Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan

12 September 2012

Simoi Seru Belia Hayati Maksud Sebenar Kemerdekaan!

Belia sekarang diseru untuk memahami maksud sebenar kemerdekaan.  Bukan setakat untuk melaungkan setiap kali tibanya 31 Ogos setiap tahun.  

Jasa pemimpin terdahulu yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah hendaklah dihayati dengan sepenuh jiwa demi menanam rasa taat kepada pemimpin dan juga menyemai perasaan cintakan kemerdekaan dan setia kepada simbol kemerdekaan iaitu Jalur Gemilang yang berkibar dengan megahnya.  
Hayati erti sebenar kemerdekaan
by Kelvin Lambai. Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu


TERUSKAN USAHA: Simoi (dua kiri) menyampaikan insentif pelajar cemerlang kepada salah seorang guru SK Maludam yang mewakili pelajar sekolah berkenaan sambil diperhatikan oleh Bakthiar (kanan) pada majlis tersebut.

SRI AMAN: Golongan muda hari ini diseru agar menghayati erti sebenar kemerdekaan, bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang serta melaung-laungkan perkataan ‘Merdeka!’

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, generasi muda juga tidak seharusnya lupa akan jasa para pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan negara ini daripada belenggu penjajah.

“Terdapat ramai golongan muda hari ini tidak begitu me-ngetahui sejarah kemerdekaan negara serta para pejuang yang telah banyak berkorban dalam memerdekakan negara kita.

“Bukan setakat itu sahaja, ramai generasi muda sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan perkataan ‘Merdeka!’ hanya untuk suka-suka tanpa menghayati maksud sebenar Hari Kemerdekaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri 2012 di Dewan Sri Budiman, Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam dekat Betong kelmarin.

Simoi berkata, generasi muda seharusnya mengetahui sejarah negara dan mengenang jasa pemimpin terdahulu.

“Semangat cinta dan sayangkan tanah air juga harus ada da-lam diri kita sebagai rakyat Ma-laysia dan jangan sesekali kita mencemarkan Hari Kemerdekaan dengan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

“Bukan mudah para pemimpin negara terdahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara dan sudah tiba masanya untuk kita mengenang kembali segala jasa mereka,” jelasnya.

Kata Simoi lagi, usaha untuk menyemai dan memupuk semangat waja dalam kalangan generasi muda amat perlu terutamanya bagi membangkitkan semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguhan dan ketekunan.

Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga Bakthiar Mathan, ketua-ketua jabatan serta ketua masyarakat.

Pada majlis berkenaan, Simoi turut menyampaikan insentif pelajar cemerlang kepada para pelajar SK Maludam

11 September 2012

Kemerdekaan Umpama Mendapat Tempayan Besar: Abu Seman


Apakah maksud kemerdekaan umpama mendapat tempayan yang besar? Marilah ikuti kupasan ADUN Jemoreng mengenai pengisian erti kemerdekaan ke dalam tempayan ini.

Rakyat harus hargai kemerdekaan dan mengisi dengan pembangunan

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


PERLU DILINDUNGI: Inilah antara rumah-rumah di kawasan perumahan Taman Permai di Sibu.

MUKAH: Semua rakyat harus menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan tugas kita sekarang adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut dengan apa yang kita ada sekarang kata ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi harus dihargai sebaik mungkin dan harus diisi dengan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Bagi saya kemerdekaan ini ibarat kita mendapat sebuah tempayan yang besar, tempayan itu perlu diisi jadi kemerdekaan itu perlu diisi melalui pembangunan yang kita rancang seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Kemerdekaan juga umpama intan yang kita miliki dan perlu dijaga dengan baik, jangan sampai ia hilang kalau hilang kita semua akan menangis untuk mencari intan yang begitu berharga.

“Orang yang hidup lama sudah merasa betapa peritnya hidup semasa dijajah oleh Jepun dahulu, di kampung saya banyak cerita yang mendukacitakan di mana orang-orang kita diseksa semasa kita dalam pemerintahan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Kelab Basikal Mukah (KBM) baru-baru ini.

Sementara itu, Abu Seman yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata kebebasan atau demokrasi yang kita amalkan pada hari ini mempunyai had.

