Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

12 September 2012

Mari Raikan Hari Malaysia Bersama Warga Desa Senadin 15 September Ini!

Penduduk Desa Senadin akan menyambut Hari Malaysia bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.  Pelbagai acara menarik disediakan untuk merancakkan lagi sambutan yang dipengerusikan oleh ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.  

Program ini akan menghimpunkan warga Desa Senadin untuk bersama-sama menghayati dan menyambut Hari Malaysia. 

Orang ramai juga dijemput hadir untuk beramai-ramai menyambut Hari Malaysia bersama warga Desa Senadin kelak!
Jayakan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September

Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu

MIRI: Jawatankuasa Penduduk Desa Senadin dan Rukun Tetangga (KRT2) Desa Senadin Miri akan mengadakan program sambutan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Pelbagai acara disediakan untuk para pengunjung, antaranya memancing berkumpulan, menangkap itik, memanjat pokok pinang, pertandingan bot kawalan jauh, tarik tali, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan melukis, hiasan muka 1Malaysia, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun serta pelbagai gerai jualan makanan, bank dan promosi kereta serta banyak lagi.

Pengerusi program merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, peserta yang ingin menyertai mana-mana acara boleh mendaftar pada hari yang sama.

“Program ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin warga Desa Senadin bagi sama-sama meraikan Hari Malaysia,” katanya.

Perasmian dijangka akan disempurnakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada jam 2 petang dengan melepaskan sekumpulan pejalan kaki dan yang berbasikal di Taman Bulatan Dan Kolam BSTS Desa Senadin.

Acara sambutan berterusan ke sebelah malam, yang akan dihadiri Menteri Muda Komunikasi dan Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Orang ramai diminta sama-sama hadir bagi meraikan sambutan tersebut. Untuk pertanyaan boleh menghubungi Alice Jeleni menerusi talian 013-8092894, Jeffery Alferida (019-8554505) dan Richard Lejau (019-8562735).

11 September 2012

Semangat Positif Patut Diterap Dari Kecil: Nancy Shukrie


Ibu bapa digesa untuk menerapkan semangat positif ke dalam diri anak mereka sejak kecil lagi. Mereka digalakkan untuk mencontohi atlet terjun Olimpik negara, Pandelela Rinong yang mampu bersaing dan cekal apabila berhadapan dengan peserta lain dari negara luar.

Ibu bapa juga disuruh untuk menyerap nilai-nilai murni agar anak mereka menghormati pemimpin negara dan tidak berkelakuan tidak senonoh seperti melondehkan seluar di khalayak umum. Sikap seperti ini harus dikikis demi menjamin masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin.

Ibu bapa dinasihati terap semangat positif dalam diri anak-anak

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


BUAT KENANGAN: Nancy (empat kanan) bersama pihak penganjur Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya di Simunjan kelmarin.

SIMUNJAN: Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukrie menasihati golongan ibu bapa agar menerapkan semangat positif dalam diri anak-anak ketika masih muda supaya mampu bersaing serta berdaya maju pada masa akan datang.

Menurutnya, sebagai contoh semangat positif ini boleh dilihat pada diri Pandelela Rinong yang telah mempamerkan semangat juang tinggi ketika temasya Sukan Olimpik 2012 di London, baru-baru ini.

Ibu bapa boleh menjadikan Pandelela sebagai salah satu contoh untuk mendidik anak masing-masing agar sentiasa bersemangat positif dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang, ujarnya.

“Saya yakin semangat positif yang diterap dalam diri anak-anak sejak dari kecil akan membolehkan mereka muncul sebagai individu berkebolehan dan berdaya saing pada suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Batang Sadong di Simunjan kelmarin.

Selain itu Nancy juga berharap ibu bapa mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang tahu menghargai jasa pemimpin dan kerajaan dalam memajukan hidup mereka suatu nanti.

“Saya berharap ibu bapa dan KEMAS dapat melahirkan generasi muda yang berhemah tinggi serta berbudi bahasa demi kebaikan pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Tetap Tabika KEMAS Simunjan Hamlet Jolly dan 200 tetamu yang terdiri daripada para ketua kaum sekitar Simunjan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

26 Oktober 2011

Hanya David Teng Serahkan Kepada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan SUPP!!??

600 delegasi akan menentukan nasib SUPP pada persidangna perwakilan tiga tahunnanya pada 8 Disember 2011.   Jawatan Presiden akan ditanding oleh Wong Soon Koh dan Peter Chin.  Mungkin calon yang kalah pada PRN Ke - 10 Sarawak yang lepas diminta untuk mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada muka baru?!!  Mungkin calon yang kalah ini tidak mampu lagi memimpin orang Tiong Hua di kawasan mereka yang ketagihan darah muda dan angin politik yang berbeza....  mungkin inilah transformasi dalam SUPP sebelum menghadapi PRU-13 kelak!!

Bendahari SUPP Nafi Jadi Calon Regu Chin Yang Bertanding Rebut Jawatan Presiden 

26 Oktober, 2011 19:51 PM
KUCHING, 26 Okt (Bernama) -- Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk David Teng hari ini menafikan yang beliau adalah calon regu setiausaha pengelola Datuk Seri Peter Chin dalam pertandingan merebut jawatan utama parti itu pada persidangan perwakilan tiga tahunannya pada 8-11 Dis depan.

