Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Politik Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Sarawak. Papar semua catatan

23 Februari 2011

GEMPAR !!!: Siapa disebalik 'sarawak report' telah terbongkar

Akhirnya, persoalan siapakah disebalik laman Sarawakreport.com dan Radio Free Sarawak (RFS) terjawab juga. 

Meskipun sekian lama bersembunyi sambil menggelarkan diri sebagai orang yang paling berani kerana mendedahkan kekayaan Taib Mahmud.

Bagi orang Sarawak, nama Peter John cukup sinonim dengan sebuah stesen radio tempatan. Dengan terdedahnya wajah-wajah ini, apakah akan berlaku selanjutnya? 

Peter John sering berkata dalam RFS, "tangkaplah..!"

photo credit to LES
Baca laporan selanjutnya KLIK DISINI

21 Februari 2011

Inilah ‘orang kuat’ Sarawak!!!

Meskipun pernah ‘tercampak’ dari arena politik dengan jumlah undi yang memalukan. kali ini sebagai pemimpin MOCS (Movement of Change Sarawak) Francis Siah mampu menganggap beliau adalah “orang kuat” di Sarawak yang memiliki pengikut serta jumlah penyokong yang luar biasa?

Dengan mendesak ketua menteri meletak jawatan, setidak-tidaknya Francis Siah telah berjaya menarik  audien dalam politik Sarawak, walaupun masih dalam lingkungan 'syok sendiri'...

Francis Siah
Hakikatnya, amaran Francis Siah telah menyinggung perasaan seluruh penyokong Taib Mahmud!

Francis Siah berkata,
… Let me repeat my message to Taib: “If you remain stubborn and refuse to listen, MoCS will resort to other courses of action”. We have options.
Lantaran desakan serta amaran oleh Francis Siah, Akhirnya terdengar juga reaksi dari penyokong Taib Mahmud di peringkat bawahan. Antaranya, “kami penyokong Taib akan sahut cabaran Francis Siah dengan apa saja caranya…”.

Apakah itu memaksudkan perang saudara boleh terjadi antara penyokong Francis Siah dan penyokong Taib Mahmud?


Apapun terjadi, semua itu akan membuktikan benar atau tidak seperti yang didakwa berbagai pihak,  kononnya rakyat Sarawak tidak pernah menyokong ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud..

Biarlah waktu akan berbicara…

20 Februari 2011

WAJIB BACA: Sah! BN Sarawak pilih kasih?

Violet Yong - Tabung Pilihan raya

Terserah pada rakyat Sarawak, untuk percaya atau tidak? Saya tidak ghairah untuk menafikan kenyataan Violet Yong ADUN N.10 Pending (DAP) yang mendakwa Kerajaan negeri pilih kasih serta tidak mahu mengambil kaum Iban dan Cina bekerja di Sarawak.

Dalam video ini (KLIK DISINI)Violet Yong mendakwa, orang cina dan iban terpaksa berhijrah ke Johor mencari perkerjaan kerana kerajaan BN Sarawak tidak menerima mereka bekerja di negeri sendiri.

Bagi yang menilai dan meneliti dengan sewajarnya, dakwaan Violet Yong tidak lebih dari meludah ke muka sendiri. Violet Yong mungkin lupa, atau di serang ‘sindrom hujung lidah’ sehingga terlalu berani membuat tuduhan seperti itu.

Apakah Violet Yong tidak sedar siapa yang mensyaratkan kemahiran bahasa mandarin untuk mendapatkan suatu pekerjaan di Sarawak? Apakah itu kerajaan pimpinan Taib Mahmud atau syarikat peribadi Taib Mahmud, atau sebaliknya?

Rujuklah sendiri akbar-akbar utama di Sarawak. Siapa yang membuat iklan tawaran pekerjaan dengan syarat yang pilih kasih? Perkara ini mungkin agak jarang di semenanjung, tapi bebas dan berleluasa di negeri Sarawak. Ramai masyarakat bumiputra Sarawak yang mengeluh kerana syarat tersebut?


Agaknya Violet Yong terlalu ghairah dengan provokasi politik perkauman ala Pakatan Rakyat di Semenanjung. Mahu atau tidak, Violet Yong perlu mencontohi kesederhanaan Chong Chieng Jen yang lebih memahami sentiment politik Sarawak. Bukan meniru bulat-bulat cara berpolitik para ‘Khalifah Khawarij’ serta ‘Lebai-lebai kangkung’ dalam Pakatan Rakyat Semenanjung.

19 Februari 2011

MESTI BACA: Komentar menarik dari pembaca untuk PR Sarawak

sekadar gambar hiasan

Untuk bacaan bersama, saya posting komentar menarik dari 'Wanredone' berkaitan video 'Rayuan Pakatan Rakyat' untuk orang Sarawak"

JANJI-JANJI MANISmu - penyanyi Aisah (Part 1)

Mana janji-jani dari SNAP, tak nampak pun?
……………………………………………………………………………………….
WHL: state land would not be alienated to individual!

wanredone: hampir 80% tanah Sarawak sekarang dimiliki kaum cina dan kompeni milik kaum cina.
kalau pakatan memerintah, tanah tidak lagi diberi kepada org perseorgan, tetapi diberi mengikut kaedah "sistem tender" kepada syarikat atau individu. Syarikat kaum mana yang kaya raya yang boleh participate dalam tender tanah ini nanti? Syarikat kaum Iban? Syarikat kaum Melayu/Melanau? Syarikat kaum Bidayuh? Syarikat kaum Orang ulu?. Mampukah syarikat-syarikat bumiputera atau individu bumiputera bersaing dengan mana-mana Syarikat kaum Cina untuk dalam membida tanah yang akan ditawarkan oleh kerajaan pakatan? Mungkin juga boleh…. Tapi 1 dalam 1000! Jawapannya ada pada anda!
…………………………………………………………………………………………
Chiew (DAP): lesen balak diberi kepada beberapa kerat individu sahaja...!

wanredone: walaupun Pehin Taib ada memberi lesen balak kepada beberapa individu sahaja, tapi semua lesen ini dipegang oleh kaum cina! apa nak bising sangat? kami bumiputera putih mata aje, tak bising pun! Nanti kalau memerintah negeri sarawak, mahu kah pakatan bagi lesen balak kepada bumiputera?