“Demokrasi yang kita amalkan ada hadnya,bukanya demokrasi ini suka hati kita, kita tengok baru-baru ini memijak gambar pemimpin, Adakah itu demokrasi?

“Kita tidak mahu demokrasi jenis itu, demokrasi kita ialah demokrasi yang terpimpin. Pendek kata demokrasi kita ialah untuk membela rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menilai bagaimana cara kehidupan kita pada masa ini hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Wali Kota Bahagian Mukah Ali Suhaili.

- Posted using BlogPress from my New iPad

08 Februari 2011

Najib Ditipu ADUN Sarawak!!!

MP terkejut bila ramai blogger menyatakan bahawa Perdana Menteri telah ditipu oleh ADUN. Hal ini telah disahkan lagi oleh ADUN Tupong, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman   Menurut penjelasan YB Datuk Daud, kebanyakan YB yang berbohong cuba menyembunyikan hal yang sebenar berlaku di kawasan mereka.  YB penipu ini juga ingin memberi keyakinan palsu kepada Perdana Menteri untuk membenarkan mereka bertanding  di kawasan mereka lagi pada pilihan raya akan datang. 

MP rasa mungkin Perdana Menteri ingin melihat perwatakan sebenar ADUN-ADUN yang berbohong dan menipu beliau.  Maklumlah pertemuan empat mata ini bukan sahaja menilai perwatakan tetapi banyak yang dapat dibaca melalui 'body language' tentang ketulusan hati para pemimpin di Sarawak.  

Bukan senang nak jadi Perdana Menteri banyak ilmu di dada barulah dapat meneraju kerajaan ke arah pembangunan.  Lagipun politik memang dah menjadi darah daging Perdana Menteri.  Kita tunggulah dan lihat bagaimana keputusan penamaan calon kelak.




Ada ADUN berbohong: Daud

Posted in Utusan Borneo by Rusnan Mustafa. Posted on February 8, 2011, Tuesday

Segelitir wakil rakyat BN tidak berterus terang dalam pertemuan dengan PM - Daud

KOTA SAMARAHAN: Terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak ‘bercakap bohong’ semasa pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ada segelintir ADUN tidak memberitahu perkara yang sebenar terutama ketika ditanya mengenai peluang kemenangan BN di DUN masing-masing.

“Ada segelintir ADUN meluahkan rasa terlalu yakin bahawa dia akan memenangi kerusi yang disandangnya kepada Perdana Menteri sedangkan beliau (Perdana Menteri) tahu bahawa peluang ADUN terbabit untuk menang adalah sangat tipis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan mesyuarat tentang sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Seramai 63 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) telah mengadakan pertemuan ‘dari hati ke hati’ dengan Perdana Menteri yang telah berlangsung di Miri pada Ahad.

Menurut Daud lagi, ADUN-ADUN terbabit tidak menceritakan perkara yang sebenarnya ke-pada Perdana Menteri, kerana mahu meraih peluang untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Daud turut menafikan bahawa beliau antara beberapa orang ADUN BN Sarawak yang menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Saya tahu siapa yang meluahkan hasrat untuk tidak bertanding itu, tetapi biarlah Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sahaja yang mengumumkan keputusan rasmi mengenai perkara itu,” ujar beliau lagi.

Daud memberitahu walaupun ADUN-ADUN terbabit meluahkan hasrat untuk tidak bertanding, namun jika rakyat di kawasan mereka masih memerlukan dan memberi sokongan yang padu, mereka mungkin akan dicalonkan semula kerana diyakini boleh menang.

Hadir sama pada sidang media itu semalam ialah Residen Samarahan, Rodziah Morshidi, Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Abang Shamsuddin Abang Seruji.

07 Februari 2011

Najib Terkejut Setelah Berjumpa ADUN BN Sarawak

Perdana Menteri berasa terkejut apabila bertemu dengan ADUN BN Sarawak.  Beliau hairan tidak ada ADUN yang melobi untuk bertanding tetapi ada ADUN yang meminta pengesahan untuk tidak bertanding.  

