Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCA. Papar semua catatan

19 Ogos 2010

Tahap pertama pakatan DAP-MCA-Gerakan



Bila aku munculkan isu pakatan DAP-MCA-Gerakan untuk memerintah negara, ramai yang menghemburkan nada sinis dan ada yang anggap ia tidak akan mungkin berlaku sedangkan semua tahu dalam politik apa sahaja berlaku.

Puak2 pembangkang terutama pro-Pas pula anggap ia sebagai usaha UMNO nak menakut-nakutkan orang Melayu sebab menilai UMNO sudah semakin tersepit kerana semakin kehilangan sokongan rakyat.

Dan kenyataan Chua Soi Lek yang juga Presiden MCA ini jelas bahawa wujud keserasian antara DAP dan MCA yang bolah aku katakan sebagai tahap pertama ke arah pembentukan pakatan ketiga-tiga parti terbesar kaum Cina ini. Baca ini...


KUALA LUMPUR 16 Ogos – MCA menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA yang kini diterajui kepimpinan baru percaya bahawa pendirian itu mempunyai asas dan wajar.

“MCA tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab menyuarakan pandangan dan keinginan masyarakat Cina. Jika tidak parti ini akan kehilangan sokongan rakyat.

“Oleh itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden UMNO) tidak boleh menyalahkan MCA hanya kerana parti ini mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. - Utusan Malaysia, 16 Ogos 2010
Pertanyaan aku, apa pendirian pemimpin UMNO dan Pas ketika kepentingan dan hak-hak istimewa orang Melayu dan agama Islam diperlekehkan oleh puak2 ini? Apakah pendirian kedua-dua parti terbesar Melayu ini senada atau masing-masing dengan kesombongan dan keangkuhan masing-masing?

Jangan tanyalah soalan ni pada orang Melayu dalam PKR, DAP, Gerakan, PPP dan lain-lain parti sebab aku tahu suara mereka telah direndam sedalam-dalamnya.

Pesan aku, kepada semua parti gabungan dalam Barisan Nasional terutama UMNO, bersiap sedialah kemungkinan bahawa MCA tidak lagi menjadi sebahagian BN menjelang PRU-13 nanti, atau selepas itu. Dan tindakan sedemikian akan disusuli pula oleh Gerakan dan lain-lain parti mewakilai kaum Cina di Sabah dan Sarawak.

sumber dari http://theunspinners.blogspot.com

Chua Soi Lek beri petunjuk awal MCA

KUALA LUMPUR 17 Ogos - UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.

"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Soi Lek memberi alasan, pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid menyifatkan Soi Lek sebagai pemimpin MCA yang lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Tegasnya, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain harus sedar bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

"Jangan kerana semata-mata hendak menagih sokongan masyarakat Cina, Soi Lek lupa kepada sejarah. Nilai kejujuran dan saling menghormati hak yang telah dipersetujui inilah yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman selama ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Soi Lek yang disifatkannya sebagai sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Menurutnya, Soi Lek sepatutnya belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

"Inilah sikap cauvanis Soi Lek. Sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN," dakwanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...