Nuff Head

01 Oktober 2010

Najib: Rakyat akan menderita sekiranya BN tidak memerintah




 
Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.
Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di sini Khamis malam, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah.
"Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan", katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pembatalan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang awal tahun ini yang disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak, dan ekoran pembatalan itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) diperkenalkan.

"Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik," katanya.

-- BERNAMA
mukapetang: Syukurlah kalau kerajaan sentiasa memikirkan yang terbaik sahaja untuk rakyat.  Pemimpin berjiwa rakyat hendaklah diteliti agar membawa manfaat kepada semua. 

1 ulasan:

  1. Najib janganlah jadi terlalu bodoh!
    Kalau nak dapat kembali undi dari kaum Cina, ambillah tindakan terhadap penghasut2 pergaduhan perkauman supaya tragedi Mei 13 tidak akan berulang.
    Kaum Cina yg rata2 terlibat dgn perniagaan tidak mahu pergaduhan dlm negara yg akan mengakibatkan mereka akan rugi teruk. Kpd kaum Cina UNTUNG dlm perniagaan adalah yg utama dr segala2nya.
    Jika mereka melihat bhw Najib adalah serius utk menjaga keamanan negara, mereka akan menyokong BN dlm PRU 13 nanti!
    Jika mereka melihat bhw Najib tidak mengambil sebarang tindakan afirmative mereka akan mengundi pembangkang dlm PRU 13 nanti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...