Betapa rendah dirinya ADUN BN Sarawak kerana mereka sedar mereka dipilih oleh rakyat dan hanya Perdana Menteri yang layak menentukan sekiranya perkhidmatan mereka masih diperlukan?!!!  Semoga ADUN ini tidak mempersiakan amanat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!

Diharap Perdana Menteri kita akan membuat penilaian yang tulus setelah bertemu atau bersidang empat mata dengan ADUN di Sarawak.  Mereka inilah pilihan hati rakyat Sarawak dan mereka jugalah wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memberikan kegemilangan kepada Barisan Nasional!!. Sekiranya mereka bersara susahlah untuk mencari pengganti yang sesuai.  

Dari kiri ke kanan Datuk Dr James Masing (PRS), Tan Sri Dr. George Chan (SUPP),  Tan Sri Alfred Jabu (PBB) dan Datuk William Mawan (SPDP) fotoBERNAMA oleh ANUAR ISMAN
Ada yang tidak bertanding

by Sudan Ajang. Utusan Borneo Posted on February 7, 2011, Monday

Najib sahkan ada terima permintaan tidak mahu dicalonkan lagi selepas pertemuan empat mata bersama 63 ADUN BN di Sarawak semalam

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima permintaan daripada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Ya, beberapa ADUN yang menemui saya menawarkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya (negeri) akan datang. Namun tiada yang melobi untuk bertanding,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sesi bertemu ADUN Sarawak di Miri Marriot Resort and Spa (MMRS) di sini semalam.

Pemimpin nombor satu negara itu bagaimanpun enggan mendedahkan ADUN yang tidak mahu bertanding tersebut.

Mengenai pertemuan dengan ADUN-ADUN Sarawak semalam, Najib berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat tentang prestasi dan perkembangan konstituensi masing-masing.

“Saya berjumpa dengan ADUN-ADUN Sarawak untuk mendapatkan gambaran berkenaan keadaan di kawasan masing-masing supaya kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menentukan bagaimana kita boleh menentukan khidmat kepada rakyat agar lebih berkesan dan bermakna.

“Ada beberapa perkara yang berada di bawah kuasa kerajaan pusat dan sebahagian kerajaan negeri yang mana jika kita gabung, saya percaya dapat selesaikan banyak masalah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada pertemuan semalam berkaitan dengan pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu ia adalah rutin dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kemampuan khidmat wakil rakyat agar lebih berkesan seterusnya meningkatkan imej Barisan Nasional (BN).

Mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat BN di negeri ini, Najib berkata, cadangan secara lisan dan bertulis telah dikemukakan kepada beliau untuk diteliti dan diambil tindakan.

“Hampir semua bawa cadangan bertulis kepada saya, ada berbentuk laporan lengkap dan ini menunjukkan bahawa mereka tahu sebenarnya apa yang perlu dilakukan.

“Namun bukan semua apa yang dikehendaki oleh rakyat melalui wakil rakyat dapat selesai dalam masa singkat. Sebab prasarana perlu masa yang tertentu, apa yang penting ada peningkatan yang jelas dari tahun ke tahun,” katanya lagi.

Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan 63 orang ADUN BN Sarawak di sini bermula jam 11 pagi hingga jam 6 petang semalam, secara bersemuka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut serta bersama beliau dalam pertemuan itu.

Kumpulan pertama yang ditemui beliau terdiri daripada ADUN Opar Ranum Mina, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem (Tanjung Datu), Dr Abdul Rahman Junaidi (Santubong) dan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Demak Laut).

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Tengku Adnan berkata sesi pertemuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Politik beliau.

Tambah beliau, pertemuan ini juga merupakan susulan kepada pertemuan Najib dengan semua Ahli Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari lepas.


BERNAMA


Posted using RockMelt 

03 November 2010

DUN SARAWAK : Adun DAP digantung

KUCHING, 3 Nov — Ting Tze Fui Adun DAP-Meradong telah digantung dari menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri sekarang berkuatkuasa serta merta.(gambar).

Speaker Datuk Seri Mohammad Awang Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas 53 Adun mengundi menyokong tindakan terhadap beliau itu sementara lima yang lain, semuanya anggota pembangkang, menentang.