Bertentangan dengan spekulasi bahawa bekas Adun Repok itu dijangka bertanding untuk jawatan timbalan presiden atau setiausaha agung dengan Chin bertanding jawatan presiden, Teng berkata, beliau tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan utama parti, sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.

"Saya tak fikir beliau (Chin) mempunyai regu...Kami hanya percaya dengan ideologi. Jika kami memegang ideologi yang sama dan cara sama menyusun semula parti, maka kami dalam satu pasukan," kata beliau ketika ditemui pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran Pengerusi Biro Hal Ehwal India SUPP Batu Lintang Lucy Lingam di sini.

Dua tokoh itu dijangka menentang timbalan setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri dan regunya, pengerusi cawangan Senadin Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Sosial (Sukan) dan Komunikasi Negeri.

Pada 16 Okt Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga anggota Parlimen Miri, mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden seminggu selepas Wong membuat pengumuman serupa di Sibu.

Sejumlah 600 perwakilan akan menghadiri persidangan itu.

-- BERNAMA

24 Oktober 2011

Mat Indera Sah Ahli Komunis??!!!

 Mat Sabu juga lupa apa yang diucap olehnya.  Sedangkan teks ucapan tidak pernah ada, bagaimanakah dia mahu menjawab soalan sekiranya ditanya, apa yang dicakapkan olehnya mengenai Mat Indera?  Pasti Mat Sabu akan tersenyum kambing?? 
Orang seperti Mat Sabu ini sangat bahaya dalam politik!??  Dia akan menjadi tarikan dan juga ancaman!!??  Tarikan apabila ramai orang akan datang untuk mendengar dia merapu dan mengumpat sambil menyebarkan fitnah?!!!  Ini juga menjadi ancaman sekiranya dia terlalu asyik sehingga meracau mengakibatkan mendedahan pekung di dada!??  Hal sedemikian pernah berlaku dalam PKR Sarawak, akibat disaman oleh DAP Ayah kepada Chong Chieng Jen seorang wakil dan calon PKR terpaksa meminta bantuan rakyat untuk membayar saman!!!???

Kepada Mat Sabun, elok jangan petik cerita ikut suka hati awak kerana nanti menjadi seperti sebab pulut santan binasa!??!!
Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis, Kata Najib

23 Oktober, 2011 20:44 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

"Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk "Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party" oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

"Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila."

Tegas Najib, rakyat perlu sedar bahawa hanya pejuang kemerdekaan sebenar yang akan dikenang dan dipertahankan, bukannya komunis seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

"Saya hairan dan pelik apabila ada pihak cuba mengagungkan komunis yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi hakikatnya pejuang yang sebenar adalah polis dan tentera, bukan komunis," katanya.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat pemimpin berkenaan yang cuba mengagungkan komunis.

Najib turut menyifatkan mereka yang menyalah tafsir sejarah negara serta menidakkan, mencemuh dan memperlekeh jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara, sebagai melakukan kesalahan yang tidak boleh diampunkan.

Ditanya sama ada rakaman tersebut akan didedahkan kepada umum, ketika sidang akhbar kemudian, Najib berkata ia bergantung kepada keperluan.

Mengenai sama ada kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyokong kenyataan Mat Sabu, Najib berkata soal undang-undang adalah isu lain kerana apa yang lebih penting adalah sikap mereka yang mempertikaikan pengorbanan pejuang keamanan negara.

"Tindakan undang-undang hanya jika mereka salah di sisi undang-undang... tetapi sikap itu yang perlu dijawab melalui pendirian," katanya.

Menyentuh kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun kepada pesara kerajaan yang disifatkan terlalu kecil oleh sesetengah pihak, Najib berkata ia berdasarkan kemampuan dan komitmen kerajaan.

"Ia satu komitmen besar... Kita mempunyai skim pencen yang komprehensif... tetapi jika kami berupaya memberi lebih, kami akan beri. Penyelarasan ini tidak pernah dibuat sebelum ini, maka jangan fikir bahawa ia tidak penting atau tidak signifikan," katanya.

Najib semasa membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kira-kira 600,000 pesara kerajaan akan menikmati penyelarasan pencen tahunan melibatkan kenaikan dua peratus berkuatkuasa 2013.

-- BERNAMA

14 Mac 2011

Adakah Dun Sarawak tidak akan di bubarkan?



Sumber mengesahkan:-

19 Mac 2011 - Najib dan Muhyiddin akan tiba di Sarawak

20 Mac 2011 - Pasukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan naik bélon ke Sarawak

Penghujung Mac 2011 - Pengisytiharan Pembubaran bagi Pilihanraya Negeri Sarawak

April 2011 - Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10

*********

Daftar pemilih bagi negeri Sarawak sehingga 27 Disember 2010:-

970,436 Jumlah Pemilih Berdaftar di Sarawak

452,292 (46.61%) Pemilih Berdaftar Bumiputra Sarawak

324,252 (33.41%) Pemilih Berdaftar Cina

186,371 (19.20%) Pemilih Berdaftar Melayu

3,929 (0.40%) Pemilih Berdaftar Pribumi yang beralamat di Sarawak

1,754 (0.18%) Pemilih Berdaftar India

1,412 (0.15%) Lain-Lain Pemilih Berdaftar

426 (0.04%) Pemilih Berdaftar Orang Asli

Setakat ini, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) serta 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR dan seramai 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak bakal digemblengkan.

SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda antara yang akan digunakan.

SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini, berbanding RM30 juta pada 2006.

credit to  http://paneh.blogspot.com/

Antara isu yang bakal dimainkan dalam Pilihanraya Sarawak kali ini ialah berkenaan isu tanah yang memang favourite ,isu Pehin Seri itu sendiri dan juga isu bible dalam bahasa Melayu yang telah ditahan kemasukannya oleh KDN di pelabuhan. Mengapa pada masa ini bible itu cuba dibawa masuk ke Malaysia? Adakah mereka sudah tahu akan berlangsungnya Pilihanraya Sarawak tidak lama lagi? Nampaknya ada dalang yang sengaja menjadikan isu ini sebagai bom jangka sempena Pilihanraya Sarawak memandangkan kebanyakan penduduk Sarawak beragama kristian. KDN perlu berhati-hati dalam 'game' ini. Silap percaturan...buruk padahnya.

12 Mac 2011

Persoalan yang patut difikirkan selepas PRK yang lalu.

Kemenangan Barisan Nasional (UMNO) dalam Pilihanraya Kecil Kerdau dan Merlimau memberikan enam jawapan kepada enam soalan. Inilah soalan-soalan yang dimaksudkan.

Pertama, adakah secara keseluruhannya Pakatan Rakyat kuat?
Kedua, adakah peristiwa kejatuhan pemerintah di tempat lain memberikan kesan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Ketiga, adakah konsep 1Malaysia kian diterima?
Keempat, adakah cara dan gaya Pas berhujah berupaya mempengaruhi fikiran orang Melayu di Malaysia? Kelima, Adakah Ummi Hafilda mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya?
Keenam, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong secara meluas rakyat Malaysia?

Pakatan Rakyat memang pakatan yang ganjil kerana Pas dan DAP amat berbeza. Namun, selama ini, atas kehebatan dan kekuatan pengaruh Anwar, perbezaan antara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh dapat disembunyikan di bawah karpet. Bahkan, beberapa kali tokoh Pas mengatakan mereka tetap berjuang untuk penubuhan Negara Islam, dan tokoh DAP mengatakan sikap berlawanan. DAP menyatakan bahawa asas perjuangan mereka ialah amalan pentadbiran sekular. Namun kedua-dua kumpulan ini (Pas dan DAP) tetap memaparkan kesungguhan untuk bersatu padu.

Saya fikir, soalan pertama berjawab dengan kata-kata ini: Bahawa rakyat tidak rela untuk terus terkeliru dengan permainan kata-kata. Rakyat mahu mendengar pemimpin menyatakan perbezaan mutlak dan persamaan yang ketara antara serigala dengan kuda, bukan soal kemungkinan kerjasama antara kedua-duanya. Keputusan pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau menyatakan, Pakatan Rakyat tidak kuat dalam menyatakan mereka dapat bekerjasama. Beberapa minggu terakhir ini, kisah kemaraan rakyat melawan pemerintah heboh diperkatakan. Sejumlah tulisan bersifat menyindir kerajaan BN – siap dengan pelukisan watak – dikemukakan. Secara analogi, simbolik dan simile, kejatuhan kerajaan yang diperintah tokoh-tokoh hebat itu dianggap sebagai tanda peristiwa yang sama akan berlaku di Malaysia. Jika peristiwa sama tidak berlaku, maka dikatakan rakyat Malaysia kurang berani. Pembicara tertentu kelihatan amat risau, kononnya rakyat Malaysia kurang kritis, atau tidak analitis.

Untuk menjawab soalan kedua itu, dapat kita katakan bahawa peristiwa di tempat lain tidak sesuai dijadikan analogi, lambang dan persamaan dengan apa-apa berlaku di sini. Kerajaan di dunia tertubuh dan berkembang dengan cara berbeza-beza. Apa yang sama tentulah tuntutan asas kehidupan, iaitu makan minum, tempat tinggal dan lain-lain seumpamanya. Jika tuntutan asas itu tidak tertunaikan, maka rakyat bangkit menuntut hak. Di Malaysia kini, tokoh politik kerajaan dan tokoh politik pembangkang, masing-masing mahu memperlihatkan keupayaan menyediakan kecukupan asas bagi rakyat. Dalam hal kenaikan harga minyak (dan harga barang lain), pembangkang amat cepat menyampaikan komentar dan serangan setiap kali harga naik, tetapi secara berterusan pihak kerajaan memberikan justifikasi.

Pembicara politik juga pelbagai. Ada berbicara dengan cukup baik, membayangkan peristiwa di luar adalah tanda kejatuhan kerajaan di sini. Ada pula lebih cenderung untuk berhati-hati bagi melihat setiap sudut secara rapi dan rinci.

Konsep 1Malaysia bukanlah yang betul-betul baru. Memang slogan itu dianggap milik Perdana Menteri kini, tetapi kita tidak dapat mengatakan Tunku Abdul Rahman tidak mengamalkan 1Malaysia. Penegasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ juga demikian. Konsep ini adalah baik untuk semua negara. Ertinya jika negara itu bernama Damibia, maka bolehlah dislogankan ‘1Damibia: Rakyat didahulukan …’ (Damibia ialah negara rekaan dalam novel The General is Up, karya Peter Nazareth). Oleh itu, apabila ada pihak mengaitkan 1Malaysia dengan slogan negara lain, secara kasarnya dapat kita katakan “itu biasa saja”.

