PRK sudah bermula pada hari ini terutama sekali bagi undi pos. Kerajaan tidak menafikan bahawa bloggers mesra kerajaan banyak membantu dalam kempen prk di Galas dan Batu Sapi. Diharap usaha murni ini tidak disia-siakan dan maklumat yang disampaikan tepat dan berkesan.
Berita Yang Disiarkan Dlm Blog Bantu BN Dalam Kempen PRK Galas, Batu Sapi - Rais
SANDAKAN, 1 Nov (Bernama) -- Berita yang disiarkan melalui laman web dan blog kebanyakannya menjurus kepada membantu Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata berita yang membantu ke arah memupuk semangat 1Malaysia bagi mencapai kesatuan dan menentukan suara rakyat lebih menggalakkan biarpun terdapat juga berita yang membantu parti pembangkang.
"Tidak kurang pandangan pembangkang dalam blog dan laman-laman web dengan menggunakan kata-kata pedas, malah pembohongan pun ada.
"Tetapi saya melihat pandangan umum dalam internet, lebih menjurus kepada apa yang BN kemukakan (berbanding) daripada pihak yang mengatakan yang bukan-bukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi pilihan paya kecil Parlimen Batu Sapi di sini Isnin.
Pusat media itu, yang dikendalikan oleh 20 petugas Jabatan Penerangan, menjadi pusat rujukan petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil itu dengan kemudahan yang disediakan seperti 10 unit komputer dan perkhidmatan internet tanpa wayar (WiFi).
Terdahulu, Rais melawat warga tua kaum Cina di Bandar Ramai-Ramai di sini dan menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada 22 warga tua.

Salam
BalasPadammantap bro,
LAMAN WEB TERKINI PRK PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS
http://malaysiansearch.com