Ting digantung kerana membuat tuduhan palsu dengan mendakwa bahawa "berjuta-juta ringgit tidak dapat dikesan, barangkali dilesapkan," semasa perbahasan bajet negeri pada 12 Nov. tahun lepas.

Beliau telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa dewan kerana gagal menarik balik dakwaan atau membuktikan tuduhannya terhadap kerajaan di luar prosiding 21 Mei tahun ini.


Pada sidang akhbar kemudian, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng menyatakan kecewa dengan penggantungan Ting dan mendakwa seluruh prosiding berat sebelah. — Bernama

credit source: link

p/s: dikaki lima kata ada bukti, kenapa bila dalam dewan tiba-tiba jadi tiada bukti? 

01 November 2010

PKR Anwar Ibrahim Tidak Boleh Bawa Politik Kotor ke Sarawak



Berakhirlah politik kotor di Sarawak!  Nampaknya PKR, DAP dan PAS golong tikar.  Politik kotor tidak dapat lagi diamalkan di Sarawak.  Kabinet negeri Sarawak akan bersidang untuk membahaskan isu ini yang dianggap penting demi menjamin kestabilan negeri dan kesejahteraan penduduk.  Kerajaan yang prihatin tidak mahu rakyatnya terpedaya dengan politik kotor pembangkang.  Marilah kita saksikan hasil daripada persidangan DUN yang bermula hari ini.



BN Sarawak Bentang Usul Banteras Budaya Politik Kotor Pembangkang

KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membentang usul membanteras amalan politik 'kotor' yang cuba dibawa pembangkang ke negeri ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang bermula Isnin.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata usul berkenaan akan dibentangkan Ketua Kelab Penyokong BN Negeri Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-Asajaya) dan disokong oleh Andy Chia (BN-Pujut).

"Budaya 'kotor' politik pembangkang kini telah menular di sini (Sarawak) harus dihentikan segera dan menerusi pembentangan usul ini, diharapkan rakyat akan dijauhkan daripada amalan fanatik kepartian itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Pra Persidangan DUN dan mesyuarat Majlis Tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako.

Katanya, pembentangan usul itu juga untuk memulihara dan melindungi keharmonian politik dan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi BN Negeri mempengerusikan mesyuarat empat jam itu.

15 September 2010

Sarawak Mahu SUPP berubah untuk Kekal

SUPP Perlu Berubah Untuk Terus Relevan
KUCHING, 8 Sept (Bernama) -- 
Dengan memilih untuk kekal dengan Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu berubah dengan membawa idea dan input baru agar ia terus relevan, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Rabu.


Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kemajuan Bandar Negeri berkata dasar yang sama digunakan oleh parti-parti komponen BN yang lain termasuk PBB.



PBB melihat terdapat 20 peratus perubahan dalam calon-calon parti pada setiap pilihan raya dengan mengenengahkan orang muda bersama dengan pemimpin yang pengalaman dan berkemampuan, bagi menerajui tulang belakang parti gabungan BN negeri, katanya.

"Dalam kes ini, saya berpendapat SUPP sedang melalui proses pelarasan dan pemimpin mereka perlu mengukur diri sendiri mengenai apa bentuk perubahan yang perlu dilakukan di dalam parti dan begitu juga dengan melihat kelemahan sendiri," katanya semasa menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 59 keluarga Islam di Rumah Hung Nam Siang T'ng di sini.

Begitu juga, katanya, PBB yang mempunyai sejarah panjang dengan SUPP sedang berusaha sedaya mungkin bagi menyesuaikan dengan perubahan persekitaran dengan meletakkan muka-muka baru terutama calon wanita dengan pengalaman yang betul dan kelayakan akademik bagi memudahkan mereka menangani masalah masa kini melalui penggunaan sains dan teknologi.

Sebenarnya, SUPP merupakan rakan PBB sejak 1970 apabila Sarawak menjadi kerajaan campuran sebelum penubuhan BN dan perkongsian itu perlu diteruskan.

Beliau berkata SUPP perlu memberikan ruang kepada generasi muda untuk menyatakan pendirian mereka bagi menggambarkan kekuatan sebuah parti pembangkang yang telah dapat menarik minat generasi muda.