Slogan 1Malaysia, biarpun bukan baru, sikit banyak memberikan kesan. Sama seperti ‘Bersih, Cekap, Amanah’, ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ dan ada yang lain lagi, ‘1Malaysia’ dapat menghidupkan perbincangan tentang arah tuju negara. Jika pembangkang mengambil alih pemerintahan, mereka pastinya akan mengemukakan slogan lain, misalnya ‘Masyarakat Madani’. Kesemua itu baik-baik belaka. Janganlah kita memperlekeh slogan ‘Membangun Bersama Islam’ misalnya, kerana itu juga membawa makna yang jauh, jika dikupas.

Cara pemimpin Pas berhujah, terutama dalam menyatakan dua hal adalah sukar diterima umum. Kedua-dua hal itu ialah: pertama, keazaman untuk menubuhkan Negara Islam, atau sekurang-kurangnya untuk menjadikan Islam sebagai dominasi, dan kedua, keputusan untuk bersatu padu dengan dengan DAP. Maksud saya, kedua-dua perkara di atas adalah berkonflik antara satu dengan lain.

Melalui keputusan pilihan raya kecil ini, pengundi di kedua-dua kawasan mahu menyatakan hujah Pas tentang hal di atas amat menyulitkan fikiran. Pas selalu mengatakan, tuntutan Islam dalam pemerintahan akan dilaksanakan, dan pada masa sama, hasrat DAP juga akan ditunaikan. DAP sendiri agak jelas, kerana mereka mengatakan segi-segi keadilan dan kebajikan dianjurkan Pas akan diterima baik, dan ini disertai keengganan seratus peratus jika negara Islam mahu ditubuhkan.

Pas mempunyai banyak hujah, dan sejumlahnya diterima baik oleh orang Melayu dan bukan Melayu, namun dalam hal yang satu itu Pas belum menyatakan hujah betul-betul diterima rakyat umum, dan direstui DAP. Pembicara politik kebanyakannya tahu tentang kandungan pemikiran Pas, cuma masing-masing merasakan sikap berterus-terang adalah lebih baik daripada sikap menunggu masa. Kesimpulannya, Pas pasti dapat bertahan dengan keseluruhan cara dan gayanya, cuma parti itu rumit dalam menghadapi kaedah politik DAP yang tidak kurang pengalamannya.

Di sana sini orang berbicara tentang kemunculan semula Ummi Hafilda. Jarang sekali kita mendengar kupasan objektif tentang kehadiran adik Azmin Ali yang hebat ini. Agak aneh, mereka yang mengakui Azmin hebat, berhasrat melupakan saja bahawa dalam satu keluarga mungkin muncul dua atau lebih tokoh hebat.

Dalam keluarga Tun Dr Mahathir Mohammad, muncul anak Mahathir, dalam keluarga Datuk Pairin Kitingan, muncul adik Pairin, dalam keluarga Anwar muncul isteri dan anaknya, dan akhir-akhir ini kita dengar berita dalam keluarga Tan Sri Khir Johari, muncul anaknya menyertai DAP. Di luar negara pula, dalam keluarga George Bush, muncul anak, dalam keluarga Clinton, muncul isteri. Jadi, adakah aneh dalam keluarga Azmin, muncul adiknya, Ummi Hafilda? Mereka muncul tidak semestinya sejalan. Itulah politik. Ummi Hafilda menjelaskan alasan kemunculannya, jadi saya kira terimalah alasan itu. Orang lain mereka-reka alasan. Baik di kedai kopi, mahupun di atas pentas, alasan boleh direka-reka orang. Dalam politik, selalunya yang direka-reka itulah disukai. Alasan direka-reka itu, misalnya kemunculan seseorang adalah atas alasan ‘dibayar’, adalah khabar angin atau hearsay sahaja. (Sejauh ini, seperti telah saya bicarakan dalam tulisan lepas, banyak sekali anggapan atau tuduhan: yang masuk parti, atau keluar parti adalah dibayar.)

Dalam hal ‘reka-reka alasan ini’, saya teringat akan kata-kata Ustaz Abu Bakar Hamzah, “Kita kurang tahu tentang kita, orang lain lebih tahu tentang kita.’

Ummi Hafilda muncul dengan wajah dan pertuturan meyakinkan. Kita hendaklah memberikan peluang luas kepada beliau, seperti mana kita berikan peluang kepada sesiapa berhasrat memaparkan inti perjuangan masing-masing. Ertinya, kita jangan menolak kehadiran Ummi Hafilda, sepertimana kita tidak akan menolak kehadiran Bob Lokman dalam kawasan Pas. Gaya bahasa, pertuturan, kandungan ucapan, hendaklah kita tinjau dengan saksama. Jika pemidato itu melakukan kesalahan dalam menyatakan kandungan ucapannya, pihak yang terkena pasti akan mengambil tindakan undang-undang.

Akhir sekali, kita tinjau populariti Anwar. Kita dapati, oleh sebab beliau masih berupaya melanjutkan cara pidato dekad 1970an, beliau masih diterima baik. Mungkin agak besar jumlah orang yang seusia dengannya sudah meninggalkannya, namun beliau masih bertenaga bersama-sama orang muda. Kelebihan Anwar jarang ada pada tokoh lain. Walau bagaimanapun, pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya kecil yang kita jadikan fokus ini tampaknya tidak mengambil kira hujah Anwar. Kehadiran mereka dalam mana-mana majlis pidato Anwar adalah hal lain, pemberian undi adalah hak pengundi.

Fikir-fikirkan...

sumber dari sinar harian.