Chiew (DA): royalti minyak dinaikkan dari 5% kepada 20%?

wanredone : lagi banyak duit royalti minyak dan gas, lagi untung kaum cina! Korang fikir duit ini akan masuk poket bumiputera ke? Sikit mungin ada, yakni gaji dari tauke cina yang buat projek mega dari hasil royalty minyak dan gas ini! Orang Cina yang buat bisnes …. Dan bisnes terjana dari hasil kekayaan negeri, seperti minyak dan gas atau kayu balak atau estet kelapa sawit! Royalti minyak 5% ke 80% ke, tidak akan menguntungkan kaum bumiputera. Sekadar tumpang sekaki, kemewahan yang ada! Seperti kita bangga dengan Boulevard, The Spring dan sebagainya! Kita tumpang melepak sahaja!

Nicholas Mujah (SADIA): memberhentikan program pembinaan empangan untuk tujuan penjanaan hidro eletrik dan penempatan semula orang-orang asli dari kawasan mereka.

wanredone: Empangan seperti Bakun yang telah siap dibina diroboh semula, air yang telah ditengkung, dipam keluar. Kenyah, Kayan dan Penan, yang di pindah ke Sg Asap dipindah semula ketempat asal, untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Untuk dapat bekalan eletrik dengan mudah dan murah, undilah pakatan!

Part : 2

Violet Wong : Mewujudkan Sarawak yang adil..... supaya kaum Iban dan Cina tidak didiskrimnasi dalam bidang pekerjaan atau perkhidmatan awam negeri…

wanredone : Violet kata, kerajaan Sarawak mengdiskriminasi kaum Iban dan Cina dalam memberi pekerjaan kepada rakyat Sarawak? Ertinya - tiada keadilan di negeri sarawak sekarang? Betul juga, yang kaya hanya kaum Cina!

Memang betul kata Violet, agak payah kita nak jumpa pekerja bangsa Iban atau Cina di mana-mana construction sites atau pejabat-pejabat Kerajaan sekarang. Semuanya terdiri kaum Melayu dan Melanau?
Entah dimana budak Iban dan budak Cina ini bawa diri.? Rupa-rupanya kat Johor, hampir 40,000 orang mereka disana berkerja dengan gaji yang lumayan dari terdapat di Sarawak!

Menurut Violet gaji di Sarawak rendah kerana taukenya lokek dan kedekut nak bagi gaji besar kepada pekerja! Siapa tauke yang ada projek besar di Sarawak? Melayu ke? Melanau ke? Kalau mereka ini jadi tauke, patut juga, kerana mereka bukan tauke yang kaya raya. Tauke yang kaya raya dan yang ada projek-projek besar dan kilang-kilang besar di Sarawak adalah tauke Cina! Begitu juga kalau nak kata kerajaan Sarawak tak bagi gaji besar kat pekerja, apa kelebihannya kerajaan Johor yang dibawah pemerintahan BN, serupa juga bab gaji pekerjanya! Kalau kata Johor banyak kilang, itu betul, oleh itu mereka memerlukan banyak pekerja dari luar sebab orang Johor sendiri tak suka kerja kilang!

Nak sentuh sikit pasal kekayaan milik Cina, wanredone berpegang kepada filsafah, itu sudah rezeki mereka! Tapi kita mesti ingat Cina kaya bukan kerana dilahir kaya, mereka kaya kerana “ada orang yang sanggup atau setuju buat kerja untuk mereka” Siapa orang itu? Kebanyakannya dari kaum Bumiputera! Cina ada wang untuk buka bisnes (apa-apa bisnes) dan bisnes ini mesti ada pekerjanya dan hasilan dari bisnes yang mereka ceburi mesti ada pembeli atau penggunanya. Kebanyak bisnes Cina dikendalikan oleh bumiputera dan pengguna atau pembelinya pula kebanyakan bumiputera. Contoh: Pekan Beluru di Bakong, berapa kerat sahaja orang Cina di Bakong? Kedai yang menjual keperluan harian semuanya milik Cina dan pembeli atau penggunanya pula dikalangan bumiputera. Kalau bumiputera tak melanggan kedai cina di Bakong itu, boleh kah Ah Seng atau Ah Wong jadi kaya, sehingga dapat beli bangunanan kedai 4 tingkat di Miri dan Kuching! Mereka bukannya pintar sangat buat bisnes, tapi oleh kerana sokongan pengguna yang majoritynya bumiputera, mereka boleh maju! cina yang punya bisnes tidak beri gaji tinggi. kalau gaji gomen mana-mana pun sama! Nak batu api kaum Iban nampaknya, Violet ini!