SUPP hilang kawasan Sibu, yang pernah disifatkan sebagai kubu kuatnya kepada DAP semasa pilihan raya kecil Parlimen baru-baru ini selain hilang lapan daripada 19 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 2006 termasuk enam kepada DAP.

Walaupun ada khabar angin bahawa SUPP mahu meninggalkan BN selepas beberapa ulasan oleh anggota akar umbinya berhubung isu yang dihadapi oleh masyarakat Cina di Sarawak, Abang Johari berkata beliau mempunyai hubungan rapat dengan rakan SUPP dalam barisan kabinet negeri.

"Tidak timbul persoalan mengenai diskriminasi kaum selama 30 tahun saya dalam politik dan sehingga hari ini, saya melawat kawasan ini (Jalan Sekama), yang secara praktikalnya kawasan Cina dan mereka memberikan pertolongan kepada orang Melayu," katanya merujuk kepada majlis itu.

Pada Isnin, Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan menolak khabar-kahabar angin bahawa SUPP akan meninggalkan BN dengan menyatakan bahawa SUPP, yang merupakan rakan PBB sejak 1970an, sentiasa bersama BN sepanjang masa "kecuali sesuatu perkara berlaku."

Bagaimanapun, beberapa penyokong PBB menyatakan bahawa adalah tidak bijak dan suatu perkara yang tidak baik bagi SUPP untuk membayangkan bahawa ia mahu meninggalkan BN, kerana ia menandakan bahawa gabungan BN negeri merupakan penyebab masalah.

mukapetang: SUPP harus sedar PRU nanti tidak boleh lagi di anggap remeh seperti yang berlaku di PRK Sibu.  Mereka hendaklah bersedia dan bekerja dengan lebih gigih lagi dari DAP untuk mengekalkan kerusi masing-masing di peringkat ADUN! 

08 September 2010

Taib Nampak Sentiasa Bersedia Terajui BN Sarawak ke arah Kemenangan!!!

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- KetuaMenteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untukmenerajui Barisan Nasional (BN) Sarawak menghadapi pilihan raya negeri,walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akanberundur apabila tiba masanya. 

Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untukSarawak ketika ini.  


Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihanutama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, ataumengambil tanggungjawab untuk mengubahnya. 


Nampaknya anggota Parti PesakaBumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana merekaberpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalanganpemimpin-pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak. 

Kriteria itu merupakan perkara pentinguntuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat MajlisTertinggi PBB di Kuching Ahad lepas, sekaligus menggambarkan kedudukan kukuhTaib dalam parti. 

Menurut satu sumber parti,pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua MenteriSarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkinmenggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak. 

"Ramai di kalangan anggota BNSarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya.Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan uang kukuh bagimemastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihanraya bersatu di bawah satu pentadbiran," katanya. 

"Sekiranya Taib mengambil keputusanuntuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduandalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi danpermainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasatempoh berkempen?" tambahnya. 

Beliau berkata sebarang keputusanterlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugatkestabilan parti. 
Keadaan ini secara tidak langsungmemberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri AlfredJabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setiakepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri danPresiden PBB.

Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilanpolitik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dankerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikankerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikanprestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN. 
Satu lagi sumber dalaman parti berkataTaib sendiri memberi taklimat kepada anggota Majlis Tertinggi Ahad lepasmengenai rancangan bagi menggantikan tempatnya dan memberi penjelasan mengenaikontroversi yang timbul ekoran kenyataan beliau sebelum ini menegnaikesanggupannya untuk berundur. 

Tidak ada anggota Majlis Tertinggi yangsanggup memberi komen mengenai rancangan itu kecuali berkata mereka memberisokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui negeri dan parti. 

Antara yang dilihat berpotensi menjadi pengganti Taib ketika ini selain Jabuialah Timbalan Presiden II Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, dan NaibPresiden kanan 1 Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan. 

Bagaimanapun masih ada kemungkinan lainyang tidak boleh diketepikan.
Contohnya Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang baru dilantik sebagaipenasihat khas kepada pejabat Ketua Menteri yang bertanggungjawab kepada halehwal awam pada 2 April lepas yang memberikan beliau setaraf dengan menteri,Datuk Seri Adenan Satem. 

