Nuff Head

16 Oktober 2010

Rupanya Dr. Tan pernah rompak hasil Sarawak?

Datuk Dr Tan Kee Kwong (Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat) berkata kerajaan BN telah rompak hasil Sarawak selama hampir 50 tahun.

dr tan
Mungkin benar, sebab Dr Tan pernah jadi Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi. Satu kementerian yang dekat dengan isu tanah dan pembangunan, tentunya Dr Tan lebih tahu dan pernah ikut serta merompak hasil negeri Sarawak. Jika benar apa yang beliau katakan

Dalam satu perjumpaan di Miri, yang turut dihadiri penduduk dari Baram dan Sibuti. Dr Tan juga mengatakan 170,000 rakyat Sarawak terpaksa berhijrah sebab kegagalan kerajaan BN.

Saya benarkan pernyataan diatas, tapi fakta dari beliau yang mengatakan Sarawak sebagai negeri ke 4 termiskin seolah terbalik, dan berbelit dengan kenyataan Anwar bahawa Sarawak adalah negeri termiskin. Mungkin lidah Dr Tan ada masalah? atau berbohong secara tidak sengaja?

Seperkara lagi, difahamkan kehadiran penduduk dalam perjumpaan tersebut cuma 70 orang. Mungkin esok-esok Dr Tan akan mengatakan 7000 orang? kita tunggu..

Jika benar hasil negeri Sarawak dirompak, ertinya Dr Tan pernah terlibat secara strategik sewaktu jadi Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi .

Mengaku atau tidak, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi perlu siasat kembali rekod Dr Tan jika ada kebocoran.


Bahaya! kebocoran kecil boleh menenggelamkan kapal yang besar...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...