Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

Memaparkan catatan dengan label Renungan Ramadhan El Mubarak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan Ramadhan El Mubarak. Papar semua catatan

11 Ogos 2010

Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadhan H 2

Daripada Hazrat Abu Sa'id - Khudri r.a Rasulullah saw telah bersabda , " Sesungguhnya ALLAH mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan ( dari api neraka ) pada setiap siang dan malam ( pada bulan Ramadhan ) dan bagi setiap orang islam ada satu doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam ( Ramadhan) ."

Banyak riwayat yang menyatakan bahawa doa daripada seorang berpuasa adalah dimakbulkan . Dalam sesetengah riwayat dinyatakan bahawa doa sebelum berbuka puasa adalah mustajab.

Namun demikian kita masa ini semua begitu sibuk dengan makanan sehingga tidak ada masa untuk berdoa , malah doa berbuka pun terlupa dibaca..nauzubilah min zalik

Maka ambillah peluang ini untuk kita berdoa untuk keperluan masing-masing dan ,sertakanlah doa untuk hamba yang berdosa dan kemakmuran Negara kita..wallah hu alam

Semoga si penulis ini diberi Allah taufik untuk mengamal apa yang ditulis nya.

"Wahai ALLAH aku seorang peminta , maka tunaikanlah hak peminta ini , dengan kerahimanMu Ya ALLAH"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...