Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label SUPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUPP. Papar semua catatan

12 September 2012

Mari Raikan Hari Malaysia Bersama Warga Desa Senadin 15 September Ini!

Penduduk Desa Senadin akan menyambut Hari Malaysia bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.  Pelbagai acara menarik disediakan untuk merancakkan lagi sambutan yang dipengerusikan oleh ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.  

Program ini akan menghimpunkan warga Desa Senadin untuk bersama-sama menghayati dan menyambut Hari Malaysia. 

Orang ramai juga dijemput hadir untuk beramai-ramai menyambut Hari Malaysia bersama warga Desa Senadin kelak!
Jayakan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September

Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu

MIRI: Jawatankuasa Penduduk Desa Senadin dan Rukun Tetangga (KRT2) Desa Senadin Miri akan mengadakan program sambutan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Pelbagai acara disediakan untuk para pengunjung, antaranya memancing berkumpulan, menangkap itik, memanjat pokok pinang, pertandingan bot kawalan jauh, tarik tali, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan melukis, hiasan muka 1Malaysia, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun serta pelbagai gerai jualan makanan, bank dan promosi kereta serta banyak lagi.

Pengerusi program merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, peserta yang ingin menyertai mana-mana acara boleh mendaftar pada hari yang sama.

“Program ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin warga Desa Senadin bagi sama-sama meraikan Hari Malaysia,” katanya.

Perasmian dijangka akan disempurnakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada jam 2 petang dengan melepaskan sekumpulan pejalan kaki dan yang berbasikal di Taman Bulatan Dan Kolam BSTS Desa Senadin.

Acara sambutan berterusan ke sebelah malam, yang akan dihadiri Menteri Muda Komunikasi dan Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Orang ramai diminta sama-sama hadir bagi meraikan sambutan tersebut. Untuk pertanyaan boleh menghubungi Alice Jeleni menerusi talian 013-8092894, Jeffery Alferida (019-8554505) dan Richard Lejau (019-8562735).

04 November 2011

Jerip Dakwa Peter Chin Guna Agenda 'Recycle'?!!!

Dr Jerip mendakwa Chin guna bahan kitar semula?  Ini sudah pasti kerana di Miri mengamalkan kitar semula bahan yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran!!!  Apalah salahnya untuk menggunakan pelan pembaharuan CWC yang sedia ada sekiranya cara ini dapat mendekatkan para delegasi yang hadir  kepada naluri pemimpin mereka!??!

Sekiranya para delegasi mahukan calon yang suka mengitar semula kerana rata-rata kedai di Miri banyak tidak menggunakan plastik untuk mengelakkan pembaziran dan boleh mengutip 20 sen daripada setiap pembeli yang malas membawa beg kitar semula sendiri atau yang suka membeli beg plastik untuk dijadikan alas tong sampah, maka Peter Chin lah calon mereka!!???

Sebaliknya jika mereka tidak suka mengitar semula dan masih mahu menggunakan beg plastik untuk membeli barang maka Wong Soon Koh adalah calon presiden mereka!??  
Adakah para delegasi mudah dipengaruhi dengan Plan Transformasi SUPP semata-mata atau mereka mahukan lebih dari itu?!!!  Mampukah Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP meraih sokongan penyokong kuat mereka suatu ketika dahulu untuk kembali memberikan perwakilan kepada SUPP?

Chin tidak membawa agenda perubahan: Dr Jerip
by Saibi Gi. Posted on November 4, 2011, Friday

Rancangan transformasinya didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ pelan pembaharuan CWC pada 2008

KUCHING: Rancangan Transformasi SUPP yang dilancarkan kumpulan Datuk Seri Peter Chin didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ daripada pelan pembaharuan parti yang dilakukan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 2008.

Ketua SUPP Bengoh Dr Jerip Susil yang bersama dalam kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh berkata tidak ada agenda baru yang ditawarkan oleh Chin dan rakan-rakanya.

“Misalnya syor untuk meminda perlembagaan parti mengenai perkara had memegang jawatan dalam parti, ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat CWC dan semua kita bersetuju,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chin, setiausaha kerja dan Wong, timbalan setiausaha agung, dijangka akan bertembung dalam perebutan jawatan presiden SUPP berikutan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memutuskan mengosongkannya susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri pada 16 April lepas.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti tertua dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak itu dijadualkan diadakan pada Disember depan dengan membabitkan kira-kira 600 perwakilan.

Dr Jerip yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi syor-syor dalam Rancangan Transformasi SUPP tersebut turut memperlihatkan kumpulan Chin gagal memahami makna sebenar perubahan.

Transformasi menurut beliau harus membabitkan pertukaran pucuk pimpinan daripada yang lama kepada kumpulan baru. Malah perubahan cuba dibawa Chin tidak relevan dengan akar umbi, justeru ia tidak menyeluruh.

Sambil kecewa dengan sikap Chin yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik sebagai permulaan pelan persaraan, Dr Jerip menyifatkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu sebagai tidak relevan dengan makna sebenar transformasi.

“Peter Chin dan orang yang bersama dengannya merupakan kumpulan yang enggan melepaskan jawatan dan tidak mahu melihat pelantikan orang muda,” katanya.

Pada majlis pelancaran buku Rancangan Transformasi SUPP di ibu pejabat parti kelmarin, Peter Chin disertai oleh para pemimpin antaranya Bendahari Datuk David Teng, Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui, Ketua Pemuda Sih Hua Tong, Ketua SUPP Kuching Datuk Lily Yong dan Ketua SUPP Kota Sentosa Datuk Alfred Yap.

Buku tersebut menampilkan tujuh agenda, terdiri daripada keutamaan terhadap kepentingan parti, pindaan perlembagaan parti, bercakap tanpa bimbang dan takut, melatih barisan pemimpin baru, membasmi amalan tidak sihat, mengukuhkan kedudukan kewangan parti dan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Selain Dr Jerip, Wong disokong oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

26 Oktober 2011

Hanya David Teng Serahkan Kepada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan SUPP!!??

600 delegasi akan menentukan nasib SUPP pada persidangna perwakilan tiga tahunnanya pada 8 Disember 2011.   Jawatan Presiden akan ditanding oleh Wong Soon Koh dan Peter Chin.  Mungkin calon yang kalah pada PRN Ke - 10 Sarawak yang lepas diminta untuk mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada muka baru?!!  Mungkin calon yang kalah ini tidak mampu lagi memimpin orang Tiong Hua di kawasan mereka yang ketagihan darah muda dan angin politik yang berbeza....  mungkin inilah transformasi dalam SUPP sebelum menghadapi PRU-13 kelak!!

