Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Isteri Ketua Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isteri Ketua Menteri. Papar semua catatan

11 Februari 2011

Baru Bian Biaya Pejabat Anwar Ibrahim Di Washington???


Apabila dunia maya masih sibuk dengan kalung bernilai 150 juta yang telah didedahkan di dalam Sarawakereport. Kalau nak tipu pun janganlah 1500 juta kenapa tidak 200 juta ke 300 juta ke atau 1 Billion?

Orang PKR tidak tahu bahawa Baru Bian mendapat habuan berjuta-juta dalam memenangi kes tanah NCR di Sarawak? Belum jadi YB dah mula kaut hasil rakyat Sarawak?  Kes tanah yang dimenangi pula telah menjanjikan Baru Bian pula menjadi pemilik terakhir tanah-tanah yang dimenangi olehnya kelak?? 


Anwar Ibrahim juga telah bertemu dengan Baru Bian baru-baru ini.  Baru Bian telah menawarkan untuk membiayai segala perbelanjaan dan operasi PKR di Sarawak demi dijanjikan Pengerusi PKR Sarawak????

Dia juga dikhabarkan, telah diminta oleh Anwar Ibrahim melalui orang kuatnya Azmin Ali untuk menolong membayar pembiayaan pejabat Anwar Ibrahim di Washington?  Kononnya Baru Bian menjadi semakin kaya dengan hasil tanah NCR yang semakin banyak dimenanginya di Sarawak?  Patutlah Baru Bian tidak perlu diundi dalam jawatannya dalam PKR?  Keahlian beliau mampu dibeli untuk membawa dia terus menjadi ahli majlis tertinggi PKR.

Berbalik kepada isu pejabat Anwar di Washington sekarang ni siapa nak bayar?  Adakah Anwar perlu menjual dirinya untuk membayar balik sewa pejabat di Washington?

Ikutilah pendedahan Kos Pembiayaan pejabat Anwar di Washington dalam Utusan Online

Anwar perlu dedah pembiaya kos operasi pejabatnya di Washington

SHAH ALAM 10 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

"Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.

"Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

"Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzaman Johari dan Ummi Hafilda Ali.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika berucap turut mencabar kerajaan negeri pimpinan PKR yang mana Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor supaya mendedahkan perbelanjaan yang dilakukan dalam melantik dua perunding luar untuk merangka draf pindaan Perlembagaan Negeri berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebelum ini.

Katanya, pindaan itu yang dibuat menerusi sidang Dewan Undangan Negeri pada Januari lalu adalah satu tindakan sia-sia.

Menurutnya, pelantikan pengamal undang-undang, Datuk Param Cumaraswamy dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Malaysia (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk merangka draf pindaan itu hanyalah satu pembaziran kewangan kerajaan negeri.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sepatutnya hanya merujuk pindaan tersebut kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk menentukan sama ada perkara itu boleh dilakukan atau sebaliknya.

"Jadi kita mahu kerajaan negeri dedahkan berapa wang rakyat digunakan untuk bayar kepada kedua-dua perunding tersebut.

"Pindaan Perlembagaan negeri tidak menjadi kenyataan kerana tidak cukup syarat yang ditetapkan, maka ia adalah satu tindakan membuang masa dan pembaziran wang rakyat," katanya.

27 Januari 2011

Taib Selar Budaya Ketam Dalam Parti Pembangkang

Budaya Ketam adalah budaya yang tidak asing lagi di zaman sekarang, ia mungkin boleh disamakan dengan budaya 'kiasu'.

Bagi yang tidak memahami istilah budaya ketam, ia bermaksud mengunakan orang lain untuk mencapai hasrat peribadi!

Bayangkan sebuah bakul diisi dengan ketam.  Kalau seekor ketam nak keluar atau melepaskan diri daripada bakul, ia akan memijak kawan-kawannya tanpa mengenal erti belas kasihan, demi untuk keluar dari bakul.  Ketam ini juga mudah lupa atas segala bantuan yang pernah dihulurkan oleh rakan-rakan lain terhadapnya untuk keluar dari bakul itu.  Ketam tersebut akan cuba memijak rakan-rakannya lain demi untuk mencapai cita-cita atau matlamatnya sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain memang jelas nampak dalam budaya politik pihak pembangkang.  Ini membolehkan mereka digelar sebagai Parti Ketam Rakyat?!!  

Kalau kita teliti dengan betul memang hala tuju politik pembangkang sudah menyerupai  'ketam'?  Mereka memang mengamalkan budaya ketam dalam bidang politik mereka, contohnya dalam pemilihan majlis tertinggi.  Sebelum menjawat jawatan atau pangkat yang tinggi dalam parti, mereka akan melakukan apa sahaja daripada mengadu domba sehinggalah berbuat khianat!!?  Lihatlah di sekliling kita, tepuk dada tanyalah selera!!! Terasa nak makan ketam pula!

Mukapetang setuju dengan Pehin Sri di atas kenyataan beliau yang dipetik daripada BERNAMA mengenai budaya ketam yang diamalkan dalam politik pembangkang sekarang!!

Budaya Ketam atau Parti Ketam???

Pembangkang Amal 'Budaya Ketam', Kata Taib

LIMBANG, 26 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengamalkan 'budaya ketam' dalam usaha mereka untuk cuba berkuasa di negara ini.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudahpun menampakkan ketaksuban mereka dengan sanggup menjatuhkan pemimpin-pemimpin baru lain yang dilihat cuba mencabar kedudukan mereka dalam parti masing-masing.

Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini, beliau berkata keadaan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah menunjukkan belang sebenar pemimpin mereka untuk kekal berkuasa sebagai agenda paling utama.

"Amalan tidak suka melihat orang lain naik sebegini tidak akan dapat membolehkan mereka menerajui kerajaan yang baik ataupun untuk membela nasib rakyat," kata beliau.

Menurutnya amalan seperti ini juga digunakan pembangkang melalui penyebaran fitnah dan hasutan dalam percubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Harus diingat bahawa kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya akan datang mempunyai sikap ketam ini dan jika ada, pemimpin seperti ini kita harus buang," kata Taib yang juga pengerusi BN Sarawak.

Sebagai presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang merupakan tulang belakang BN di negeri ini, Taib berkata beliau tidak mahu budaya sedemikian wujud di kalangan anggota parti berkenaan.

Katanya perjuangan parti itu dalam BN selama ini adalah semata-mata untuk membela rakyat dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...