10 Mac 2011

Pemuda PBB berpecah belah?

Tajuk di atas hanyalah harapan orang yang mempunyai agenda tersendiri dan mahukan perpecahan di dalam Pemuda PBB.Namun sebaliknya telah berlaku kerana orang yang tulus ikhlas korbankan diri dan memperjuangkan hak rakyat untuk agama dan bangsa akan di lindungi oleh ALLAH s.w.t.


Tahniah kepada Pemuda PBB kerana dapat melahirkan pemuda yang bijak berucap.Dalam konvokesyan yang lalu KP iaitu YB Datuk Fadillah telah memberi laluan kepada AMT Permuda iaitu saudara Wan Hamzah Wan Piee untuk berucap selaku wakil dari Pemuda setelah berbincang dengan exco pemuda.



YB Datuk Fadillah telah memberi peluang kepada pemimpin muda untuk tampil ke hadapan kerana bukanlah satu kesalahan yang melanggar etika parti. Malah PBB tidak pernah menghalang dan menyekat sesiapa pun untuk menonjol sebagai pemimpin masa depan kita.Inilah semangat berpasukan yang di terapkan oleh KP PBB.



Walaupun kedengaran suara-suara tidak puas hati berkenaan orang yang di pilih berucap bagi ki itu hanya fitnah oleh orang-orang yang suka melihat pemuda PBB bergolak.Biarlah mereka dengan persipsi dan pekakkan telinga wahai YB Datuk Fadillah.Pada waktu begini isu-isu yang kecil ini letaklah ketepi,ada lagi isu yang lebih mustahak iaitu PRN yang akan datang.

Waktu itu nanti kita dapat melihat siapa yang benar-benar bekerja untuk parti dan siapa yang hanya gunakan parti untuk diri sendiri.

Fakta penglibatan politik Wan Hamzah dalam PBB.Lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang Pengajian Islam.Mempunyai syarikat kontraktor berstatus kelas A.Menjadi Ketua Pemuda Demak Laut semenjak tahun 2002 dan berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua pemuda Demak laut selama 4 penggal berturut turut sehingga kini, bahkan beliau adalah satu satunya Ketua pemuda di bahagian Kuching yang berjaya mengekalkan jawatan beliau sehingga kini.Beliau berjaya mendapat undi tertinggi sebanyak 203 undi sewaktu konvensyen PBB 2010 yang lalu dan sekarang menjadi Ketua pemuda PBB Zon Kuching.

08 Mac 2011

PRN Sarawak perlu blogger atau tidak?????

Setelah berakhirnya PRK di semenajung maka kini tumpuan kearah PRN Sarawak.Kemenangan berganda BN  menunjjukkan undi rakyat telah beralih.Undi yang memangkah Pakatan telah beralih arah.Semoga momentom ini akan di teruskan di PRN Sarawak.Kiasan demi kiasan yang di buat oleh KM Sarawak menghangatkan lagi spekulasi tarikh PRN.Walau apa-apa pun DUN akan berakhir pada Julai 2011 dan PRN perlu di adakan sebelum tarikh tersebut.




Harapan KI supaya jentera parti-part BN Sarawak akan mengunakan segala sumber untuk memastikan kemenangan calon.Bukan setakat gerak gempur di alam nyata tetapi gunakan juga strategi yang sama di alam maya.Ini kerena banyak tomahan yang di lontarkan oleh pembangkang di sini tidak dijawab oleh mereka yang berkenaan.Jika fitnah ini tidak di tandatangani dengan segera kemungkinan besar akan merebak dan sokongan rakyat terhadap BN menurun.

Jangan PRU 2008 akan berulang di Sarawak..

06 Mac 2011

Live.Suasana pengundian di Kerdau

Suasana pembuangan undi sekitar Kerdau.Berhadapan markas Pas pusat.

05 Mac 2011

Gelombang merah ke rumah orang asli

Gelombang merah menghampiri kawasan rumah orang asli di Kg Paya Sendayan Kerdau.Penerimaan yang luas biasa oleh penduduk tempatan memberi gambaran bahawa UMNO di terima oleh mereka.






Malah tiadanya bendera Pas menguatkan lagi tangapan.Kepada 90 pengundi kg Paya Sendayan  tunaikan tanggungjawab anda esok.Undilah calon BN..

26 Februari 2011

PAS telah menang di Kerdau



Bukan ada apa-apa pun berkenaan tajuk dia atas.Sekadar memberi kredit diatas parti menang sorak.Semasa pencalonan dun Kerdau tadi di anggarkan seramai 5000 orang mengiringi calon.Di bantu pula oleh tentera tambahan iaitu Parti Keadilan.

Yang peliknya di manakah parti PR yang satu lagi tu.Tak nampak pun bendera parti mereka di kibarkan.

hahaha, melayu bunuh melayu orang bukan melayu tengok dari jauh tepuk tangan...

Terkini.DUN Sarawak akan di bubar!!!!

Mengulas ucapan Pehin Seri selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di Beladin dapatlah di simpulkan bahawa bila-bila masa saja DUN akan di bubarkan.Mengikut nujum KI mungkin minggu hadapan Pehin akan berjumpa dengan TYT untuk mendapat kebenaran membubarkan DUN.Manakala tarikh pengundian akan belaku pada bulan april.

