EKORAN DARI PERTENGKARAN DI ATAS..............
|
Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video pertengkaran beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.
Mohd. Nor membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.
Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.
"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.
"Saya tidak buat apa-apa pun pada Nik Aziz, saya cuma mahu dia jelaskan kenapa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi kenapa ancam keselamatan saya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' itu meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.
Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.
Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.
Sementara itu, Mohd. Nor yang juga bekas Ahli Dewan Ulama Pas berkata, perjuangan Pas telah berubah berbanding asas penubuhannya yang mencari keredaan Allah kepada perjuangan untuk kemenangan pada pilihan raya.
Perjuangan Pas sekarang hanya mengejar pangkat dan harta, bertopengkan Islam, berkubukan demokrasi supaya mencapai hasrat nafsunya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.
Disebabkan itu, jelasnya, pakatan Pas dengan mana-mana parti tidak kekal lama kerana ia hanya mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya menegakkan Islam berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tunjang dan wujud perjanjian seperti Piagam Madinah.
"MCA dan MIC sudah buat perjanjian dengan UMNO iaitu menerusi kontrak sosial, malah UMNO menjadi pemimpin dalam pakatan itu dari dulu sehingga sekarang. Tidak seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu siapa ketuanya tetapi Pas lebih banyak ikut cakap DAP," katanya.
SUMBER DARI KLIK SINI
alehkayong BERPENDAPAT AHLAK MULIA YANG PATUT KITA CONTOHI ADALAH AHLAK RASULULLAH SAW , salah sebuah sirah menceritakan lebih kurang SEMASA DILONTARKAN BATU-BATU BERTUBI-TUBI OLEH KAUM DARI TAIF sejaUH beberapa batu ,DIMANA KETIKA ITU KAUM TAIF BELUM MENDAPAT HIDAYAH ISLAM LAGI , sedikit kemarahan tidak timbul dalam hati baginda namum baginda mendoakan kesejahteraan dan hidayat kepada kaum yang menyeksa baginda BUKAN KEMUSNAHAN DAN KECELAKAAN KAUM TERSEBUT.wallahualam
teruk beno orang kita ni berpolitik yea
BalasPadammacam budak2 gaduh...,1st aku dengar MB kena maki...
BalasPadamburuk perangai isss mintak simpang malaikat dari berjumpa dengan orang tua tu ... masyaallah ...
BalasPadamsalam ak,
BalasPadambegitulah ajaran yg ditarbiahkan oleh tok guru n.ajis berpuluh2 tahun hingga pengikut2nya menjadi amat2 taksub dgn propa tok guru mrk & anggap dia sebagai 'the untouchable' kerana siapa2 yg mempertikaikan apa saja yg tok guru kata & buat akan dianggap musuh pas sedangkan pas bukan Islam & Islam bukan pas. pas hanyalah parti yg kononnya memperjuangkan Islam tetapi apa yg mrk lakukan sehingga kini semakin jauh menyimpang dari ajaran Islam terutamanya bila mengizinkan kesucian Islam diinjak2 oleh sekutu mrk dlm pr iaitu dap yg terang2 menentang penubuhan kerajaan Islam.
Islam tidak pernah mengajar umatnya mendewa & menyembah manusia. Allah SWT melarang nabi Muhammad SAW disembah kerana Nabi hanyalah pesuruh Allah & juga adalah makhluk Allah. tetapi melalui pesuruhnNya Allah SWT menurunkan wahyu supaya Rasulullah menyampaikan ajran kpd manusia supaya menyembah & mengagungkan hanya Allah SWT bukannya manusia, apatah lagi manusia yg mentafsir ayat2 Allah sesuka hatinya.
bacalah & dengarlah dgn matahati kata2, ceramah2, fatwa2 n.ajis yg selama ini bertukar2 mengikut suasana. dengarlah pula apa kata mrk yg ada ilmu agama bila bercakap tentang tok guru ni terutamanya mrk yg kenal dgnnya terlebih dulu dari yg muda2, celik2 mata nampak tok guru & bulan berlatar hijau itu shj. buka minda. ayat2 Allah bukan hanya utk menempelak orang yg bukan ahli pas sahaja tetapi perlu dibaca secara menyeluruh utk semua umat islam di muka bumi ini!...
namun ahli2 pas terutamanya yg taksub, terkagum & telah bertaklid dgn n.ajis seakan2 tidak dapat membezakan antara Nabi pesuruh Allah dgn insan yg menggelarkan dirinya 'Tuk Guru' ni. apa saja yg tuk guru ni perkatakan, perjuangkan disamakan dgn perjuangan Nabi SAW padahal kelakuan, tuturkata & amalan n.ajis jauh bertentangan dgn peribadi Nabi SAW...
ketaksuban kpd n.ajis menjadikan dia semakin bongkak, tidak boleh diajak berbincang & menganggap hanya dia yg benar, orang lain semuanya salah, walaupun banyak perkara yg tok guru ni kata & buat telah menyimpang dari ajaran sebenar.
jika dikatakan ajaran pas benar2 ajaran Islam & jika tidak menjadi ahli pas bermakna tidak Islam, jika tidak menyokong tok guru tidak boleh masuk syurga, apa hal dgn orang Islam di negara2 lain yg tahu mengenai slogan pas, wajibkah mrk menjadi ahli pas utk sama2 mendapat keberkatan tok guru pas ni?
inilah yg menjadi kemusykilan kpd teman fb aku yg berada di UK bila dia tanya betulka di malaysia ni, kalau tak mengundi pas tidak Islam, tidak menyokong pas tidak dapat masuk syurga? dia keliru kerana katanya dia dah cari dalam AlQuran tapi tidak berjumpa satu ayatpun yg menunjukkan pas itu Islam..apa nak jawab? perjuangannya utk Islam? dah berapa banyak manusia diluar sana yg pas dapat tarik sebagai sahabat yg memahami apa yg pas cita-citakan? pas bukanlah seperti yg mrk gambarkan, seperti sebuah pertubuhan yg mampu menepis segala kekalutan umat Islam diseluruh dunia hadapi sedangkan ahli2 pas yg ekstrim tak dapat pas lembutkan. aku yakin jika teman aku tadi dapat mengenali ahli2 pas dari dekat dia akan terkejut berok kerana apa yg dia baca dgn dia akan alami adalah dua perkara yg amat jauh berbeza...
mimpi kerajaan Islam pas tak mungkin terjadi selagi pas bersekongkol dgn kafir harbi...