Nuff Head

29 Oktober 2010

Galas TERKINI: Orang Asli Boikot PAS

GALAS - Ketika rancak sambutan untuk mendengar ceramah 'Galas Untuk Kito' terdapat desas-desus yang menyatakan rata-rata hadirin yang hadir adalah orang luar.  Di mana perginya penyokong PAS Gua Musang?  Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kempen pilihanraya Galas telah diboikot oleh Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Ustaz Lah.

Beliau tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih untuk mewakili PAS di Galas atas alasan Dr Zulkefli bukan anak jati Galas.  Apakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin kelak?  Beginikah sikap Ketua Pemuda sendiri yang tidak mahu mengikut telunjuk TG Nik Aziz? Adakah ini yang dimahukan oleh Galas melihatkan kepimpinan yang kucar- kacir?  Tidak ada sefahaman di dalam pentadbiran politik bagaimana pula untuk memerintah kawasan. 

Terkini maklumat yang didapati daripada MELANAU BLOGGER™ terdapat sedikit atau besar kemungkinan akan menjadi titik penting dalam pilihanraya Galas ini.  MB melaporkan terdapat sekatan ke atas jentera pilihanraya PAS apabila cuba memasuki kawasan Orang Asli di Galas.  Memang patut pun disekat disebabkan Orang Asli seperti di anak tirikan setelah sekian lama PAS memerintah Kelate.  Sudahlah mereka tidak dilayan dengan istimewa, sewaktu merasuah pun hanya mendapat 2 bungkus keropok!  Lain pula halnya dengan sogokan untuk kaum Cina yang mendapat lebih banyak habuan!

Mungkinkah mereka akan disumpit!  Apakah PAS akan menerima sumpitan asli di Galas?


Sekadar hiasan thesis

Sila ikuti laporan secara live dari pisau.net dan suaragalas



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...