Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

23 September 2010

Paris Hilton batal lawatan ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton membatalkan rancangan untuk melawat negara ini esok selepas dilarang memasuki Jepun hari ini.

Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitter berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahan beliau daripada melawat negara itu berikutan menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas. "Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris," kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun. Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.

Tokyo adalah perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia yang mana beliau dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta.

Laporan berita antarabangsa memetik pegawai seranta Hilton, Dawn Miller sebagai berkata, selebriti itu merancang untuk mengadakan lawatan itu pada tarikh lain.

"Paris sangat kecewa dan berhasrat untuk memenuhi komitmen perniagaannya dan menemui peminat beliau, tetapi beliau dipaksa untuk menangguhkan komitmennya di Asia," kata Miller. - Bernama

10 September 2010

Angelina Jolie kutuk bakar al-Quran

 
ISLAMABAD - Pelakon terkenal, Angelina Jolie semalam mengutuk tindakan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang mengancam untuk membakar sejumlah kitab suci al-Quran pada ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 yang dilakukan oleh pengganas.

Aktres berusia 35 tahun itu yang kini popular dengan filem Salt menyuarakan pendapatnya itu semasa melakukan lawatan ke Pakistan untuk meningkatkan kesedaran mengenai banjir yang melanda negara tersebut.

Kritikan Jolie mengulangi pendapat pegawai-pegawai AS yang berpendapat bahawa rancangan gereja tersebut merupakan tindakan yang memalukan.

Pegawai-pegawai itu turut memberi amaran bahawa tindakan membakar al-Quran akan membahayakan nyawa askar AS di Afghanistan dan rakyat Amerika di seluruh dunia.

"Saya sukar memikirkan bahawa ada orang yang sanggup membakar kitab suci agama lain," kata Jolie.

Paderi yang mengetuai rancangan untuk membakar kitab tersebut, Pastor Terry Jones, memberitahu, dia akan meneruskan rancangannya itu walaupun mendapat bantahan ramai.

credit: kosmo

23 Ogos 2010

Angelina Jolie bintangi filem romantik

SARAJEVO 22 Ogos - Aktres Angelina Jolie mengumumkan dia bakal membintangi sebuah filem genre romantik yang akan menjalani penggambaran di rantau Balkan.

Jolie yang merupakan duta muhibah Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) membuat pengumuman itu semasa melakukan lawatan mengejut ke wilayah Balkan ini, semalam.

"Ketika meninggalkan Bosnia dan Herzegovina semalam, Angelina Jolie menyatakan bahawa dia akan berada di kawasan itu untuk menjalani penggambaran filem pada musim luruh ini,

"Filem tersebut merupakan sebuah kisah cinta berlatar belakang era perang Bosnia pada 1992-1995, tertumpu kepada sepasang kekasih yang bertemu pada malam perperangan dan kesan perang itu ke atas perhubungan mereka," menurut kenyataan UNHCR memetik Jolie sebagai berkata.

Jolie berkata, filem itu tidak mengandungi sebarang mesej politik dan menambah kata, barisan pelakon akan dipilih daripada kumpulan etnik yang berbeza dari wilayah bekas Yugoslavia itu.

Menurut radio rasmi negara ini, Jolie akan berlakon dan turut mengarah dalam filem itu.

Terdahulu, bintang itu menggesa para pemimpin Bosnia mempercepatkan proses penghantaran pulang beribu-ribu pelarian daripada kekejaman perang saudara pada 1990-an.

"Saya harap akan ada langkah praktikal untuk memperbaiki kehidupan masyarakat tidak lama lagi," kata Jolie.

Jolie yang secara kebetulan lawatannya serentak dengan tayangan filem triler penyiasatan terbaru Salt di Eropah, kali terakhir melawat Bosnia Hercegovina ialah pada April lalu bersama suaminya, Brad Pitt.

Dia menyambut baik persetujuan Parlimen Bosnia pada Jun lalu berhubung strategi baru untuk menghantar pulang mangsa yang hilang tempat tinggal ke tempat asal mereka menjelang 2014, kata UNHCR.

