Nuff Head

23 Oktober 2010

LIVE DARI MIRI : inikah yang dikatakan 10,000?

Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat di kediaman Ketua PKR Miri, Dr Michael Teo telah bermula sejak jam 11.30 pagi tadi.

Pelancaran tersebut dimulakan dengan ucapan Fong Pau Teck dari DAP, Hj Jofrie - Yang dipertua PAS, Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng dan Edwin Dundang dari SNAP.

Meskipun kehadiran penyokong agak suram, namun sewaktu Edwin Dundang menyampaikan ucapan, Majlis dikejutkan dengan kehadiran Van Hospital Columbia Asia yang membawa pesakit bernama Cik Haslina.

Cik Haslina adalah seorang anggota Polis yang mengidap lumpuh sebelah kaki, Beliau difahamkan terlalu ingin berjumpa dengan Anwar bagi mengemukakan masalah yang beliau alami.

Menurut penyokong Pakatan, kehadiran mengejut Cik Haslina adalah simbolik untuk menggambarkan betapa negeri Sarawak sudah dalam keadaan tenat dan lumpuh. Justeru, hanya Pakatan Rakyat yang dapat membantu.

Ceramah Mat Sabu sekadar untuk mengecam ketua menteri Sarawak dengan mengaitkan berbagai isu dan tuduhan. Mat Sabu turut memuji diri dan mempromosi wakil rakyat dari PR,   kononnya mereka lebih prihatin berbanding wakil rakyat dari BN. Mat Sabu juga menyentuh tentang ISA yang dikatakan lambang kekejaman pemimpin BN.

Ucapan Anwar lebih menjurus tentang Sri Perdana, Wisma Warisan, PNB, NCR, Kroni, Kekayaan peribadi pemimpin BN negeri dan kemiskinan rakyat Sarawak. Sepertimana sebelum ini, Anwar  mengatakan rakyat Sarawak papa kedana, dan hanya beliau yang mampu mengubahnya.

Anwar sempat berjanji akan membawa semua masalah rakyat yang berkumpul hari ini ke persidangan parlimen. (skrip ini memang sudah melekat dilidah Anwar)

Tidak diketahui sebabnya, majlis berkenaan terpaksa ditamatkan lebih awal iaitu pukul 1.15 pm, sedangkan telah dijadualkan hingga pukul 11 malam. Agaknya ada sesuatu sedang terjadi?

Berita yang ditunggu-tunggu, benarkah 10,000 penyokong Pakatan akan berkumpul di kediaman Dr Teo hari ini? gambar dibawah menceritakan kebenarannya. inilah kelompok penyokong yang paling ramai.


berita lebih hangat akan menyusul !

... we have the numbers!!!

p/s: berbohong lagi, yang suram dikata 10 ribu...

9 ulasan:

  1. Bro MB,

    pinjam artikel ini. nak sebarkan betapa Al Jub adalah pembohong sejati!!!

    BalasPadam
  2. @Gerakan Timur:
    silakan Bro, memang patut sebarkan cerita si pembohong..

    BalasPadam
  3. Bro MB, dua spesis ini sama saja perangainya, cuma berbeza tentang minat sahaja.... sorang lebih ghairah dibahagian depan, sorang terlalu ghairah di bahagian belakang....

    Kawan nak pinjam artikel ni.....

    BalasPadam
  4. @YANG GAMBI:
    Dah hobi, apa nak buat..haha
    silakan dicopy, memang patut disebar.

    BalasPadam
  5. dah nama parti pun Parti Kelentong Rakyat, asyik mengelentong dan mengencing rakyatlah kerjanya. asyik buat roadshow ceramah saja Parti Kencing Rakyat nih,tapi kerja satu habuk pun tak nampak!

    BalasPadam
  6. memang papa pun org sarawak nektok...suma dh d bolot olh cdak naim candera, ta ann..cahaya mata sarawak...konco2 melano gk ya...org melayu sarawak btol d bodo olh taib..

    BalasPadam
  7. kepada Pakatan Rosak,kalau nak menipu rakyat pun agak-agaklah.10 ribu orang yang datang ceramah anda?biar betul?puak-puak Pakatan Rosak nih tau atau tidak mengira?kalau 10 ribu yang datang,penuh satu stadium tau tak?nih tak.aku tengok ada beberapa kerat saja.tak sampai 50 orang pun.dasar parti penipu,pembohong dan pendusta Pakatan Rosak nih!

    BalasPadam
  8. Nuar janji? macam dia janji kat Kg Buah Pala seminggu sebelum pilihanraya? hehehehe

    BalasPadam
  9. org kuching ng dh sedar...tapi bla d suruh ngundi ngundi BN..sapa ngundi BN diberik 15ringgit...kimak taib...org melayu kita btol d bodo oleh melano...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...