Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

08 Mac 2011

PRN Sarawak perlu blogger atau tidak?????

Setelah berakhirnya PRK di semenajung maka kini tumpuan kearah PRN Sarawak.Kemenangan berganda BN  menunjjukkan undi rakyat telah beralih.Undi yang memangkah Pakatan telah beralih arah.Semoga momentom ini akan di teruskan di PRN Sarawak.Kiasan demi kiasan yang di buat oleh KM Sarawak menghangatkan lagi spekulasi tarikh PRN.Walau apa-apa pun DUN akan berakhir pada Julai 2011 dan PRN perlu di adakan sebelum tarikh tersebut.




Harapan KI supaya jentera parti-part BN Sarawak akan mengunakan segala sumber untuk memastikan kemenangan calon.Bukan setakat gerak gempur di alam nyata tetapi gunakan juga strategi yang sama di alam maya.Ini kerena banyak tomahan yang di lontarkan oleh pembangkang di sini tidak dijawab oleh mereka yang berkenaan.Jika fitnah ini tidak di tandatangani dengan segera kemungkinan besar akan merebak dan sokongan rakyat terhadap BN menurun.

Jangan PRU 2008 akan berulang di Sarawak..

13 Februari 2011

30K – Satu tawaran yang mengiurkan


Membaca cerita mengatakan blogger Sarawak ditawarkan 30 ribu, satu kabar yang cukup mengiurkan bagi blogger jalanan seperti saya.

Tentu sekali ini bukan cerita yang dibuat-buat oleh pembangkang atau gossip liar dari blogger pengayau seperti sebelum ini. Sebaliknya dari blogger PBB sendiri,   yang mengkabarkan dari dalam tentang tawaran kepada blogger untuk mendedahkan suatu yang “panas”. Hanya Mukapetang, Sebanaku dan Penilai sebuyau yang lebih tahu…

Selain saya, ramai juga yang ingin tahu, kalau-kalau tawaran tersebut masih terbuka? dapat juga untuk membayar hutang yang sedang bertenggek keliling pinggang.

Yang paling menarik, Apakah berita panas yang ingin mereka dedahkan dengan tawaran yang begitu menggiurkan? Hanya mereka yang lebih tahu... mukapetang, penilai sebuyau dan sebanaku? Kita tunggu pendedahan selanjutnya dari mereka..


09 Februari 2011

Siapakah blogger dari PBB yang terlalu hebat....


Sebelum ini, terdapat pemimpin mengatakan ada ADUN yang sanggup berbohong dihadapan perdana menteri. Berita itu dianggap aneh bagai mereka yang biasa duduk di kerusi empuk, dan sekadar mendapat maklumat melalui tapisan-tapisan tertentu.

Tapi bagi rakyat bawahan seperti saya, kami 'tahu’ memang terdapat YB yang gemar berbohong dan penipu, cuma tidak tahu dimana nak melapor. Nak lapor pada penghulu? nak lapor pada tok mudin?

Itu cerita YB, belum lagi cerita di dunia maya antara blogger. memang wujud golongan yang berasa terlalu hebat untuk menuduh sesama sendiri, kerana menganggap orang lain semua tolol.

Oleh kerana mereka adalah orang PBB, maka mereka bebas membuat tuduhan, sama juga dalam hal menafikan keceluparan itu tadi. selepas ini, beramai-ramai akan membantu menafikan, (menafikan adalah budaya biasa, yang konon-kononnya membukti mereka cukup profesional).

Tuduhan kepada saya cukup menarik dan mengiurkan, mengatakan saya telah delete blog dan menukar password mereka. Anehnya mereka yang menuduh itu, mengaku sebagai pakar IT dan lebih hebat dari google. kononnya mampu restore mana-mana blog yang telah di remove oleh google dan recover password yang telah ditukar orang lain.

Inilah pertama kali dengar ‘pengakuan’ yang super hebat, ditambah lagi tuduhan yang cacamarba. Ohhh.. hebat!

Elok juga kalau blogger dari PBB memberitahu, blog manakah yang telah saya musnahkan? Mungkin orang kampung nak tahu.

Benar, saya memang sangat penakut orangnya. Apakah mereka cukup berani untuk mendedahkan hal ini?


Ini part 1, dan part 2 akan menyusul…

03 Februari 2011

GONG XI FA CHAI | Selamat Tahun Baru Cina 2011

MELANAU BLOGGER™ Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat keluarga yang dikasihi, saudara-mara serta rakan-rakan.


新年快乐

过年好

恭喜发财

兔年吉祥

Happy New Year, I wish You Great Prosperity.

Good Luck in the Year of the Rabbit!