"Pemimpin-pemimpin politik telah memperlihatkan satu semangat kompromi untuk sampai ke tahap ini. Sekarang ia memerlukan sedikit lagi tindakan segera,'' katanya. - AFP

19 Ogos 2010

Jadi terkenal kerana marahkan perogol

LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi

source:  http://www.kosmo.com.my

08 Julai 2010

Wayne Rooney paling hodoh

Selepas gagal di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, penyerang skuad England, Wayne Rooney dipilih sebagai pemain paling hodoh di bumi.

Rooney yang juga pemain kelab bola sepak Manchester United mengetaui senarai pemain paling tidak tampan di laman BeautifulPeople.com.

Namun, pemain paling tampan ialah Fabio Cannavaro dari Itali, Fernando Torres dan David Villa dari Sepanyol, Landon Donavan (Amerika Syarikat) dan Thierry Henry (Perancis).

Rakan Rooney, John Terry juga disenaraikan antara 10 pemain paling hodoh di bumi.

Laman itu mendakwa seramai 200,000 orang telah mengundi bagi memilih pemain-pemain berkenaan

06 Julai 2010

Angelina Jolie belajar bawa pesawat

LOS ANGELES: Demi minat anaknya yang gemar menyaksikan kapal terbang, aktres Angelina Jolie (gambar) meluangkan masa belajar membawa pesawat, lapor media semalam.

Angelina, 35, melakukan semua itu semata-mata untuk memenuhi janji dibuat dengan anaknya, Maddox.

“Ketika Maddox berusia satu setengah tahun, kami pergi makan tengah hari berhampiran lapangan terbang dan dia sangat berminat.

“Jadi, saya berjanji untuk menerbangkan pesawat sebelum dia menyambut ulang tahun kelahiran kedua,” katanya.

Menurut pelakon filem Salt itu, dia memang gemar menaiki pesawat sendirian kerana memberi cabaran tersendiri kepadanya.

“Ia satu-satunya tempat saya bersendirian - jauh di udara dan terpisah daripada semuanya,” katanya.

Bukti kes Luna Maya kian kukuh

Bukti bahawa pengacara televisyen terkenal, Luna Maya terlibat dalam video seks dengan kekasihnya, Ariel Peterpan semakin kukuh, lapor sebuah akhbar semalam.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang penyelidik dari sebuah pejabat polis di sini yang menyatakan bahawa Luna Maya masih mempunyai tatu di pinggul kirinya sama seperti yang terdapat pada seorang wanita mirip dirinya dalam video berkenaan. menurut penyelidik itu, tatu itu bukan seperti lukisan kupu-kupu tetapi ia merupakan ikan lumba-lumba.

Setakat ini, Ariel masih ditahan polis sebagai suspek pengedaran video lucah yang menunjukkan seorang lelaki miripnya bersama seorang wanita seperti Luna Maya.

Namun, Luna Maya dan Ariel menafikan mereka sebagai wanita dan lelaki dalam video tersebut.

01 Julai 2010

Wanita kuasai dunia selebriti

NEW YORK: Wanita menguasai tiga daripada lima tempat teratas dalam senarai Selebriti Paling Berpengaruh 2010 yang dikeluarkan majalah Forbes, semalam.
Penyanyi, Lady Gaga, buat pertama kali termasuk dalam senarai berkenaan sementara Oprah Winfrey menguasai semula tangga nombor satu.

Oprah, pengacara rancangan sembang, memperoleh pendapatan kira-kira AS$315 juta (RM1.1 bilion) untuk membolehkannya menduduki tempat teratas senarai berkenaan untuk kali keempat.

Dia mengambil alih kedudukan itu semula daripada pemenang tahun lalu, Angelina Jolie yang jatuh ke tangga ke-18 dalam senarai kali ini.


Penyanyi R & B yang juga pemenang anugerah Grammy, Beyonce naik ke tangga kedua dengan pendapatan AS$87 juta (RM283 juta), hasil konsert jelajah dan jualan album serta menjadi duta fesyen, minyak wangi dan barangan lain.