Pelantikan bekas Menteri Sumber Aslidan Alam Sekitar itu sebagai penasihat khas kepada Taib turut mencetuskancakap-cakap politik dalam arena politik negeri. 

Adenan sebelum ini pernah disebut-sebutuntuk menggantikan Taib, namun beliau dikatakan tidak sefahaman dengan KetuaMenteri pada tahun 2006, dan sejak itu beliau 'menghilangkan diri' buatseketika. 

Sebelum ini ada beberapa pemimpin PBB yang dikatakan berpotensi untuk mengambilalih teraju kepimpinan, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Dr SulaimanDaud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Ulis dan Datuk Abang Abu BakarMustapha, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun 2006, Taib memberi petunjukbahawa beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri untuk penggal semasa yang akanberakhir Jun tahun depan. 
Bagaimanapun bagi pilihan rayaberikutnya, ketika ini nampaknya Taib akan terus menjadi kata pemutus kepadakepimpinan negeri.  

mukapetang: Lega! Berkat kepimpinan Taib nescaya BN tetap akan berkubu di Sarawak.  Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah Taib akan berbakti kepada Sarawak!!!!

07 September 2010

Taib Mahmud Kekal Presiden PBB - 71 Cawangan Sebulat Suara Menyokong!!!

71 Cawangan Mahu Taib Mahmud Kekal Presiden PBB, Ketua Menteri Sarawak

Alhamdulillah, syukur masih ada yang prihatin tentang nasib dan perjuangan orang kita. Masih ada yang sedar betapa pentingnya pemerintahan yang berada dan berpusat di Sarawak.  Sekiranya PKR dan PAS yang menjadi Ketua Menteri alamatnya tunggang terbaliklah Sarawak kelak seperti yang sudah sedia ada di hadapan mata kita.   

KUCHING, 5 Sept (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib pada Ahad.

"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini.

Taib yang meninggalkan mesyuarat 10 minit lebih awal, enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya untuk memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak media.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac 1981.

06 September 2010

Pesta Bertuntung banyak manfaatnya: Abg Johari


Ia menghidupkan tradisi lama, menjadi tarikan pelancong dan mengeratkan silaturahim

KUCHING: Pesta Bertuntung (pelita) Aidilfitri 2010 mampu menghidupkan kembali tradisi lama, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.Katanya, pesta tersebut adalah untuk memastikan budaya tradisional bertuntung tidak pupus serta menjadi tarikan pelancong bagi menyaksikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.

“Sarawak memang unik sebab kita ada budaya bertuntung tetapi disebabkan pemodenan, kita semakin lupa dengannya.


“Dahulu tuntung digunakan untuk menerangi jalan untuk memudahkan orang berjalan mengerjakan terawih dan sebagainya pada bulan Ramadan, ketika kita belum menikmati kemudahan elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Bertuntung yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Berita Harian dan Pejabat Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof malam kelmarin.  Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Anthony Firdaus Bujang, Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarah Pemasaran NSTP Zuraida Mohamad.  

Selain itu, Abang Johari menambah bahawa pertandingan bertuntung mampu mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung yang terlibat.  Katanya, ia mampu menyemarakkan semangat kejiranan dan semangat muhibah apabila semua pihak sama-sama bekerjasama untuk menghias kampung masing-masing.  

“Bertuntung adalah satu peristiwa yang penting di mana kita saling bekerjasama membina pintu gerbang, membeli minyak untuk membakar pelita dan menuntut penglibatan semua orang untuk menjaga pelita di hadapan rumah masing-masing.  

“Akhirnya hubungan antara satu sama lain akan menjadi akrab sekali gus menyemarakkan semangat muhibah dan kejiranan,” katanya.  Beliau turut berkata, acara seperti ini sangat penting memandangkan pada zaman sekarang ramai orang luar datang berhijrah ke Bandar dan tidak mengenali jiran masing-masing.  

Pada masa yang sama, beliau turut menyarankan agar pemilik stesen minyak memberi subsidi minyak kepada penduduk kampung berdekatan untuk sama-sama menjayakan pertandingan tersebut.  Pertandingan bertuntung pada tahun ini melibatkan 11 kampung di sekitar Kuching dan 22 buah rumah persendirian dan bermula dari tujuh likur (7 September) sehingga awal bulan Syawal ini.  

