang berpusat di Sarawak dan Individu yang berjawatan dalam PKR adalah penerbit untuk program rancangan ‘Radio baru’ yang dimaksudkan. dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli politik veteran dari Sarawak.


Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, Radio tersebut akan menghebah segala kekayaan ketua menteri di luar negara kepada rakyat Sarawak. Dan seterusnya untuk mengimbangi ketidakadilan media arus perdana.

seorang makcik sedang menyampaikan berita (gambar hiasan)


p/s: nenek-nenek dikampung dapat berita baru...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...