Meksipun berlaku kemelesetan ekonomi dunia, pendapatan selebriti tetap kukuh dengan bintang tahun ini memperoleh pendapatan yang dikumpulkan berjumlah AS$4.7 bilion (RM15.3 bilion) berbanding AS$4.1 bilion (RM13.1 bilion) tahun sebelumnya.

Forbes menyediakan senarai itu berdasarkan pendapatan yang ada hubungan dengan hiburan sepanjang 12 bulan lalu serta pendedahan dalam media cetak, televisyen, radio, Internet dan sosial.

Sementara itu, pengarah filem Avatar, James Cameron termasuk dalam senarai itu buat kali pertama sejak 1999 dengan menduduki tempat ketiga selepas filem itu meraih pendapatan AS$2.7 bilion (RM8.8 bilion) Bintang pop, Lady Gaga yang tersenarai buat kali pertama, menduduki tempat keempat dengan pendapatan AS$62 juta (RM201 juta).

Bintang golf, Tiger Woods berada di tangga kelima senarai selebriti paling berpengaruh itu meskipun terbabit dalam skandal seks hingga menyebabkan dia berehat selama lima bulan dan kehilangan beberapa tajaan.

“Dia memperoleh pendapatan AS$105 juta (RM341 juta) sepanjang tahun lalu walaupun pendapatannya terjejas dan perniagaan mereka padang golfnya menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi global,” kata Forbes. - Reuters

source: metro

Cut Tari beri keterangan kepada polis isu Video Seks

JAKARTA - Pengacara terkenal, Cut Tari bertindak mendiamkan diri apabila pihak media mengajukan soalan mengenai sesi soal siasat yang berlangsung selama 10 jam di sebuah pejabat polis di sini berhubung rakaman lucah yang melibatkan individu miripnya dan Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

Cut Tari yang ditemani suaminya Johannes Joesoef Subrata kelihatan terburu-buru untuk beredar bagi menghindarkan diri daripada dikerumuni pihak media. Tidak banyak komen yang dikeluarkan oleh pengacara itu.


"Aduh, hujan. Tolong ya, Terima kasih," katanya kepada pemberita selepas selesai menjalani sesi soal siasat dengan polis. Ketika itu, hujan sedang turun.

Menurut akhbar itu, wajah Cut Turi kelihatan penat tetapi dia memberikan senyuman kepada pemberita.

Cut Turi dan suaminya itu memasuki sebuah kenderaan Suzuki sebelum meninggal pejabat polis tersebut.

Dia disoal siasat polis berhubung klip video yang menampilkan wajahnya dengan Ariel yang kini masih ditahan polis kerana disyaki menyebarkan klip berkenaan di Internet. - Agensi

source: kosmo

30 Jun 2010

Dibunuh selepas nafi dibunuh

NEW MEXICO: Seorang penyanyi Mexico ditembak mati beberapa jam selepas dia menafikan laporan yang menyatakan dia mati dibunuh.

Dilaporkan, Sergio Vega ditembak ketika memandu kereta Cadillac merahnya dalam perjalanan ke Sinola untuk satu persembahan konsert. Penyanyi berusia 40 tahun itu baru-baru ini, melaporkan dia meningkatkan kawalan keselamatan selepas beberapa penyanyi Mexico mati dibunuh.

Dalam kenyataannya di laman web hiburan La Oreja mengenai gosip kematiannya akibat dibunuh, Vega mengatakan,” Hal itu sering diperkatakan sejak dulu lagi, ada orang melaporkan di stesen radio atau surat khabar mengenai saya mati dibunuh atau mengalami kemalangan. “Kemudian saya terpaksa menelefon ibu yang menghidap sakit jantung supaya dia tidak terkejut mendengar gosip mengenai saya itu,” ujarnya bercanda.


Vega yang lebih dikenali sebagai El Shaka gagal mengawal kenderaannya selepas tembakan dan mengalami kemalangan, lapor akhbar El Debate. Pembunuh itu kemudian menghampiri kenderaan Vega dan menamatkan riwayatnya dengan menembak kepala dan dadanya.

Vega banyak membawakan genre muzik Grupero yang memuja kehidupan bangsawan dadah.

Polis melaporkan pemuzik Grupero sering menjadi sasaran musuh geng dadah.

