Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Abdul Aziz Adenan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abdul Aziz Adenan. Papar semua catatan

15 November 2010

Kempen Perang Siber di Sarawak



KUCHING – Pilihanraya Umum Sarawak dijangka akan menerima impak maksima dari segi peperangan siber di antara ahli siber pro-kerajaan dan pro-pembangkang. 

Ketua Pemuda Penerangan Bahagian Unit Media Baru (UMB) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau kini bekerjasama dengan Unit Media Baru (UMB) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menampilkan strategi yang mantap bagi memasuki medan perang siber menjelang Pilihanraya Umum Sarawak. Mereka akan membawa kepakaran yang lebih agresif dalam menangani isu pihak lawan yang tidak berasas dan kebanyakannya tidak mengandungi fakta yang kukuh. 

“Pengkhususan dalam gerak kerja akan dikoordinasikan dalam penghasilan maklumat yang tepat dan jitu untuk menangani pihak lawan di peringkat negara yang berorientasikan keadaan ekonomi atau pembangunan di Sarawak. Maklumat ini akan dijelaskan dengan tulus dan sewajarnya dengan perang siber di semua peringkat akar umbi hingga ke peringkat negeri, “ kata Tun Faisal kepada pihak media setelah menghadiri Mesyuarat Bersama UMB – UMNO dan UMB BN Sarawak semalam. 

“Kita hendaklah dapat menjelaskan isu semasa dan berupaya untuk menghantar maklumat dengan pantas kepada rakyat di semua lapisan masyarakat supaya mereka tidak mudah ditipu atau dibayangi oleh perasaan khuatir semasa berdepan dengan isu-isu yang hangat. UMB juga berperanan untuk menangkis tohmahan dan tuduhan pihak pembangkang yang tidak berasas demi memenangi pilihanraya di Sarawak kelak. UMNO akan turun padang membantu PBB dan Barisan Nasional Sarawak terutama sekali dalam menengani isu-isu di Sarawak seperti isu masyarakat Penan,” tambah Tun Faisal lagi. 

Pilihanraya Umum Mac 2008 telah memberi pengajaran yang bermakna kepada parti komponen Barisan Nasional untuk berhadapan dengan perang siber dan menangkis serangan dalam kempen perang siber. 

Abdul Aziz, Ketua Penerangan Pemuda PBB, menambah bahawa antara strategi yang akan digunakan adalah untuk menjawab isu yang dilambung tanpa mengenakan serangan peribadi kepada pihak lawan. 

Kemudiannya berlangsung majlis penyerahan membantu mangsa banjir di Kedah. PBB yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili,  menyerahkan 900 pasang baju kurung dan baju Melayu yang diwakil oleh Tun Faisal untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah sebagai membantu mereka untuk mengurangkan beban setelah banjir surut. Ini juga merupakan tanggungjawab sosial demi membantu saudara-saudara yang mengalami bencana alam di Kedah.


26 Ogos 2010

Pemuda PBB mahu Taib kekal memimpin

Utusan Borneo

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyatakan pendirian mahu Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal memimpin negeri ini.  
KEKAL: Abdul Aziz menunjukkan akhbar Utusan Borneo berhubung hasrat Taib dan mahu beliau kekal memimpin.
KEKAL: Abdul Aziz menunjukkan akhbar Utusan Borneo berhubung hasrat Taib dan mahu beliau kekal memimpin.

Ketua Penerangan Sayap Pemuda PBB Abdul Aziz Adenan berkata sayap pemuda mahu Taib yang presiden parti itu turut bertanding mempertahankan kerusi Baligian dalam pilihan raya negeri akan datang.  


“Setelah bermesyuarat tadi, yang dihadiri sepuluh orang Exco Pemuda PBB dari seluruh cawangan, kami sebulat suara mahu Pehin Sri kekal memimpin kami (parti) juga negeri ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.  Katanya, mereka mahu Pehin Sri Taib kekal memandangkan beliau seorang pemimpin yang berpengalaman serta terbukti mampu menyatupadukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selasa lepas Taib yang ditemui memberitahu media beliau sedia berudur jika itu yang dimahukan rakyat.
Taib yang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pada 2006 beliau pernah menyatakan hasrat yang sama tetapi tidak hasratnya itu dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.  

mukapetang: Syukurlah masih ada yang ingat perjuangan Pehin Sri untuk membawa Sarawak ke arah kemajuan yang setanding dengan negara lain.  Nama Sarawak kini sudah mula dikenali di luar negara berkat kepimpinan Pehin Sri yang berkarisma dan berkaliber.  Semoga Pehin Sri tetap memimpin dan menerajui pucuk kepimpinan PBB dalam menempuhi PRU Sarawak.

18 Ogos 2010

Unit Media Baru (UMB) Pemuda PBB Anjur Pertandingan Facebook

Kuching: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menganjurkan pertandingan dalam rangkaian media sosial Facebook (Facebook) bulan depan untuk mendorong Pemuda PBB cawangan agar menggunakan segala rangkaian media sosial yang ada untuk menjalankan kegiatan mereka.


Ketua Penerangan Pemuda PBB Saudara Adenan Abdul Aziz berkata keputusan untuk mengadakan acara yang julung-julung kali diadakan seperti ini adalah tepat pada masanya terutama sekali dengan bertambahnya minat ahli pemuda PBB dalam Facebook serta berharap dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengaktifkan lagi aktiviti serta memperatkan hubungan di antara cawangan parti pada amnya.


Ketua Penerangan Pemuda PBB Negeri Sarawak  - Sdr Abdul Aziz Adenan

"Pemuda Parti begitu teruja melihat bertambahan pengguna PBB dari peringkat Pemuda ke Kaum Bapa dalam Facebook. Hal ini merupakan perkembangan yang sihat kerana menunjukkan bahawa ahli PBB telah bersama menyertai rangkaian media sosial pada tahap ranting mahupun cawangan."

"Kami di Unit Media Baru ingin mendorong dan meningkatkan lagi penggunaan rangkaian media sosial ini dengan menganjurkan pertandingan dalam Facebook. Antara hadiah yang diperuntukkan kepada para pemenang kelak adalah seperti komputer riba , perakam media digital dan kamera digital, "katanya lagi, "UMB berasa bangga untuk menganjurkan pertandingan Facebook ini kepada ahli PBB."
 
Maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini dapat diperolehi dengan mendaftar sebagai rakan Facebook UMB PBB. Hari terakhir untuk mendaftar dalam pertandingan tersebut ialah pada 1hb September 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...