Part: 3
Chong Chieng Jin (DAP): memerangi penularan inflasi dan kenaikan harga barang

wanredone : siapa naik harga barang... mana ada bumiputera dagang runcit kat mana-mana town di sarawak. kalau ada pun satu dua aje! siapa naik harga kopi O? naik gula ada kena mengena dengan pasaran global. gula naik 10 sen sekilo, kopi O naik 20 sen secawan, macam aje nak guna sekilo gula untuk secawan kopi! harga minyak (RON 95) naik, gomen kata ikut harga pasaran dunia - minyak ini untuk kereta org kaya sahaja, oleh kerana orang kaya yang banyak ialah cina, mereka proteslah! Harga minyak RON97, masih kekal rendah walaupun dinaik 10 sen, kerana subsidi minyak ini di kurangkan. kuranglah sikit beban kerajaan! Pakatan kata naik harga barang dan minyak menyusahkan rakyat miskin? betul ke? Tak nampak orang miskin drive proton saga atau jenama jepon!

Baru Bian (PKR) : mengembalikan tanah, kayu kayan dan sungai-sungai kepada orang yang berhak....

wanredone : Yang ini wanredone suka, kalau dapat perintah ambil semua tanah milik kaum cina bagi balik kepada semua bumiputera! Apa kata DAP nanti setujukah? Pasal serah balik sungai kepada mereka yang berhak, wanredone fikir logik juga cadangan ini! Pemilik sungai ini nanti tentu ada hak mutlak (rights) ka atas sungai yang dimiliki.


Misalnya Batang Rajang, sungai yang terpanjang di Malaysia, jika dikembalikan kepada orang Melanau dari Kampung Rajang (sebab asal-usul sungai ini dinama atas kawasan mereka). Sebagai pemilik Batang Rajang, Melanau Rajang nanti akan dapat buat peraturan yakni, mana-mana tributary (anak sungai) yang link dengan Batang Rajang ini, diwajib membayar sewa kerana air sungai milik mereka mengalir dan menghanyutkan sampah sarap kedalam Batang Rajang. Jika tidak membayar sewa sungai, muara sungai mereka akan diblok. Begitu juga halnya semua express boat milik Cina yang menggunakan Batang Rajang, untuk tujuan bisnes mesti membayar sewanya. Sewa hendaklah dibayaw kepada komuniti Melanau di Kampung Rajang.
Syabas Baru Bian, kalau dah jadi Ketua Menteri nanti, inilah agenda utama penduduk Kampung Rajang minta untuk dilaksanakan!

Part: 4

Nicholas Bawin: mengutama dan mempercepatkan pembangunan kawasan luar bandar dengan jalan raya, bekalan air dan eletrik

wanredone : bina jalan raya keseluruh kawasan di sarawak! walaupun kawasan tidak berpenghuni? Tahu kah Bawin, berapa panjang sudah kerajaan bina jalan raya di sarawak? Sarawak itu sendiri besar dari setanah Malaya, walaupun begitu, mampu juga kerajaan buat jalan raya merata-rata seluruh pelusuk negeri, walaupun tidak dengan secepat mana yang dikehendaki oleh rakyat! Begitu juga bekalan air bersih (paip) kerumah-rumah di pendalaman, wanredone percaya kerajaan Pakatan pun akan berfikir dua kali nak buat loji air bersih kat Lio Matu atau Bario! Sebabnya, bukan tak mahu buat, tapi agak imposible nak buat dengan kos yang amat tinggi untuk beberapa orang penduduk sahaja!

Haji Adam (PAS): membaiki kualiti pendidikan dan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar
wanredone: benarkah penduduk luar bandar ketinggalan dari segi arus pendidikan? Pakatan kata Haji Adam (PAS) akan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPT? Apa kah tidak kerajaan sekarang beri biasiswa kepada pelajar miskin? Atau pelajar miskin ini tak lulus pun peperiksaan dan mahu juga minta biasiswa?

Kata Haji Adam (PAS) klinik memang banyak, tapi tak besar, selalu kekurang ubat. Ubat apa yang kurang? Sudah kah periksa doktar, sakit apa? Jangan nanti sakit kepala tampal kuyok, sakit gigi tampal kuyok dan sakit mata juga tampal kuyok!

Memang bagus kalau ada doktor ditempat diluar bandar, nak buat macamna? Doktor untuk orang bandar pun kurang! nak suruh semua pelajar jadi doktor? Haji Adam, faham-fahamlah bab pembelajaran ini, tidak semua pelajar yang cemerlang atau terbilang boleh jadi doktor, untuk meramaikan jumlah doktor di luar bandar. Ingat budak yang dah jadi doktor, nak buat kerja kat pendalaman?

Baru Bian : menuntut hak otonomi negeri sarawak
Perjanjian 18 Perkara Sarawak - Malaya!

wanredone : Alang-alang tuntut otonomi. Apa tidak tuntut kemerdekaan penuh? Tuntut otonomi nanti, Anwar Al Liwati Bin Ibrahim juga akan jadi PM Malaysia sekiranya pakatan menang dan terajui Putrajaya! Orang Malaya jua perintah! Fikir Anwar mahu beri royalti minyak 20% kepada Sarawak? Cakap aje… janji kocong! Buat masa ini pun dah orang Malaya "ngeripak" kerana nak masuk negeri terpaksa pakai pas khas. Orang DAP kata, sarawak is a country within a country! Kalau ada otonomi nanti baik dikenakan paspot internasional kepada rakyat Malaya of Malaysian origin masuk Sarawak!


p/s: Terima kasih untuk saudara Wanredone..

MESTI TONTON: Rayuan 'Pakatan Rakyat' untuk orang Sarawak




video credit to: link

18 Februari 2011

Kumpulan baju merah muncul di Sarawak

gambar hiasan
Kumpulan ini bukan import dari Thailand, mungkin sekadar ingin meniru apa yang terjadi di Thailand. dan kumpulan ini telah wujud di Sarawak sebelum krisis Mesir

Setakat ini, fungsi mereka tak lebih dari kumpulan sorak yang hadir setiap kali perbicaraan atau kes NCR diperdengarkan di mahkamah,walaupun bukan kes yang melibatkan kumpulan mereka.

Kumpulan 'baju merah' sungguh komited, sanggup datang jauh sampai ke Kuching demi untuk memberi sokongan moral kepada kes-kes yang melibatkan tanah NCR. Mereka juga muncul di mahkamah daerah lain, selagi isu berkaitan tanah NCR dan selagi team Baru Bian yang mengendali kes.

Dengan slogan “Demi mempertahankan hak nenek moyang kami”, terdiri dari orang tua-tua dan separuh tua, lelaki serta wanita. Mereka dibayar elaun harian, penginapan dan makan minum,

Entah siapa yang sponsor? bukan pembangkang pok....

pastinya bukan yang ini..
Kabarnya bukan PKR yang menyedia dana untuk kumpulan baju merah, Tapi oleh ‘gerakan pemecahan’ yang wujud dalam BN Sarawak? 

Siapakah tangan ‘ghaib’ dalam kerabat BN Sarawak yang sanggup menyediakan dana yang besar demi menjatuhkan ketua menteri dan BN?

Baru Bian mula ‘main belakang’


Tindakan Baru Bian mengatakan PKR akan bertanding di DUN Ngemah dianggap sebagai angkuh dan cuba ‘main belakang’ terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Baru Bian mendakwa sudah mengenalpasti calon PKR untuk DUN Ngemah.

Selaku ketua perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan SNAP serta parti komponen lain, sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Nampaknya Baru Bian seolah-olah sengaja menidakkan kemampuan SNAP yang lebih ‘dewasa’ tentang politik Sarawak.

Bahkan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, membayangkan suatu yang ‘kurang cocok’ dengan kenyataan Baru Bian. “Biarlah SNAP yang menyuarakan hasrat mereka bertanding di situ”, kata Wong Ho Leng.

Seorang penyokong SNAP berkata “Baru Bian semakin angkuh dan berlagak ketua, sehingga semuanya ditentukan PKR tanpa mengambilkira perjuangan sebenar Pakatan Rakyat dan sentiment rakyat Sarawak”.

Hubungan cinta antara SNAP dan PKR memang sudah lama bergeser, lantaran perselingkuhan antara SNAP dan parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim. Mungkin sebab itu, Baru Bian tidak duduk berbincang dengan SNAP terlebih dahulu. Hingga terpaksa ‘main belakang’ …


Jika inilah senarionya, PKR tidak sekadar berdepan dengan BN dalam pilihan raya negeri yang mendatang. Tapi terpaksa menentang SNAP, PCM dan PERSB?

Taib Mahmud adalah yang terkaya?


Timbul juga persoalan yang ironi, ditengah-tengah laporan media tentang individu terkaya di Malaysia. "Kenapa Taib Mahmud tidak tersenarai?" kata mereka yang memerhati.

Sedangkan portal Sarawak report telah mengumumkan data-data yang kononnya boleh dipercayai, telus serta diiktiraf. Entah siapa yang mengiktiraf pembohongan Sarawak report? Bahkan admin Sarawak report tidak pernah berani menampilkan diri, sepertimana admin Wikileaks yang hebat itu.

Untuk menghitung kekayaan Taib Mahmud bukanlah melalui gaji beliau sebagai ketua menteri Sarawak, sebaliknya melalui keseluruhan aset peninggalan keluarga Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai.

Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai adalah pembesar kerajaan Brunei dan pemimpin masyarakat melanau Mukah pada kurun ke 19. Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib adalah anak kepada Mahmud, dan Mahmud adalah anak kepada Pehin Orang Kaya Setia Raja Abang Manai.

Suasana mungkin berbeda, setelah Mukah menjadi sebahagian dari negeri Sarawak pada tahun 1871, namun keluarga Pehin Orang Kaya Setia Raja tetap kaya dan ternama.

Pekan Mukah juga pernah dianggap tempat terkaya dalam sejarah Sarawak, berdasarkan kekuatan ekonomi dan aktiviti perniagaan masyarakat melanau pada waktu itu. Malah kawasan Mukah pernah jadi titik perebutan kuasa antara Rajah Brooke dan Kerajaan Brunei, semuanya atas alasan cukai yang tinggi yang diperolehi dari aktiviti ekonomi masyarakat setempat.

Ini cuma serba sedikit bukti kekayaan keluarga Taib Mahmud, dan memang tidak ada sesiapa yang mampu membuktikan kemiskinan keluarga ini. Apakah Sarawak report mampu membuktikan keluarga Taib Mahmud adalah orang miskin?


Ramai orang melanau berjaya kerana akademik dan cita-cita untuk maju, bukan kerana Taib Mahmud… orang melanau sanggup jadi buruh di kem pembalakan, dan jadi tukang bangunan bersama orang Indonesia, tapi tidak pernah menyalahkan kaum lain.

Apakah melanau hari ini mampu menonjol seperti dulu, hanya dengan berteriak ditepi jalan menghirup arak murah, dan berlagak seperti orang hilang akal sambil menikmati pil hayal? Lebih hayal lagi bila terpekik dengan slogan ‘reformasi’, tapi meremahkan peluang yang sudah didepan mata.


p/s: artikel ini dibayar 5 juta, mungkin ada pakar gosip PBB nak buat cerita ..

16 Februari 2011

MOCS mampu jatuhkan BN Sarawak?

sekadar gambar hiasan
Francis Siah, yang memimpin MOCS (Movement of Change Sarawak) telah berulang kali menggesa agar ketua menteri Sarawak berundur. Menurut Francis Siah dalam satu kenyataan, mereka telah memberi jangka waktu yang cukup untuk Taib Mahmud meletak jawatan.

Persoalan penting, Apakah MOCS pimpinan Francis Siah benar-benar mewakili suara rakyat Sarawak, atau sekadar pendesak dari kelompok kecil? saya tidak pasti...

Apakah benar penyokong MOCS melebihi jumlah penyokong BN di Sarawak, seperti yang didakwa? ini juga saya tidak pasti...

Difahamkan MOCS mempunyai sekumpulan pengikut yang sanggup berdemonstrasi dimana saja dan bila-bila masa demi menjatuhkan kerajaan pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud. Peristiwa Mesir adalah inspirasi untuk gerakan ini melangkah lebih jauh.

Andaikata MOCS bukanlah mewakili suara majoriti, ertinya musibah besar akan terjadi di Sarawak jika mereka memulakan bantahan jalanan. Siapa saja mampu memulakan rusuhan atau demonstrasi jalanan, Apakah MOCS mampu menghentikannya?

Saya khuatir mereka tidak mampu menghentikannya, Francis Siah tidak mampu, Baru Bian tidak mampu, dan Anwar Ibrahim pun tidak mampu… ini saya pasti!


Bayangkan jika penyokong kerajaan melakukan tindakbalas yang sama terhadap MOCS, bukankah peperangan sedang bermula? Pada waktu ini, di Mesir tindakbalas penyokong kerajaan sedang terjadi, siapa yang mampu hentikan?

itulah yang menakutkan saya...

PELAGUS akan jadi drama penting dalam Pilihan raya Sarawak

Larry Sng - ADUN Pelagus
Meskipun Pilihan raya Sarawak yang sudah terlalu hampir, namun kerusi DUN Pelagus tetap mengundang tanda tanya. Siapakah bakal calon, Apakah Larry Sng dikekalkan, bagaimanakah kesudahannya atau perkara sebaliknya akan terjadi di DUN Pelagus?

Semua yang terlibat telah menjelaskan pendirian masing-masing, menjadikan DUN Pelagus memiliki drama tersendiri dalam pilihan raya kali ini.

Apakah rakyat di DUN Pelagus akan memilih ‘parti politik’ atau ‘orang politik’?, Semua pemimpin yang berkaitan telah bersuara, tapi suara rakyat Pelagus akan jelas kedengaran melalui peti undi menjelang pilihan raya nanti...

baca kutipan ini;

PRS rela Larry sertai kompenan BN lain namun tetap pertahankan Pelagus miliknya
KAPIT: Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) berharap agar Barisan Nasional (BN) Negeri menghormati pendirian PRS yang akan tetap mempertahan kerusi Pelagus untuk PRS.

Ketua Pergerakan Pemuda PRS Pelagus Kaunselor Ellison Silo berkata untuk kebaikan penduduk di Pelagus dan untuk menjaga sensitiviti PRS, BN Negeri harus menghormati pendirian PRS yang akan tetap mempertahankan kerusi Pelagus.

“Sekiranya Barisan Nasional (BN) masih memerlukan khidmat Larry Sng (Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus), parti komponen BN yang lain boleh mengambil beliau sebagai ahli mereka.

“Namun, pintu PRS sudah tertutup untuk beliau. Kami sudah bersama dengan beliau sebelum ini dan kami amat mengenali beliau. Kami sudah bertolak ansur dengan beliau sebelum ini dan kini kami sudah menutup pintu untuk beliau,” katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PRS Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo di Pejabat PRS, di sini semalam, bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri yang masih memerlukan khidmat Larry yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri kerana beliau disifatkan oleh Ketua Menteri sebagai ‘sangat berguna’.

Sementara itu, Ketua Penerangan PRS Negeri, Wilson Nyabong Ijang berharap agar pihak luar tidak salah faham mengenai komen Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengenai kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus itu, dalam kenyataannya baru-baru ini.

“Pehin Sri menyatakan bahawa beliau masih memerlukan khidmat Sng kerana beliau merupakan seseorang yang berdedikasi semasa berkhidmat. Namun, ini tidak bermaksud beliau menyatakan bahawa Sng akan tetap mempertahankan kerusi beliau di Pelagus.

“Dalam memberi penghormatan serta penghargaan kepada Sng di atas khidmat beliau selama ini, Pehin Sri mungkin mempunyai perancangan yang tersendiri kepada Sng di masa depan.

“Pelagus merupakan kerusi PRS dan pihak kami sudah mengadakan persediaan yang secukupnya untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang. Malah, dua minggu yang lepas kami baru sahaja menganjurkan Kursus Jentera Pilihan Raya untuk kawasan Baleh dan Pelagus,” katanya.

Tambanya lagi, pihak luar sepatutnya tidak membuat sebarang andaian berhubung kenyataan Ketua Menteri itu, dan seharusnya menghormati keputusan jawatankuasa pengurusan BN pusat yang menolak permohonan Sng untuk menjadi calon terus BN bagi pilihan raya yang akan datang.


“Saya menyokong pendirian Presiden Parti Demokratik Progresif Rakyat Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom yang menyerahkan kepada Majlis Tertinggi BN Negeri untuk menentukan hala tuju Sng bagi menganggotai mana-mana parti komponen BN pada pilihan raya negeri nanti.

“Tetapi, Pelagus adalah milik PRS dan hanya untuk PRS. PRS juga mempunyai calon yang berpotensi bagi menggantikan Sng,” tambahnya lagi.

credit to Borneo post

14 Februari 2011

LIVE DARI KOPITIAM: DUN Sarawak dibubarkan sabtu ini?