Penyanyi Grupero, Sergio Gomez dan K-Paz de la Sierra juga mati dibunuh pada 2007 selain enam lagi turut menjadi mangsa sejak enam bulan lalu. Pengurus Vega, Ana Luisa Gomez memberitahu dalam laman Twitter: “Sahabatku Shaka kini di syurga dan bersama Tuhan.” - Agensi 

source: metro

Video lucah di studio latihan

JAKARTA: Ekoran isu video lucah Ariel, polis menyerbu dan menggeledah studio latihan kumpulan muzik Peterpan di Bandung dan menemui komputer yang mengandungi rakaman video lucah berkenaan, semalam.

“Polis menggeledah studio latihan kumpulan Peterpan dan menyita dua komputer yang mengandungi rakaman video berkenaan,” ujar Komander Polis, Beny Ganda Sujana. Walaupun penahanan Ariel mendapat kritikan banyak pihak, Beny tetap mempertahan tindakan anggotanya dan menjelaskan Ariel memang patut ditahan.


“Ariel kini menjadi suspek utama kerana disyaki melakukan rakaman video itu,” jelas Beny. - Agensi 

source: metro

28 Jun 2010

Rakan-rakan doakan Ariel bertaubat

JAKARTA - Berpuluh-puluh orang peminat penyanyi terkenal Indonesia, Ariel berdoa supaya dia bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya ekoran skandal video seks melibatkan dirinya dengan dua wanita mirip pengacara popular Cut Tari dan Luna Maya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham kini ditahan polis di sebuah pejabat polis di sini atas dakwaan sebagai suspek dalam kes penyebaran klip video seks itu.


"Kami berdoa supaya Ariel akan kembali ke jalan yang benar. Nama pun manusia, pasti ada salahnya," kata salah seorang peminatnya, Uji ketika ditemui di Muzium Nasional, Jakarta.

Menurut Uji, mereka juga berdoa agar Ariel akan kembali aktif dalam industri muzik.

Para peminat band Peterpan mengenali Ariel melalui lagu-lagunya.

Walaupun kecewa apabila mengetahui Ariel ditahan polis, mereka tetap menyokong kekasih Luna Maya tersebut.

Source: kosmo

Pos gambar Bogel dalam Twitter

LOS ANGELES - Pemenang program realiti televisyen, America's Next Top Model yang pertama, Adrianne Curry menyiarkan beberapa gambar termasuk dalam keadaan bogel di laman Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar di dalam bilik mandi itu menunjukkan tubuhnya yang hanya ditutupi oleh buih sabun dengan kedudukan sedikit mengiring.

Model terkenal berusia 27 tahun itu telah berkahwin dengan pelakon siri televisyen The Brady Bunch, Christopher Knight dalam satu majlis perkahwinan pada tahun 2006.

Di bawah gambar itu mengandungi mesej: "Saya sentiasa berpegang kepada janji."

Adrianne dikatakan sangat gemar menggunakan Twitter. Sebelum ini, dia pernah menghantar gambar kurang senonoh ketika bermain permainan World Of Warcraft. - Agensi 

source: kosmo

Bilionair Rusia bayar Lady Gaga

LONDON - Seorang bilionair dari Rusia sanggup membayar sebanyak AS$1 juta (RM3.25 juta) semata-mata mahu berlakon dalam satu klip video penyanyi yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilionair itu hanya dikenali sebagai Arkady, berusia 30 tahun dan merupakan peminat fanatik penyanyi tersebut. Dia tampil dalam klip video Lady Gaga, Alejandro.

Menurut satu laporan, Arkady begitu terdesak untuk muncul dalam klip video yang berdurasi selama sembilan minit itu. Dalam satu adegan video tersebut, Arkady dilihat merenung sebelum menanggalkan topinya dan mendekati Gaga.

Menyentuh mengenai penglibatannya itu, dia berkata: "Ya, saya memang turut serta dalam penggambaran video klip itu. Tetapi saya tidak boleh memberi sebarang maklumat kerana sebab-sebab tertentu," kata Arkady kepada agensi media Rusia, Life News

Lady Gaga pula dikatakan enggan memberi komen mengenai kebolehan Arkady.

source: kosmo

27 Jun 2010

Coli Cut Tari jadi bahan bukti

JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel.

“Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan.

Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks.


“Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan,” katanya.

Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini.

Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya.

Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.

Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya.

Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang,” katanya.

Sementara itu, kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu.

“Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak,” kata aktivis badan itu. - Agensi

source:metro

26 Jun 2010

Luna Maya lafaz cinta untuk Ariel

JAKARTA - Ketika bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali dengan panggilan Ariel ditahan di sebuah balai polis di sini kerana skandal klip video lucah, kekasihnya, aktres Luna Maya  sempat memberikan sokongan kepadanya di laman web Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam laman tersebut, Luna menulis mesej sokongannya dalam bahasa Inggeris yang menyatakan dia menyintai Ariel dan berharap Allah memberkati kekasihnya itu.

Aktres berkenaan menulis ungkapan cinta itu selepas dia menjalani pemeriksaan fizikal termasuk gigi yang dilakukan polis terhadap dirinya kelmarin di sebuah hospital polis di Kramat Jati, Jakarta Timur.


Selain Luna, barisan selebriti Indonesia yang diketuai Ahmad Dhani turut memberikan sokongan moral kepada Ariel dengan datang beramai-ramai ke ibu pejabat polis tempat dia ditahan.

"Kami cuma melawat, untuk memberi sokongan moral supaya (Ariel) tabah," kata Dhani di ibu pejabat polis Jakarta Selatan semalam.

Selain Dhani, selebriti lain yang hadir termasuk Mulan, Titiek Puspa, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia, Yovie Widianto, Sys Ns dan Camelia Malik serta pengurus Ariel-Luna Maya, Vitalia Ramona.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariel yang merupakan suspek berhubung penyebaran klip video seks yang pelakunya mirip dirinya, Luna Maya dan pengacara, Cut Tari menegaskan dia tidak mengaku salah semasa ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, polis menyatakan, pengakuan bersalah duda satu anak itu tidak terlalu penting.

"Sekiranya kami tidak memperoleh pengakuan itu, kami boleh mencari bukti daripada saksi-saksi dan penemuan lain,'' kata seorang pegawai polis, Marwoto Soeto.

Selang dua hari Ariel berada dalam tahanan polis, gambar dia bersama tahanan-tahanan lain disiarkan media Indonesia semalam. Gambar tersebut menunjukkan Ariel kelihatan akrab ketika bersama 10 tahanan lain.

Dalam gambar itu, dia yang memakai baju putih dengan berseluar pendek hitam tersenyum ketika dipeluk salah seorang tahanan di pejabat polis itu. - Agensi

source: kosmo

Maya Karin mohon sah nikah

KUALA LUMPUR - Setelah hampir dua tahun berkahwin dan dihambat kontroversi keretakan rumah tangga, pelakon dan pengacara Maya Karin muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bersama suaminya, Muhammad Ali dipercayai bagi mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Itali.

Maya Karin, 31, dan peguam syarie, Norhusniah Husin yang mewakilinya hadir di mahkamah pada pukul 2 petang dan terus memasuki kamar Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.


Ini disusuli dengan ketibaan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose, 41, bagi menghadiri prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Setelah berada di dalam kamar mahkamah selama 45 minit, Muhammad Ali keluar diikuti Maya Karin, 15 minit kemudian.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak enggan melayani pertanyaan puluhan wartawan yang sudah menunggu di mahkamah sejak pagi lagi.

Biarpun diasak dengan pertanyaan berhubung kehadiran mereka berdua ke mahkamah, Muhammad Ali tetap enggan memberi komen dan mahu soalan itu ditanya kepada Maya.

"You just ask Maya, no comment, (Awak tanya Maya, tiada komen)," katanya. Guru Matematik di sekolah antarabangsa itu sempat memberitahu: "No divorce" (tiada perceraian).

Sementara Maya juga enggan mengulas sebaliknya memohon maaf kepada wartawan kerana tidak boleh menjawab sebarang soalan mereka.

source: kosmo

Rosyam 'sakit jiwa' dituduh penipu

PETALING JAYA - "Jiwa saya kacau, emak menangis dan orang asyik tanya kepada isteri sampai tak tahu hendak letak muka di mana."

