Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Seksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seksi. Papar semua catatan

03 September 2010

Demi Moore siar gambar seksi

FLORIDA - Pelakon filem Indecent Proposal, Demi Moore, 47, menyiarkan gambar seksinya yang menunjukkan dia memakai bikini di rumah di laman Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Tubuhnya kelihatan lebih langsing berbanding ketika dia berumur 30-an.

Ibu tiga orang cahaya mata itu telah berusaha keras untuk meningkatkan kesihatan diri dalam beberapa bulan ini dan mengamalkan diet yang ketat bersama suaminya, Ashton Kutcher, 32.

Dia telah mengikuti pelan diet Master Cleanse yang melibatkan pengambilan lemon dan sirap maple selama 10 hari.

Antara selebriti lain yang mengikuti pelan diet tersebut ialah aktres Gwyneth Paltrow dan penyanyi Beyonce Knowles

Selain amalan diet tersebut, Moore telah menjalani pembedahan plastik bagi memastikan tubuhnya langsing dengan menelan kos £200,000 (RM800,000 ) - Agensi

source: kosmo

24 Jun 2010

Lady Gaga makin seram

LOS ANGELES - Keanehan Lady Gaga tidak mengenal batasan. terbaru, penyanyi berkenaan mahu berkongsi pentas dengan mayat supaya konsertnya tampil lebih unik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bergabung tenaga dengan pengawet dan pengumpul mayat terkenal, Gunther Von Hagens bagi menyeramkan lagi suasana konsert jelajah Monster Ball, Lady Gaga sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyimbah 'darah' sebagai hiasan latar konsertnya.


Kini, dia mahu pengawet mayat tersebut mereka set untuk konsertnya di Las Vegas pada Mac tahun depan.

"Dia (Lady Gaga) terpesona dengan kerjaya dan kehidupan Gunther. Lelaki itu membesar di Jerman, negara yang disukainya," kata seorang rakan penyanyi itu.

"Tambahan pula, idea sebegitu belum pernah dicuba sebelum ini. Ia akan memberi keunikan pada konsert jelajah Lady Gaga kali ini," tambahnya.

Lady Gaga, 24, atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta popular menerusi lagu-lagu seperti Just Dance dan Poker Face. - Agensi

sorce: kosmo

04 Jun 2010

Pekerja wanita dipecat kerana terlalu seksi

Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Debrahlee Lorenzana memfailkan saman terhadap bank Citigroup kerana dia dipecatnya atas alasan penampilannya yang terlalu menawan dan seksi, lapor sebuah akhbar semalam.

Lorenzana dipecat dari cawangan sebuah bank tersebut di New York selepas diberitahu bahawa pakaian dan bentuk tubuhnya 'terlalu mengganggu' pekerja pejabat yang didominasi oleh kakitangan lelaki.

Dia yang berasal dari Puerto Rico itu pernah diberikan senarai pakaian yang tidak boleh dipakai, termasuk skirt, sut ketat dan kemeja polo.

"Semua pakaian yang saya pakai adalah sama seperti yang dipakai pekerja dalam dunia korporat Amerika.


"Tanggapan mereka (majikan dan pekerja-pekerja lain) terhadap pakaian yang saya pakai amatlah mengecewakan," katanya. Namun, Lorenzana menyatakan dia berhak untuk memakai pakaian yang menjadi pilihannya sendiri.

"Saya dibesarkan dalam budaya Latin. Kami feminin dan wanita di Puerto Rivo pandai berdandan, gemar bersolek dan merias kuku walaupun pun untuk ke pergi ke pasar raya," katanya.

Panel penimbang tara akan membuat keputusan mengenai saman itu.

Satu kenyataan daripada pihak Citigroup menyatakan saman mahkamah itu tidak mempunyai asas dan pihaknya akan mempertahankan diri. - Agensi

source: kosmo

29 Mei 2010

Dicekup menari dalam buih

Sekumpulan lelaki dipercayai beragama Islam yang berseronok dengan pasangan masing-masing sambil menari dalam kolam kecil dipenuhi buih di pusat hiburan di Taman Melaka Raya, ditahan lewat malam kelmarin.

Mereka dipercayai mabuk kerana mengambil minuman keras bagaikan tidak tahu malu menari dengan aksi ghairah dalam kolam itu.

Bagaimanapun, kegiatan melampau dianjurkan pusat hiburan berkenaan dihidu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu premis terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pesta buih berkenaan pada petang kelmarin.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, pesta berkenaan dijangka bermula jam 10 malam dan aktiviti berunsur maksiat itu diiklankan secara terbuka menerusi kain rentang dipasang di pusat hiburan berkenaan.

“Kami menghantar dua anggota bagi menyusup ke premis berkenaan dengan menyamar sebagai pengunjung bagi mendapatkan maklumat.

“Pada dua jam pertama ketika pesta itu dimulakan ia kurang mendapat sambutan, sehinggalah hampir tengah malam barulah pengunjung mula ramai masuk ke dalam kolam disediakan,” katanya.

Rahimin berkata, menerusi risikan diperoleh mendapati kebanyakan pengunjung menari tanpa segan silu bercampur lelaki dengan wanita dan dipercayai mabuk.

Katanya, pengunjung wanita berkenaan berpakaian seksi sehinggakan ada di antaranya seolah-olah seperti bercanda di tepi pantai.

“Setengah jam selepas pesta berkenaan berada pada waktu kemuncak dengan muzik semakin bingit dipasang, Jaim yang turut disertai anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis menyerbu pusat terbabit.

“Serbuan dilakukan di tempat terbuka itu menyebabkan ada antara pengunjung bertempiaran lari dan pihaknya mencekup 16 wanita beragama Islam didapati berpakaian seksi melampau,” katanya.

source: metro

14 Mei 2010

Marilyn Monroe lebih seksi dari Angelina Jolie

Free Image Hosting
DUA aktres Hollywood iaitu Angelina Jolie dan Marilyn Monroe, sama-sama seksi. Namun siapa antara mereka yang lebih seksi? Ternyata Marilyn yang telah meninggal dunia pada usia 48 tahun lebih 'panas' berbanding Jolie. Ini kerana hasil undian dari laman web Fox411, aktres Hollywood dari usia emas sehingga yang muda mendapat pencalonan bagi kategori artis Hollywood paling seksi.

Terdapat 25 aktres yang dicalonkan. Mereka ini dipilih bukan sahaja kerana seksi malah turut dinilai dari segi bakat, kecantikan dan kekuatan masing-masing. Menurut Foxnews, Marilyn menduduki tempat pertama undian tersebut dengan undian 60,000 responden. Undian tersebut berjalan selama seminggu.

Sedangkan Jolie berada pada kedudukan kedua dengan mengutip 9,000 undian. Meskipun begitu, kekasih Brad Pitt itu menjadi satu-satunya aktres masa kini yang tersenarai dalam lima teratas. Selepas Jolie adalah Sophia Loren, Raquel Welch dan Elizabeth Taylor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...