Berita ini sedang bergetar di warung kopi atau Kopitiam di Bandar raya Kuching hari ini.

Maklumat tidak rasmi yang berpunca entah dari mana, sedang berlegar dari mulut ke mulut mengatakan hari sabtu ini ketua menteri Sarawak akan membubarkan DUN, untuk membolehkan pilihan raya negeri dilancarkan.

Pada jumaat 18 Februari, dikabarkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan mengadap TYT Sarawak untuk mendapat perkenan pembubaran DUN Sarawak pada hari berikutnya.

Beberapa indikasi menjadi hujah yang paling logik untuk memungkinkan berita ini benar. Antaranya ialah DUN Sarawak akan dibubarkan “selepas perayaan Tahun Baru Cina dan sebelum Pesta Kaul Mukah” (kaul = perayaan tahunan masyarakat melanau)

Masyarakat Cina selalunya membuat andaian yang hampir tepat tentang pilihan raya Sarawak sebelum ini, berdasarkan beberapa kepercayaan kuno yang terdapat dalam masyarakat Melanau dan Cina.

Kita tunggu Jumaat ini, jika benar ketua menteri mengadap TYT pada hari tersebut. Maka sangat pasti DUN akan dibubarkan pada hari sabtu 19 Februari.

13 Februari 2011

TERKINI : Rusuhan akan terjadi di Sarawak?

baju merah - sekadar gambar hiasan
Berita ini baru saja saya terima dari sumber diperingkat akar umbi, satu ancaman keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Termasuk pihak yang gemar bergosip dan pakar tuduh menuduh.

Difahamkan sekumpulan penduduk dari Sebangan dan Sebuyau akan mengetuai bantahan besar-besaran terhadap kerajaan negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini. Protes tersebut akan menggesa kerajaan negeri mengembalikan semua tanah NCR kepada pemilik ( rakyat Sarawak).

Seorang individu yang dipercayai pengikut kumpulan tersebut mengatakan, mereka akan turut menuntut agar ketua menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Beberapa agen dari kumpulan berkenaan sedang bergerak di kawasan penduduk Iban untuk merekrut penduduk pendalaman agar turut serta dalam protes anti-kerajaan.

Samada benar atau tidak hal ini akan terjadi, masyarakat diperingkat bawahan menyedari terdapat gerombolan licik sedang bergerak aktif atas tujuan itu. Justeru semua pihak tidak seharusnya memandang remeh.

30K – Satu tawaran yang mengiurkan


Membaca cerita mengatakan blogger Sarawak ditawarkan 30 ribu, satu kabar yang cukup mengiurkan bagi blogger jalanan seperti saya.

Tentu sekali ini bukan cerita yang dibuat-buat oleh pembangkang atau gossip liar dari blogger pengayau seperti sebelum ini. Sebaliknya dari blogger PBB sendiri,   yang mengkabarkan dari dalam tentang tawaran kepada blogger untuk mendedahkan suatu yang “panas”. Hanya Mukapetang, Sebanaku dan Penilai sebuyau yang lebih tahu…

Selain saya, ramai juga yang ingin tahu, kalau-kalau tawaran tersebut masih terbuka? dapat juga untuk membayar hutang yang sedang bertenggek keliling pinggang.

Yang paling menarik, Apakah berita panas yang ingin mereka dedahkan dengan tawaran yang begitu menggiurkan? Hanya mereka yang lebih tahu... mukapetang, penilai sebuyau dan sebanaku? Kita tunggu pendedahan selanjutnya dari mereka..


12 Februari 2011

MESTI TONTON : Ada permintaan dari orang PBB?


(Ketua Ranting PBB Sampadi, Encik Jamain bin Mahmud)

video credit to link

Promosi untuk Malaysia Chronicle



Sejak 3 bulan terakhir ini ranking alexa "Malaysia Chronicle" menurun dengan mendadak, dan keyword 'mariam mokhtar' sekadar menghasilkan 164.000 carian di google search. Satu kadar yang agak rendah bagi nama yang terkenal di dunia maya. 

Seperti juga malaysiakini waktu belum terkenal, kritikan provokatif terhadap pemimpin adalah modal promosi untuk mengangkat suatu berita ke permukaan umum. Malaysia Chronicle mengambil langkah yang sama dengan harapan blogger akan memberi reaksi serta kritikan, dalam usaha meningkatkan kadar carian di internet agar lebih popular.

Baca artikel dibawah sebagai contoh;

Taking the plunge: The difference between Rais and Taib Mahmud

Written by Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud has no time for Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim, who advised Malaysians planning on marrying a foreign spouse, ‘to think a thousand times before taking the plunge’.

And take the plunge he did, for Taib did not just marry a foreigner from Syria, Ragad Waleed Alkurdi, he married someone who was 45 years his junior. Taib is 74 years-old while his bride turned 29 on the day they held a wedding reception for the elite of Malaysian society.

Last March, Rais said that studies conducted between 1995 and 1998 by “several sociologists in the country” had shown that seven out of ten mixed marriages ended in divorce.

He said, “The failure of marriage is caused by cultural differences, religion and how a person is raised. Most marriages are based more on ‘short-term love,’ and after a brief period, people will return to the culture and religion that they were born into.”

His daft comments started an internet firestorm on Facebook, Twitter, on blogs and various websites, as people condemned him.

Most were from those who were currently in a mixed marriage, or were the children of mixed-marriages. They had personal experience of such matters and were not part of the Culture minister’s dubious study.
Malaysia has a firm foundation of mixed marriages. A good percentage of our royal families have intermarried. Our Baba-Nyonya and Portuguese communities are the product of mixed marriages.

So why do ministers like Rais feel that the rakyat should be dissuaded from marrying foreigners, but it is quite acceptable for politicians and royalty to intermarry?