Demikian luahan produser dan pelakon terkenal, Rosyam Nor, 43, yang mengalami tekanan selepas dituduh menipu pelanggan dalam pelaburan perniagaan jualan langsung (MLM) di bawah syarikat Power Impian International Sdn. Bhd. yang menggunakan Rosyam Nor Group (RNG) sebagai jenama untuk menarik rangkaian ahli baru.


"Saya gelak dalam tangisan sekarang. Saya sudah berhabis duit sebanyak RM300,000 daripada hasil berlakon semata-mata hendak membabitkan diri dalam perniagaan ini sambil membantu orang lain tetapi kena juga fitnah.

"Barangkali timbul perasaan tidak puas hati daripada orang tertentu kerana kejayaan saya mengumpul 3,000 ahli di bawah saya selepas melibatkan diri pada April lalu," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Hotel One World di sini semalam.

source: kosmo

24 Jun 2010

Lady Gaga makin seram

LOS ANGELES - Keanehan Lady Gaga tidak mengenal batasan. terbaru, penyanyi berkenaan mahu berkongsi pentas dengan mayat supaya konsertnya tampil lebih unik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bergabung tenaga dengan pengawet dan pengumpul mayat terkenal, Gunther Von Hagens bagi menyeramkan lagi suasana konsert jelajah Monster Ball, Lady Gaga sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyimbah 'darah' sebagai hiasan latar konsertnya.


Kini, dia mahu pengawet mayat tersebut mereka set untuk konsertnya di Las Vegas pada Mac tahun depan.

"Dia (Lady Gaga) terpesona dengan kerjaya dan kehidupan Gunther. Lelaki itu membesar di Jerman, negara yang disukainya," kata seorang rakan penyanyi itu.

"Tambahan pula, idea sebegitu belum pernah dicuba sebelum ini. Ia akan memberi keunikan pada konsert jelajah Lady Gaga kali ini," tambahnya.

Lady Gaga, 24, atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta popular menerusi lagu-lagu seperti Just Dance dan Poker Face. - Agensi

sorce: kosmo

Polis mahu tahan Luna Maya

JAKARTA 23 Jun - Polis Indonesia mahu 'menahan' dua bintang televisyen wanita yang didakwa terlibat dalam skandal seks dengan vokalis Peterpan, Ariel, berikutan ancaman kumpulan tertentu yang akan berbuat demikian jika pihak berkuasa berdiam diri.

Walaupun sepatutnya polis mengawal kediaman mereka atau menangkap individu yang membuat ancaman tersebut, polis berkata mereka akan menahan Luna Maya, 29, dan Cut Tari, 32, untuk 'keselamatan diri mereka sendiri'.

''Alasannya bukan sekadar untuk menahan mereka tetapi juga melindungi mereka daripada kumpulan-kumpulan yang marah terhadap skandal itu,'' kata ketua detektif, Ito Sumardi.


Kedua-dua mereka, yang merupakan model dan penyampai televisyen, didakwa sebagai pasangan Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Ariel, 28, dalam video seks yang dirakam sendiri.

Ariel menyerah diri kepada polis semalam, dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun jika didapati bersalah melanggar akta anti-pornografi 2008. Dia menafikan dirinya memuat naik video itu ke Internet.

Video tersebut telah tersebar luas kepada 40 juta pengguna Internet di Indonesia, mengundang perdebatan mengenai kebebasan Internet dan seruan supaya kawalan lebih ketat ke atas teknologi maklumat di negara paling ramai umat Islam itu.

Kontroversi itu memuncak semalam apabila kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berarak di tengah Jakarta menuntut supaya mereka disebat di khalayak ramai atau direjam sampai mati kerana berzina.

Hari ini, sebuah kumpulan Barisan Pertahanan Islam yang diketahui pernah menyerang golongan liberal, pondan dan kelab malam, mengancam untuk menyerang Maya dan Tari jika mereka tidak ditangkap dalam tempoh tiga hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...