Bendahari SUPP Nafi Jadi Calon Regu Chin Yang Bertanding Rebut Jawatan Presiden 

26 Oktober, 2011 19:51 PM
KUCHING, 26 Okt (Bernama) -- Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk David Teng hari ini menafikan yang beliau adalah calon regu setiausaha pengelola Datuk Seri Peter Chin dalam pertandingan merebut jawatan utama parti itu pada persidangan perwakilan tiga tahunannya pada 8-11 Dis depan.

Bertentangan dengan spekulasi bahawa bekas Adun Repok itu dijangka bertanding untuk jawatan timbalan presiden atau setiausaha agung dengan Chin bertanding jawatan presiden, Teng berkata, beliau tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan utama parti, sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.

"Saya tak fikir beliau (Chin) mempunyai regu...Kami hanya percaya dengan ideologi. Jika kami memegang ideologi yang sama dan cara sama menyusun semula parti, maka kami dalam satu pasukan," kata beliau ketika ditemui pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran Pengerusi Biro Hal Ehwal India SUPP Batu Lintang Lucy Lingam di sini.

Dua tokoh itu dijangka menentang timbalan setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri dan regunya, pengerusi cawangan Senadin Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Sosial (Sukan) dan Komunikasi Negeri.

Pada 16 Okt Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga anggota Parlimen Miri, mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden seminggu selepas Wong membuat pengumuman serupa di Sibu.

Sejumlah 600 perwakilan akan menghadiri persidangan itu.

-- BERNAMA

25 Oktober 2011

Sim Poh Giap Lawan Andy Chia Untuk Ketua Cawangan SUPP Pujut?!!

Beberapa mingu yang lepas, isu Peter Chin dan Wong Soon Koh hangat dimainkan untuk merebut kerusi Presiden SUPP.  Minggu ini pula isu kerusi Ketua Cawangan Pujut pula dibuka di mana Andy Chia akan ditandingi oleh muka baru iaitu Sim Poh Giap.

Sim Poh Giap yang merupakan bekas Pegawai JASA kini berkhidmat sebagai agen insurans sepenuh masa.  Walaupun usia beliau masih muda namun aspirasi untuk membawa transformasi di dalam Cawangan Pujut terutama dalam bahagian pemuda dan wanita.  Mungkin SUPP memerlukan transformasi yang jelas agar mendapat sambutan golongan Tiong Hua terutamanya dan menyatukan semua kaum di bawah SUPP.

Berikut adalah rekayasa untuk menghadapi pemilihan Ketua Cawangan Pujut.





Sim Poh Giap to challenge former boss for SUPP Pujut top post

Posted on October 19, 2011, Wednesday


MIRI: A former JASA staff attached to Pujut assemblyman’s office, Sim Poh Giap, is expected to challenge his former boss Andy Chia Chu Fatt in the SUPP Pujut branch election for the chairman post.

Sim, 31, now with an insurance company, was a JASA staff from 2007 until early this year.

An electronic engineer by training from UNITEM, Sim assisted Chia in his work to serve Pujut constituency since the later was elected in 2006. But his entry into the fray came as a surprise to many.

Sim is expected to make an official announcement soon. Chia, meanwhile, is reported to be ready to face his challenger in the branch election for the main committee although the former is eligible to be in the Youth Section.

The nomination and polling for the Youth and Women sections would be held on Oct 30, polling on Nov 6, while the central committee election would be on Nov 13.

The sub-branches will hold their meeting on Nov 13 after nomination is concluded on Nov 13, en route to the branch elections.

Nomination for branch election of office-bearers would open on Nov 14 (from 10am to 5pm) while polling would be on Nov 20.

There are currently five (SUPP) branches in Miri – Senadin, Pujut, Piasau, Bekenu and Lambir – which will elect nearly 100 delegates for the party’s central election in December.

The party, which is in the midst of a leadership transitional process will see the organising secretary Datuk Seri Peter Chin Fah Kui taking on deputy sec-gen Dato Sri Wong Soon Koh in the contest for the president post, a post currently held by former deputy chief minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam who lost the Piasau seat in the last state election.

Both sides have been working on the ground to shore up support from the delegates of the respective branches.

In Piasau, entrepreneur Hii King Chiong has earlier declared his intention to vie for the Piasau branch chairmanship. If there is to be a contest he (Hii) would likely fight the battle against Chin or his political secretary Datuk Sebastian Ting.

At stake are the delegates to the party’s central election in the Chin-Wong battle, with the organising secretary claiming that the majority of branches
were behind him to contest the post.

Wong had earlier stated that Senadin assemblyman Datuk Lee Kim Shin would be his running mate (secretary general) in the party election but Chin is keeping his card closed to his chest despite rumours that he would team up with Datuk David Teng Lung Chi.

Both Senadin and Pujut are votes-rich with the maximum 28 delegates for the central election, while Piasau has about 20. The biggest block, however, is the southern branches.

17 Februari 2011

Orang Cina Sarawak perlu sokong SUPP

PRN Sarawak yang akan datang adalah penting bagi masyarakat Cina kerana mereka akan harus memutuskan apakah mereka ingin Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk terus membawa suara mereka dalam kabinet. Pada pilihan raya negeri lalu, SUPP mencatat prestasi buruk khususnya di kawasan Cina di bandar apabila hanya menang 11 daripada 19 kerusi yang ditandingi.


Dr Chan selaku presiden SUPP di landa emosi selepas membaca membaca wawancara di akhbar tempatan. Dr Chan sangat jujur dan tahu bahawa tanpa sokongan pengundi SUPP ,maka  tidak ada cara lain parti boleh mempunyai kuasa untuk membawa masalah yang dihadapi masyarakat. Sekaligus akan memyebabkan parti SUPP akan berkubur seperti mana Persatuan Cina Sarawak  - mati dan dikuburkan.  

Masyarakat Cina kini berada di persimpangan jalan.Mereka perlu membuat keputusan yang tepat dalam PRN akan datang demi masyarakat dan generasi masa depan. Jangan terlalu emosional dan memberikan suara protes, kerana perlu membayar untuk sesuatu yang mahal iaitu keadilan .
Ki menyeru masyarakat Cina memberikan SUPP mandat penuh. Beri mereka semua 19 kerusi yang di tandingkan dan jika mereka masih tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh maka pada pilihan raya negeri selepas ini , tolaklah mereka.

PAS Mengemis Kerusi Daripada PR di Sarawak?!!!

Pengemis Cinta
Setakat nak ambil 8 kerusi sahaja buat apa? Baik ambik 71 kawasan sekaligus kalau nak tunjuk hebat?!!  Kalau dah tahu kalah di Beting Maro carilah tempat lain?

Inilah PAS! Mereka ibarat perumpamaan kalau mata kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga! 
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan?   Kalau setakat nak bertanding satu kawasan kenapa perlu tubuh Dewan Pemuda PAS hingga ke semua bahagian di Sarawak?  Satu kawasan pun tak larat nak menang inikan pula menyibuk di kawasan lain?  Buktikanlah PAS di terima di satu kawasan terlebih dahulu sebelum memohon untuk bertanding di kawasan lain.  

