Selain Wong Ho Leng atau DAP, Memang tiada sesiapa yang memiliki jawapan tepat tentang fenomena kayu hanyut di sungai rajang pada 7 Oktober lalu.
Sampai sekarang Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak masih mengkaji punca fenomena tersebut di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit. Mungkin sudah terbiasa lambat agaknya?
Tapi Wong Hong Leng cuma perlu beberapa minit untuk memberi jawapan kepada rakyat Sarawak. Soal mengapa, bagaimana dan salah siapa. Hanya Wong Ho Leng dan DAP yang lebih tahu. Malah seolah sudah tahu sebelum hal itu terjadi.
ini kejadian luar tabii, setiap kejadian luar tabii hanya PR yang tahu!
Mengapa Wong Ho Leng tidak menghantar laporan terperinci kepada kerajaan atau pihak berkuasa? Sedangkan dia lebih tahu segalanya. Sibu adalah pusat bagi tauke-tauke balak, apakah benar mereka tidak ada hubungan dengan Wong Ho Leng?
Kenyataan Wong Ho Leng dalam suara-keadilan.com
“Kerajaan negeri membiarkan batang-batang dan sisa-sisa kayu berkenaan mengalir ke Laut Cina Selatan tanpa mengambil sebarang tindakan.
Benarkah kerajaan negeri membiarkan? Benarkah tidak ada apa-apa tindakan dari kerajaan negeri? Atau kerajaan negeri memang tidak menjangkakan hal itu. Sedangkan Wong Ho Leng sudah menjangka sejak awal.
Petikan dari suara-keadilan.com
Petikan dari suara-keadilan.com
Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.Kenyataan seperti diatas memang sudah dijangka! dan terus dijangka!
Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
ini hero Sarawak, kegemarannya mee kolok dengan Char siew
Bukankah Wong Ho Leng sudah terkenal hebat, kerana sudah berjaya menghalang banjir di Bandar Sibu. Sejak dipilih sebagai Ahli parliament, menurut penduduk Sibu Wong Ho Leng turut berjaya menghentikan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.
Betapa hebatnya Ah Leng...!!! disebabkan kehebatannya, Ah Leng dengan sewenang-wenang telah menuduh ketua menteri adalah punca segala-gala.
0 ulasan:
Catat Ulasan