Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Rumah Dr Teo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Dr Teo. Papar semua catatan

04 Januari 2011

Krisis PKR Apabila Kawan Baru Bian Menjadi Lawan?

Baru Bian
  Kecoh orang kuat PKR apabila pasukan Baru Bian diserang kawan sendiri.  PKR sehinggakan terpaksa 'berjaja janji' untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Sarawak. 

Khabarnya pasukan Baru Bian dah mati kutu kiranya untuk meraih semula kepercayaan rakyat Sarawak.  Orang kuat PKR bekas kawan Baru Bian kini menjadi lawan yang paling sengit untuk merebut kerusi Ketua Menteri Sarawak yang diidamkan oleh Baru Bian.

Mereka ini mungkin juga akan berganding bahu dengan parti KITA untuk mengacam kedudukan PKR Sarawak yang semakin busuk.? Hal ini mungkin bermula dengan hadirnya Anwar Ibrahim, Mat Sabu ke rumah agam Dr Teo di Miri?  Segelintir tangan yang sejak dulu lagi sudah menganyam politik pembangkang Sarawak tidak kelihatan pun untuk turun padang meneruskan laungan PKR ke segenap pelusuk Sarawak.  Ke mana hilangnya mereka ini?

Selepas itu semakin ramai ahli PKR terbabas dan kembali ke pangkal jalan.  PKR mula disingkir di Sarawak satu-persatu dan setelah pilihan raya PKR semakin ramai yang terjun dari kapal PKR untuk mencari arah baru?

Siapakah musuh utama Baru Bian ini silalah ke blog di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
  1. Melanau Blogger
  2. Rajahmas 
  3. Gan Eng

24 Oktober 2010

Kenapa Pakatan Rakyat kibar bendera PAS dan DAP di Miri?

Di sebalik kelambu PKR

 23 Oktober 2010 Sabtu.

MIRI - Setelah selesai melancarkan jentera pakatan rakyat dan mengutip sumbangan, Anwar telah meminta golongan remaja untuk berdialog dengannya.  Mereka yang dipilih rata-rata pemuda belasan tahun. Apa agaknya hendak dibincangkan oleh Anwar dengan remaja lelaki ini?  Memang sah otak kuning!! Kita tak cakap pun korang dah pandai buat persepsi. 


Ada juga golongan kaum wanita yang ingin turut serta untuk berdialog dengan Anwar tetapi tidak diendahkan.   Sebaliknya mereka disuruh beredar ke khemah lain.  Sementara itu, giolongan wanita Orang Ulu dibenarkan unutk berjumpa dengan Ahmad Sabu. Adakah disebabkan ahli  yang hadir semua tidak mengetahui mengenai latar belakang Anwar dan Ahmad Sabu. atau sengaja diupah untuk memeriahkan sambutan  Ada juga yang pelik disebabkan dalam sejarah politik, Ahnad Sabu yang menggelarkan Anwar al juburi suatu ketika dahulu? Kenapa kini sudah berubah cita rasa?

Mereka yang hadir turut digesa untuk mengisi borang memo untuk memantau masalah di Sarawak. Pakatan Rakyat juga berjanji melalui perwakilan mereka untuk menyuarakan memo-memo ini kepada Perdana Menteri.  Terdapat golongan yang merungut kerana tidak faham tulisan Cina.

Beginikah persediaan DAP sebagai tuan rumah?  Kalau sudah menjemput tetamu kenapa tidak melayan seperti tuan rumah yang elok?  Apa salahnya mencetak dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris kerana rata-rata yang hadir faham bahasa selain daripada bahasa Cina.  Mungkin upah mereka ini lebih murah daripada mengupah ahli DAP yang sentiasa mahukan sesuatu daripada setiap perbuatan mereka?


Khabarnya juga mereka ini diupah untuk membuat persembahan sempena menyambut kedatangan Anwar ke Miri.  Ada juga yang merungut kerana tidak diberikan makanan setelah selesai persembahan.  Pada masa yang sama Ahnad Sabu yang baru sahaja elancarkan kutipan wang sumbangan daripada ahli pakatan rakyat.  Ada yang bermasam muka kerana mereka diupah untuk datang dan sekarang terpaksa pula untuk menyumbangkan kembali wang tersebut untuk membantu Galas dan Batu Sapi.  Beginikah cara pentadbiran mereka? 

Kalau Dr Teo yang mampu memiliki rumah sebesar mahligai, kenapa pula rakyat yang hadir diminta menghulurkan sumbangan?  Ke manakah hasill pasir di Selangor?  Adakah sudah digunakan untuk kemewahan ketua-ketua PR?   Berapa agaknya kos membina rumah seperti Dr Teo ini?



Tidak lama selepas itu datang sebuah kereta mewah yang popular di Eropah dan barat ,milik pemimpin pakatan rakyat, hadir untuk berjumpa Anwar dan Ahmad Sabu.  Agaknya kalau kereta ini disumbangkan ke dalam tabung maka cukuplah belanjawan mereka untuk berkempen di Galas dan Batu Sapi.  Hanya Ahmad Sabu yang beriya-iya untuk mengemis wang rakyat kerana PAS akan berhentam di Galas yang kononnya sewa rumah telah melonjak naik disebabkan PRK.   Inilah gambar kereta , memewah yang patut disumbangkan untuk memenangi pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.  