Kalaulah PAS dibenarkan oleh Pakatan Rakyat untuk mencalonkan 8 kerusi kelak nescaya terlingkuplah Pakatan Rakyat!??  Kredibiliti PAS mulai kecundang setelah kalah pada PRK  Galas dan Tenang!  Kalau di Sarawak memang tidak ada harapanlah PAS!!!??? 

Golongan PAS dilihat begitu kuat sebelum Pilihan Raya memandangkan banyak guru dari Kelantan yang mengajar di Sarawak cuba meraih undi dari kalangan pelajar mereka?!!  Apabila tiba musim pilihan raya, jentera pilihan raya mereka memang kelas gitu!! 

Jentera pilihan raya mereka kelak nampak mantap tetapi apabila tiba di hari pengundian, maka jatuhlah PAS yang tidak pandai membahagi tugas untuk menggerakkan jentera mereka.  Kalau dilihat  memang PAS akan kalah  sebelum bertanding?!! Dinasihatkan agar Pakatan Rakyat tidak perlu membuang masa mereka untuk memberi ruang kepada PAS di Sarawak nescaya rugi sekali lagi semasa Pilihan R kelak!!?? PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan DAP dan PKR di Sarawak!
Kredit Kepada Reformasin

PAS Tanding Di Sarawak, Mahu Lebih Kerusi
Posted BERNAMA , 16 Februari, 2011 15:57 PM
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

"PAS bertanding (2006), sekarang dalam proses rundingan dan perbincangan untuk tentukan jumlah kerusi. Kita harap dapat bertanding lebih dari satu (kerusi), paling tidak mempertahankan status quo kerusi yang kita tandingi," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata Pakatan Pembangkang Sarawak masih dalam perbincangan untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di setiap kerusi dan sekiranya tidak selesai Pakatan Pembangkang pusat akan berbincang dan memutuskannya.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata Pakatan Pembangkang juga akan berbincang dengan parti pembangkang di Sarawak bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

"Kita harap mereka lebih terbuka kerana apa yang lebih penting ialah kemenangan. Kalau ada keperluan kita akan bincang dengan mereka," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP enam, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Pakatan Pembangkang terutamanya PAS akan membawa isu-isu mengenai integriti kerajaan yang memerintah, seperti fenomena yang berlaku di beberapa negara Asia Barat dan Timur Tengah pada masa ini.

Katanya, walaupun mengakui agak sukar untuk menang di kerusi majoriti Melayu berkenaan, apa yang penting ialah menyampaikan maklumat kepada rakyat di kawasan itu supaya dapat membentuk minda untuk kepentingan umum.

"Tak semestinya kita mesti menang untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan tak semestinya pada pilihan raya sahaja. Kita juga masuk di lain-lain kawasan walaupun tak ada pilihan raya," katanya.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac dan ia diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54 akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

-- BERNAMA

13 Januari 2011

Dr Chan Kerah Bantu Mangsa Banjir di Sarawak

Musim landas kini melanda Kuching. Ini disebabkan oleh hujan lebat yang turun sejak hari Isnin lepas.

Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Alam Negeri Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan telah mula bergerak ke kawasan banjir yang telah dikenalpasti di seluruh Sarawak.

Untunglah kerajaan bertindak dengan pantas bagi menolong mangsa banjir. Setakat ini belum ada kemalangan jiwa akibat daripada hujan lebat dan paras air pasang yang naik dalam masa yang sama.

Ikutilah laporan dalam Utusan Borneo yang dikepilkan di bawah.

Seramai 1,143 mangsa banjir dipindahkan, tiga lagi sekolah masih ditutup

by Nick Fletcher and Jeremy Lanson. Posted on January 13, 2011, Thursday Utusan Borneo

KUCHING: Sebanyak 223 keluarga melibatkan seramai 1,143 mangsa di sekitar bandar raya ini telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan banjir, sementara 77 keluarga yang melibatkan seramai 385 mangsa tidak dipindahkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang memberitahu perkemban­gan banjir setakat semalam berkata, pemindahan mangsa turut melibatkan tujuh pusat pemindahan.

HAMPIR TENGGELAM: Enam buah kampung antara yang terjejas akibat banjir di sekitar daerah Matu dan Daro, semalam. — Gambar Bernama
Pada masa sama, beliau berkata daripada tujuh pusat pemindahan yang dibuka, lima daripadanya sudah ditu­tup manakala dua lagi masih dibuka.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Alam Negeri, memberitahu setakat Selasa, sebanyak sembilan sekolah telah ditutup, empat daripadanya mengalami banjir manakala lima disebabkan terputus hubungan.

Bagaimanapun, katanya se­takat semalam tiga sekolah masih ditutup iaitu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Bau, Sekolah Kebangsaan Buso dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Buso, yang kes­emuanya merangkumi 2,153 orang pelajar.

"Banjir semalam (kelmarin) disebabkan paras air pasang yang tinggi, iaitu mencecah 300 milimeter dan diharapkan malam ini (semalam) ia tidak mencapai paras tertinggi.

"Ramalan hujan malam ini (semalam) masih sama seperti kelmarin, dan diharapkan tidak lebat," katanya yang merujuk kepada graf ramalan hujan dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya dekat sini semalam.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat melibatkan beberapa agensi seperti polis, Maritim dan Jabatan Meteorologi.

Dr Chan juga memberitahu kawasan yang dikenal pasti masih berisiko banjir ialah di Siniawan dan Bau.

"Siniawan dan Bau diramalkan masih mengalami hujan lebat, kedua-dua kawasan ini masih dalam bahaya," katanya.

Namun di Pekan Bau, Dr Chan berkata pelaksanaan projek pembetungan banjir yang dilihat beroperasi dengan baik diharapkan mampu mengelakkan berlakunya banjir di situ.

Selain itu, Dr Chan berkata antara kawasan lain di negeri ini yang turut terjejas akibat hujan lebat sejak beberapa hari lepas ialah di Matu Daro dan Mukah.

Bagaimanapun, katanya salah satu kampung yang dikenal pasti banjir, iaitu Kampung Berjaya Matu tidak dipindahkan penduduknya ekoran paras air yang tidak begitu tinggi, iaitu pada tiga kaki sahaja.

Tambahan, katanya rumah-rumah penduduk di situ terletak pada kawasan tanah tinggi.

Sementara, Statistik Ops Banjir yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyara-kat (JKM) semalam turut menyatakan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir di sekitar Bau dan Kuching ialah sebanyak RM28,662.

Pelbagai jenis bantuan berupa makanan bungkus, makanan kering, selimut, tikar, keperluan dapur dan banyak lagi diberikan.

