Nuff Head

25 Oktober 2010

Tiada bendera PKR dan DAP di Galas

GUA MUSANG, 25 Okt - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak dibenarkan mengibarkan bendera parti masing-masing semasa proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.

Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya hanya membenarkan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sahaja mengibarkan simbol parti masing-masing.

"Barisan Nasional (BN) dibenarkan mengibarkan simbol parti-parti komponen mereka kerana BN berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia.

"PKR dan DAP, biarpun mendakwa sebagai pakatan pembangkang, mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Maka PKR dan DAP tidak boleh mengibarkan simbol parti masing-masing, kecuali PAS," katanya selepas taklimat pilihan raya kecil DUN Galas kepada media di sini Isnin.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Semalam BN mengumumkan Setiausaha Umno bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusoff, sebagai calonnya manakala PAS pula menamakan pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad untuk mewakili parti itu.





Noordin berkata SPR akan mengambil tindakan menurunkan bendera bendera atau bahan kempen yang merujuk simbol parti tidak bertanding.

Sehubungan itu, beliau mahu semua parti bertanding mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ditanya sama ada SPR akan mengambil tindakan terhadap invidivu yang mengibarkan simbol parti tidak bertanding dalam kawasan rumah mereka, Noordin berkata sukar untuk pihaknya mengambil tindakan jika mereka meletakkannya di rumah masing-masing.

(Bernama) 

Apa kata Anwar dan Lim Kit Siang?

Mereka akan kata ini kerja UMNO.Kerja kerajaan yang takut kalah di Galas.Belum bertanding dah provok PR.Umno tahu Pas akan menang di Galas sebab itu bendera Dap dan PKR tidak boleh di kibar.

Pas akan jaja perkara ini masa nak kempen.Mereka akan kata UMNO tak gentlemen.Takut kalah.Mereka akan kata kerajaan tidak ADIL.Kerajaan RASUAH.Kerajaan tidak DEMOKRASI.

Apa-apa pun SPR perlu kotakan apa yang di putuskan.Biar lah apa PR nak kata.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...