Penduduk di sekitar Jalan Tanjong apabila ditanya kenapa tidak menyertai perlancaran jentera pakatan rakyat, menjawab dengar nama Anwar mereka lari lintang-pukang.  

Sebelum ini kita dengar berlaku semasa Azmin Ali tiba di Kota Samarahan beberapa hari yang lepas, sekarang ini terjadi pula apabila Anwar tiba di Miri. 

Patutlah bendera PAS yang dikibarkan supaya penduduk Jalan Tanjong berani keluar untuk menyertai perlancaran jentera pakatan rakyat tersebut.  Kalau bendera PKR nescaya tiada siapa yang berani masuk ke kawasan rumah Dr Teo sebab takut dijuburi.

PKR Anwar dan PAS Ahmad Sabu dikelentong DAP Miri

Ke Mana Pergi 10000 Penyokong PKR di Miri?

MIRI- Pemimpin Majlis Tertinggi PR semua menanti dengan penuh kesabaran ke mana perginya penyokong kuat mereka? Dr Teo menjanjikan 10000 kehadiran penuh untuk menyambut kedatangan Anwar Ibrahim dan Ahmad Sabu di Miri.  Ia sempena Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat dan memohon bantuan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil di Sabah dan di Kelantan.  


Kehadiran cuma 300 orang merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Anwar dan Ahmad Sabu.  Mungkin penyokong PR yang lain telah sedar setelah melihat perubahan yang tidak membawa kemajuan di Selangor, Penang dan Sibu.  Ini membuatkan mereka tidak berminat untuk menyokong PR yang menipu rakyat.

Lagu mahukan perubahan berkumandang tetapi adakah perubahan ke arah kemajuan yang dijanjikan apabila bersama PR?  Perubahan yang boleh membawa maksud ke arah kemajuan dan juga perubahan ke arah kemunduran seperti yang telah dijanjikan di Sibu? 

Ahmad Sabu dengan bangganya memberitahu mereka yang hadir bahawa tabung kutipan untuk menghadapi pilihan raya sedang diedarkan.  Ke manakah perginya duit pasir dan duit judi mereka?  Begitu tamak mereka ini sehingga sanggup lagi menipu rakyat Sarawak yang hadir bahawa mereka memerlukan dana.  



Kononnya dia berjaya mengekalkan kerusi beliau hanya berbekalkan RM70 sahaja hasil kutipan daripada ahli-ahli PR.  Tabung pungutan diedarkan untuk mengutip bantuan bagi menghadapi PRK di Sabah dan Kelantan. Kalaulah betul RM70, dapatkah 'maintain' pipi sedemikian?

Anwar Ibrahim berucap dengan isu yang sama antaranya naik teksi nak pergi Putrajaya, nasib baik tak bagitau dia ikut Din Puduraya.  Dia juga nak kumpul masalah orang Sarawak untuk dibentangkan di Parlimen kelak.  Agaknya Anwar tidak sedar borang yang diedarkan dalam bahasa Cina sahaja.  Kesian mereka ini entah apa yang hendak ditulis, agaknya nak mintak tukar borang di bawah ke dalam bahasa Melayu atau bahasa yang boleh dibaca.


Inikah pakatan rakyat di mana keistimewaan bumiputera akan disama ratakan dengan menggunakan bahasa Cina selari dengan negara China yang jauh lebih banyak penduduknya di seluruh dunia?  Atau Anwar sedar orang Cina yang banyak tidak puas hati di Malaysia dan borang ini untuk mereka mengemukakan masalah kepada hero baru perubahan?

MP agak terkejut apabila terdengar ada penyokong kuat yang hadir terkejut apabila Ketua Menteri tidak hadir.  Tentunya mereka telah ditipu oleh PR atau yang dimaksudkan Ketua Menteri oleh PR adalah DAP - Chong Chien Jen dan Ketua Menteri PKR - Baru Bian?


Begitu banyak penipuan dan pembohongan di majlis tersebut sehinggakan MP tidak sanggup mendengar penipuan demi penipuan lain yang dikemukakan.  MP hanya mampu berfikir sejenak.  Kalau Anwar mahukan perubahan, dia sendiri patut menyedari penipuan tidak akan memberi hasil yang lama. 

Jangan hanya pandai menyalak sahaja, lakukanlah sesuatu.  Gunakanlah kuasa yang diberikan untuk membaikpulih tahap kehidupan Rakyat dan jangan cuma omongan kosong.  Rakyat Sarawak sudah sedar pakatan rakyat tidak tulus dan murni, mereka hanya akan menjadi boneka DAP.  Tunggulah sampai tahun depan, bukannya nak bertambah bilangan keahlian malah semakin menurun bilangan mereka.  Mereka yang masih menanti akan terus menanti.


Menanti bersama untuk perubahan ke arah kemajuan?


23 Oktober 2010

Ahmad Sabu Pesan Jangan Lawan Barisan Nasional!!!

MIRI-Kenapa Ahmad Sabu bercakap demikian?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...