07 Disember 2010

GEORGE CHAN : Pastikan pelampau agama 'ditendang' dari Sarawak



KUCHING, 7 Dis (Bernama) -- Persatuan agama di Sarawak digesa memainkan peranan mereka dengan menolak golongan pelampau yang cuba mengancam keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata negeri itu menentang sekeras-kerasnya sentimen keagamaan yang ekstrem dan memecah-belahkan perpaduan serta keharmonian pada kalangan rakyat.

"Kita mesti pastikan pelampau agama ini 'ditendang' keluar dari negeri ini bagi menjamin perpaduan, keamanan dan keharmonian.

"Ajaran agama sentiasa mendidik penganut-penganutnya agar berkelakuan baik. Sehubungan itu, persatuan-persatuan agama seperti Persatuan Buddha Sarawak harus memainkan peranan untuk menolak pelampau agama," katanya ketika merasmikan sambutan ulangtahun ke-41 persatuan itu, di sini Selasa.

Beliau mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Buddha Sarawak Datuk Tay Chin Kin dalam ucapannya menggesa penganut agama itu agar bersama-sama membina kefahaman yang lebih baik bagi mengukuhkan ekonomi dan keamanan negara.


"Selain melakukan amalan baik, penganut juga harus menggunakan ajaran agama untuk memastikan kestabilan politik negara ini. Dunia hari ini amat memerlukan didikan dalam keagamaan bagi menentang aspek-aspek yang tidak diingini," katanya.

credit to BERNAMA

30 November 2010

Pilihan Raya Negeri Sarawak Akan Berlaku Serentak

Kemungkinan Sarawak akan menghadapi dua pilihan raya iaitu Umum dan Negeri pada masa yang sama. Ini telah dinyatakan agar Barisan Nasional negeri mempertimbangkan hal ini seperti yang akan disarankan kepada Perdana Menteri.  

Mungkinkah terdapat begitu banyak perubahan dari segi bilangan kerusi dan juga wakil rakyat yang bertanding?  Adakah muka baru akan ditampilkan manakala muka lama akan diturunkan dan ini semua kini menjadi persoalan di sekitar kawasan.

Sama-samalah kita nantikan keputusan pengumuman pembubaran Kabinet kelak!!!

Pilihan raya serentak?

Posted on November 30, 2010, Tuesday

KUCHING: Barisan Nasio-nal (BN) Negeri sedia mempertimbangkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta untuk mengadakan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum secara serentak. 
 
BERI IDEA: Taib bertukar pendapat dengan Shafie dan Wahab selepas bermesyuarat di kediaman rasminya, semalam.

Semalam, Pengerusi BN Ne-geri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri memberitahu, beliau akan mempertimbangkan sekiranya permintaan sedemikian dibuat.

“Jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, saya boleh mempertimbangkannya.

“Tidak menjadi masalah (untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya secara serentak),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di ke-diamannya di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.

Taib, bagaimanapun pantas menjelaskan bahawa kenyataannya tidak harus disalah anggap bahawa pilihan raya sedemikian sememangnya akan terjadi.

Ini kerana tarikh pilihan raya ditentukan oleh Najib.

“Saya tidak menentukan tarikh pilihan raya umum untuk negara kerana ia (keputusan) dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, jika Najib bercadang untuk mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi, adalah wajar untuk kedua-dua pihak untuk sama-sama berbincang terlebih dahulu.

“Jika beliau (Najib) mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya (umum) tidak lama lagi, lebih baik (kedua-dua parti) menyelaraskannya (dengan pilihan raya negeri)… dan mungkin (mengadakan) pilihan raya se-rentak,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata tujuan utama beliau berjumpa dengan Taib adalah untuk membincangkan cara memperbaiki kerjasama antara negeri ini dan kementeriannya bagi memastikan masalah-masalah kecil dapat diselesaikan.

Beliau berkata, mungkin ada yang tidak menyedari banyak projek pembangunan sudah berjalan di negeri ini seperti rumah-rumah yang dibina di bawah program kementeriannya.

Shafie turut memberitahu perjumpaan itu turut membincangkan cara untuk membantu penduduk luar bandar mencapai pendapatan lebih tinggi.

“Kami turut membincangkan cara atau kaedah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan lain untuk memastikan penduduk luar bandar dapat meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

Hadir sama, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Abdul Wahab Aziz.

08 Oktober 2010

SUPP akan bersama penduduk rumah panjang di N.59 mulai esok!

Rombongan SUPP cawangan Bintulu akan berada di 10 rumah panjang di kawasan N.59 Kidurung selama 2 hari mulai esok.

Unit bergerak SUPP cawangan Bintulu, bukan sahaja akan berkunjung dan beramah mesra dengan penduduk pelbagai kaum di Kawasan N.59 Kidurung. tetapi juga akan mengadakan program pendaftaran untuk pengundi baru di kawasan tersebut.

Seperti sebelum ini, program tersebut juga adalah untuk mendengar permasalahan serta  keluhan rakyat dengan lebih dekat. 

Program yang bukan pertama kali ini adalah sebahagian dari beberapa pendekatan SUPP untuk menyelesaikan masalah atau kesulitan penduduk setempat secara bersama.

SUPP adalah parti Barisan Nasional negeri Sarawak

06 Oktober 2010

SUPP Jamin Barisan Nasional Menang Besar!!!

Mereka Yang Cuba Pecah Belah BN Sarawak Akan Gagal, Kata George Chan

MIRI, 5 Okt (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan tenang dengan tindakan kumpulan tertentu yang cuba memecah belah parti anggota komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Beliau berkata kebiasaannya taktik sedemikian akan timbul apabila pilihan raya semakin hampir tetapi ia tetap gagal melemahkan ikatan kukuh di kalangan parti komponen BN.


"Ia (perpecahan di dalam BN) tidak akan berlaku. Dalam parti komponen kita, sebagai pemimpin, kita kenal satu sama lain. Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh menyebabkan kita berbalah," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan orang ramai di ibu pejabat SUPP Miri di sini, pada Selasa.


Beliau diminta mengulas kehadiran kenyataan yang dimuatkan di dalam laman sosial internet mengenai kenyataan hasutan bagi menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti komponen BN.


Selain SUPP, parti komponen BN yang lain di Sarawak ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).


Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata beliau lebih suka untuk menjelaskan fakta mengenai pencapaian Sarawak di bawah kerajaan BN daripada bertelagah mengenai isu yang dibangkitkan oleh kumpulan sedemikian.


Beliau berkata Sarawak tidak mungkin mencapai kemajuan di tahap sekarang jika parti-parti komponen BN gagal bekerjasama di antara satu sama lain.


Katanya fokus BN adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini dan tidak pernah mengamalkan politik kotor.


Beliau berkata parti akan menggunakan ruang yang ada termasuk laman sosial internet bagi menjelaskan keadaan sebenar di Sarawak.


