Nuff Head

26 November 2010

'UMNO Sarawak' akan bertanding calon Bebas?

Ditengah keghairahan calon-calon meninjau ruang dan peluang menjelang pilihan raya Sarawak. Mungkin ada yang terlupa sekejap tentang UMNO Sarawak dan Affendi Jeman. 


UMNO Sarawak yang muncul sejak awal tahun 2000, dengan agenda untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat bumiputra di Sarawak. Dengan harapan meraih simpati pengundi melayu di bandar, yang kononnya ditindas oleh kaum melanau dan cina.

Hajat sebenar UMNO Sarawak adalah untuk melumpuhkan PBB, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Sarawak.

Usaha Affendi Jeman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) tidak terhenti disitu, meskipun tidak mendapat restu pemimpin pusat. Affendi Jeman yang mengatakan keahlian UMNO Sarawak mencecah 100.000 orang di seluruh negeri. Pernah bercadang mahu meletakkan calon di 56 Kawasan DUN Sarawak.

100,000 ahli di negeri seperti Sarawak amatlah luar biasa, tentu Parti lain turut rasa tercabar.

Berdasarkan rekod, Affendi Jeman pernah cuba menubuhkan Parti Agenda Rakyat Bumiputra Sarawak (ARBS). Namun pendaftaran parti tersebut belum diluluskan ROS. Apakah ini memaksa UMNO Sarawak bertanding sebagai calon bebas?

Jika tanpa parti yang berdaftar, pastinya UMNO Sarawak akan menentang PBB sebagai calon Bebas , atau setidaknya jadi jentera pilihanraya untuk Pakatan Rakyat?


Berdasarkan pengakuan ahli UMNO Sarawak, “mereka pernah menghadiri persidangan UMNO di Kuala Lumpur, dan pernah membantu UMNO berkempen sewaktu pilihan raya kecil di semenanjung”.

Ada juga yang tertanya, apakah ini satu gerakan ‘pemecahan’ secara senyap?


p/s : Mungkin orang PBB lebih tahu?  ceritalah bang...

2 ulasan:

  1. Sudah adakah UMNO di Sarawak? Kalau saya mahu
    jadi ahli UMNO Sarawak, dengan siapa patut saya
    hubungi untuk mendapatkan borang? Saya saorang melanau dan tahun lepas di perhimpunan umno di kuala lumpur dato najib kata orang kadazan, badjau, melanau...adalah dari rumpun melayu maka bolehlah umno di tubuhkan di Sarawak bukan hanya
    untuk melayu Sarawak sahaja tetapi untuk semua peribumi rumpun melayu. Saya sangat ingin untuk jadi ahli UMNO di Sarawak. Syabas kepada pengasas UMNO Sarawak semoga berjaya dengan cemerlang.

    BalasPadam
  2. JANGAN JADI BODOH WAHAI RAKYAT SARAWAK. JANGAN JADI SEPERTI SABAH. KITA SUDAH ADA PARTI BUMIPUTERA YANG CUKUP UTUH DISINI. BIARKAN UMNO DI SEMENANJUNG DAN DI SABAH. BIAR KITA YANG JADI TUAN DI NEGERI KITA SENDIRI. JANGAN BIARKAN ORANG LUAR MASUK CAMPUR. RUMPUN MELAYU ITU CUMA PENYEDAP HATI. NEGERI KITA TERDIRI DARIPADA PELBAGAI JENIS BANGSA. KITA ADA BAHASA, BUDAYA DAN CARA HIDUP KITA SENDIRI. INGAT! JANGAN JADI SEPERTI SABAH YANG DIKAWAL UMNO DARI SEMENANJUNG. BENDA SEPERTI INI YANG BAKAL MENGANCAM PERPADUAN KITA SELAMA HAMPIR 60 TAHUN INI. BELAJAR DARI SEJARAH DAN PERADABAN NEGARA KITA. SARAWAK NEGERI KITA, BIAR KITA SENDIRI SEBAGAI RAKYAT SARAWAK YANG MENCORAKKAN MASA DEPAN NEGERI SARAWAK!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...