Rais seems determined to prove what we have known for a long time - that one rule exists for the common rakyat and another for royalty and the elite.


Most same race/religion marriages break down because couples drift apart, neglect each other, have a lack of empathy and understanding, experience infidelity and dishonesty, and suffer from a lack of commitment or understanding of what a marriage actually entails.

Mixed marriages go through the same trials and tribulations but face extra challenges which stem from a lack of community or family support. There is also the added complication from the failure of governments to acknowledge the foreign spouse.

Taib and Ragad’s goldfish bowl is of their own doing principally for the wrong reasons.
He is eager to promote the halal business empire of his family and also the SCORE corridor of Sarawak, to wealthy mid-east investors.

10 Februari 2011

ADUN BOHONG : Penjelasan Datuk Daud

gambar curi dari rumah sebelah...haha
Beberapa media tempatan sebelum ini menerbitkan berita berkaitan kenyataan Datuk Daud yang agak kontroversi, sampai ada yang mengatakan Datuk Daud menuduh ‘ADUN berbohong depan perdana menteri’.

Laporan media tersebut bukan sahaja mengejutkan kalangan ahli dan pemimpin politik, malah menyebabkan Datuk Daud terpingga-pingga. Mana tidaknya, dari warung kopi sampai dunia maya mulai bergosip tentang “Datuk Daud tuduh ADUN pembohong”.

Saya cuba dapatkan maklumat melalui sumber yang terdekat dengan Datuk Daud, untuk dapatkan cerita sebenar, Manalah tau..., tiba-tiba Datuk ditiup 'angin celupar'.

Betulkah Datuk Daud ada mengunakan ayat “terdapat ADUN berbohong” dihadapan media?

Petang kelmarin saya diberitahu, kenyataan sebenar bukanlah seperti yang dilaporkan media, sebaliknya Datuk Daud cuma mengatakan “terdapat ADUN yang terlalu yakin dengan pencapaian masing-masing”. Selaku Naib Presiden PBB beliau menegaskan tidak pernah menyebut perkataan “ADUN BERBOHONG” ketika menjawab pertanyaan media.

Bagi media, judul ‘ADUN berbohong’ cukup kuat untuk menarik perhatian pembaca.  Namun tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, ayat “ADUN Berbohong”  hanyalah sekadar tafsiran media, bukan jawapan sebenar yang diberi oleh Datuk Daud.


Media mungkin berminat untuk ‘mengusik’ Datuk Daud dengan tafsiran tersebut, memandang pilihan raya negeri yang semakin hampir. Cuma bagi seorang pemimpin politik, tafsiran seperti itu agak nakal, bahkan boleh mencetus gesekkan lain di kalangan orang politik.

Apapun, itulah dunia seorang pemimpin dan tanggungjawab pihak media untuk melapor suatu berita. Bak kata orang Indonesia “berita sensasi adalah berita baik”. Yang diminati masyarakat umum…haha


p/s: bagi orang seperti saya, jawapannya cuma satu. “betullah tu… memang pun ada ADUN pembohong”.

08 Februari 2011

Siapa ADUN Sarawak tidak mahu bertanding?


Sebelum ini pernah ada desas-desus mengatakan PBB akan menampilkan 10 muka baru dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pula dengan parti komponen lain seperti SPDP,PRS dan SUPP?

Difahamkan parti komponen lain akan mengambil langkah yang sama, dengan menampilkan muka baru yang lebih bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerana beberapa ADUN parti komponen BN Sarawak cuba mengambil langkah bijak dengan menawarkan diri agar diganti dengan muka baru.

Setakat ini, PBB dan SUPP adalah yang paling pasti untuk menampilkan muka baru. Desas-desus di lapangan sedang rancak membayangkan beberapa pemimpin kanan dalam PBB dan SUPP akan memberi laluan kepada muka baru.

Pertemuan PM Najib dengan ADUN BN Sarawak di Miri minggu lalu, turut membayangkan beberapa ADUN yang meminta untuk tidak bertanding. Bahkan yang mengejutkan Perdana Menteri, bila tidak ada muka-muka yang cuba melobi untuk dicalonkan, sepertimana kebiasaannya.

Siapakah pemimpin yang tidak mahu dicalon? senarai tidak rasmi sudah berlegar di lapangan, termasuk nama-nama yang dominan dalam politik Sarawak.

Risik-risiklah di kedai kopi sambil menikmati Kolok mee, anda akan tahu siapakah mereka?

Baca kutipan dibawah. (credit to Borneo Post)

Ada yang tidak bertanding
Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.



Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.

Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.

“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.

“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.

“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.

“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.

Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.

p/s: Yang pasti, tidak ada yang sanggup meletupkan diri disebabkan ulasan ini. ahhh.. ‘super sensitif’!!!

06 Februari 2011

Budak ‘syok sendiri’ cabar Datuk Fadillah

baru tumbuh jambul, sibuk nak melalak...
Bila rasa syok sendiri sudah sampai ke paras dada, memang sukar untuk melihat siapa diri. Mungkin ini yang terjadi pada Ahmad Nazib Johari, ketua AMK Sarawak yang tidak pernah dipilih serta tidak pernah diundi oleh sesiapa, sekadar dilantik secara ‘demo-kuku besi’ oleh Anwar Ibrahim. Sama juga macam Anwar Ibrahim, tidak ada sesiapa memilih Anwar jadi ketua umum PKR.