"Apa yang lebih penting ialah memberitahu rakyat bahawa selama ini, kita telah melakukan perkara yang betul," katanya.


-- BERNAMA

mukapetang: SUPP hendaklah peka dengan perkembangan pembangkang.  Mereka hendaklah bergerak dengan kesinambungan untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.  Kawasan-kawasan hitam yang telah dikenalpasti hendaklah cuba untuk ditukar melalui apa jua cara sekalipun demi mendapat suara dalam Dewan Undangan Negeri.  Sekiranya mereka tidak bersatu hati maka kuranglah suara untuk merasai pembangunan yang selari dalam Pelan Transformasi Ekonomi.  Psst Pilhanraya dah dekat.  Sudahkah SUPP bersedia?

01 Oktober 2010

Orang Cina perlu wakil yang kuat dalam DUN Sarawak: Taib

Taib Yakin BN Capai Majoriti Selesa 
 
BERNAMA
KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional mampu meraih kemenangan dengan majoriti yang selesa pada pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan kepada bilangan kerusi Bumiputera.

 
Namun, katanya, beliau akan kecewa jika kerajaan negeri yang bakal dibentuk tidak mempunyai bilangan wakil kaum Cina yang besar.

Beliau berkata demikian pada Ramah Tamah Aidilfitri yang dihadiri 3,000 orang kebanyakan masyarakat Cina. Ucapannya diterjemah ke bahasa Mandarin.

Jamuan itu, yang diadakan di Hotel Fourpoints by Sheraton, Kuching, diadakan sempena perasmian lebuh raya berharga RM61.5 juta dari Sutong ke Zon Perindustrian Sama Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Ketika ditanya pemberita sama ada pengundi Cina akan menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya itu nanti, Taib berkata : "Itu saya tak tahu. Terpulang kepada masyarakat Cina untuk membuat keputusan."

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi, 56 daripadanya kawasan majoriti Bumiputera manakala 15 lagi mempunyai ramai pengundi Cina.

Taib berkata masyarakat Cina perlu mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan.

"Untuk menikmati kemajuan, kita perlu bersama dengan kerajaan. (Dengan bersama kerajaan) kita bukan saja berhak menyuarakan apa yang tidak kena dengan kerajaan tetapi kita akan turut terlibat dalam menyumbang kepada kemajuan rakyat," katanya.

Taib menasihatkan kaum Cina supaya berfikir sedalam-dalamnya mengenai kesan jika mereka tidak mempunyai wakil dalam kerajaan.

"Anda perlu memilih wakil untuk menyertai kerajaan. Jika tidak ada wakil Cina dalam kerajaan, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya tidak akan mendapat nasihat yang dapat memberi manfaat kepada kaum Cina," katanya.
-- BERNAMA
 
mukapetang: Sarawak bukan sahaja kaya dengan pelbagai kaum, budaya dan agama.  Ia unik kerana semua rakyat dapat hidup rukun damai dalam kerajaan BN.  Mereka tidak kenal warna kulit, saiz dan taraf kedudukan.  Mereka berkawan sama-rata dalam semua bidang.  Orang Islam minum di kedai orang bukan Islam yang memiliki sijil Halal dan tidak seperti yang terdapat di tempat lain.  Betapa muhibbahnya perpaduan kaum di Sarawak.  Marilah kita semua bersatu demi perpaduan dan pembangunan negeri yang tercinta. 

29 September 2010

Formula BN dijangka mengugat Pilihan Raya Negeri Sarawak

BN Guna Strategi Baru Bagi Hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak

BERNAMA

MIRI, 28 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kaedah dan strategi baru bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan pada Selasa.

Katanya semua yang terbabit dalam jentera BN telah diperlengakpi sepenuhnya bagi melaksanakan strategi dan menangkis taktik pembangkang pada pilihan raya negeri kali ini.


Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada Julai tahun depan dan pembubarannya bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dijangka berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.


"Strategi kali ini adalah amat berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini. Jentera pilihan raya negeri cukup bersedia kali ini," kata Dr Chan kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tertutup bersama 300 anggota parti komponen BN negeri di sini.


Selain SUPP, parti komponen BN negeri yang ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).


Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 35 kerusi daripada 71 kerusi negeri diikuti SUPP (11) serta lapan kerusi masing-masing oleh PRS dan SPDP.


Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri, menjangkakan parti pembangkang akan menggunakan taktik memburuk-burukkan pemimpin negeri dalam usaha meraih undi pada pilihan raya negeri itu.


Katanya BN negeri bersedia menghadapi situasi itu dan telah mempersiapkan jentera BN bagi menangkis segala dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan oleh pembangkang.


"Mereka (pembangkang) tidak boleh mengambil alih pentadbiran kerajaan kerana kerajaan Sarawak adalah antara kerajaan terbaik diuruskan," katanya.


Mengenai mesyuarat tertutup itu, Dr Chan berkata mereka yang menghadiri mesyuarat itu akan memainkan peranan penting dalam mengurus jentera pilihan raya negeri.


"Saya memberitahu mereka bahawa kita tidak mampu kalah pada pilihan raya negeri ini hanya kerana jentera kita tidak cukup baik dan tidak mampu menangkis apa jua yang dilemparkan oleh pembangkang," katanya.


-- BERNAMA

mukapetang: Betul tu Tan Sri, walaupun kita sudah lama bertahan, sekarang kita perlu menangkis segala tohmahan dan serangan pembangkang.  Kita masih mempunyai banyak sumber yang belum lagi digunakan.  Kita akan tunjukkan kepada mereka Sarawak untuk orang Sarawak!!! 

28 September 2010

DAP Hanya Berminat Gugat SUPP

SIBU, 28 Sept (Bernama) -- Masyarakat Cina harus mempertimbangkan secara serius sekiranya mereka masih mahukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk terus mewakili mereka pada pilihan raya negeri akan datang.

Menteri Alam Sekitar dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Sri Wong Soon Koh berkata ini kerana negeri itu mempunyai 26 kumpulan yang berlainan kaum tidak seperti di tiga negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor, Perak dan Pulau Pinang, hanya terdapat tiga kaum.

"DAP hanya berminat untuk melemahkan kedudukan SUPP di dalam kerajaan kerana ia adalah sebahagian daripada dasar reformasi parti itu.

"Sekiranya parti itu berjaya menguasai semua kerusi SUPP, ia tidak akan berjaya melaksanakan dasar reformasinya untuk mengambil alih kerajaan," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam anjuran Persatuan Penjaja Pasar Central Sibu sempena Festival Kuih Bulan di sini malam Isnin.

Wong yang juga Pengerusi SUPP cawangan Sibu berkata rakyat tidak mudah diperdayakan dan membuat keputusan yang salah pada pilihan raya negeri akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Wong meminta penjaja di kawasan itu agar bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan berunding dengan SMC sekiranya terdapat sebarang masalah.

