Jawatankuasa pemilihan pusat PKR telah menerima bantahan ahli daripada 64 cabang yang tidak puas hati dengan mesyuarat dan pemilihan masing-masing.
Ia merupakan satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang mengadakan pemilihan mereka sebelum ini.
Ini termasuk bantahan yang diterima oleh jawatankuasa itu daripada lima cabang hari ini, iaitu - Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.
Ketua cabang Kuala Selangor, Norazmi Tahir berkata antara bantahan mereka ialah terdapat kertas undi yang tidak betul dicetak di mana jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), dicetak naib ketua cabang.
Berikutan itu, beliau mahu pemilihan diadakan semula, di samping menuntut penjelasan mengenai calon-calon yang didakwa tidak mengikut etika berkempen.
Di Pandan pula, seorang ahli yang tidak mahu namanya disiarkan mendakwa mereka menuntut supaya pemilihan diadakan semula berhubung dengan keputusan seri bagi jawatan ketua cabang tersebut.
Dalam pemilihan yang lalu, dua calon yang bertanding - Zakaria Rahim dan Nik Md Zin Mohamad masing-masing mendapat 105 undi.
Beliau mendakwa sebelum ini ada arahan dari pihak pusat meminta pengerusi tetap pemilihan untuk memilih yang mana satu.
Di Hulu Selangor pula ketua cabang itu, Nazar Yatim tidak puas hati dengan arahan pusat supaya pemilihan cabang itu diadakan semula.
Ia ekoran dakwaan bahawa undi yang diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi di mana 1,583 ahli mengundi tetapi terdapat 1,622 kertas undi dalam kotak undian.
Manakala di Kota Raja pula, calon ketua cabang tersebut, K S Kottapan tidak puas hati pengiraan undi di ibupejabat PKR tanpa kehadirannya.
Tahniah kepada PKR kerana mengutamakan hak ahli dan sekaligus memertabatkan hak demokrasi.
Hidup ??????????
Bodoh lah pun pemimpin.Kalau dah macamni proses pencalonan sampai kiamat pun tak habis.Bantah sana bantah sini.Tak puas hati sana tak puas hati sini.Apalah gunanya ketua kalau perkara macam ni tak di bendung.
Aku pun heran jugak,kenapa sekarang ni ahli berebut-rebut nak jadi ketua cabang,Dahulu tak ada pun proses pengundian dan pencalonan ,semua melalui lantikan.Heran-heran?
14 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadamdemokrasi terpimpin :)
Salam,
BalasPadamPerlembagaan parti baru ke bro junah?
Undi Pkr Undi Demokrasi terpimpin..
Salam Bang.
BalasPadamKalau sudi tolong masukkan keadilauntuksarawak.blogspot.com
dlm senarai Blog Borneo abang. Biar meriah bang.
Terimakasih.
Aisanda.
Salam 1Malaysia,
BalasPadamBlog tuan sudah dilink'an
T.kasih
Salam ano,
BalasPadamsama2 kita link kan blog masing2.
saudara Tamingsari,
terima kasih
Itu lah. Dari segi teori nampak senang nak jalankan sesuatu idea. Tapi tak semua teori boleh di terjemahkan dengan tindakan. Ini baru pemilihan peringkat ranting dan cabang. Belum sampai peringkat BATANG. Kalau peringkat BATANG aku rasa kena tanya si Rasid dan Seful macam mana agaknya ye. Sure situasi akan TEGANG habis sampai berurat2 timbul.
BalasPadam