Itu hanyalah nujum KI yang tak seberapa setelah mendapat info yang boleh di percayai....Pada pilihanraya yang lepas BN telah memenangi 63 kerusi dari 71 kerusi yang di pertandingkan.Mengikut trend pengundi sekarang Bn di jangka akan menguasai semula kerusi yang kalah dan menang  67 kerusi.

Walau apa-apa pun, semua calon yang telah di kenal pasti hendaklah bersedia di telanjangkan oleh pihak pembangkang .



BN Sarawak Sudah Sedia Hadapi Pilihan Raya Ke-10, Kata Taib Mahmud

BELADIN (SARAWAK), 25 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini.


Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.


Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.


Katanya BN tidak perlu melayan sebarang kritikan dari luar khasnya NGO kerana parti itu tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Sarawak sendiri.


Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan.


Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak.


Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk menghayati pendekatan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang.


-- BERNAMA

22 Februari 2011

Syed Ibrahim calon BN PRK Kerdau




TEMERLOH, 22 Feb (Bernama) -- "Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dan bekerja kuat untuk membela nasib rakyat Kerdau," itulah janji Syed Ibrahim Syed Ahmad sebaik dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Syed Ibrahim, 44, berkata pencalonan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit di sini Selasa merupakan satu amanat dan tanggungjawab besar yang harus digalas beliau sebaik mungkin.

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memilihnya, anak kelahiran Kampung Kuala Tekal, Temerloh itu berkata peluang itu tidak akan disia-siakannya.

"Saya dengan rendah hati menerima pencolanan itu dan saya akan memastikan nasib rakyat akan dibela," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata walaupun pencalonan itu hanya sekadar mewakili parti, namun pemilihan sebenar hanya akan ditentukan rakyat ketika pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau itu pada 6 Mac depan nanti.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac.

Naib Ketua Umno Cawangan Kuala Krau dan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari tahun 1989 hingga 1996.

Syed Ibrahim pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah, Mesir ketika melanjutkan pelajarannya di sana dan sekembalinya ke tanah air beliau bergelar guru Bahasa Arab dan Agama di Sekolah Menengah Agama Darul Naim di sini pada tahun 1997 hingga 2000.

Pada November hingga Disember 2000, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Pahang bermula 2000 hingga kini.

Beliau berkahwin dengan seorang guru agama, Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu As Sayed Muhammad Al-Baqir, 15, As-Syarifah Balqis, 13, dan As Syarifah Sehah, 9.Syed

21 Februari 2011

Gempar!!! Tiada Protes Buat Taib Mahmud

Pehin Sri membelek kicap untuk dibaling kepada para pemrotes???
Protes! Protes! Protes!  Kalau nak sangat berprotes dan berdemonstrasi ala Mesir, Thailand dan Filipina pergilah ke negeri pembangkang!!  Kelantan, Selangor mahupun Penang!!

Kalau nak protest turunlah ke Pejabat Majlis Tertinggi PKR yang MEMILIH ahli tertinggi melalui SMS.  Inilah yang patut diprotes.  Bayangkan kalau ahli tertinggi dilantik ikut suka hati mereka?  Bagaimanakah tampuk kepimpinan kelak?  Bila-bila masa sahaja boleh tukar pucuk pimpinan.  Mereka ini lebih teruk daripada Akademi Fantasia mahupun Mentor.  Jelas- jelas ini adalah hiburan tetapi kini PKR mula menjadikan politik sebagai hiburan mereka!!

Apakah tujuan perjuangan mereka dalam parti?  Rata-rata semuanya terkedu cuma dapat menjawab nak bawa Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan kalau boleh Presiden macam Hosni Mubarrak. 

Menurut sumber daripada akar umbi, calon PKR sudah berjumpa dengan akar umbi PBB untuk bertanya berapakah belanjawan PBB menjelang Pilihan Raya Sarawak kelak?  

Jelas-jelas orang PKR  yang bakal dicalonkan memang tidak pernah memgang apa-apa jawatan dalam Barisan Nasional tetapi disms terus untuk bertanding di kawasan tersebut.  Semua pengalaman berkempen memang tidak ada dan cuma mengharapkan bantuan daripada PKR semenanjung untuk memberi arah pandu tuju.  Mereka semua kecewa apabila berada di dalam BN, mana tidaknya masuk parti politik untuk dapat kontrak dan lesen sahaja atau mengembangkan bisnes???  Tidak ada sorang pun ahli PKR yang masuk parti untuk memperjuangkan politik?  Mereka cuma hendak cepat dan short cut?!!  Semua ini cuma dapat dipraktikkan dalam PKR?!!

Rata-rata beginilah dilema calon PKR yang bakal bertanding kelak!  Kalau yang pernah bertanding itupun melalui tiket pembangkang dan tidak pernah menang sedikitpun biar di peringkat akar umbi??!!!

Sekiranya hal ini berterusan nescaya kalahlah pihak pembangkang setiap kali cuba bertanding di Sarawak.  Mana tidaknya calon semua bidan terjun, setakat ada telefon bimbit yang canggih boleh menerima arahan melalui sms sudah cukup untuk bertanding!!! Kalau ada hobi diluar tabii maka lebih senang untuk menjadi jambu Anwar Ibrahim seperti Ahmad Nazib???

Memang patutpun ADUN BN Sarawak semua over confident bila berdepan dengan calon PKR?!!  Mereka cuma khuatir jika berdepan dengan calon PAS dan DAP!  PAS penuh dengan masalah maksiat dan DAP dengan judi dan arak???   Namun kedua-dua parti ini ada peringkat akar umbi dan struktur parti yang bercorak demokrasi iaitu pemilihan daripada ahli dan rakyat dan tidak melalui sms semata-mata.

Untuk mengikuti kesudahan kisah protes di Padang Merdeka dengan lebih lanjut  silalah berkunjung ke laman Rajahmas dan Muda Tengah.

18 Februari 2011

Kisah 3 Melayu Kaya Di Malaysia

Kalau kita kaya...kita nak beli blog ni!!


Minggu ini semua tengah panas nak tahu kisah Melayu kaya di Malaysia.  Mereka ini tersohor dan tergolong dalam senarai billionaire Malaysia. Malaysiakini yang memetik sumbernya daripada News Straits Times turut meriuhkan suasana kerana terkejut ada juga Melayu yang kaya dan mampu bersaing dengan bangsa lain.  

MP pun membuat analisa lagi untuk mengetahui senarai 40 orang kaya di Malaysia.  Korek punya korek maka dapatlah mempamerkan senarai di bawah untuk makluman bersama. Kredit kepada altiusdirectory.com


Dalam banyak nama-nama ni teringin juga nak tengok kalau Pehin Sri tersenarai dalam list orang kaya ni?!!  Tetapi alangkah malangnya hasrat hati tidak kesampaian.  

Begitu bahlol dan banganglah orang yang percaya Sarawakerepot yang menyatakan harta Pehin Sri berbilion-bilion?!!! Kenapa beliau tidak tersenarai sebagai orang kaya di Malaysia?!!!  Sungguh jelas bahawa Sarawakerepot pun kaki kelentong?!!  Kononnya mereka diupah oleh Majlis Tertinggi PKR untuk menghancurkan Ketua Menteri Sarawak!!????

Memanglah Parti Kelentong Rakyat suka menipu dan berbohong!!!??  Kalau dahulu mereka percaya Anwar Ibrahim mampu ke Putrajaya dan menakluk kerusi Perdana Menteri ??!!  Tapi sampai sekarang mereka masih ditipu dan suka mendengar orang yang menipu.  Agaknya budaya tipu-menipu dan bohong-membohongi sudah menjadi lumrah hidup mereka.  Mahkamah pun boleh mereka tipu inikan pulak rakyat jelata??

Kononnya nak turunkan harga minyak dan barang??!!! Itu pun tipu!! Semua ini adalah agenda PKR nak menang kerusi di Sarawak dan disusun sehingga ke Parlimen?!!

Nak menang di Sarawak kenalah tipu penuh dramatik sedikit!!!  Upah orang untuk buat dokumen palsu dan kaitkan dengan Pengerusi BN Negeri Sarawak terus!!!  Setakat teknik  buta IT macam itu, memang semua orang boleh buat!  Tetapi dalam banyak-banyak orang, orang PKR ini juga memang mudah dan suka ditipu!!!??  Tambahan pula mereka  ini suka  dan kuat berangan-angan untuk menjadi juara apabila PKR menang di Sarawak?!!!

Ada juga yang tengah berangan-angan kononnya 10 kerusi boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekiranya tarikh pilihan raya diisytiharkan dalam masa yang terdekat?!!!  Kerusi mamak atau kerusi old town kot?!!!

Sudahlah wahai PKR kembalilah ke alam nyata!!! Anwar dan PKR tidak akan menang walau satu kerusi pun selagi asyik nak menipu rakyat dengan auta dan grafik murahan!!!??


Hanya 3 Melayu Antara Yang Terkaya di Malaysia

Posted malaysiakini Feb 16, 11 2:43pm

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilai RM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

17 Februari 2011

Orang Cina Sarawak perlu sokong SUPP

PRN Sarawak yang akan datang adalah penting bagi masyarakat Cina kerana mereka akan harus memutuskan apakah mereka ingin Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk terus membawa suara mereka dalam kabinet. Pada pilihan raya negeri lalu, SUPP mencatat prestasi buruk khususnya di kawasan Cina di bandar apabila hanya menang 11 daripada 19 kerusi yang ditandingi.


Dr Chan selaku presiden SUPP di landa emosi selepas membaca membaca wawancara di akhbar tempatan. Dr Chan sangat jujur dan tahu bahawa tanpa sokongan pengundi SUPP ,maka  tidak ada cara lain parti boleh mempunyai kuasa untuk membawa masalah yang dihadapi masyarakat. Sekaligus akan memyebabkan parti SUPP akan berkubur seperti mana Persatuan Cina Sarawak  - mati dan dikuburkan.  

Masyarakat Cina kini berada di persimpangan jalan.Mereka perlu membuat keputusan yang tepat dalam PRN akan datang demi masyarakat dan generasi masa depan. Jangan terlalu emosional dan memberikan suara protes, kerana perlu membayar untuk sesuatu yang mahal iaitu keadilan .
Ki menyeru masyarakat Cina memberikan SUPP mandat penuh. Beri mereka semua 19 kerusi yang di tandingkan dan jika mereka masih tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh maka pada pilihan raya negeri selepas ini , tolaklah mereka.

15 Februari 2011

Terkini!!!! PRN Sarawak serentak dengan PRU 13




Dari risikan yang di lakukan oleh kawan-kawan .Selaras dengan pertemuan antara PM Najib dan KM Pehin seri pada Ahad yang lalu telah mencapai kata sepakat.PRU 13 dan pilihan raya negeri berkemungkinan besar akan di adakan dengan serentak.