27 September 2010

SUPP Mungkin Tiada Tempat Dalam Kerajaan Sarawak Jika Tidak Dapat Sokongan Kaum Cina

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti terbesar berasaskan kaum Cina di Sarawak, berkemungkinan besar tidak akan mempunyai wakilnya dalam Kabinet negeri itu sekiranya ia gagal mendapat sokongan padu daripada pengundi Cina pada pilihan raya negeri akan datang.

Parti tersebut sendiri amat bimbang tentang berlakunya senario itu jika semua calonnya kalah pada pilihan raya berkenaan, yang boleh diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang hingga Julai tahun depan.


Kawasan majoriti kaum Cina -- Pending, Batu Lintang, Padungan (Kuching), Bukit Assek dan Bawang Assan (Sibu), Piasau dan Senadin (Miri) dan Repok (Sarikei) -- adalah antara 19 kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP.


Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP kalah lapan kerusi, separuh daripadanya di kawasan majoriti pengundi Cina, walaupun beberapa pemimpin utamanya terselamat, termasuk presiden parti Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (Piasau), timbalan setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan bendahari agung David Teng Lung Chi (Repok).


Empat kawasan majoriti pengundi Cina yang gagal dipertahankan parti itu pada 2006 ialah Pending, Batu Lintang, Padungan (semuanya di Kuching) dan Bukit Assek (Sibu). SUPP juga tewas di empat kawasan yang mempunyai pengundi daripada pelbagai kaum -- Kota Sentosa (di Kuching), Meradong (Bintangor), Kidurong (Bintulu), dan di satu kawasan majoriti masyarakat Iban, Engkilili (Sri Aman).


Bagaimanapun, parti itu mencapai kemenangan di kawasan lain yang mempunyai majoriti pengundi Cina seperti Piasau (Miri) melalui Timbalan Ketua Menteri dan presiden parti Tan Sri Dr George Chan dan Bawang Assan yang ditandingi timbalan setiausaha agungnya Datuk Seri Wong Soon Koh. Kemenangan itu membolehkan SUPP terus mengekalkan dua jawatan menteri dalam Kabinet negeri, termasuk satu jawatan Timbalan Ketua Menteri.
  


Tetapi, bagaimana pula peluang SUPP pada pilihan raya negeri akan datang? Daripada keseluruhan 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berasaskan masyarakat bumiputera, mungkin diperuntukkan jumlah kerusi paling besar iaitu 35, diikuti SUPP sebanyak 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) lapan.

Satu perkara yang menarik ialah walaupun SUPP kalah di semua kerusi yang ditandinginya, namun parti komponen Barisan Nasional (BN) lain diyakini akan terus mendapat sokongan padu daripada pengundi untuk membolehkan parti pemerintah itu terus menubuhkan kerajaan negeri.


Berdasarkan hakikat ini, maka tidak hairanlah beberapa pemimpin SUPP begitu bersungguh-sungguh menyeru masyarakat Cina di Sarawak supaya "bijak membuat keputusan" agar kaum itu tidak kehilangan wakilnya dalam kerajaan negeri akibat tindakan anggotanya menolak SUPP.


Sehubungan itu, dalam rayuannya kepada masyarakat Cina supaya tidak mengorbankan "kekuatan politik" mereka, Wong, yang juga pengerusi SUPP Cawangan Sibu, secara terbuka berkata kaum Cina akan mengalami kerugian besar sekiranya mereka tidak memberi undi kepada SUPP.


Bagaimanapun, seorang penganalisis politik dari Universiti Monash di sini, Prof James Chin, membayangkan pengundi Cina mungkin tidak termakan rayuan Wong itu apabila beliau mempersoalkan tentang daya tarikan yang dimiliki para pemimpin SUPP sekarang, yang kebanyakannya sudah berusia lanjut.


Beliau mendakwa para pemimpin SUPP yang lebih muda mengharapkan perubahan serta pembaharuan dilaksanakan untuk membolehkan parti itu terus maju dan diterima oleh lebih ramai pengundi.


Bagaimanapun, penolakan SUPP oleh pengundi pada pilihan raya berkenaan mungkin membawa rahmat kepada parti itu kerana ia akan memaksa parti berkenaan melakukan perubahan dalam erti kata sebenarnya seperti yang telah dilakukan parti Kuomintang (KMT) di Taiwan sebelum ia muncul kembali sebagai sebuah parti yang kuat, kata Chin.


DAP pula menuduh SUPP menggunakan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina.


Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata walaupun SUPP berusaha memikat hati kaum Cina di negeri ini sejak 40 tahun lepas dengan mendakwa mereka perlu memberi mandat kepada parti itu untuk mewakili mereka dalam BN, namun pengundi Cina di kawasan bandar yang terpelajar dan memiliki kesedaran mendalam tentang politik, tidak termakan umpan itu.


Berdasarkan penilaian SUPP, parti itu boleh mencapai kemenangan di empat kawasan majoriti masyarakat Bidayuh yang disifatkannya sebagai kerusi selamat iaitu Opar, Bengoh, Simanggang dan Engkilili.


Baki 15 kerusi lagi diletakkannya dalam kategori "hitam" atau "kelabu", dengan kebanyakan kawasan yang mempunyai majoriti penduduk Cina diletakkan dalam dalam kategori "kawasan hitam", manakala kawasan pengundi bercampur pula digolongkan sebagai kawasan "kelabu".


Kawasan yang dikategorikan sebagai "hitam" ialah Pending, Padungan, Batu Lintang, Kota Sentosa, Meradong, Bukit Assek, Kidurong dan Repok, manakala tujuh "kawasan kelabu" yang dimaksudkannya ialah Batu Kawa, Bawang Assan, Pelawan, Dudong, Piasau, Senadin dan Pujut.


Sekiranya SUPP hanya menang di segelintir kawasan yang mempunyai pengundi daripada pelbagai kaum, maka parti yang turut mendakwa mewakili kaum Dayak itu, ditimpa nasib yang sungguh malang, kata ketua publisiti SUPP Cawangan Sibu, Daniel Ngieng.


Presiden LDP Datuk V.K Liew pula berkata parti kopmponen BN lain juga bimbang sekiranya SUPP kalah di semua kawasan majoriti Cina, ia menghantar suatu mesej yang amat jelas kepada masyarakat Cina di negeri lain.


Liew berkata beliau yakin bahawa kemenangan yang dicapai DAP di kebanyakan kawasan majoriti kaum Cina pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, memberi semangat kepada parti Pembangkang itu dalam usahanya untuk menafikan BN daripada memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.


Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow pula berkata parti-parti berasaskan kaum Cina dalam BN amat bimbang tentang kesan buruk yang akan mereka alami sekiranya SUPP mencatat prestasi buruk pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.