17 Disember 2010

Blogger dibayar RM30.000, Anda berminat?


Saya tak fikir PBB terlalu bodoh sehingga berbelanja berjuta-juta ringgit, Kalau sekadar untuk berperang dengan maklumat anonymous dari Sarawak Report atau  Radio Free Sarawak (RFS). Itulah dakwaan blogger  PKR Sarawak yang hauskan perhatian, kononnya PBB ketakutan dengan RFS dan Sarawak Report, hingga sanggup mengupah ribuan ringgit untuk blogger menjawab isu yang telah ditimbulkan. Alangkah dangkalnya tafsiran itu.

Jika PBB mengupah blogger untuk menulis blog, tentunya bukan untuk membuang masa dengan Sarawak Report dan RFS. Ada banyak isu lain yang boleh ditulis dan perlu diberi perhatian...

Jika PKR benar-benar memiliki bukti yang kukuh, silakan buat laporan sendiri dan press conference. Baru Bian pasti faham proses siasatan dan pengadilan, bukan sekadar mengutip maklumat yang anonymous. Baru Bian juga perlu rasional, jika isu melibatkan undang-undang bukanlah untuk dibahaskan oleh para blogger demi menentukan siapa benar, siapa salah.

Siapakah yang cukup waktu untuk dibuang begitu saja, jika sekadar berbahas dan berperang dengan blog anonymous seperti Sarawak Report. Apakah keputusan undang-undang perlu ditentukan oleh blogger? Namun itulah permintaan tolol yang dicabar oleh blogger PKR Sarawak.

Penyokong PKR mengatakan mahkamah dikawal oleh Taib Mahmud. Ironisnya Baru Bian telah menang beberapa kes tuntutan terhadap kerajaan negeri. Jika benar mahkamah dikawal oleh Taib Mahmud, ertinya kemenangan kes tuntutan NCR bukanlah sebab Baru Bian, tapi Taib Mahmud sengaja memberi tanah-tanah tersebut kepada plaintiff. Anda pasti tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi anda boleh fikirkan sendiri.

Saya kutip maklumat dibawah, sebagai contoh. Apakah kita boleh percaya sumber seperti ini? Perlukah laporan dan siasatan dibuat jika maklumat anonymous dibawah berupa tuduhan atau unsur jenayah?

Jika benar, saya dan rakan-rakan pasti berbaris di hadapan pejabat PBB...
Bloggers Wanted
Posted by Cyber Trooper on December 16, 2010 at 17:28:32:
As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.
We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.
Qualified Candidates will be notified within 7 days.
Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.
Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.
We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.
It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof
        sumber: malaysiantalk.com

Baca kisah berkaitan  KLIK DISINI


Apakah blogger PBB akan melancarkan serangan dengan teknik 'copy-paste' untuk mengatasi isu diatas?

26 Oktober 2010

Tahniah House PK.

Blog House PK muncul blog pro kerajaan dengan kedudukan terbaik dan paling berpengaruh setakat tarikh 25 Oktober 2010.

Blog House PK berada pada kedudukan ketiga pada tarikh 29 Ogos 2010 (Senarai yang dikeluarkan oleh portal Perak Today pada tarikh berkenaan).

Ketika itu, tempat pertama dipegang oleh MyKMU dan kedua pula oleh Agenda Daily.

Namun, ranking terkini yang dikumpul mybloghub.my memperlihatkan ketiga-tiga pihak itu (House Pk, Agenda Daily dan MYKMU) mendapat paling banyak tempat di hati pembaca (untuk blog-blog yang dilihat sebagai pro kerajaan).
Gerakan Anti PKR pula melakukan lonjakan yang agak besar untuk berada di tempat ketiga pada tarikh 25 Oktober.

Ranking terkini di Malaysia mengikut Alexa:

HOUSE PK @ PARPU KARI: 468
AGENDA DAILY: 510
GERAKAN ANTI PKR: 541
MYKMU: 591
PISAU.NET: 742
THE UNSPINNERS: 828
RBF: 836
ROCKY’S BRU: 845
DR NOVANDRI: 889
AIDC: 1,093
PAPA GOMO: 1,144
MEDIA PERMATANG PAUH: 1,257
THE FLYING KICKS: 1,512
MCTHEORY: 1,619
TAIPINGMALI: 1,811
MALAYSIA-INSTINCT.COM: 1,958
UMNO ONLINE: 2,179
PERAK TODAY.COM: 2, 196
ANWAR PEMBOHONG: 2,298
OUTSIDE THE BOX: 3,351

sumber  malaysia intinct

Tahniah House PK.Teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...