Entah dirasuk jembalang apa? Sampai Ahmad Nazib tak sedar diri, hingga mencabar Datuk Fadillah berdebat untuk menyelesaikan masalah rakyat. kononnya dengan berdebat, maka selesailah masalah rakyat.… bangang.. bangangggg

Bagi Datuk Fadillah, mendengar dan mendekati rakyat akar umbi adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Bahkan pemimpin inilah yang dianggap sangat mesra rakyat dikalangan pemimpin-pemimpin muda, yang sentiasa turun padang mengunjungi penduduk di kawasan P194 Petrajaya.

Datuk Fadillah (photo credit to Pemuda PBB Semariang)

Datuk Fadillah dipilih dan diundi oleh rakyat untuk jadi pemimpin mereka, sedangkan Ahmad Nazib sekadar mendapat jawatan belas kasihan dari Anwar keparat. Kasiannnn…

Untuk Ahmad Nazib nikmati buah tangan dari Pemuda PBB Semariang;
...tak payah nak ajak Ketua Pemuda Negeri..berjumpa kami di kampung dulu...baru tau..kamu tidak layak mencabar Ketua Pemuda Negeri...Kamu hanya layak berjumpa kami yang sedia berjumpa dan berbincang tentang perancangan kamu secara terperinci di sini..kami mahu tau perancangan kamu mengenai bagaimana ekonomi orang melayu di sini..kami mahu tau macam mana kamu menangani isu perparitan kami...dan KAMI MAHU TAU..MANA KAMU SELAMA INI? KAMI MAHU TAU KAMU YANG PENAKUT, DAN TIDAK MAHU MENAMPIL DIRI KAMU DI SINI DAN BERCITA2 UNTUK MENJADI PEMIMPIN KAMI....ITU CABARAN KAMI...JANGAN CUBA HANYA BERANI AJAK BERDEBAT..JAWAB KAMI DULU
         -dikutip dari Mukabuku Pemuda PBB Semariang 

Baca juga yang ini Ketua AMK Sarawak turut dijangkiti penyakit Anwar, gila debat!


p/s: Dalam PBB memang ada yang syok sendiri nak cabar orang berdebat, tapi bukan Fadillah....

Inikah yang menakutkan BN Sarawak?

Ceramah Anwar dan ahli PKR Sarawak di Petrajaya malam tadi berlangsung dalam suasana yang suram, dengan di hadiri penonton cuma sekitar 500 orang. Meskipun jangkaan awal mengatakan ribuan penyokong akan hadir untuk mendengar lawak jenaka dari Anwar Ibrahim.

Oleh kerna Petrajaya adalah kawasan penduduk majority Melayu, situasi malam tadi jelas menunjukkan penduduk melayu di Bandar raya kuching kurang berkenan dengan perjuangan Anwar dan PKR. Sebaliknya tetap mendukung perjuangan PBB dan Barisan Nasional.

Biarlah gambar ini berbicara, sejauh mana pengaruh Anwar di Sarawak?
nilailah sendiri...
lawak jenaka sempena maulidul rasul....


benarkah ini wajah-wajah penyokong PKR?
Inikah yang digambarkan PKR sebagai "BN Sarawak sedang ketakutan", Atau PKR sekadar gertak sambal?


 p/s: sambal petai memang sedap, dan baik untuk kesihatan...

05 Februari 2011

Anwar tunjuk Biadap di Sarawak

Kenyataan Anwar Ibrahim yang menyamakan Taib Mahmud dengan Hosni Mubarak adalah biadap dan kurang ajar. Siapakah Anwar liwat yang berhak untuk bercakap bagi rakyat Sarawak? Apatah lagi untuk menggesa Taib Mahmud meletak jawatan.

Ketika bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina PKR di Kuching hari ini, Anwar telah bertindak biadap dengan menggesa Taib Mahmud berundur dihadapan beberapa kerat penyokong yang sedang syok sendiri.


Pernahkah rakyat Sarawak atau rakyat Malaysia memilih Anwar jadi ketua umum PKR, melainkan dilantik secara diktator oleh Anwar sendiri dan keluarga. Pernahkah ada sesiapa mengundi Anwar secara demokrasi untuk jadi ketua umum PKR? itukah yang dikatakan keadilan dan demokrasi???? Sedangkan nak jadi ketua pembangkang pun terpaksa minta simpati DAP.

Ini berbeda dengan Taib Mahmud yang dipilih dan diundi secara demokrasi oleh rakyat Sarawak, untuk mempersoal kedudukan Taib Mahmud sebagai ketua menteri atau pemimpin adalah satu penghinaan kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk memerintah.

Dari sibuk berbohong dan mempersoal rumahtangga negeri lain, lebih baik Anwar selesaikan dulu kes liwat yang terus menjadi kes tunda. Atau ingin menambah berapa ramai lagi mangsa nafsu serakah yang tidak berhujung?

Dalam ucapan di Kuching hari ini, 'Anwar pembohong' berjanji akan menurunkan semua harga barang keperluan dan minyak jika PKR memerintah Sarawak. Macamlah orang Sarawak tak pandai berbohong...

Bagi penyokong Anwar yang sentiasa syok sendiri, bila PKR memerintah Sarawak, harga beras, gula serta keperluan lain akan sentiasa menurun hari demi hari, dan tahun demi tahun. Apakah rakyat Sarawak keseluruhanya akan percaya?


Ohhh.. tidak! Hanya penyokong PKR yang percaya pembohongan Anwar, mereka bangga kononnya mereka lebih up to date bila jadi pengikut PKR. Mereka berasa lebih moden bila memuja 'Anwar keparat'. Mereka juga berasa lebih berpendidikan tinggi bila sanggup berteriak di jalan raya, kononnya itulah manifestasi golongan cerdik pandai. Bangangggg…



p/s: ini blog saya, biarlah saya katakan apa saja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...