-- BERNAMA

mukapetang: Apa nak jadi ni? Sebelum ini beriya-iya nak tukar Ketua Menteri. Ada juga nak buat undi tak puas hati and keluar Barisan Nasional? Dah tahu kawasan yang dapat tu sedikit pun tak boleh nak jaga? Dulu bukan main lagi nak mintak sampai ke Batu Niah.  Nasib baik Pehin Sri tak bagi kalau tidak habislah NCR kat situ kena balun juga macam kes Sosilawati.  

Dengar khabar ada suami kepada Wanita PKR Sarawak ni berhubung kait dengan orang India yang membunuh Allahyarhamah Sosilawati. Maklumlah suami dia pun orang India. Bukan itu sahaja terlibat dalam urusan hartanah di Malaya.  Bayangkan kalau isteri dia menang di Sarawak, habislah tanah NCR Sarawak engkau kebas!! Kalau tak ikut cakap, ha mungkin kena macam Sosilawati kelak bukan?

15 September 2010

Sarawak Mahu SUPP berubah untuk Kekal

SUPP Perlu Berubah Untuk Terus Relevan
KUCHING, 8 Sept (Bernama) -- 
Dengan memilih untuk kekal dengan Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu berubah dengan membawa idea dan input baru agar ia terus relevan, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Rabu.


Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kemajuan Bandar Negeri berkata dasar yang sama digunakan oleh parti-parti komponen BN yang lain termasuk PBB.



PBB melihat terdapat 20 peratus perubahan dalam calon-calon parti pada setiap pilihan raya dengan mengenengahkan orang muda bersama dengan pemimpin yang pengalaman dan berkemampuan, bagi menerajui tulang belakang parti gabungan BN negeri, katanya.

"Dalam kes ini, saya berpendapat SUPP sedang melalui proses pelarasan dan pemimpin mereka perlu mengukur diri sendiri mengenai apa bentuk perubahan yang perlu dilakukan di dalam parti dan begitu juga dengan melihat kelemahan sendiri," katanya semasa menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 59 keluarga Islam di Rumah Hung Nam Siang T'ng di sini.

Begitu juga, katanya, PBB yang mempunyai sejarah panjang dengan SUPP sedang berusaha sedaya mungkin bagi menyesuaikan dengan perubahan persekitaran dengan meletakkan muka-muka baru terutama calon wanita dengan pengalaman yang betul dan kelayakan akademik bagi memudahkan mereka menangani masalah masa kini melalui penggunaan sains dan teknologi.

Sebenarnya, SUPP merupakan rakan PBB sejak 1970 apabila Sarawak menjadi kerajaan campuran sebelum penubuhan BN dan perkongsian itu perlu diteruskan.

Beliau berkata SUPP perlu memberikan ruang kepada generasi muda untuk menyatakan pendirian mereka bagi menggambarkan kekuatan sebuah parti pembangkang yang telah dapat menarik minat generasi muda.

SUPP hilang kawasan Sibu, yang pernah disifatkan sebagai kubu kuatnya kepada DAP semasa pilihan raya kecil Parlimen baru-baru ini selain hilang lapan daripada 19 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 2006 termasuk enam kepada DAP.

Walaupun ada khabar angin bahawa SUPP mahu meninggalkan BN selepas beberapa ulasan oleh anggota akar umbinya berhubung isu yang dihadapi oleh masyarakat Cina di Sarawak, Abang Johari berkata beliau mempunyai hubungan rapat dengan rakan SUPP dalam barisan kabinet negeri.

"Tidak timbul persoalan mengenai diskriminasi kaum selama 30 tahun saya dalam politik dan sehingga hari ini, saya melawat kawasan ini (Jalan Sekama), yang secara praktikalnya kawasan Cina dan mereka memberikan pertolongan kepada orang Melayu," katanya merujuk kepada majlis itu.

Pada Isnin, Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan menolak khabar-kahabar angin bahawa SUPP akan meninggalkan BN dengan menyatakan bahawa SUPP, yang merupakan rakan PBB sejak 1970an, sentiasa bersama BN sepanjang masa "kecuali sesuatu perkara berlaku."

Bagaimanapun, beberapa penyokong PBB menyatakan bahawa adalah tidak bijak dan suatu perkara yang tidak baik bagi SUPP untuk membayangkan bahawa ia mahu meninggalkan BN, kerana ia menandakan bahawa gabungan BN negeri merupakan penyebab masalah.

mukapetang: SUPP harus sedar PRU nanti tidak boleh lagi di anggap remeh seperti yang berlaku di PRK Sibu.  Mereka hendaklah bersedia dan bekerja dengan lebih gigih lagi dari DAP untuk mengekalkan kerusi masing-masing di peringkat ADUN! 

14 September 2010

Taib: Pertemuan Dengan Presiden SUPP Satu Pertukaran Pendapat

KUCHING, 11 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendedahkan bahawa beliau bertemu dengan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan pada Khamis dan telah "bertukar-tukar pendapat" dengannya.

Taib berkata pertemuan itu berlangsung dengan baik dan Dr Chan telah memberitahunya bahawa SUPP tidak akan keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN).

"Kami telah bertukar-tukar pendapat, yang butirannya tidak dapat saya dedahkannya. Saya telah memberikannya perspektif saya tentang bagaimana masyarakat Cina melihat masalah ini dan bagaimana kami boleh membawa mereka untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain," katanya kepada pemberita di sini.



Taib berkata beliau telah meminta Dr Chan untuk mencari kaedah-kaedah baru untuk mendekatkan kaum Cina dan menjelaskan kepada mereka akan idea-idea dan aspirasi kerajaan.

"Jika mereka tidak dapat memahami idea-idea ini, mereka tidak ikut serta dalam pembangunan dan akan ketinggalan di belakang," kata beliau.

Taib berkata beliau telah berjuang untuk membantu kaum Cina di negeri ini.

Sementara itu, Dr Chan berkata Taib banyak membantu dalam isu-isu yang menjejaskan masyarakat Cina, termasuk keperluan untuk membantu sekolah-sekolah Cina dan isu rebat premium tanah.

"Dengan sokongan kuat daripada Ketua Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami berharap pilihan raya negeri (akan datang) menjadi lebih mudah bagi SUPP," kata beliau.

Kedudukan SUPP dalam BN negeri menjadi spekulasi selepas beberapa anggota akar umbi menyatakan tiada lagi tujuan bagi parti itu untuk terus kekal dalam BN Sarawak jika isu-isu yang dihadapi kaum Cina terus tidak dapat diselesaikan. 
mukapetang: Sekiranya Presiden sedia menerima semula SUPP, maka pengikutnya pasti akan membantu SUPP yang dijangka mendapat saingan sengit untuk bertanding merebut 15 kerusi mereka yang sedia ada.  Spekulasi kini menyatakan terdapat 10 calon akan digugurkan daripada bertanding untuk memberi peluang kepada muka-muka yang baru.  Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan menjelang pilihanraya umum Sarawak kelak.