Hadiah yang ditawarkan adalah untuk kategori kampung, hadiah berupa wang tunai RM7,000 untuk johan, RM5,000 untuk naib johan, RM3,000 untuk tempat ketiga, RM1,000 untuk tempat keempat, RM700 untuk tempat kelima, RM 500 untuk tempat keenam dan RM300 untuk tempat ketujuh.  

Untuk kategori rumah pula, johan akan menerima RM1,000, diikuti RM700 untuk naib johan dan RM500 untuk tempat ketiga.  

mukapetang: Meriahnya suasana Aidilfitri di kawasan Satok.  Silalah berkunjung untuk menyaksikan sambutan pelita minyak tanah, pintu gerbang dan mungkin berpeluang melihat rumah yang dihias dengan lampu warna-warni. 

25 Ogos 2010

Abdul Taib Masih Belum Putuskan Sama Ada Bertanding Dalam P/Raya Negeri

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.
YABPEHIN SRI DR. HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, pada hari Selasa.

Pelajar berkenaan ialah Mohammad Zubair Mustafa yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, Faliq Asraf Jafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tunaz di Kuching dan Nadira Hamapei dari SMKA Miri.

Taib, yang sebelum ini ialah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Asajaya sebelum bertukar ke kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian pada 2001, berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata perkara itu masih belum diputuskan lagi.

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, katanya trend itu masih membingungkannya sehingga kini.

"Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu," katanya dan menurutnya kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini.

Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang.

-- BERNAMA
mukapetang: Insya Allah kita boleh menang lagi majoriti selagi Ketua Menteri masih bersama pada PRN-10 kelak.

24 Ogos 2010

SUPP Hantar 30 Anggota Ke Ibu Pejabat BN Jalani Latihan Pidato

SIBU, 22 Ogos (Bernama) -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menghantar 30 anggotanya dari seluruh Sarawak untuk menjalani latihan berpidato di ibu pejabat Barisan Nasional di Kuala Lumpur sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh.
YB Dato Sri Wong Soon Koh N47 Bawang Assan
"Sepuluh anggota dari Utara, bahagian tengah dan kawasan Selatan akan dipilih dari pertandingan pidato bahasa Mandarin dari cawangan parti masing-masing untuk menjalani latihan itu," katanya.

Wong yang juga Timbalan Setiausaha Agung SUPP berkata demikian selepas merasmikan pertandingan pidato bahasa Mandarin di cawangan parti itu di Sibu di sini.

"Kami mahu anggota parti mahir berpidato," tambah beliau.

mukapetang: Kalau nak jadi menteri SUPP tak perlu pandai berpidato dah nanti Dato Sri Wong akan hantar pergi training.  Bagusla nampaknya SUPP semakin gigih memperkuatkan jentera dan tenaga parti bagi menghadapi PRN.

07 Ogos 2010

JKKK dilatih banteras kemiskinan dan gejala sosial

KUCHING, 6 Ogos 2010-


Anggota Jawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri Demak lautdi sini akan dilatih untuk membantu membanteras masalah kemiskinan dangejala sosial.

Sehubungan itu jurulatih sukarelawan akan dilantik untuk melatihmereka dalam menjalankan tugas tersebut di bawah program yang dinamakanGerakbumi Demak Laut, kata Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Dr AbangAbdul Rauf Abang Zen.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Demak Laut berkatadi bawah program itu, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan bakalberperanan sebagai pengurus maklumat.

"Saya yakin menerusi usaha memperkasakan JKKK di seluruh kawasanDemak Laut yang merupakan kawasan transformasi perindustrian di dalambandar raya Kuching, ia dapat mencapai matlamat pengangguran sifarrakyat," katanya kepada pemberita ketika melawat Pejabat JabatanPenerangan Bahagian Kuching/Samaharan di sini Jumaat.

-- BERNAMA
mukapetang: Diharap N5 Demak Laut akan lebih aman dengan tamatnya latihan JKKK dalam menangani jenayah, gejala sosial dan membanteras kemiskinan.  Inikah yang kita impikan selama ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...