Berkat doa dan usaha gigih dalam memperjuangkan kemerdekaan di Galas dan Batu Sapi, Pesta Cahaya 2010 tahun ini memulakan detik baru dalam sejarah perjuangan Malaysia. Rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menyokong sepenuhnya kepimpinan DS Najib Razak.
Pastinya berita kemenangan ini sampai ke telinga beliau dan diharap beliau segera kembali menjalankan tugas. Rakyat semua mendoakan kesihatan DS Najib dan berharap agar Barisan Nasional terus memerintah dengan kemajuan yang pesat di seluruh Malaysia.
Tua, muda, miskin dan kaya menyambut khabar gembira dengan penuh kesyukuran. Saudara 1Malaysia kita di Galas dan Batu Sapi tidak akan ketinggalan dan turut sama menyerikan Pesta Cahaya 2010 pada tahun ini.
Tahniah sekali lagi kepada calon Barisan Nasional yang telah berjuang dan mencapai kemenangan walau dimana jua mereka berada. Labuhlah bahtera merdeka, sambutlah Pesta Cahaya dengan penuh keriangan dan kegembiraan.
Hari ini kita buktikan 1 Malaysia menjadi nadi penggerak perpaduan negara. Semoga semangat ini akan terus kekal dan bersemadi di sanubari semua rakyat Malaysia. Kita telah buktikan dengan majoriti yang banyak bahawa Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan!!!
Selamat menyambut Pesta Cahaya 2010 kepada semua rakyat Malaysia
0 ulasan:
Catat Ulasan