MUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan dan menghilangkan hak rakyat dalam mengimplimentasikan pembangunan.
Pengambilan tanah dilakukan secara berhemah, berteraskan undang-undang , dibayar pampasan selaras nilai pasaran
Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menekankan betapa kepentingan serta hak rakyat terutama berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sentiasa dipelihara di bawah undang-undang.
Menurut beliau, pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan dilakukan secara berhemah, berteraskan undang-undang dan membabitkan pembayaran pampasan selaras nilai pasaran semasa.
“Kerajaan sangat mengambil berat kepentingan rakyat. Kerajaan tidak akan sama sekali bertindak menghilangkan hak rakyat dalam merealisasikan pembangunan. Sebagai contoh, tanah rakyat terpaksa diambil untuk membolehkan sesuatu pembangunan dilakukan.
“Walaupun begitu, pengambilan ini dilakukan mengikut saluran undang-undang yang betul. Bahkan, pampasan diberi berpandukan nilai pasaran semasa. Tidak timbul isu kerajaan mengorbankan tanah rakyat,” tegasnya.
Berucap merasmikan Program Sejiwa Senada di Parkiran Kenderaan Bandar Lama, di sini semalam beliau menyeru rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini agar sentiasa melibatkan diri dengan arus perdana pembangunan.
Menyelar tindakan pihak pembangkang yang suka ‘menangguk di air keruh,’ beliau mengajak rakyat untuk memahami dasar kerajaan demi mengelak salah faham, lantas membantutkan pembangunan.
“Saya berikan contoh ini. 15 tahun lalu saya mahu sebuah kawasan di Long Lama dibangunkan dengan ladang kelapa sawit untuk mengembangkan potensi ekonomi di Hulu Baram. Bagaimanapun, terlalu banyak kekangan, bantahan dan kritikan diterima.
“Ekoran itu, saya membangunkan sebuah kawasan di Kanowit yang menduduki keutamaan kedua selepas Long Lama. Penduduk Kanowit memahami apa yang kerajaan mahu lakukan. Hasil kerjasama baik itu kini mereka meraih manfaat ekonomi,” jelasnya.
Taib turut mengumumkan pembinaan sebuah lebuh raya di antara Balingian dan Tatau yang merentasi kawasan Sedupai di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk melancarkan lagi aliran trafik di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Katanya, hampir RM5 bilion peruntukan kerajaan persekutuan akan dibelanja bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sepanjang tempoh RMK-10 demi faedah rakyat.
“Pembangunan berkait rapat dengan penglibatan positif rakyat. Meskipun demikian, tanpa sebuah kerajaan yang ditadbir barisan pemimpin berkaliber tidak mungkin pembangunan mapan dapat dilaksanakan.
“Jauhi ‘politik kiri kanan.’ Seorang kata ikut kiri, manakala sebelah pihak lagi pergi ke kanan. Justeru, pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat perlu sejiwa senada serta sealiran fikiran,” tambahnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan ucapan aluan masing-masing.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Michael Manyin Jawong, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar serta Setiausaha Persekutuan Sarawak Md Yahaya Basimin turut menghadiri majlis itu.
sumber dari Utusan Sarawak
Semoga Sarawak terus maju di bawah pimpinan Pehin Seri Taib.Pelan pembangunan yang strategik, selaras dengan keperluan tempatan dan negeri.
Mungkin selepas ini masih ada lagi suara sumbang yang mengatakan sarawak masih lagi kurang membangun.Tak tahu lah apa yang mereka hendak sebenar nya.
The King and U
3 hari yang lalu
Blog saudara sudah dipautkan pada blog Empayar Pemuda. Mohon pautkan blog kembali.
BalasPadamTQ
Blog tuan telah dilinkkan. Mohon Linkkan blog kawan sekali.
BalasPadamTuan Kuchingitam, Tidak perlu publishkan komen ini!!!!!
BalasPadamBro, sebagai orang Semenanjung kawan kurang terdedah dengan apa yang berlaku di Sabah & Sarawak. Setakat datang melawat beberapa tahun sekali tidak banyak yang boleh kawan perincikan...
Yang jelas kedua2 negeri tersebut "kaya" dengan balak dan minyak tetapi amat mundur disesetengah kawasan terutama di kawasan pendalaman.
Perspektif rakyaat, hasil daripada hasutan Pakatan Rakyaat, pemimpin kedua2 negeri memboloti semua hasil negeri.
Bahkan ramai anak negeri yang berpelajaran mengiyakannya.
Pada pandangan penulis, kedua2 negeri ini begitu besar jestru hasil buminya mungkin tidak cukup untuk membangunkan keseluruhan negeri2 ini.
Akan tetapi perspektif rakyaat perlu diperbetulkan dan pemimpin2 juga tidak boleh menunjuk2 kekayan mereka kerana akan memberikan tanggapan yang salah...
Masih adakah Bank Utama di Sarawak? Dahulu ia mengambil alih RHB... Publisiti sebegini amat negatif. Ada baiknya jika bank tersebut dan syarikat2 milik keluarga dijadikan milik kerajaan negeri untuk faedah seluruh rakyaat.
Keputusan Pilihanraya Sarawak amat2 sensitif kerana jika kerajaan BN kecundang, Kerajaan BN Persekutuan juga berkemungkinan besar juga bakal tersungkur.
Di atas adalah pandangan peribadi kawan... Harap kita dapat bertukar2 pandangan...
EP
BalasPadamterima kasih
ISAC
Komen saudara akan saya jadikan panduan.