Nuff Head

20 Oktober 2010

TRAGEDI BOT EKSPRES KARAM TATAU KECUAIAN JURAGAN? :11 SELAMAT , 6 MAUT ,13 HILANG






foto : BERNAMA




resah.....ahli keluarga menunggu diperkarangan hospital Bintulu.


BINTULU: “Semuanya kelam-kabut, tetapi saya dapat memecahkan tingkap bot dan berenang keluar,” kata Silo Gerenang, 58, seorang daripada tujuh penumpang yang selamat selepas sebuah bot ekspres karam di Sungai Kakus, Kelebu di sini, semalam.

Menurut Silo, sebaik bot yang membawa lebih penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan bot tunda balak di Ulu Sungai Anap, suasana menjadi kelam-kabut dengan jeritan penumpang meminta tolong dan ada juga berasak mencari jalan keluar menyelamatkan diri.

“Kejadian berlaku sekelip mata dan kebanyakan penumpang gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap. Saya bersyukur dapat keluar dan berenang ke tebing sungai sebelum dibawa orang ramai ke hospital,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sebuah bot yang sarat dengan 30 penumpang terbalik selepas bot dinaiki tersangkut tali tongkang dan 19 daripadanya masih hilang dan dikhuatiri lemas.

Sehingga jam 8 malam tadi, empat mayat ditemui manakala nasib yang lain belum diketahui. Dua mayat ditemui kira-kira jam 8 malam dan kira-kira 40 minit kemudian, satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam bot terbabit.

Selang lima minit kemudian mayat keempat ditemui ketika bot ekspres yang terbalik ditarik naik ke permukaan menggunakan sebuah tongkang lain.

Difahamkan, bot ekspres berkenaan tidak menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang dan ketika kejadian ia membawa penumpang berlebihan.

Tragedi semalam mengimbas kembali beberapa kejadian bot karam di Sarawak membabitkan kehilangan ramai penumpang.

Pada April 1999, 12 pelajar Sekolah Menengah Pusa maut apabila bot laju yang mereka naiki berlanggar dengan kapal pengangkut kayu di Sungai Saribas dan sehari selepas itu, sekali lagi penduduk mendapat berita buruk apabila tujuh penumpang mati lemas selepas bot pukat tunda berlanggar tongkang pasir di sungai yang sama.

Manakala pada April 2005, kira-kira jam 4 pagi, bot pukat tunda dinaiki 16 penumpang dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa pasir menyebabkannya tenggelam mengorbankan tujuh nyawa.

Tragedi paling besar pernah tercatat dalam sejarah pengangkutan di Sarawak ialah kapal MV Pulau Kidjang, kapal pengangkut penumpang dan kargo yang karam di muara Sungai Rejang (perairan Tanjung Jerijeh) pada Disember 1973. Dalam kejadian itu, Pulau Kidjang yang dipercayai mampu memuat seramai 150 penumpang mengorbankan 121 nyawa penumpang dan hanya 38 orang terselamat dalam kejadian yang berlaku disebabkan keadaan cuaca buruk ketika pelayaran.-Sumber Metro.

Menurut lapuran Utusan Sarawak setakat pagi 19/10/10 11 selamat , 6 maut , 13 atau lebih masih belum diketahui nasib mereka .Berdasar maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Daerah Polis Tatau ,pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 3.10 petang semalam dan sejurus itu anggota polis Tatau bersana-sama Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan bantuan Polis Marin bergegas ke lokasi kejadian bagi tugas-tugas menyelamat.

Dari saksi-saksi juga menyatakan bahawa kemalangan ini berlaku akibat kecuaian pemandu bot kerana memotong tongkang dihadapan yang ditarik sebuah kapal tunda di selekoh sungai yang sempit dan hilang kawalan dan tersangkut pada tali yang digunakan untuk menarik tongkang berkenaan sehingga menyebabkan bot ekspress terbalik serta karam.

Disini alehkayong menyarankan pihak berkuasa berkaitan harus mengambil tindakan tegas kepada pengusaha-pengusaha dan JURAGAN-JURAGAN bot ekspress yang tidak bertanggung jawab begini dan tidak menyediakan baju keselamatan kepada penumpang-penumpang , malang tidak berbau , kita jadikan sempadan atas apa yang telah berlaku.

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa.


3 ulasan:

  1. Salam, kita doakan agar semua mangsa di temui, dan keluarga dapat menerima Qada dan Qadar.

    BalasPadam
  2. salam takziah untuk keluarga si mangsa,,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...