Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label UMNO Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO Sarawak. Papar semua catatan

21 Disember 2010

Kemungkinan UMNO ke Sarawak?


YB Datuk Dr Abang Haji Abdul Rauf Bin Abg Haji Zen Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti UMNO boleh masuk ke Sarawak, namun buat masa ini ia tidak sesuai lagi untuk UMNO berbuat demikian.

Demikian pandangan yang diberikan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan di hadapan sepuluh orang pemimpin UMNO daripada Bahagian Setiawangsa, Wilayah Persekutuan yang berkunjung ke kediamannya di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya dekat Kuching, Sarawak pada 10 Disember lalu.

Menurut beliau, Parti PBB yang diterajui oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  masih relevan malah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak itu masih diperlukan oleh rakyat negeri ini.

Beliau menambah bahawa PBB merupakan parti yang telah berjaya menyatu padukan rakyat negeri ini yang mempunyai kepelbagaian kaum, adat resam dan juga anutan agamanya.

UMNO mungkin sesuai di semenanjung untuk perjuangan membela orang-orang Melayu di sana, tetapi Melayu dan Bumiputera di negeri Sarawak lebih selesa di bawah PBB yang menjadi teras kepada BN di negeri ini.

Dr Rauf juga berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri amat sesuai bagi sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan juga budaya seperti Malaysia. Negeri Sarawak menurutnya telah lama mempraktriskan konsep 1Malaysia ini malah kini semakin diperkasakan demi untuk kemakmuran negara amnya dan negeri Sarawak khasnya.

Baca selengkapnya KLIK DISINI

01 Oktober 2010

Kita Gempur propaganda UMNO Sarawak!!!

 
Ini petikan dari blog 'UMNO Sarawak' pada 28/9/2010
 
Kami Sokong Kepimpinan Taib!!!
Kami sememangnya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud walaupun kami tidak bersetuju dengan parti yang dipimpin beliau.

 Ini pula petikan dari blog yg sama pada 30/9/2010

 Kita gempur Taib jika perlu!!!
Kita mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan Umno Pusat berkenaan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak.Kita akan gempur Ketua Menteri Sarawak dan pengampu-pengampunya sekira pimpinan Umno Pusat merasakan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud perlu 'disingkirkan'. 

Jika benar kenyataan provokatif dalam blog tersebut mewakili 'UMNO Sarawak' (JPUNS). Jelas sekali 'UMNO Sarawak' adalah pengkhianat yang sebenarnya!!!

Samada blog tersebut mewakili suara 'UMNO Sarawak' atau tidak,  Yang pasti UMNO Sarawak  atau JPUNS memang diketahui mempunyai agenda peribadi untuk menentang kerajaan dan mengelirukan pelbagai pihak dalam PBB serta Barisan Nasional Negeri.

Saya tidak percaya mereka ada proksi dalam PBB! Meskipun mereka cuba untuk mengaitkan perjuangan mereka dengan YB Fadillah Yusof. Itu sekadar propaganda untuk mencetus keraguan dan perpecahan dalam PBB. Tentunya akan memberi keuntungan buat mereka yang sudah lama mencari 'ruang'.

JPUNS juga telah banyak cuba mengelirukan rakyat Sarawak dengan membayangkan mereka seolah-olah mendapat restu dari kepimpinan Pusat. Itu juga sekadar propaganda untuk memunculkan perpecahan antara BN Negeri dan BN Pusat.

Malah keberadaan mereka di Sarawak tidak pernah direstui oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib.  Kerana BN atau UMNO pusat telah berulang kali menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan yang ada. Bukan memungkinkan UMNO akan berkembang ke Sarawak!

Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) adalah satu propaganda politik peribadi yang opportunis, 
dan pengkhianat yang harus digempur!!!

17 September 2010

"UMNO Sarawak" mahu letak calon pada pilihan raya negeri

KUCHING: Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUS) sudah bersedia untuk terlibat sama dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Penerangan JPUS Abu Bakar Hassan, memberitahu pihaknya sudah bersedia untuk proses pemilihan calon-calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri kelak.

“Ahli-ahli JPUS di seluruh Sarawak akan melibatkan diri dalam pilihan raya negeri yang bakal datang.

“Kami juga sudah bersedia untuk memilih calon yang betul untuk pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Namun demikian beliau enggan mengulas lanjut mengenai persiapan dan sejauh mana penglibatan mereka untuk pilihan raya yang akan datang.

Sementara itu, Abu Bakar semalam turut mendedahkan JPUS setakat ini mempunyai kira-kira 70,000 ahli serta 350 cawangan di seluruh Sarawak.

Abu Bakar memberitahu perkara itu kepada pemberita di sini semalam pada majlis ramah-tamah Aidilfitri sekali gus menyambut perayaan Hari Malaysia.

Katanya, majlis tersebut diadakan bertujuan bermaaf-maafan serta memperkenalkan JPUS kepada orang ramai.

“Kami menjangkakan kehadiran 5,000 pengunjung untuk menghadiri majlis kami pada hari ini (semalam),” katanya lagi.

Menurut beliau, majlis ramah-tamah tersebut turut disertakan dengan majlis tahlil pada sebelah malam untuk memperingati pemimpin UMNO yang telah meninggal dunia.

Majlis semalam turut dihadiri oleh pengerusi protem JPUS Affendi Jeman serta ahli JPUS yang lain.

credit: borneo post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...