Nuff Head

03 November 2010

DUN SARAWAK : Adun DAP digantung

KUCHING, 3 Nov — Ting Tze Fui Adun DAP-Meradong telah digantung dari menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri sekarang berkuatkuasa serta merta.(gambar).

Speaker Datuk Seri Mohammad Awang Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas 53 Adun mengundi menyokong tindakan terhadap beliau itu sementara lima yang lain, semuanya anggota pembangkang, menentang.

Ting digantung kerana membuat tuduhan palsu dengan mendakwa bahawa "berjuta-juta ringgit tidak dapat dikesan, barangkali dilesapkan," semasa perbahasan bajet negeri pada 12 Nov. tahun lepas.

Beliau telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa dewan kerana gagal menarik balik dakwaan atau membuktikan tuduhannya terhadap kerajaan di luar prosiding 21 Mei tahun ini.


Pada sidang akhbar kemudian, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng menyatakan kecewa dengan penggantungan Ting dan mendakwa seluruh prosiding berat sebelah. — Bernama

credit source: link

p/s: dikaki lima kata ada bukti, kenapa bila dalam dewan tiba-tiba jadi tiada bukti? 

5 ulasan:

  1. Bandingkan pula dengan ketua pembangkang DUN Pulau Pinang yang digantung jauh lebih lama berbanding ADUN DAP tu hanya kerana DAP berasa Datuk Azhar mengungkapkan perkataan rasis walaupun mereka sebenarnya yang BUTA BAHASA KEBANGSAAN....

    BalasPadam
  2. Lain kali nak pilih ADUN cari orang yang berkelayakan jangan ambil tukang urut jadi ADUN macam mana dia nak cari bukti!!!

    BalasPadam
  3. Macam mana kena gantung ni? Sexy tak?

    BalasPadam
  4. hahahaha...padan muka..sapa suruh bawa mulut besar tu pegi ke DUN..orang mulut besar tinggal je la kat rumha..buat ape la bawak skali..kan dah kena gantung...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...