Nuff Head

14 Oktober 2010

DAP Pulau Pinang Abai Kebajikan Tikus Rumah Urut!!!

Inilah akibatnya akibat tamak!!  Disebabkan terlalu khusyuk untuk mengaut keuntungan, kebajikan tikus di George Town, Pulau Pinang semakin tidak terurus.  Ini mengakibatkan banyak tikus telah terbunuh dan menganggur.  Tikus ini pada mulanya dijaga dengan baik telah  menjadi kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.  
 
Khabarnya tikus ini didapati daripada luar negara untuk menggalakkan sektor rumah urut. Hingga kini jumlah tikus di George Town dianggarkan sebanyak 2 juta.  Nafsu binatang bagaimana nak disekat inikan pula nafsu manusia.  Anak-anak tikus yang tidak dapat dijaga akan mati dimakan kucing dan anjing di George Town yang didapati berkeliaran di sekitar George Town.  
 
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang aduan yang diterima oleh pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, mungkin surat aduan sudah dilarikan tikus atau dikencing tikus.  Tikus sekarang sudah bijak, mahir dan tahu memilih sarang di mana ia lebih gemar di kawasan yang bernajis dan kotor.   
 
"Pejabat Ketua Menteri diminta untuk memantau tikus-tikus di sekitar George Town. Cuma yang berkelakuan elok dan bebas dari wabak penyakit sahaja dibenarkan untuk membiak dan meneruskan kehidupan di George Town.
 
Demikianlah ulasan penduduk tempatan yang terpaksa bersaing dan berebut dengan tikus-tikus untuk menikmati hidup yang rukun damai.  
 
Tikus di sana juga di anggap membawa tuah kepada pejabat Ketua Menteri dan bau kencing tikus-tikus ini umpama minyak wangi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang.  Itulah rahsia di sebalik kewujudan tikus di George Town.  Mungkin Ketua Menteri tidak suka benda yang bersih tapi suka benda yang busuk dan mudarat?? Inilah pilihan rakyat, tepuk dada tanyalah selera!!!
 
Dua juta tikus di George Town
14 October 2010,Khamis
Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my
 

SM MOHAMED menunjukkan tikus bersaiz besar yang ditangkap serta gambar-gambar tikus yang pernah dimusnahkan di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.

Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.

Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.

Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan. 
--Kosmo!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...