Dah pasti ada yang akan kata saya rasis selepas ini, walau pun tidak ada sebesar debu sekali pun niat begitu.
Tetapi, atas nama kasih sayang, atas nama perpaduan, atas nama keharmonian yang menjadi amalan rakyat Sarawak selama ini saya rasa terpanggil untuk menimbulkan persoalan ini.
Sebelum itu mari baca petikan kenyataan yang dipaparkan dalam blog Dayakbaru:
"PBB made Sarawak focus on Malay Agenda.You can see that the Malay are the more successful “businessmen” compared to other bumiputera in Sarawak through cronyism and political influence. The Malay in Sarawak also have great difficulty in accepting a Malay leader outside of PBB. This is because the Malay enjoy their best progress under PBB till now. UMNO work very closely with PBB on religious matters and also dominating the civil service. They also the biggest share of the government “affirmative action”on NEP.
It is UMNO /PBB Malay strategy to keep Tan Sri Jabu around as long as possible because Jabu understood the Malay Agenda and is willing to support it by silencing the Dayak members. This will continue to ensure that the Malay will make big economic progress.
Dan kenyataan ini:
"Why we Dayak must stop supporting PBB?
The PBB Dayak are the more successful group of Dayak businessmen because of their role in suppressing other Dayak. This is the only good side of supporting the Malay Agenda. But why do PBB need to supress and deprive other Dayak of opportunities and economic progress?
Most PBB Dayak do not know that they are being made used of. I do not need to dwell in history but facts shows that PBB Dayak destroy the unity of Dayak to this day. PBB Dayak continue their practice of selling the Dayak into Malay agenda hands."
Ironinya, kenyataan ini ditulis oleh Kee Thuan Chye - Malaysiakini.
Apakah maksud kenyataan seperti ini? Tidakkah ia berniat untuk menghasut kaum Dayak agar berprasangka dengan kaum Melayu/Melanau? Tidakkah ia berniat untuk menyemai benih kebencian Dayak terhadap Melayu/Melanau? Tidakah ia secara tidak langsung berniat untuk menyemai benih yang sama di kalangan Melayu/ Melanau terhadap Dayak? Dan, persoalan besar mengapa perkara seperti ini dicetuskan oleh seorang penulis keturunan Cina? Apakah ada agenda tesembunyi selain daripada sekadar untuk meraih undi?Apakah akan ada golongan yang menangguk diair keruh jika berlaku persengketaan antara kaum di Sarawak?
Pada saya, tidak salah membangkitkan sentimen 'Dayakisme' asalkan ia digunakan secara positif untuk membangkitkan kesedaran dan membuka emphaty kaum Dayak terhadap perubahan dan pembangunan. Tetapi mengapa perlu ia dikaitkan secara keji dengan kaum lain. Mengapa perlu menuding jari kepada Melayu/Melanau seolah-olah kaum itu yang menyebabkan kemunduran kaum Dayak? Mengapa perlu memburuk-burukkan kaum lain seolah-olah kaum Malayu/Melanau menindas dan berlaku kejam terhadap kaum Dayak? Inikah konsep "Justice for all" pegangan pembangkang, mengangkat kaum Dayak dengan memijak kepala kaum Melayu/ Melanau?
Sedangkan semenjak merdeka, kaum Melayu / Melanau yang membentuk 27 % daripada keseluruhan penduduk Sarawak tidak pernah mengeksploitasi dan memanipulasi sentimen Melayusime / Melanauisme untuk mendapat kuasa politik. Melayu/Melanau tidak pernah berbangga diri atau menjadi angkuh dengan status sosio-ekonomi mereka kini. Apatah lagi untuk meletakkan diri mereka sebagai tuan dan menganggap kaum lain sebagai hamba. Mereka tidak pernah membicarakan agenda Melayu / Melanau dalam ertikata yang sempit dan negatif. Apatah lagi untuk berlagak seperti Israel di bumi Palestine. Melayu / Melanau tidak pernah melihat latar belakang kaum sebagai sempadan dalam pergaulan. Malah mereka bangga dengan kepelbagaian.
Maka, kepada pihak pembangkang jangan cuba bermain api. Ingat hukum karma! jika kamu menyemai benih yang masam, maka kamu juga akan menuai buah yang masam. Sesungguhnya majoriti daripada rakyat Sarawak tidak akan termakan umpan yang sebusuk itu kerana majoriti daripada rakyat Sarawak cintakan kerharmonian dan kedamaian.
sumber keadilanuntuksarawak.blogspot
27 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan