DI ATAS ADALAH beberapa cadangan lambang UNTUK PR ...
Berita ini merupakan kejutan jantung yang amat kuat bagi ahli PR khususnya PKR Sarawak dahlah baru menerima perletakan Wakil harapan mereka iaitu Zahid Ibrahim dan terkini diberitahu pula tentang kecuaian pucuk pimpinan mengarah pendaftaran PR ini.
Lambang mana atau apa agak digunakan PAS , PKR , DAP untuk PRU Sarawak akan datang ini?
Mungkinkah hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu angan-angan panjang?
KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.
"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.
"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.
"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.
Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
sila lawat ke laman saya :)
BalasPadamhttp://rajahmas.blogspot.com/2010/11/tuhan-senyum-pkr-sarawak.html
hhahaha..kesian melihat PR..hahahaha...jgn la perasan nak merintah negara..parti sendiri pun xterurus.ape da!!!
BalasPadamNak daftar apa...... masuk syurga mana ada daftar. undi saja PAS, gerenti masuk syurga. malaikat jaga syurga orang PAS dari Sarawak kononnya......
BalasPadam