Nuff Head

15 Oktober 2010

Oh Fatimah si dewi air..., bila lagi nak turun dari kayangan?


Sudah letih rakyat di kampung Oya dan kampung Teh berseru dan mengadu minta diselesaikan masalah air. Cuma belum sampai berdukun dan berbomoh minta air.

Sampai ada di kalangan penduduk DUN N.50 Dalat, dah terfikir nak jemput Nik Aziz buat solat hajat. Itu yang bahaya, boleh banjir dibuatnya. Lagipun di kawasan Mukah belum ada orang yang mampu menahan banjir seperti Wong Ho Leng dari DAP.

Oh Fatimah, jangan tunggu DUN dibubar baru nak turun jenguk kampung.

Setidaknya, hantarlah pegawai atau setiausaha untuk mendengar masalah rakyat di kampung. Jangan pula disebabkan sibuk nak promosi kek lapis ke seluruh dunia, orang kampung dibiarkan buat  protes. Itu boleh memungkinkan undi protes…

Tentunya YB Datin lebih faham apa yang harus dilakukan, bila rakyat mulai kesal.

Meskipun Datin Fatimah bukanlah dewi air dari kayangan, namun YB Datin boleh mencari penyelesaian bersama?
Oh..Fatimah

We have the Numbers...!!!

3 ulasan:

  1. salam,benarkah beliau tak lawat kawasan beliau sendiri?

    BalasPadam
  2. @alehkayong™;
    tuan Aleh, sebenarnya YB Fatimah sangat aktif.
    cuma ada penduduk yang protes sebab dah bertahun masalah air tak selesai. cuma dia yg boleh membantu...

    BalasPadam
  3. @melanaublgger Syabas kalau Dewi Kayangan dapat turun sekiranya tak turun panggillah Noh Hujan untuk menghiburkan mereka sempena mencari jalan untuk menyediakan air bersih ke Dalat.
    Kalau tidak buatla mikro dam dan boleh hubungi UNIMAS untuk menjana pump air ke seluruh Dalat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...