11 September 2010

Taib: Pertemuan Dengan Presiden SUPP Satu Pertukaran Pendapat

KUCHING, 11 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendedahkan bahawa beliau bertemu dengan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan pada Khamis dan telah "bertukar-tukar pendapat" dengannya.

Taib berkata pertemuan itu berlangsung dengan baik dan Dr Chan telah memberitahunya bahawa SUPP tidak akan keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN).

"Kami telah bertukar-tukar pendapat, yang butirannya tidak dapat saya dedahkannya. Saya telah memberikannya perspektif saya tentang bagaimana masyarakat Cina melihat masalah ini dan bagaimana kami boleh membawa mereka untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain," katanya kepada pemberita di sini.

Taib berkata beliau telah meminta Dr Chan untuk mencari kaedah-kaedah baru untuk mendekatkan kaum Cina dan menjelaskan kepada mereka akan idea-idea dan aspirasi kerajaan.

"Jika mereka tidak dapat memahami idea-idea ini, mereka tidak ikut serta dalam pembangunan dan akan ketinggalan di belakang," kata beliau.

Taib berkata beliau telah berjuang untuk membantu kaum Cina di negeri ini.

Sementara itu, Dr Chan berkata Taib banyak membantu dalam isu-isu yang menjejaskan masyarakat Cina, termasuk keperluan untuk membantu sekolah-sekolah Cina dan isu rebat premium tanah.

"Dengan sokongan kuat daripada Ketua Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami berharap pilihan raya negeri (akan datang) menjadi lebih mudah bagi SUPP," kata beliau.

Kedudukan SUPP dalam BN negeri menjadi spekulasi selepas beberapa anggota akar umbi menyatakan tiada lagi tujuan bagi parti itu untuk terus kekal dalam BN Sarawak jika isu-isu yang dihadapi kaum Cina terus tidak dapat diselesaikan.

-BERNAMA

07 September 2010

SUPP kemuka tiga tuntutan

Agihan ekonomi yang adil penting bagi memastikan masyarakat Cina terus memberi sumbangan dan bukan cari peluang di luar negara: Dr Chan

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mendedahkan terdapat tiga tuntutan yang dimahukan atau kehendak oleh masyarakat Cina di negeri ini, selaras dengan konsep 1Malaysia.

Beliau memberitahu masyarakat Cina tidak meminta banyak tetapi cukup tiga tuntutan mereka dipenuhi iaitu peluang perniagaan yang diberikan sama rata tanpa mengira kaum, sistem pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik.

Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu.

“Di bawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain di luar negara,” katanya.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah tindakan sedemikian bukan sahaja akan merugikan kerajaan malahan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan akan terus lesap.

“Kehendak masyarakat Cina supaya peluang perniagaan diberikan sama rata perlu dipertimbangkan kerana jika golongan itu mencari peluang di luar maka hasrat untuk mencapai status negara maju tidak akan tercapai,” katanya.

Dr Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian dalam majlis makan malam ulang tahun ke-85 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) di Hotel Imperial Miri, malam kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, masyarakat Cina di Sarawak kini semakin lantang dan berani menyuarakan tuntutan, masalah dan isu yang tidak menyenangkan hati mereka.

“Sekiranya mereka mempunyai masalah, kemukakan terus kepada kita supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan jangan hanya pandai mengangkat nama semata-mata demi kepentingan sendiri,” katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai intipati yang memberi keadilan sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

“Tiada hak keistimewaan yang diberikan dalam konsep 1Malaysia kerana ia adalah konsep yang adil dan saksama kepada semua kaum walaupun ada individu tertentu suka mengangkat nama untuk mendapatkan hak keistimewaan,” tambahnya.

Dr Chan memberitahu, ia bukan masanya lagi untuk golongan itu mengangkatkan nama demi untuk mendapatkan hak istimewa sebaliknya sekarang adalah masa untuk semua pihak diberi peluang sama rata.

Hadir sama ialah Presiden DCCI, Dato Sim Hock Guan, Presiden DCCI Malaysia, Tan Sri William Cheng Heng Jem, Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Aidan Wing.

source: borneo post

02 September 2010

SUPP dalam delima

 Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dijangka memberi penjelasan berhubung isu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-luar BN sekembalinya dari luar negara.
Menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri Dr Stephen Rundi Utom, Presiden SUPP itu kini berada di luar negara dan dijangka akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat ini.
“Setakat ini tidak ada kenyataan rasmi daripada dia (Dr Chan) sama ada benar atau tidak hasrat mereka untuk keluar BN. Kita tunggu penjelasan kerana dia sekarang berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.
BN Sarawak mempunyai empat parti komponen, selain SUPP, ia turut dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
SUPP pada pilihan raya ne-geri 2006, tewas lapan dari-pada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya – iaitu kekalahan yang paling besar pernah dialami parti itu.
Kerusi-kerusi tersebut dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah, SUPP turut me- nerima tanda awal apabila     menerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada Mei yang lalu, calonnya Robert Lau Hui Yew ditewaskan Wong Ho Leng daripada DAP.
Parti majoriti yang ahlinya Cina itu, kini dalam usaha memulihkan sokongan daripada para pengundi terutama kaum Cina.
Rundi yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi, kedudukan BN tidak akan goyah meskipun SUPP keluar daripada gabungan.
“Saya yakin BN tetap menjadi pilihan para pengundi kerana rekod kerja dan perkhidmatan terbukti mampu mengangkat kedudukan Sarawak,” katanya.
Mengenai persiapan parti-parti komponen BN bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu mereka telah bersedia.

sumber dari utusan sarawak 

 
Seperti yang kita tahu bahawa SUPP mempunyai masalah dalaman yang terus bergolak.Dengan kepimpinan Dtk Dr George Chan sendiri,hasilnya SUPP kalah di sibu.Untuk menutup kelemahan ini mereka menimbulkan isu nak keluar dari BN.Adakah dengan isu yang pramatang ini maka kaum cina akan terpedaya.Nampak gayanya pimpinan SUPP ketandusan idea untuk di ketengahkan.Mereka hendaklah keluar dari kepompong dan cuba dekati hati kaum cina dengan cara yang menyakinkan.



Adakah selama ini BN tidak membela nasib kaum cina di sarawak?Kedai milik siapa yang berderet-deret di waterfront.Cuba lihat di LHDN siapa yang banyak menubuhkan syarikat?Malahan BN cuba untuk bersama-sama SUPP menikmati kek yang besar.Cuba fikir jika SUPP tidak ada lagi dalam BN di sarawak.Siapa yang akan membela kaum cina kelak,nak harapkan parti DAPig,mereka hanya pandai menabur janji.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...