Sumber-sumber dari rakan blog juga menyatakan bahwa pada bulan ini KM Sarawak akan membubarkan DUN.Sama -sama kita tunggu.

sumber boleh di dapati melanao blogger

08 Februari 2011

Najib Ditipu ADUN Sarawak!!!

MP terkejut bila ramai blogger menyatakan bahawa Perdana Menteri telah ditipu oleh ADUN. Hal ini telah disahkan lagi oleh ADUN Tupong, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman   Menurut penjelasan YB Datuk Daud, kebanyakan YB yang berbohong cuba menyembunyikan hal yang sebenar berlaku di kawasan mereka.  YB penipu ini juga ingin memberi keyakinan palsu kepada Perdana Menteri untuk membenarkan mereka bertanding  di kawasan mereka lagi pada pilihan raya akan datang. 

MP rasa mungkin Perdana Menteri ingin melihat perwatakan sebenar ADUN-ADUN yang berbohong dan menipu beliau.  Maklumlah pertemuan empat mata ini bukan sahaja menilai perwatakan tetapi banyak yang dapat dibaca melalui 'body language' tentang ketulusan hati para pemimpin di Sarawak.  

Bukan senang nak jadi Perdana Menteri banyak ilmu di dada barulah dapat meneraju kerajaan ke arah pembangunan.  Lagipun politik memang dah menjadi darah daging Perdana Menteri.  Kita tunggulah dan lihat bagaimana keputusan penamaan calon kelak.




Ada ADUN berbohong: Daud

Posted in Utusan Borneo by Rusnan Mustafa. Posted on February 8, 2011, Tuesday

Segelitir wakil rakyat BN tidak berterus terang dalam pertemuan dengan PM - Daud

KOTA SAMARAHAN: Terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak ‘bercakap bohong’ semasa pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ada segelintir ADUN tidak memberitahu perkara yang sebenar terutama ketika ditanya mengenai peluang kemenangan BN di DUN masing-masing.

“Ada segelintir ADUN meluahkan rasa terlalu yakin bahawa dia akan memenangi kerusi yang disandangnya kepada Perdana Menteri sedangkan beliau (Perdana Menteri) tahu bahawa peluang ADUN terbabit untuk menang adalah sangat tipis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan mesyuarat tentang sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Seramai 63 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) telah mengadakan pertemuan ‘dari hati ke hati’ dengan Perdana Menteri yang telah berlangsung di Miri pada Ahad.

Menurut Daud lagi, ADUN-ADUN terbabit tidak menceritakan perkara yang sebenarnya ke-pada Perdana Menteri, kerana mahu meraih peluang untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Daud turut menafikan bahawa beliau antara beberapa orang ADUN BN Sarawak yang menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Saya tahu siapa yang meluahkan hasrat untuk tidak bertanding itu, tetapi biarlah Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sahaja yang mengumumkan keputusan rasmi mengenai perkara itu,” ujar beliau lagi.

Daud memberitahu walaupun ADUN-ADUN terbabit meluahkan hasrat untuk tidak bertanding, namun jika rakyat di kawasan mereka masih memerlukan dan memberi sokongan yang padu, mereka mungkin akan dicalonkan semula kerana diyakini boleh menang.

Hadir sama pada sidang media itu semalam ialah Residen Samarahan, Rodziah Morshidi, Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Abang Shamsuddin Abang Seruji.

07 Februari 2011

Ahli keluar beramai-ramai, Bukti PKR semakin kukuh …

 
Bukan sembarangan mahkluk yang mampu percaya kenyataan sebegitu, setiap kali ada ahli PKR meletak jawatan, dengan serta-merta kenyataan demi kenyataan mengatakan “itu tidak memberi kesan apa-apa, sekadar proses pengukuhan dan bla bla blaaa….”.

Kalau Perdana Menteri sanggup mengatakan BN ada 3 penyakit, Namun  pemimpin PKR sentiasa mengatakan mereka baik-baik saja, walaupun penyokong sendiri yang berteriak dan berdemonstrasi mengecam ketidakadilan yang terjadi.

Kalaulah penyokong BN yang melalak membantah PKR, tentunya tindakan itu sangat masuk akal. Ironinya, penyokong sendiri yang mengatakan “Anwar tidak adil”, “Anwar pilihan kasih” dan macam-macam lagi yang berbau ‘busuk’. bahkan akhirnya bertindak keluar parti...


Sungguh modern "demo-kerusi" anutan PKR, Zaman pakcik dulu memang tak ada....kah kah kah

Siapa saja ahli PKR yang keluar parti, baik Ahli parlimen, ADUN, MT atau ahli biasa. Jawapan ketua umum tetap sama mengatakan itulah tanda PKR semakin kukuh dan kononnya BN bertambah takut melihat kekukuhan PKR yang asyik keluar parti.


30 Januari 2011

Apa Jasa Pas?

KI hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.


UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.


Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.


Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.


Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.


Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.


Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.

Untuk pengundi Dun Tenang,janganlah mempertaruhkan masa depan anan-anak kita.Apa yang ada sekarang merupakan sumbangan dari kerajaan.Seperti yang kita tahu bahawa pembangkang hanya hangat-hangat tahi ayam dalam membangunkan sesuatu kawasan iaitu semasa kempen pilihanraya.Dalam masalah air di negeri Kelantan sampai sekarang masih lagi tak selesai.Konon-kononnya kerajaan persekutuan tidak memberikan kerjasama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...